Siapakah atau Apakah Allah?

[Nota penting: Perkataan ‘Allah’ yang digunakan dalam artikel ini adalah terjemahan perkataan Inggeris ‘God’ dan bukannya merujuk kepada Allah seperti yang difahami dalam agama Islam. Secara spesifik, Allah dirujuk kepada Tritunggal Mahakudus atau Trinitas yang terdiri daripada tiga persona iaitu Allah Bapa, Allah Anak (Yesus) dan Allah Roh Kudus.]

Allah merupakan ‘benda’ hidup yang teragung atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Supreme Being’ yang berupaya untuk bertindak dan berfungsi secara bebas (independently) dan sempurna tanpa had (atau batasan). Allah mencipta segala-galanya dan tanpa Allah segala-galanya juga lenyap serta merta. Kewujudan berlaku kerana Allah memungkinkannya.

Kenapakah Allah dilihat sebagai ‘Supreme Being’? Kerana Allah adalah yang teratas daripada segala mahkluk hidup, wujud atas kekuasaan-Nya sendiri dan merupakan Roh yang amat sempurna (tanpa batasan atau had).

Apakah ‘roh’? Roh ialah ‘benda hidup’ (being) yang memiliki KEFAHAMAN dan KEBEBASAN BERTINDAK, tetapi tidak mempunyai badan (fizikal) seperti manusia dan kewujudannya adalah kekal (dan tidak mengalami proses kematian seperti manusia yang fana).

Allah adalah Roh sepenuhnya. Ini bermaksud Allah tidak memiliki tubuh badan, tetapi kita masih memperkatakan mata-Nya dan tangan-Nya iaitu secara figuratif, untuk membolehkan manusia ‘memahami’ Tuhan Allah mengikut cara manusia bercakap.

Malaikat dan Iblis juga roh sepenuhnya kerana mereka tidak memiliki tubuh badan. Manusia adalah sebahagiannya roh, kerana manusia memiliki tubuh badan (fizikal). Jiwa manusia adalah roh, yang bebas daripada kekangan fizikal dan tidak bisa dimusnahkan. Oleh kerana manusia diciptakan berdasarkan imej Tuhan Allah, maka manusia juga memiliki ciri Tuhan Allah yang ‘mortal’ atau kekal. Jiwa seseorang itu dikatakan MATI jika terpisah daripada Tuhan.

Allah wujud atas kekuasaan-Nya sendiri. Ini bermakna Allah tidak dicipta malah Dia merupakan ‘SEBAB PERTAMA’ (the first cause).

Manusia tidak berupaya memahami Tuhan Allah sepenuhnya kerana manusia adalah finit (terbatas) manakala Tuhan adalah infinit (ketidakterhinggaan).

Allah sungguh indah dan amat sempurna. Tidak ada lain selain Allah Tritunggal Mahakudus yang lebih indah atau lebih sempurna. Kesempurnaan Tuhan menyebabkan manusia tidak berupaya memahaminya dengan penuh. Tetapi manusia masih mampu mengesahkan (verify) tentang wahyu (revelation) yang datang daripada Tuhan yang benar berdasarkan kebolehan manusia untuk menaakul (reason). TETAPI jika kita menjadikan penaakulan atau emosi kita sebagai sumber autoriti yang teratas (final authority), maka kita sebenarnya menjadikan diri kita sebagai tuhan untuk diri sendiri, dan menghalang kita daripada mencapai tahap ‘supernatural’ untuk mendekati Tuhan Allah yang benar.

Deo gratias.


  1. yoki

    As a muslim, im not comfortable when other religion uses the word “Allah” as reference to their own god. As a person that has been tought in school since my childhood days that Allah is the god in Islam, it confuses me when reading your blog. Im sure other muslim will feel the same way too when they encounter this issue. I am sure that you can refer your god using other words but not “Allah”.

  2. Kometator

    Alloh hanyalah sebutan bagi sang pencipta alam yang maha esa di wilayah arab. Mungkin di tempat lain penyebutannya berbeda seperti YHWH oleh orag yahudi.
    Yesus bukanlah sang pencipta (tuhan yang esa), karena dia diciptakan oleh sang pencipta alam semesata ini. Yesus adalah hamba dari sang pencipta. Yesus adalah manusia yang mulia dan suci. Yesus selalu menyerukan kepada manusia untuk selalu menyembah Tuhan yang esa sang pencipta alam.

    Respon Pengarang: Yesus Kristus adalah manusia yang sempurna dan juga Tuhan Allah. Dia tidak diciptakan tetapi telah ada sejak awal. Umat Kristian Katolik menyembah Tuhan Allah Tritunggal dan Yesus Kristus adalah Allah Persona Kedua. Oleh kerana Yesus Kristus adalah Tuhan Allah, maka umat Kristian menyembah-Nya. Dukacita kerana hati anda belum terbuka untuk memeluk agama Kristian, agama yang benar.

  3. agogo

    Itu anda salah. ‘GOD’ dalam bahasa malaysia adalah tuhan. anda jangan sekali-kali membutar belit. Anda hanya layak menggunakan perkataan tuhan untuk menggantikan GOD dalam bahasa english. Bukan perkataan Allah untuk menggantikan GOD. Dalam banyak-banyak agama di dunia ini kenapa menggunakan perkataan dari agama islam. Itu buktinya islam itu benar. Kalu tak benar kenapa ingin menggunakan perkataan dari agama islam. Itu lu pikirlah sendiri. Orang melayu sudah sediakan terjemahan bahasa inglish bagi GOd adalah tuhan. Gunakan sajalah tuhan. Jangan nak pandai-pandai ganti kepada Allah.

    Respons:
    Saya telah katakan berulang-ulang kali bahawa jika awak bermasalah dengan kata ‘Allah’, sila ajukan aduan awak kepada DBP. Dalam definisi ‘Allah’ DBP, tidak ada disebutkan bahawa kata Allah hanya boleh digunakan untuk sekumpulan manusia tertentu. Perkataan ‘Allah’ tidak dikhaskan untuk sesiapa. Awak rujuklah semula Buku Kamus Dewan DBP.

    Awak bukan orang Inggeris. Saya percaya awak tidak tahu makna ‘God’ sebenarnya.

  4. Man

    Kristian menyamakan Tuhan dengan roh?? Roh?? Tuhan kan tidak sama dengan makhluk yang dicipta!!!

    Respons:
    Memang benar bahawa Tuhan Allah adalah ROH yang bermaksud Tuhan Allah tidak mempunyai tubuh badan atau jasad. Apakah pengertian saudara Man tentang konsep ‘roh’?

  5. deedat

    Umat Islam tidak mengatakan adanya Allah kerana Roh kerana zat kewujudan Allah tidak terjangkau fikiran manusia, ini ada dinyatakan dalam Al Quran. Roh adalah umpama nyawa kepada jasad yang hidup , ciptaan Alah.

    Respons:
    Roh bermaksud tidak memiliki tubuh badan fizikal seperti manusia, dan tidak dapat dilihat tetapi kekal hidup selamanya dan memiliki kepintaran yang tertinggi dan sempurna. Walaupun begitu, Roh bisa melihat, mendengar dan memberi reaksi. Allah adalah Roh. Malaikat juga roh. Manusia memiliki tubuh badan fizikal dan hidup tetapi fana. Manusia juga memiliki roh yang memberikannya kepintaran yang tidak sempurna.

    Jika saudara mentafisr roh sebagai zat atau nyawa, adakah saudara juga mentafsir zat atau nyawa sebagai roh? Jadi apakah definisi roh, zat dan nyawa?

  6. deedat

    mengapa baru sekarang kristian , ingin gunakan perkataan Allah ? mengapa tidak dari dulu lagi ? Ini bukti agama kristian boleh diubah ubah mengikut selera.

    Respon:
    Perkataan generik ‘allah’ digunakan untuk terjemahan perkataan God. Apabila ‘allah’ dirujukkan kepada Allah yang benar, maka ia dieja dengan huruf besar ‘Allah’ dan bukan ‘allah’. Nama khas Allah bagi agama Kristian ialah Yesus.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: