Kebebasan Beragama VI

Sila para pembaca meneliti artikel atau laporan ini:

http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=52210

Apakah pendapat anda tentang isu yang dipertikaikan di sini?

Inilah yang dikatakan sebagai buah hasil daripada ajaran ‘Kebebasan Beragama’ seperti yang dilaung-laungkan oleh sesetengah umat Katolik sebagai hak asasi manusia. Ajaran ‘Kebebasan Beragama’ merupakan ajaran sesat (heresy) yang mengajar bahawa manusia berhak untuk menyembah ‘allah’ lain selain Allah yang benar iaitu Allah Tritunggal Mahakudus. Atas ajaran sesat ini maka kita lihat bahawa ada manusia yang mengahwini pasangan sama jantina, mendirikan ‘gereja’ sendiri dan melantik dirinya atas kuasa manusia (iaitu dirinya sendiri) sebagai ‘pastor’ atau Ketua ‘gereja’ palsu.

Biskop Datuk John Lee membantah rancangan Encik Ou Yang Wen Feng (37 tahun), seorang Pastor Protestan homoseksual yang ber’suami’kan seorang lelaki lain. Adakah Gereja Roman Katolik tidak lagi menyokong atau mempromosikan ajaran ‘Kebebasan Beragama’? Adakah Gereja telah menyedari kesilapannya mempertahankan hak manusia untuk menyembah tuhan palsu (memeluk agama palsu)? Jika Gereja membantah kehadiran Metropolitan Community Church (MCC) (iaitu sebuah ‘gereja’ yang pelayanannya difokuskan kepada komunti lesbian dan gay, kenapakah Gereja masih mempromosikan ‘ecumenism’? . Jika MCC dilayan sebagai ‘gereja’ yang harus dijauhi atau dibantah kehadirannya di Malaysia, kenapa pula layanan yang sama tidak ditujukan kepada ‘Gereja’ Protestan yang lain?

Lalu Yohanes berkata kepada Yesus, “Pak Guru, kami melihat seseorang mengusir setan atas nama Bapak. Dan kami melarang dia sebab ia bukan dari kita.” Tetapi Yesus berkata, “Jangan melarang dia, sebab tidak seorang pun yang membuat keajaiban atas nama-Ku, dapat langsung menjelek-jelekkan Aku. Sebab orang yang tidak melawan kita, berarti berpihak kepada kita. [Mark 9:38-40]

Daripada petikan ini jelas bahawa semua ‘Gereja’ Protestan yang wujud di dunia ini melawan Gereja Roman Katolik kerana sebab utama kewujudan ‘gereja-gereja’ palsu ini adalah atas premis bahawa Gereja Roman Katolik bukan Gereja Kristus. Ini bererti bahawa semua ‘Gereja’ Protestan TIDAK berpihak kepada Gereja Roman Katolik, satu-satunya Gereja Kristus yang benar dan satu. Jika Gereja hanya ‘membenci’ ‘gereja’ MCC dan tidak kepada kumpulan protestan yang lain, bukankah ini suatu amalan ‘double-standard’.

Saya juga tertarik dengan kata-kata Biskop Lee: “On Rev Ou Yang’s plan to marry his partner Angel Ayala when “same sex” marriages are legalised in New York, Bishop Lee said it is their own right.” Benarkah manusia BERHAK mengahwini sesiapa sahaja yang mereka suka? Tidak menghairankan jika pada suatu hari nanti, Gereja akan berkata bahawa manusia berhak untuk mengahwini seekor kambing kesayangannya!

Kesimpulannya, Gereja sepatutnya menyeru kepada semua umat Protestan supaya bertaubat dan kembali ke pangkuan Gereja Roman Katolik. Dogma Gereja “Tiada penyelamatan di luar Gereja” kekal benar dan harus dijadikan sebagai panduan keselamatan untuk semua.  Kita harus ingat bahawa umat Katolik sentiasa DITEGAH daripada menghadiri perkumpulan atau sebarang upacara atau ibadat anjuran ‘gereja’ Protestan.


  1. Saya seorang Katolik. Saya ingin bertanya, adakah aliran2 kristian yang lain memperolehi keselematan kekal seperti yang diajarkan dalam Gereja Katolik?

    Pengarang:
    Dogma “Outside the Church there is no salvation” menunjukkan bahawa mereka yang menolak Gereja Kristus secara sengaja (atau sedar), mereka tidak akan selamat. Mereka yang asalnya beragama Roman Katolik tetapi keluar dan memeluk agama lain atau menjadi atheist tentunya tidak akan selamat kerana mereka menolak Kebenaran secara rela hati. Kepada mereka yang tidak sedar atau tidak mengetahui akan wujudnya Gereja Roman Katolik, mereka boleh selamat tetapi bergantung kepada penerimaan mereka terhadap kebenaran apabila kebenaran itu dikemukakan kepada mereka. Kumpulan orang jenis ini tertakluk kepada Natural Law. Tetapi perlu diingatkan bahawa orang yang tidak mendapat peluang untuk mengetahui Gereja Roman Katolik berada dalam keadaan yang amat kekurangan jika dibandingkan dengan umat yang beragama Katolik. Umat Protestan yang kekal beragama Protestan walaupun telah dimaklumkan tentang Gereja Roman Katolik tidak akan selamat jika tidak kembali ke pangkuan Gereja. Kristus.

  2. Xavier

    Kita(Kristian) sembah Allah, Islam juga sembah Allah. Mana satu yang betul?

    Pengarang:
    Untuk memahami konsep Allah mengikut ajaran Gereja Roman Katolik, sila klik pautan : https://katolik.wordpress.com/2007/12/04/siapakah-atau-apakah-allah/. Agama Islam menolak doktrin Allah Tritunggal Mahakudus. Perkataan ‘Allah’ itu sendiri tidak penting. Dalam Islam, Allah itu adalah nama bagi Tuhan mereka. Tetapi dalam agama Kristian, Allah adalah nama am bagi Tuhan. Ada banyak tuhan palsu yang diajar oleh agama-agama palsu. Allah yang benar ialah Allah Tritunggal Mahakudus seperti yang diajar oleh Gereja Roman Katolik.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: