Mengasihi Sesama?

Petikan Alkitab daripada teks Perjanjian Baru Terjemahan Baru Edisi 2 yang berbunyi:

13:8 Janganlah kamu berutang apa kepada siapa pun, kecuali berutang kasih satu terhadap yang lain. Sebab siapa saja yang mengasihi sesamanya manusia, ia sudah memenuhi hukum Taurat. 13:9 Karena perintah: “Jangan berzina, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan mengingini,” dan perintah lainnya, sudah tersimpul dalam firman ini, yaitu: “Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri!” 13:10 Kasih tidak berbuat jahat terhadap sesama manusia, karena itu kasih adalah kegenapan hukum Taurat. (Roma 13:8-10)

Persoalan utamanya ialah apakah yang dimaksudkan dengan ‘mengasihi sesama’? Bagaimana seseorang Kristian mengasihi orang lain?

Adakah kita telah memenuhi tuntutan ini dengan hanya memberikan jiran kita makanan untuk perutnya yang lapar, air untuk tekaknya yang kehausan atau pakaian untuk menutup auratnya? Adakah kita benar-benar mengasihi orang lain jika kita mengajarnya bahawa dia bebas untuk memilih dan memeluk mana-mana agama yang disukainya?

Patutkah kita berusaha keras untuk sekadar memenuhi keperluan fizikal badan dan memandang ringan akan tuntutan agama yang kita anuti? Di manakah kebenarannya tentang hal ini?

Hukum tertinggi bagi umat manusia ialah memastikan keselamatan jiwa semua orang! Apakah maksudnya? Tubuh badan manusia akan binasa. Suatu hari nanti, kita semua akan meninggalkan dunia ini kecuali jiwa kita. Pada saat kita mati, jiwa akan terpisah daripada tubuh badan kita yang fana. Ini bermaksudnya segalanya yang kita usahakan demi tuntutan duniawi (termasuk harta kemewahan) akan ditinggalkan di dunia ini kepada orang lain.

Pendek kata, jika kita mengasihi sesama, maka kita harus sebarkan Berita Gembira bahawa Yesus adalah Juruselamat Manusia yang membawa keselamatan kekal kepada semua orang. Manusia akan selamat kerana Yesus dan bukannya oleh agama-agama ciptaan manusia. Yesus telah mendirikan Gereja Roman Katolik atas Petrus (Paus yang pertama) dan diberinya Kunci (autoriti atau kuasa). ‘Gereja’ Prostestan hanyalah ‘gereja’ ciptaan manusia biasa tanpa sebarang kunci dari Syurga. Agama-agama lain pula hanyalah ciptaan manusia. Kesaksian dalam agama-agama lain hanya disandarkan kepada mulut manusia semata-mata tetapi Kebenaran dalam Gereja Roman Katolik disandarkan atas kesaksian Yesus sendiri, Tuhan dan Juruselamat.

Oleh itu, jika kita mengasihi sesama, maka perlulah kita membantu orang lain menyelamatkan jiwa mereka kerana selepas kematian, penghakiman Tuhan adalah kekal selama-lamanya. Sama ada menerima hukuman yang setimpal dan mengerikan di Neraka tanpa penhujungnya atau mengecapi kebahagian kekal bersama-sama Tuhan Allah dan para sangti di Syurga.

Deo gratias.


  1. paul

    Beberapa kisah keluarbiasaan/kesaksian juga selalu kita dengar berlaku di kalangan pengikut protestant, adakah ini dianggap bahawa pekerjaan suci oleh Roh Kudus berlaku juga dlm dominasi gereja berkenaan?

  2. Roh Kudus adalah Roh Kebenaran. Kita harus berhati-hati dengan ‘keluarbiasaan’ atau ‘kesaksian’ mereka.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: