Krisis Dalam Gereja II

[Saya kongsikan komen ini dengan para pembaca lain kerana ia membawa banyak mesej penting yang berkaitan dengan keselamatan jiwa-jiwa. Silalah baca komen ini dengan penuh perhatian dan penghayatan agar ia dapat mengubah hidup anda supaya lebih suci dan lebih mendekati doktrin sebenar Yesus, Juruselamat kita, Raja segala raja. Komen ini telah diedit supaya lebih jelas. Untuk baca komen asal, sila klik.]Kepada saudara yang dikasihi,Saya sangat terpegun melihat kesungguhan saudara dalam memaklumkan kepada orang ramai terutamanya Katolik mengenai krisis yang sedang melanda Gereja Roman Katolik kita yang suci ini. Sememangnya daripada isu-isu yang saudara bangkitkan, saya semakin pasti bahawa saudara sedar dan ingin orang lain turut sedar akan perubahan-perubahan yang berlaku di Gereja semakin menjauhi Tradisi Suci yang diwariskan oleh Bapa-bapa besar Gereja Roman Katolik. Sememangnya tugas ini bukan mudah dilaksanakan namun kita perlu yakin akan janji Tuhan bahawa:

I say unto thee, That thou art Peter, and on this rock will I build My Church; and the gates of hell shall not prevail against it [Mat 16:18].
Dan Aku pun berkata kepadamu: Engkau adalah Petrus dan di atas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaat-Ku dan alam maut tidak akan menguasainya.

Kita harus berdoa bagi umat yang lain agar Tuhan mengurniakan mereka anugerah penglihatan, mencelikkan mata mereka supaya mereka sedar bahawa kita perlu mempertahankan ajaran dan tradisi Gereja Roman Katolik yang tercinta.

Kepada saudara-saudari sekalian yang bernasib baik berpeluang mengunjungi blog ini, bacalah dengan penuh perhatian, tanyalah kepada diri anda sendiri, benarkah isu yang dibangkitkan? Seperti kata pepatah: Daun pokok tidak akan bergerak tanpa angin bertiup. Ia juga berlaku di seluruh dunia Katolik. Lihatlah di luar sana, apakah yang sedang berlaku? Janganlah kita berasa kaku atau berprejudis dengan apa yang saudara Author kita katakan kerana ia memang benar berlaku di seluruh dunia, malah lebih serius dan menakutkan!

Jikalau anda Katolik, benarkah anda benar-benar Katolik atau hanya pada nama sahaja? Anda seorang Katolik jika anda sanggup berbuat apa saja untuk mempertahankan harta peninggalan (warisan) Raja Yesus kepada umat manusia terutamanya Misa Kudus kita. Ini termasuklah mencari kebenaran tentang apa yang telah berlaku khususnya di Persidangan Konsili Vatican II.

Ini boleh dilakukan dengan MEMBACA! Tiada gunanya bertanya kepada paderi yang juga tidak tahu-menahu tentang perkara sebenar kerana ia hanya akan meracuni pemikiran saudara dan saudari. MEMBACA dan BERDOA, dan pinta bantuan Bonda Maria untuk memimpin tangan kita ke arah jalan menuju kepada Raja Yesus di Syurga.

Sebagai permulaan, pautan ini merupakan laman web yang agak baik: http://www.fisheaters.com/index.html

Saya doakan agar Yesus Kristus mengurniakan kesedaran kepada umat Katolik khasnya di Keningau untuk kembali kepada Tradisi Gereja Roman Katolik yang tulen dan satu-satunya gereja yang benar. Semoga umat dapat merasai Misa Kudus yang BENAR, yang telah memberikan gereja kita ribuan sangti dan santo (saints) suci, Misa Kudus yang sama dan yang telah dirayakan oleh St Francis Xavier lima ratus tahun dahulu…kerana melalui Misa Kudus Latin Tradisional (Tridentine), kita telah bertahan selama hampir 2000 tahun, Misa Kudus yang diwariskan melalui Tradisi Suci!

Tidakkah saudara saudari berbangga dengan warisan tersebut?


  1. Barnabas Laban

    Saya cukup tertarik dengan komentar anda, saya seorang awam Katolik, namun saya merasa ada sesuatu yang kurang beres dari penjelasan anda diatas, hal yang pertama
    Mat. 16 :18
    I say unto thee, That thou art Peter, and on this rock will I build My Church; and the gates of hell shall not prevail against it [Mat 16:18].
    Dan Aku pun berkata kepadamu: Engkau adalah Petrus dan di atas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaat-Ku dan alam maut tidak akan menguasainya. dalam bahasa ingris anda menggunakan kata Church yang artinya Gereja, mengapa dalam bahasa melayu berubah menjadi Jemaat ??? bahasa Yunani juga mengatakan Eklesia (Gereja) kenapa anda merubahnya, dan yang berakibat artinya menjadi sangat lain, bukankah Kitab Suci tidak boleh dirubah ?????

    Dan juga anda menyarankan pada kami untuk tidak bertanya pada Padri, saya tidak mengerti akan maksud anda, apakah anda minta kami harus percaya dengan tulisan anda ???

    Respons:
    Saudara Barnabas, saya merujuk kepada Alkitab Katolik Douay-Rheims (DR) dan memang itulah teksnya. Bible DR adalah satu-satunya Bible yang diikhtiraf oleh Gereja dan digunakan dalam Liturginya. Alkitab terjemahan seperti Alkitab Indonesia (atau Alkitab Berita Baik) adalah sekadar TERJEMAHAN sahaja, dan terjemahan itu dibuat atas MAKSUD dan bukan atas struktur ayat asal. Jadi, apabila merujuk kepada Alkitab terjemahan, kita sebenarnya membaca pengertian si penulis (atau penterjemah), bukan kepada firman Allah. Seperkara lagi, Alkitab Indonesia diterbitkan oleh The Bible Society of Malaysia atau Lembaga Alkitab Indonesia. Adakah penerbit-penerbit ini mendapat autoriti SAH dari Gereja?

    Nasihat saya supaya tidak bertanya kepada paderi adalah atas sebab kebanyakan paderi sekarang tidak mengajar doktrin Katolik yang benar tetapi mengajar doktrin yang dicemari dengan ajaran Protestantism atau Modernisme. Ini disebabkan oleh ajaran baharu Vatican II.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: