Lagi Tentang Misa Kudus

Saya masih ingat akan seruan-seruan Paderi Novus Ordo yang menggalakkan penyertaan aktif umat dalam upcara Misa Novus Ordo setiap minggu seperti mengambil bahagian dalam nyanyian rohani dan juga sahutan-sahutan seperti yang tercatat dalam buku Misa. Selain itu, kita juga melihat beberapa orang umat terpilih untuk bertugas sebagai warden, extra-ordinary minister atau Communion minister, pembaca, commentator, koir, pelayar altar dan sebagainya.  Inilah yang dikatakan sebagai penyertaan aktif umat tetapi daripada 1000 atau 2000 orang, berapakah orangkah yang benar-benar ‘aktif’ dalam perayaan Misa Novus Ordo?  Penyertaan umat semakin ketara apabila kita melihat peranan wanita semakin menonjol (dibandingkan dengan lelaki).

Tidak cukup dengan itu, kita akan melihat beberapa orang umat juga ‘aktif’ terlibat sebagai penari, pemain alat muzik (seperti drum, gitar, keyboard dan sebagainya) dan kanak-kanak pula turut terlibat apabila mereka disajikan dengan Misa Remaja (Teen Mass) atau Liturgi Sabda Kanak-kanak (LSKK).  Kanak-kanak dengan sengaja, diasingkan daripada perayaan Misa sebenar dan sebaliknya ‘merayakan’ LSKK yang dipimpin oleh seorang sister.  Ini bermaksud kanak-kanak tersebut tidak terlibat dengan perayaan Korban sebenar Yesus di kayu salib.  Tidakkah Gereja sedar bahawa Misa merupakan doa yang paling agung dan kanak-kanak yang dibawa keluar daripada perayaan Misa merupakan satu tindakan yang merugikan kanak-kanak tersebut dan membahayakan jiwa mereka? Inikah yang dikatakan penyertaan aktif umat dalam perayaan Misa Kudus?

Sesuatu yang mengejutkan saya ialah apabila saya melihat kembali sejarah penglibatan saya dalam Misa Novus Ordo, tidak pernah saya diajar atau paderi mengajar bahawa umat sepatutnya mendoakan Misa Kudus (pray the Mass).  Misa Kudus adalah satu Doa paling agung antara semua doa.  Namun, dalam Misa Novus Ordo, kita melihat bahawa perayaannya lebih menyerupai suatu tayangan (presentation) atau ‘pertunjukkan di atas pentas’ yang dipertontonkan kepada umat dan umat turut mengambil bahagian supaya tayangan itu lebih ‘menyeronokkan’.  Sebab itulah, kadang kala dimasukkan elemen asing  lain seperti pertunjukkan PowerPoint atau slaid elektronik ataupun tayangan VCD/DVD semasa Misa Kudus! Semua inovasi atau pengubahsuaian ini  menjadikan Misa Novus Ordo bukan lagi satu Korban suci Yesus di kayu salib yang benar-benar berlaku. Umat tidak lagi memahami apakah Misa Kudus setelah disajikan dengan pelbagai pertunjukkan yang benar-benar ‘menyeronokkan’ sehinggakan anda akan mendengar tepukan gemuruh umat apabila sesuatu pertunjukkan itu selesai. Jika anda tidak mempercayai kata-kata saya ini, anda tanyakan satu soalan: “Apakah Misa?” kepada mana-mana umat setelah Misa Kudus selesai dirayakan. Anda akan terkejut dengan jawapan yang anda akan terima!

Dalam Misa Kudus Tradisional, saya diajar supaya pray the Mass. Inilah saya saya lakukan semasa Misa Kudus (Tridentine) dan inilah penyertaan aktif yang sepatutnya dilakukan oleh umat Katolik semasa menghadiri Misa Kudus Tridentine.

Deo gratias.


  1. philip

    Missa Kudus merupakan suatu perayaan yang besar dalam iman Gereja Roman Katolik… oleh itu,haruslah kita menghormati perayaan ini kerna kita turut serta Dengan Yesus dalam Perjamuan akhirnya.

  2. Gerald John

    Apa yang kekal dalam Liturgi Gereja Katolik adalah satu bentuk tradisi yang diamalkan zaman-berzaman. Isu ‘penayangan atau pertunjukkan’ itu sebenarnya kurang tepat dan sebenarnya sepatutnya tidak wujud. Kita harus mengambil masa dan memahami kebersediaan umat untuk bergiat aktif. Bukan dengan paksaan atau spekulasi tetapi dengan kerelaan dan kerendahan. Memang kita harus menghormati 100% apa apa pun kegiatan kerohanian dan liturgi dalam Gereja. Akan tetapi , koir , MC , Petugas, alat-alat muzik amat perlu untuk membantu menghidupkan suasana doa ( haruslah tidak keterlaluan dan sesuai dengan keadaan gereja). Namun hal ini bergantung pada sesebuah Parish / Paroki atau dasar keuskupan dan kegerejaan sesebuah tempat. Ada yang menerima kemasukan elemen elemen tambahan yang berguna menghidupkan suasana dan ada juga yang tidak. Apapun , pastikan semua itu tidak mencemari tradisi liturgi. Layanilah satu dengan lain dengan kasih bukan untuk melihat kesalahan dan mengkritik sahaja. Pilihlah yang mana perlu dan yang tidak perlu singkirkanlah.

    Pengarang:
    Adakah sdr/i merujuk kepada Misa Novus Ordo atau Misa Latin Tradisional? Misa Novus Ordo BUKAN berasal daripada Tradisi tetapi dicipta atau direka oleh Paus Paul VI sekitar tahun 1970an. Sebab itulah Misa sekarang ini dipanggil Misa Novus Ordo. Perkataan ‘novus’ dalam bahasa Latin bermaksud ‘baru’ (atau ‘baharu’). Dengan kata lain Misa Novus Ordo tidak bersifat apostolik yang bermaksud Misa Novus Ordo tidak diterima daripada para rasul. Apakah maksud ‘umat bergiat aktif’ mengikut tafsiran sdr/i?

    Apakah maksud ‘menghidupkan suasana doa’? Dalam Gereja Roman Katolik pada zaman sekarang, suasana doa dalam Gereja terlalu hambar dan ‘perlu dihidupkan’. Kenapakah ini berlaku? Lihat sahaja meja altar di hadapan, anda langsung tidak lagi dapat melihat ‘tabernacle’ dan juga Salib. Bandingkan pemandangan ini dengan meja altar yang digunakan untuk merayakan Misa Kudus Tradisional. Jauh berbeza sekali! Masalah yang sama juga dihadapi oleh umat Protestan kerana mereka telah memusnahkan altar dan menggantikkannya dengan meja biasa. Bilik doa mereka juga kosong kerana patung-patung suci telah dibuang!

    Isu besar di sini ialah kenapakah perkara ini berlaku? Kenapakah umat perlu disajikan dengan elemen-elemen tambahan (dan asing) demi untuk menghidupkan ‘suasana doa’? Di manakah fokus doa kita? Kepada Tuhan Allah Tritunggal Mahakudus atau diri kita yang inginkan ‘hiburan’ atau dipuaskan dengan elemen-elemen asing tadi?




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: