Setia Kepada Paus?

Umat Katolik yang sungguh-sungguh mempertahankan ajaran, doktrin dan dogma Katolik seperti yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain sejak zaman Yesus 2000 tahun yang lalu sering dilihat atau dilabelkan oleh umat Katolik yang berpegang kepada ajaran baru ‘Novus Ordo’ sebagai mereka yang tidak setia atau ‘melawan’ Paus. Adakah gambaran ini benar? Adakah benar umat Katolik di bawah jagaan Society of St Pius X (SSPX) adalah mereka yang ingkar kepada arahan Paus? Adakah mereka setia menghadiri Misa Kudus Latin Traditional (Tridentine Mass) di Chapel Queen of the Most Holy Rosary adalah mereka yang ‘sesat’ atau sudah keluar dari ‘Katolik’? Ataupun adakah mereka ini dianggap sebagai umat yang kuno atau ketinggalan zaman? Siapakah yang sebenarnya lebih taat kepada Paus dan ajaran benar Gereja Roman Katolik?

Satu artikel yang bertajuk  “Vatican clarifying Latin Mass rules” (3 Jan 2008, MiamiHerald.com) jelas menunjukkan usaha Vatican atas arahan Paus Benedict XVI untuk memperjelaskan arahan sebenar yang terkandung dalam  Motu Propio Summorum Pontificum dan yang menghairankan dokumen ini akan ditujukan kepada mereka yang bergelap Uskup atau Bishop Novus Ordo? Cukup jelas bahawa Uskup Novus Ordo TIDAK SETIA kepada arahan Paus. Kenapakah Uskup Novus Ordo ‘membenci’ Misa Tridentine? Kenapakah Misa Latin Tradisional dipandang serong oleh mereka yang sepatutnya menjalankan tugas sebagai Gembala yang baik?

“VATICAN CITY -The Vatican has begun drafting a document to elaborate on Pope Benedict XVI’s recent liberalization of the old Latin Mass because some bishops are either ignoring his move or misinterpreting it, Vatican officials said.”  Bolehkah seseorang Uskup tidak memperdulikan arahan Paus sedangkan arahan Paus tidak bertentangan dengan doktrin Katolik mahupun ajaran Yesus? Adakah Uskup tidak berkemahiran untuk memahami “Summorum Pontificum”  yang ditulis dalam bahasa Latin, bahasa rasmi Gereja?

Tidak setakat itu sahaja, terdapat juga Uskup yang berani memutarbelitkan arahan Paus: “Implementation, however, has been uneven, with some bishops issuing rules that “practically annul or twist the intention of the pope,” Monsignor Albert Malcolm Ranjith, secretary of the Vatican’s Congregation for the Divine Cult and Discipline of Sacraments, said recently, according to the Vatican’s missionary news agency FIDES.”

Kata orang: tepuk dada, tanya selera. Siapakah yang sebenarkan SETIA kepada Paus dan Gereja Roman Katolik. Mereka yang berpegang kepada Novus Ordo atau Tridentine?




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: