Bahasa Komunikasi Gereja IV

[Saya kongsikan komen ini dengan para pembaca lain kerana ia membawa banyak mesej penting yang berkaitan dengan keselamatan jiwa-jiwa. Silalah baca komen ini dengan penuh perhatian dan penghayatan agar ia dapat mengubah hidup anda supaya lebih suci dan lebih mendekati doktrin sebenar Yesus, Juruselamat kita, Raja segala raja. Komen ini telah diedit supaya lebih jelas. Untuk baca komen asal, sila klik. ]

Topik ini sangat menarik.. saya sangat terpegun sehingga tidak dapat berkata-kata. Pada masa yang sama, saya menghadapi masalah besar menterjemahkan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu tanpa mengubah apa yang ingin saya sampaikan dan juga masalah menyusun idea yang saya ada. Soal bahasa sememangnya susah untuk sampai ke satu kesimpulan terutamanya pada zaman moden ini kerana orang ramai semakin berminat memperjuangkan kebebasan ini dan kebebasan itu. Kate Hazel pula agak melucukan, memang jelas anda seorang umat Katolik liberal!!! Musuh , penghancur dan ulat utama yang membawa kepada kelemahan Gereja Roman Katolik.Masalah bahasa menjadi isu telah dijelaskan sejelas-jelasnya oleh saudara Author kita, malangnya saudari Kate Hazel tak faham-faham dan masih mau mengaku yang dia sebenarnya: I believe we’re in the same track, but to a different depth and extent. Kelemahan manusia zaman moden ini ialah “tidak sanggup menerima arahan (lack of obedience) di mana ketaatan (obedience) merupakan satu amalan (virtue) yang penting dalam Katolik dan beliau juga “mempunyai ego (pride) yang hebat”. Kedua-dua ini dapat dilihat pada diri Kate Hazel. Tidakkah saudara-saudari sekalian sedar pada masa Bahasa Latin digunakan sebagai bahasa rasmi Misa Kudus, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa German, Bahasa Itali, Bahasa Perancis dan bahasa-bahasa lain-lain juga turut wujud? Sekarang, pada masa ini, anda tidak akan percaya, umat masing-masing berebut-rebut supaya Misa Kudus dirayakan dalam bahasa kaum mereka masing-masing. Lagi-lagi, di manakah kesatuan?

Bahasa melambangkan bangsa? Sekiranya dilihat melalui aspek duniawi, saya tidak mempunyai apa-apa komen, tetapi adakah isu ini penting di dunia selepas bumi berakhir iaitu di Neraka atau Syurga? Kita harus sedar, kita menyebut GEREJA ROMAN KATOLIK, sekiranya anda begitu mementingkan bangsa (atau kaum masing-masing) kenapa tidak mulakan gereja baru, seperti GEREJA DUSUN KATOLIK? Tidak! Kita tidak harus berpandangan demikian. Kita harus menghargai usaha, penat lelah Bapa-bapa Besar kita (Fathers of the Church) yang telah membina Gereja kita dengan bantuan Raja Yesus dan Bonda Maria. Kita harus mencontohi keimanan mereka (Faiths of Our Fathers). Kita sangat bersyukur, hari ini kita ada segala-galanya, seseorang hanya perlu mempelajari Katekismusnya, namun keadaan tidak lagi semudah zaman dahulu. Oleh itu, kita mempunyai peranan menjaga Tradisi yang telah ditinggalkan kepada kita untuk diteruskan ke generasi akan datang.

Sebelum perubahan bahasa berlaku, umat diajar bahasa Latin oleh para paderi, mereka faham dan tahu, mereka boleh menyanyi dalam Latin dan di mana-mana umat berada, Misa Kudus yang sama, akan dirayakan dalam Latin dan tidak menjadi masalah untuk mengikuti liturgi tersebut. Namun hari ini, itu sekadar angan-angan semata-mata.

Sebelum pergi ke Semenanjung Malaysia untuk belajar, setahu saya Misa hanya akan dirayakan SAMA ADA dalam bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Melayu, atau bahasa Tagalog, hanya satu bahasa sahaja digunakan pada satu-satu masa. Namun, apabila saya sampai di Semenanjung, ke satu gereja, saya terkejut! Saya mendengar tiga bahasa digunakan dalam satu Misa, iaitu bahasa Inggeris, Melayu dan Tamil. Apakah yang sedang berlaku? Pada mulanya, saya rasa aneh dan tidak selesa, namun lama-lama macam tiada kesan jadi saya pun terbiasa. Tapi persoalannya, dapatkah saya memahami Misa yang dibahagikan kepada tiga bahasa? Memang kelakar memikirkan pengalaman tersebut. Umat di sana berbangga dengan keadaan yang luar biasa ini. Mungkin, inilah yang dimaksudkan kepelbagaian dalam agama kita!

Itulah sebabnya sampai sekarang nama kota itu disebut Babel, karena di situlah dikacaubalaukan TUHAN bahasa seluruh bumi dan dari situlah mereka diserakkan TUHAN ke seluruh bumi. [Kejadian 11:9]

Satu persoalan yang penting? Bagi anda, seorang Katolik, apakah yang terpenting sekali dalam perayaan Misa Kudus? Adakah mendengar khutbah (homily) daripada paderi atau menyaksikan pertukaran roti dan arak menjadi Tubuh dan Darah Raja Yesus oleh paderi? Kebanyakan orang hari ini, mementingkan homili berbanding menerima Sakramen Komuni Kudus dan ada pula orang mengatakan semua bahagian sama penting. Apa pandangan anda?

Misa Kudus boleh dirayakan tanpa homili diberi namun Misa Kudus bukan Misa Kudus sekiranya tiada pertukaran Ttubuh dan Darah Yesus di altar. Bolehkah anda lihat perbezaannya? Misa Kudus dalam Latin susah difahami tetapi kepada siapakah doa Misa Kudus ditujukan? Tuhan atau kita manusia? Bahasa Latin sememangnya tidak menjadi masalah cuma ego yang menjadi penghalang kepadanya.

Oleh kerana paderi zaman sekarang tidak lagi dilatih dalam bahasa Latin, mereka tidak ada akses kepada ajaran tulen St Thomas Aquinas, Angelic Father of the Church yang sememangnya dalam bahasa Latin dan tulisan-tulisan hasil karya yang lain.

Marilah kita memahami sekali lagi dalam zaman ini, bahawa Latin bukanlah penghalang, ia bukan penghalang zaman dahulu, bukan penghalang zaman sekarang, juga bukan penghalang zaman akan datang. Jangan kerana prejudis, saudara-saudari menutup pintu hati untuk menerima Yesus melalui Misa Kudus (Tridentine) yang tulen dan suci. Semoga saudara sekalian dapat mengubah percepsi yang ada sekarang dan mula membuka pintu hati memahami apakah tujuan sebenar Latin dalam Katolik. Sekiranya saudara-saudari dapat menyaksikan dan turut serta dalam perayaan Misa Kudus Sepanjang Zaman St Pius V, kalian tentunya akan terharu betapa berharganya harta yang telah diwarisi sehingga hari ini yang tidak dihargai oleh ramai orang malangnya.

Puji Tuhan Yesus, Raja kita, Amen.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: