Kenapa Ahad bukan Sabtu?

Fakta Sejarah menunjukkan bahawa umat Kristian awal tidak pernah menguduskan Hari Sabtu sebagai Hari Sabat.  Sabat bukan bermaksud ‘Sabtu’ tetapi sebenarnya bermaksud ‘rehat’ atau ‘perhentian’. Umat Kristan awal berkumpul untuk beribadat pada hari pertama (Ahad) dan ini disokong dengan fakta sejarah. Malah dalam Perjanjian Baru, tidak ada rekod umat Kristian (termasuk para rasul) yang menguduskan Hari Sabtu sebagai Hari Saba, sebalik Hari Sabat umat Kristian ialah Ahad seperti yang ditetapkan oleh Gereja awal sejak zaman para rasul.

Hari Sabat, diertikan sebagai ‘hari rehat’ atau ‘perhentian’, dikuduskan oleh umat Kristian, seperti yang dilakukan oleh para Rasul, iaitu hari Ahad yang juga dikenali sebagai Hari Tuhan kerana pada hari Ahad Yesus Kristus bangkit dan keluar dari kubur-Nya dan membuktikan bahawa Dia telah menggenapi seluruh Hukum Taurat.

[Perenggan ini telah diedit dan diperbetulkan pada 7/11/2009]

Untuk sebab itu, maka saya senaraikan 21 sebab kenapa umat Kristian (Katolik) beribadat pada hari Ahad:

  1. Yesus bangkit pada hari pertama dan bukannya pada hari Sabtu. [Mk 16:9]
  2. Kemunculan Yesus sebanyak enam kali berlaku pada dua kali Hari Ahad, dan tidak pernah muncul pada hari Sabtu. [Mk 16:9; Mt 28:5-9; Lk 24:34; Lk 24:13-15; Lk 24:33,36; Jn 20:19; Jn 20:26]
  3. Kristan awal direkodkan berkumpul sebanyak tiga kali pada hari Ahad selepas kebangkitan Yesus dan sebelum kenaikan-Nya, dan tidak pernah berlaku pada hari Sabtu. [Jn 20:19 Jn 20:26 Acts 2:1]
  4. Para rasul direkodkan berkumpul pada hari Ahad [Kis 20:7], dan tidak pernah para rasul berkumpul pada hari Sabtu.
  5. Pemecahan Roti oleh umat Kristian direkodkan berlaku pada hari Ahad [Kis 20:7]
  6. Umat Krisitan awal diperintah untuk mengutip wang sumbangan kepada Gereja pada setiap hari Ahad [1 Kor 16:1-2]
  7. Yesus dideklarasikan sebagai Anak Allah pada hari Ahad [Rom 1:4]
  8. Mazmur 2:7 “Engkaulah anak-Ku, pada hari ini Aku menjadi Bapamu” digenapi pada hari Ahad apabila Yesus bangkit. [Kis 13:33]
  9. Tanda Yesus dimuliakan jatuh pada hari Ahad [Yoh 7:39 & Kis 2:1,32]
  10. Gereja pertama (awal) bermula secara rasmi pada Pentekos Ahad [Kis 2:1]
  11. Yesus dimahkotakan Raja pada hari Ahad [Kis 2:33-36]
  12. Para rasul menerima janji Bapa pada hari Ahad [Kis 1:4-5; 2:1-4]
  13. Roh Kudus turun ke atas para rasul dan Bonda Maria pada hari Ahad [Kis 2:1-4]
  14. Khutbah tentang Keselamatan buat pertama kalinya disampaikan oleh Santo Petrus pada hari Ahad [Mt 16:19; Acts 2:1,38,40-41]
  15. The Keys to the Kingdom of God were first used on Sunday: Mt 16:19
  16. The great “Triumphal entry” (also called “Palm Sunday”) happened on the first day: Luke 13:32
  17. Tempoh antara kebangkitan Yesus dan Pentekos adalah dari hari Ahad ke hari Ahad sebanyak 50 hari. Permulaan dan pengakhiran berlaku pada hari Ahad.
  18. Yesus disembah buat pertama kalinya ialah pada hari Ahad oleh Santo Thomas.  (Yoh 20:26).
  19. Buat pertama kali kita dapat dilahirkan semula untuk pengharapan yang hidup berlaku pada hari Ahad [1 Pet. 1:3]
  20. Buat pertama kalinya Yesus bersama-sama dengan para rasul-Nya selepas kebangkitan-Nya ialah pada hari Ahad [Lk. 24:1, 13, 28-35]
  21. Hari Pentekos berlaku pada hari Ahad.

Bacaan tambahan: http://www.fisheaters.com/lordsday.html




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: