Dunia Memerlukan Tuhan

Dalam artikel yang diterbitkan oleh laman web rasmi Zenit.org yang bertajuk “Benedict XVI Sums Up Spe Salvi“, Paus Benedict XVI di dalam encyclicalnya yang kedua berkata bahawa:

“VATICAN CITY, DEC. 2, 2007 (Zenit.org).- The world needs God, otherwise it remains without hope, said Benedict XVI when he summarized the central message of his encyclical Spe Salvi

Selain daripada mereka yang menganuti fahaman atheism, kita semua sepakat bahawa manusia memerlukan Tuhan di dalam kehidupan mereka. Tetapi persoalan yang besar di sini ialah: Siapakah Tuhan itu? Adakah Tuhan itu memakai pelbagai topeng (atau nama yang berlainan) atau adakah Tuhan yang dimaksudkan itu mengajar pelbagai fahaman yang berbeza-beza seperti yang diajar oleh pelbagai agama yang berlainan? Jika kita melihat Tuhan sebagai sumber kebenaran yang saling bertentangan, adakah agama-agama berlainan di dunia ini membawa keselamatan kepada manusia?

God is TRUTH. Tuhan adalah KEBENARAN dan kebenaran ini adalah mutlak sifatnya. Tuhan adalah sempurna dan tidak boleh memperkatakan sesuatu yang hanya merupakan satu pembohongan ataupun kepalsuan mahupun kepura-puraan. Tuhan yang benar adalah Tritunggal Mahakudus (atau Trinitas) yang terdiri daripada tiga persona iaitu Allah Bapa, Allah Anak (Jesus) dan Allah Roh Kudus (Holy Ghost). Bukan tiga allah tetapi SATU ALLAH YANG TRITUNGGAL.

Siapakah yang telah memperkenalkan Allah yang benar kepada manusia? Tidak lain tidak bukan ialah Yesus Kristus sendiri, iaitu Anak Allah, Juruselamat kita. Janganlah kita berasa malu atau ragu-ragu untuk memperakui bahawa Yesus adalah Tuhan semua orang, satu-satunya yang mampu menyelamatkan dunia kita daripada kemusnahan.

Seruan saya ialah agar umat Katolik tidak menyebarkan ajaran palsu bahawa semua agama adalah benar atau memperkatakan bahawa manusia bebas atau mempunyai hak asasi untuk menyembah allah lain selain Allah Tritunggal Mahakudus.

Deo gratias.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: