Adakah SSPX Di Luar Pangkuan Gereja Katolik?

Setelah motu propio Paus Benedict XVI diumumkan kepada dunia, terdapat pelbagai reaksi sama ada positif mahupun negatif daripada para Uskup Katolik di seluruh dunia, Paus telah mengeluarkan satu surat yang bertajuk “LETTER OF HIS HOLINESS BENEDICT XVI TO THE BISHOPS ON THE OCCASION OF THE PUBLICATION OF THE APOSTOLIC LETTER “MOTU PROPRIO DATA” SUMMORUM PONTIFICUM ON THE USE OF THE ROMAN LITURGY PRIOR TO THE REFORM OF 1970” yang ditujukan kepada semua para uskup.

Surat ini amat istimewa kerana ia ada menyentuh isu tentang Archbishop Michael Leferbvre, pengasas Society of St Pius X yang ‘dikatakan’ telah diekskomuniksi oleh Paus John Paul II apabila Archbishop mengkosenkrasikan empat Uskup baharu di Econe, Switzerland. Tidak menghairankan apabila para umat mahupun para uskup melarang umat Katolik daripada menghampiri para paderi SSPX. Faktanya ialah SSPX merupakan satu badan religious yang SAH dan sakramen yang diberikan oleh para paderi SSPX adalah juga SAH (valid) dan menurut undang-undang Gereja (licit).

Izinkan saya memetik beberapa ayat daripada surat tersebut:

We all know that, in the movement led by Archbishop Lefebvre, fidelity to the old Missal became an external mark of identity; the reasons for the break which arose over this, however, were at a deeper level. Many people who clearly accepted the binding character of the Second Vatican Council, and were faithful to the Pope and the Bishops, nonetheless also desired to recover the form of the sacred liturgy that was dear to them. This occurred above all because in many places celebrations were not faithful to the prescriptions of the new Missal, but the latter actually was understood as authorizing or even requiring creativity, which frequently led to deformations of the liturgy which were hard to bear. I am speaking from experience, since I too lived through that period with all its hopes and its confusion. And I have seen how arbitrary deformations of the liturgy caused deep pain to individuals totally rooted in the faith of the Church.”

Daripada kata-kata Pope Benedict XVI sendiri yang mengatakan bahawa Misa Novus Ordo telah diubahsuai (atas alasan kreativiti) sehingga Misa itu menjadi cacat dan sukar untuk diterima sebagai sesuatu yang suci dan kudus. Dalam surat yang sama, Pope juga senyap tentang status Archbishop Leferbvre sebagai seorang uskup yang telah diekskomunikasi malah beliau masih menyebut pangkatnya Archbishop Leferbvre, suatu penghormatan kepada uskup yang berjuang demi kebenaran (iman Katolik) sehingga beliau meninggal dunia.

Kemudian, dalam ayat yang seterusnya:

I now come to the positive reason which motivated my decision to issue this Motu Proprio updating that of 1988. It is a matter of coming to an interior reconciliation in the heart of the Church.

Kenapakah Paus menggunakan perkataan ‘interior’? Ini bermakna SSPX berada dalam pangkuan Gereja Roman Katolik seperti mana yang telah diperkatakan oleh Kardinal Castrillon Hoyos. Keadaan SSPX yang masih tidak ‘bersependapat” dengan Vatican adalah satu ‘pergaduhan’ dalaman dan tidak meletakkan SSPX di luar Gereja sebagai satu badan yang telah diekskomunikasi atau berada dalam ‘schism’. Tetapi kenapakah masih ada pihak yang masih melihat SSPX sebagai terekskomunikasi dan schimastic!

Deo gratias.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: