Apakah ‘relativisme’?

Saya akui bahawa blog ini sudah agak lewat dalam memaparkan pandangan-pandangan baru tentang agama Roman Katolik disebabkan kesibukan kerjaya dan juga kesihatan yang tidak begitu memuaskan (mungkin diakibatkan penggunaan komputer yang terlalu kerap). Walaupun begitu, saya berasa terpanggil untuk terus menyumbangkan pandangan peribadi untuk tatapan anda semua.

Untuk itu saya mahu merujuk kepada artikel yang bertajuk “Islam’s growth result of western relativism, warns Muslim convert” (secara kasar terjemahannya: Islam semakin berkembang disebabkan oleh fahaman relativism barat, amaran bekas umat Muslim) yang diterbitkan oleh Catholic News Agency. Saya tertanya-tanya apakah sebenarnya maksud ‘relativism’?

Mengikut kamus WordWeb, relativism bermaksud “the philosophical doctrine that all criteria of judgment are relative to the individuals and situations involved” atau “doktrin falsafah yang menyatakan bahawa semua kriteria penghakiman atau penilaian adalah relatif kepada individu dan situasi yang terlibat”. Dengan kata lain, apa-apa pun penghakiman (mahupun keputusan) yang kita buat adalah berdasarkan kepada pandangan individu atau keadaan semasa.

Adakah anda menerima fahaman relativism ini sebagai suatu yang BENAR? Adakah fahaman relativism ini merupakan suatu doktrin Kristian dan diterima pakai dalam kehidupan kita sebagai pengikut Kristus Yesus yang setia?

Magdi Christian Allam berpendapat bahawa “the ideology of relativism that pervades the West and claims that there are many truths instead of one unique Truth”. Saya sependapat dengan beliau dan menekankan di sini bahawa ideologi relativism yang banyak diterima pakai oleh orang-orang Barat menyebabkan manusia kini (terutama orang-orang Kristian) mempercayai kewujudan ‘banyak’ kebenaran dan menolak satu KEBENARAN yang UNIK. Apabila Yesus mengatakan bahawa ‘Akulah Kebenaran’, adakah Dia bercakap secara relatif? Adakah Yesus hanya salah satu Tuhan yang benar? Atau adakah Yesus adalah satu-satunya Tuhan yang benar dan UNIK, dan TIDAK ADA TUHAN YANG LAIN. Seperti mana hanya ada satu Tuhan maka hanya ada satu KEBENARAN dan kebenaran itu mutlak sifatnya.

Jadi, sungguh jelas di sini bahawa ajaran Yesus ialah KEBENARAN adalah bersifat mutlak dan Yesus itulah sumber dan Dialah KEBENARAN yang kita cari. Tidak ada Tuhan lain selain Yesus yang umat Kristian harus percaya.

Berbalik kepada Magdi Allam, kenapakah beliau memeluk agama Roman Katolik? Jawapan beliau ialah: “he was convinced by the preaching and testimony of Benedict XVI, whose “strong affirmation of the relationship between faith and reason as a foundation for understanding the authenticity of true religion” fascinated him.” Khutbah dan kesaksian Paus Benedict XVI tentang ‘keselarasan yang teguh antara iman dan akal merupakan dasar kepada pemahaman tentang ketulenan agama yang benar’.

Deo gratias.


  1. paul

    Mungkin ramai umat yang keliru di antara maksud DAPATAN dan PEMAHAMAN. Kerana dapatan adalah hasil kepada sesuatu kajian yang selalunya membentuk IDEA (idealogi).Sementara itu pemahaman datangnya dari akal budi dan berlandaskan kepada pengalaman kehidupan sebenar. Ramai orang gemar meletakkan diri dalam satu status yang terbentuk daripada kekuatan idea nya tetapi tidak kurang ramainya manusia yang berusaha membentuk manusia lainnya melalui akal budinya.

  2. Pemahaman manusia haruslah disandarkan kepada ajaran, doktrin dan dogma Katolik seperti yang diajar Tradisi Suci.

  3. fantastic issues altogether, you simply received a new reader.
    What could you suggest in regards to your submit that you made some
    days in the past? Any certain?




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: