Motu Propio Summorum Pontificum

Tanggal 7 Julai 2007, Paus Benedict XVI telah mengeluarkan satu dokumen penting motu propio yang bertajuk Summorum Pontificum. Dengan adanya dokumen ini, maka paderi Katolik boleh merayakan Misa Tridentine (berdasarkan Missale Romanum 1962) tanpa sebarang sekatan jika ada permintaan daripada umat. Dokumen ini telah diterjemahkan kepada bahasa Inggeris tetapi terdapat beberapa kepincangan dari segi ketepatan terjemahan yang dibuat seperti yang dilaporkan oleh Father Z.

Terjemahan bahasa Inggeris (tidak rasmi) boleh dimuatturun dalam bentuk *.pdf dari laman web Society of St. Pius X. Sebagai umat Katolik yang beriman, kita harus membaca, memahami dan menghayati perutusan Paus. Kita bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan kepada Paus Benedict XVI untuk berani menegakkan kebenaran.

Kenapa motu propio ini diterbitkan oleh Paus Benedict XVI?

Antara sebabnya ialah:

  1. Bilangan panggilan atau vocation untuk menjadi paderi, brother atau sister yang semakin berkurangan. Banyak seminar telah ditutup terutama sekali di negara-negara barat. Walaupun Gereja Roman Katolik sudah lama bertapak di Malaysia, namun bilangan paderi amatlah berkurangan dan masih berkurangan hingga ke hari ini. Keadaan ini dapat diperhati dengan bilangan Katekis yang masih digunapakai dan tidak kurang pula para Katekis yang diambil daripada golongan wanita! Di samping itu, masih banyak Gereja atau Chapel yang tidak ada rektor tetap.
  2. Ada dilaporkan juga bilangan umat Katolik yang menghadiri Misa Novus Ordo juga semakin berkurangan dan banyak Gereja Katolik menjadi kosong dan dijual menjadi museum, restoran atau pub!
  3. Sebelum motu propio ini diumumkan kepada dunia, para uskup tidak ‘menyukai’ Misa Tridentine malah melarang perayaannya atas alasan takut perpecahan umat akan berlaku (satu alasan yang lemah) dan ‘salah faham’ bahawa Misa Tridentine telah dimansuhkan oleh Gereja.
  4. Atas permintaan ribuan umat Katolik yang setia kepada Misa Latin Traditional kerana ia Misa yang diwarisi dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang keseterusnya (bersifat apostolik) berbanding dengan Misa Novus Ordo yang dicipta oleh Paus Paul VI pada tahun 1970an (tidak bersifat apostolik).
  5. Ini merupakan salah satu perjuangan SSPX untuk menegakkan kebenaran selain daripada usaha untuk melawan doktrin yang membinasakan umat Katolik (dunia) seperti modernism, liberalism, feminism, false ecumenism, naturalism, religious liberty (kebebasan beragama), collegiality dan sebagainya.

Long live the Pope!
(Semoga Paus panjang umur)

Deo gratias.


  1. semang

    saya baru saja berkenalan dengan blog anda(29/11/2008),saya seoarang katolik. sudah lama saya tercari2 web atau pun blog katolik dalam BM tetapi sangatlah payah dan susah atau mungkin saya yang belum mahir sangat melayari internet.apa-apa hal pun tahniah kepada saudara.blog anda sangat menarik.

  2. Sdr/i Semang dialu-alukan untuk memberi apa-apa komen tentang isu yang dibahaskan dalam blog ini. Semoga blog ini dapat memperkukuhkan Iman Katolik semua umat yang melayari blog ini. Deo gratias.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: