Gerakan Karismatik II

Artikel ini merupakan susulan terkini daripada diskusi antara pengarang blog (Editor) dengan seorang pelawat yang bernama San berpunca daripada artikel lain yang bertajuk “Adakah Gerakan Karismatik Katolik Katolik?“.

SAN: Menyembuhkan fizikal seseorang itu adalah kerja Tuhan dan bukan kerja pelayan , pelayan itu hanya sebagai alat sahaja sebagai tangan Tuhan , saluran .Jika pelayan mengatakan didalam doa yang seseorang itu mesti disembuhkan secara fizikal , tidak semestinya orang itu disembuhkan secara fizikal .Kalau mereka yang hanya mementingkan penyembuhan fizikal dan bukan secara rohani orang yang didoakan , ini bererti dasar orang yang melakukan itu tidak bergantung kepada kehendak Tuhan tetapi kehendaknya sendiri .

Editor: Dalam jawapan pertama sdr/i San, anda menyangkal bahawa dalam Gerakan Karismatik, umat tidak mementingkan penyembuhan fizikal tetapi penyembuhan jiwa? Kemudian, San pula berubah pendirian dengan menyatakan bahawa pelayan (atau alat) MEMENTINGKAN penyembuhan fizikal seperti yang didoakan pelayan itu. Saya HAIRAN kerana tidak disebutkan pula ‘penyembuhan jiwa’ dalam ‘doa’ pelayan Karismatik. Ke mana perginya penyembuhan jiwa yang San telah katakan lebih awal. Sama ada seseorang itu disembuhkan atau tidak, itu bukan isu di sini. Isu di sini ialah Gerakan Karismatik mementingkan penyembuhan fizikal. Maka dirumuskan bahawa Gerakan Karismatik mementingkan penyembuhan fizikal dan bukannya penyembuhan jiwa.

SAN: Buktinya ada pada orang – orang yang telah disembuhkan jiwanya.Tanda-tanda orang yang disembuhkan jiwanya ialah orang itu suka membaca Alkitab , berdoa , pergi ke Misa Kudus , berbuat baik dan mulai memberitakan Injil Yesus kepada semua orang .Bukan itu sahaja, dia akan ada buah-buah kasih kepada orang seperti yang terdapat didalam 1 kor:13 dan buah-buah roh didalam Galatia:5: . Semua kelakukan orang ini akan berubah, dari segi dia bercakap,dari segi dia bertindak dan dari segi dia berfikir. Contohnya : mungkin dia ini dulu seorang yang pemarah,ternyata kesabaran yang lebih dahulu menguasainya. Ada perubahan hidup , ada peralihan hidup dari hidup lama kepada yang baru.Mungkin dulu dia suka mengumpat , tetapi sekarang dia tidak lagi berbuat demikian , malahan itu hilang sama sekali . Ini kalau yang benar-benar disembuhkan jiwanya .

EDITOR : Agak pelik jawapan San kerana umat yang aktif mengikuti Karismatik bukannya kerana ‘sakit jiwa’ tetapi sebenarnya kerana sakit fizikal (contoh: lumpuh)! Tujuan umat datang ialah untuk penyembuhan fizikal. Penyembuhan ‘jiwa’ jika ada adalah perkara kedua. Persoalan penting di sini: apakah ‘penyakit jiwa’ mereka yang mencari ‘ubat’ di dalam Gerakan Karismatik?

Adakah mereka yang datang ke Gerakan Karismatik kerana mengalami penyakit jiwa yang simptomnya ialah malas membaca Bible, malas berdoa, malas menghadiri Misa Kudus, sentiasa berbuat jahat dan malas memberitakan Injil Yesus kepada semua orang dan suka mengumpat?

Semua itu adalah dosa. Dosa ialah pelanggaran Hukum Allah yang kudus (termasuk Hukum Gereja). Jika demikian, umat itu harus pergi mengaku dosa dan menyambut Tubuh Kristus. Selain itu, umat juga harus mendalami pengetahuan tentang ajaran Katolik dengan membaca Buku Katekismus Baltimore. Umat yang sakit jiwa adalah disebabkan kerana jiwanya tidak memiliki KEBENARAN. Yesus adalah Kebenaran. Gerakan Karismatik (Protestan) tidak memiliki kebenaran kecuali Gereja Roman Katolik dengan Sakramen-Sakramen Kudus yang menyembuhkan jiwa umat. Sakramen Kudus inilah yang benar-benar menyembuhkan jiwa umat kecualilah jika anda masih belum memahami maksud ‘sakramen’.

SAN: Benar katamu tetapi kita juga tidak patut membiarkan Roh Kudus bergerak aktif di zaman ini . Orang yang benar-benar dikuasai dan dipimpin oleh Roh Kudus untuk melakukan kehendak Allah dapat di lihat dari buahnya . Dari buahnya kamu akan mengenal mereka .

Sakramen pengampunan dan sakramen Ekaristi memang satu cara untuk orang percaya untuk mendapat kesembuhan jiwanya .Kalau boleh Sakramen Ekaristi dan Sakramen Pemgampunan itu di haruskan setiap hari oleh umat beriman .Jika kita lihat didalam Kis: 2 , semua orang orang percaya berkumpul di satu tempat,mereka membahagikan roti setiap hari … lihat di sini .. setiap hari bermakna begitu senang sekali mereka dapat menemukan kesembuhan jiwa dengan setiap hari berada didalam rumah Tuhan (Geraja) atau perhimpunan .

Namun , saya sendiri tidak dapat menghadiri ibadah itu setiap hari , hanya pada hari ahad sahaja ..Kita sebagai manusia setiap hari melakukan dosa dan dosa itu lah yang menghambat kita daripada melakukan ibadah atau menjauhi Tuhan namun satu hal yang paling penting bagi saya ialah saya suka disembuhkan setiap hari kerana saya berdepan dengan bermacam-macam godaan dan cubaan yang bila-bila masa menjatuhkan saya , jadi dengan kehadiran pelayanan seperti ini , saya akan sentiasa dibaharui setiap hari …

EDITOR : Saya tidak pernah menyangkal kewujudan/kebenaran/peranan ROH KUDUS, persona Allah Tritunggal MahaKudus yang ketiga. Saya juga tidak pernah menyatakan bahawa ROH KUDUS terkongkong atau tidak aktif. Roh Kudus sentiasa aktif dari dulu (sejak hari Pentakosta) sehinggalah sekarang. Roh Kudus sentiasa aktif dalam Gereja Roman Katolik dan dalam jiwa umat Katolik yang percaya kepada Roh Kudus. Roh Kudus adalah Tuhan Allah yang tidak memerlukan sesiapa untuk bergerak aktif. Tiada manusia yang berupaya menghalang Roh Kudus daripada bertindak dalam kehidupan manusia. Tetapi siapakah Roh Kudus sebenarnya? Bagaimanakah Roh Kudus bekerja? Dua persoalan ini amat penting.

“Tetapi apabila Ia datang, iaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang.” [Yohanes 16:13-14]

Daripada ayat ini dapat dilihat bahawa Roh Kudus tidak berkata-kata atas kehendak-Nya sendiri. Roh Kudus tidak diperbolehkan mengajar sesuatu doktrin yang baru yang TIDAK DIAJAR OLEH YESUS. Gerakan Karismatik tidak pernah wujud sehinggalah kedatangan fahaman menyimpang (heresy) Protestan. Malah, San sendiri telah bersetuju bahawa Karismatik berasal daripada Protestan. Yesus tidak pernah terlibat dengan Gerakan Karismatik. Malah, para rasul juga tidak pernah terlibat dengan Gerakan Karismatik.

Adakah umat Katolik yang tidak terlibat dengan Karismatik tidak memiliki buah-buah yang baik? Adakah Sakramen-Sakramen Kudus Gereja Roman Katolik ‘tidak mampu’ membuahkan hasil yang baik?

Saya memetik pernyataan anda: Sakramen pengampunan dan sakramen Ekaristi memang satu cara untuk orang percaya untuk mendapat kesembuhan jiwanya. Sakramen Pengampunan dan Ekarisiti bukanlah SATU CARA tetapi merupakan SATU-SATUNYA CARA (dan tidak ada cara lain) untuk manusia memperoleh keselamatan dan penyembuhan jiwa. Jiwa manusia bergolak kerana DOSA. Sakit jiwa puncanya ialah DOSA. Kepercayaan atau amalan yang tidak didasarkan atas KEBENARAN adalah DOSA. DOSA adalah punca segala KEJAHATAN (EVIL). Gerakan Karismatik bukan jawapannya untuk melawan DOSA tetapi Sakramen-Sakramen Kudus Gereja Roman Katolik dan juga KEBENARAN yang disebarkan oleh Gereja Roman Katolik dan bukannya daripada Gereja Protestan! GERAKAN KARISMATIK TIDAK MAMPU MENGHAPUSKAN DOSA! Umat Katolik yang dijerat dengan DOSA tidak akan memperoleh kebebasan (penyembuhan dan keselamatan) daripada Gerakan Karismatik! Jika San mahu perlindungan dari Surga, berdoalah Rosari setiap hari dengan tekun dan kepercayaan penuh bersama-sama dengan keluarga (atau bersendirian pun boleh). Pelajarinya Katekismus dengan sungguh-sungguh. Saya cadangkan pautan ini: http://truecatholic.bizland.com/MyCatholicFaith/MyCatholicFaith.htm (tetapi dalam Bahasa Inggeris).

Apakah sebenarnya BUAH Roh Kudus setelah seseorang umat Katolik menerima Sakramen Kudus Penguatan? Jawapannya: Ada 7 (tujuh) buah (gifts of the Holy Ghost) iaitu: Kebijaksanaan, Kefahaman, Arah (Counsel), Kekuatan Iman (Fortitude), Pengetahuan, (Kebenaran) Piety dan Hormat Kepada Tuhan (Fear of the Lord). Pengertian San tentang buah Roh Kudus bercelaru sebenarnya.

Untuk mengalahkan godaan maka seseorang umat harus mendalami IMAN dengan mempelajari dogma, doktrin dan ajaran benar Gereja Roman Katolik kerana KEBENARAN (Yesus) akan membebaskan sdr/i San daripada cengkaman Iblis (si Pendusta). Tidak guna seseorang menerima Komuni Kudus walaupun setiap hari jika dia tidak beriman. Iman bukan sekadar percaya sesuatu yang tidak dilihat dengan mata kasar. Iman juga bukan disalahertikan sebagai emosi atau perasaan seperti yang dialami semasa aktiviti Karismatik (seperti mengangkat tangan, berbuat ‘bising’ dan berasa seronok seolah-olah dicurahi sesuatu!)

SAN: Jika mereka tidak faham atau tiada seorang pun yang memberikan kefahaman mengenainya ,sudah tentu fikiran mereka akan bercelaru , apatah lagi jika terdapat paderi yang anti karismatik , dan umat berada di tengah-tengah , sedang bingung dan bercelaru , sepatutnya paderi tidak anti – karismatik tetapi memberikan penerangan berdasarkan Alkitab , mereka juga kan pakar Alkitab dan tahu mengenai semua sejarah itu ., itu adalah salah satu daripada tugas mereka … Bukan pula condemn sana sini tidak tentu pasal , Akhirnya umat tidak beriman , lalu dengan senang diterajang oleh agama lain yang bukan kristian , senang masuk … lalu murtad ? siapa yang salah ? Ini lah yang dinamakan sebagai kebenaran .

EDITOR: Untuk memahami konsep KEBENARAN, saya cadangkan pautan ini: https://katolik.wordpress.com/category/kebenaran/. Apa yang saya lihat di sini, sdr/i San sendiri tidak memahami iman Katolik sepenuhnya. Terdapat kecelaruan di sana sini terutama daripada jawapan San dalam diskusi ini. Saya bukan paderi tetapi memang benar saya adalah anti-Karismatik kerana Karismatik berasal dari Protestan dan menyesatkan banyak umat Katolik. Apakah iman? Iman ialah penerimaan penuh akan Kebenaran yang datangya daripada Allah seperti yang diajar oleh Gereja. Umat Katolik sesat atau murtad kerana ajaran sesat seperti Karismatik (yang berfahaman Protestan) dan juga fahaman moden lain seperti ‘relativism’, ‘modernisme‘, ‘liberalism’, ‘americanism’, ‘indifferentism‘ dan sbgnya. Kebenaran bukan datangnya daripada akal fikiran manusia semata-mata atau kepandaian seseorang tetapi daripada ajaran Gereja. Dengan kata lain, KEBENARAN datang daripada ajaran Gereja Roman Katolik.

SAN: Orang yang beriman tidak semestinya memiliki bahasa roh , bahasa roh hanya satu bahawa yang Tuhan kehendaki dan bukan manusia yang menkehendakinya . Tuhan menkhendaki , bermaksud Dia tahu apa yang terbaik untuk diberikan kepada manusia dan Dia tahu, Dia mahu memberikannya . Tidakkah kamu baca apa yang terdapat didalam nubuatan nabi Yoel itu mengenai “Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas anakmu laki-laki dan perempuan , dan mereka akan mendapat mimpi….. “

EDITOR: Sdr/i San bercakap seolah-olah Gerakan Karismatik datang daripada Tuhan tetapi faktanya ialah Karismatik berbau Protestanisme. Mana satu yang perlu diutamakan IMAN atau BAHASA ROH? Iman datang daripada bahasa roh atau bahasa roh datang daripada iman? Bahasa Roh adalah ‘tanda’ untuk orang yang tidak beriman. Umat Katolik yang beriman tidak memerlukan bahasa roh! San dan juga saya, serta semua umat Katolik, tidak memerlukan bahasa roh sebagai ekpresi kepercayaan kita kepada Tuhan Allh Tritunggal Mahakudus. Tidak ada dalam sejarah Katolik ada para sangti yang terlibat dengan Gerakan Karismatik!

Karena itu karunia bahasa roh adalah tanda, bukan untuk orang yang beriman; sedangkan karunia untuk bernubuat (prophesy) adalah tanda, bukan untuk orang yang tidak beriman, tetapi untuk orang yang beriman.” [1 Kor 14:22]

Roh Kudus BENAR-BENAR dicurahkan kepada uma t Katolik semasa menerima Sakramen Kudus CONFIRMATION (Penguatan). Inilah ekspresi jelas iman umat Katolik yang benar-benar Katolik.

SAN: Gerakan karismatik tidak mengira dia seorang umat katolik atau protestant .Seandainya dia berpandukan kepada ajaran Alkitab dan mengikuti tradisi rasul yang terdapat didalam Alkitab , yang bermula daripada Santo Petrus .

Walaupun Protestant itu adalah protest tetapi itu bukan salah mereka nak tubuhkan geraja baru , patut bersatu dengan mereka untuk menentang ketidakadilan yang sedang bergolak didalam dunia ini .Orang yang baru masuk kristian protestant pun tidak faham apa itu protestant , sebab sejarah mengenai mereka tidaklah diberitahu dengan begitu terperinci , yang mereka tahu…(mungkin bukan semua ) ialah katolik tidak bagus, sembah patung dan sebagainya , sebenarnya ramai orang protestant yang masuk katolik sebab mereka melihat kebenaran itu diputar belit oleh orang sebelah(Protestant) .

Geraja protestant memang bukan berasal daripada Yesus tetapi daripada manusia, sebab penubuhnya ialah manusia tetapi ajarannya juga mengandungi firman Tuhan, walaupun mungkin terdapat sedikit kejangalan kerana tidak sama dengan tatacara yang dilakukan oleh geraja katolik , tetapi saya amat bersimpati dan kesihan dengan mereka . , namun satu hal yang perlu kita ketahui di sini , jika kita terus memusuhi geraja protestant , di manakah sudah contoh yang dapat kita dapat berikan kepada mereka ?

EDITOR: Faktanya ialah Gerakan Karismatik adalah gerakan umat Protestan dan tidak sepatutnya wujud dalam dunia Katolik. Sdr/i San tidak layak bersaksi untuk mengatakan bahawa Karismatik untuk semua Krisitan tidak kira Katolik atau Protestan! Ajaran manusia tidak layak dipakai dalam diskusi ini.

Santo Petrus tidak pernah terlibat dengan Gerakan Karismatik! Fakta menunjukkan bahawa Gereja Protestan ditubuhkan oleh umat Protestan atas autoriti mereka sendiri (autoriti manusiawi). Mereka dengan jelas berada di pihak yang salah dan hidup dalam dosa. Karismatik timbul daripada hasil fikiran umat Protestan untuk mengatasi masalah persekitaran doa servis mereka setiap Ahad yang usang dan kosong kerana mereka telah memusnahkan Altar Suci Ekaristi dan menggantikannya dengan meja makan. Salib serta patung suci Yesus/Maria/Orang Suci juga mereka musnahkan. Kita harus ‘memusuhi’ fahaman Protestan kerana fahaman mereka menyesatkan ramai manusia yang tidak berdosa. Jiwa seorang umat Protestan adalah hambar (kosong) kerana menolak Iman Katolik, oleh itu mereka bergantung kepada emosi atau perasaan manusia semata-mata untuk mengangkat diri mereka kepada Tuhan. Sebab itu servis Protestan banyak dipenuhi dengan aktiviti manusiawi dan muzik kuat seperti kugiran.

SAN: Saya tidak setuju bahawa mereka yang berbahasa Roh dan tahu dengan bahasa itu sudah dibaptis dengan Roh Kudus namun satu hal yang perlu kita tahu bahawa orang yang dibaptis (Dalam istilah yang lebih senang disebut) , mengaktifkan Roh Kudus ) yang tertidur didalam orang itu ,akan nampak buah-buahnya.Tidak mungkin kita dapat mengambil buah dari semak duri ? Tidak mungkin pokok yang baik dapat menghasilklan buah yang masam ? Hanya pokok yang baik sahaja yang dapat menghasilkan buah yang baik dan manis .

EDITOR: Sdr/i San kekal menggunakan istilah ‘dibaptis’ walaupun tidak bersetuju. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa sdr/i San sendiri tidak mampu menjelaskan apakah yang berlaku semasa Roh Kudus dikatakan ‘turun’ ke atas umat Karismatik! Bukankah ini merupakan bukti kecelaruan tentang Gerakan Karismatik itu sendiri? Sedarkah sdr/i San bahawa agama Roman Katolik merupakan agama yang paling lojik iaitu serasi dengan akal fikiran (reason). Kebanyakan dogma, doktrin dan ajaran Katolik dapat dijelaskan sepenuhnya kecuali jika ia merupakan suatu misteri kepercayaan seperti Misteri Allah Tritunggal Mahakudus.

Jika begitu, San bermaksud bahawa Karismatik telah ‘mengaktifkan’ atau ‘membebaskan’ Roh Kudus yang ‘tertidur’ dalam diri umat Katolik (yang sepatutnya telah dibaptis sejak bayi dan menerima Sakramen Kudus Confirmation apabila telah dewasa), benar anda berkata demikian? Untuk mengatakan bahawa Roh Kudus ‘tertidur’ adalah suatu yang dahsyat atau bersifat menghujat Allah Roh Kudus (blasphemy). Umat yang benar-benar memahami Roh Kudus sebagai Tuhan Allah Tritunggal Mahakudus yang Ketiga TIDAK SEKALI-KALI akan mengatakan Roh Kudus ‘tertidur’! Roh Kudus sentiasa aktif dan tidak pernah tertidur! Umat Katolik yang ‘tertidur’ adalah disebabkan kesilapan diri sendiri dan bukannya Roh Kudus yang tertidur! Umat Katolik tertidur (atau jahil dalam agama) adalah kerana cetek pengetahuan tentang iman Katolik dan kemudian disogokkan dengan ajaran Karismatik (yang bersifat Protestan)! Di mana buktinya Karismatik membuahkan hasil yang baik? Apakah hasil yang baik? Adakah berbahasa roh itu atau penyembuhan fizikal itu dikatakan hasil yang baik? Adakah Karismatik membantu umat lebih memahami iman Katolik? Jika sdr/i San aktif dalam Karismatik dan sudah boleh berbahasa roh, apakah maksud Sakramen Kudus Penguatan (Confirmation)? Adakah Sakramen ini ‘tiada power’ lagi!

SAN: Manusia yang telah di baptis dengan Roh Kudus adalah manusia lemah .Orang yang tahu berbahasa roh tidak semestinya dia dikuasai oleh Roh Kudus .Kita harus dapat mengenali buah roh itu samaada berasal dari Tuhan atau tidak . Beberapa tahun yang lalu , saya bersama dengan team melayani di kawasan pedalaman yang terpencil di sabah dan orang yang kami layani itu tahu berbahasa roh , bila di teliti , ternyata roh jahat itu sudah meniru bahasa kami , lalu kami terus berbahasa roh dan berdoa terus menerus yang didasari dengan firman Tuhan dan Roh Kudus ( Kedua-dua saling bekerja) dan orang yang kami layani itu berhenti kemudian berteriak kepanasan dan terus kepanasan,benci kami yang menyebut dan berdoa didalam nama Yesus , ternyata yang berbicara itu bukan daripada Tuhan , tetapi daripada roh yang lain .

EDITOR: Sakremen Pembaptisan perlu untuk menghapuskan dosa asal. Umat yang telah menerima Sakramen Kudus Confirmation sebenarnya telah DIKUATKAN oleh Roh Kudus. Adakah sdr/i San memahami perkataan ‘dikuatkan’? Tidakkah San memahami doktrin ini? Iblis pun pandai berdrama, kerana mereka makluk bijak. Pengalaman sdr/i itu merupakan tipu muslihat Iblis untuk mengaburi mata umat Katolik. Hanya paderi Katolik berstatus Exorcist dan diberi autoriti sahaja dibenarkan menghalau roh jahat (Iblis). Ada ritual tertentu yang harus dilaksanakan oleh paderi tersebut. Cara sdr/i San mengatasi masalah itu adalah cara Protestan dan berbahaya.

SAN: Didalam persekutuan karismatik , seharusnya ada seorang penafsir bahasa roh , orang berbahasa roh , bernubuat , dan pelayanan-pelayanan lain yang tercatit didalam Alkitab perjanjian baru .Jika orang berbahasa roh itu tidak dapat ditafsir oleh seorang yang mempunyai karunia menafsirkan bahasa roh , itu juga satu masalah , harus minta…dan minta.. kerana kedua-dua ini saling melengkapi di antara satu dengan yang lain .Karunia untuk membezakan bahasa roh itu harus ada , harus lengkap semuanya , jika tidak , akan ada pengacau yang timbul didalam persekutuan itu , sebab gerakan karismatik yang dianggotai oleh mereka yang berkarisma dengan hal-hal roh itu adalah sangat penting .jika tidak , maka itu bukan karismatik ….. memang karismatik itu adalah sangat sensitif sekali , tidak seperti ahli kuayer yang hanya menyanyi lagu misa kudus atau ibadah sabda.Persediaan yang rapi adalah sangat2 diperlukan.Kalau cara hidup kumpulan itu diluar geraja adalah tidak kudus, jangan harap lah mendapat yang terbaik dari Tuhan …. Sebab Roh Kudus hanya suka denga kekudusan , itu adalah sifat Roh Kudus yang paling tinggi , kekudusan .

EDITOR: Bahasa roh bukan hanya untuk ditafsir semata-mata tetapi bahasa roh yang ditafsir (atau diterjemah kepada bahasa yang boleh difahami) merupakan nubuat (prophecy). Adakah Karismatik sumber nubuat? Adakah nubuat ini telah mendapat kelulusan dan seterusnya pengikhtirafan daripada Gereja? Jika bukan nubuat, maka harus diingatkan bahawa bahasa roh adalah HANYA untuk orang tidak beriman kerana mereka (umat tidak beriman) memahami bahasa roh!

“Karena itu karunia bahasa roh adalah tanda, bukan untuk orang yang beriman; sedangkan karunia untuk bernubuat (prophesy) adalah tanda, bukan untuk orang yang tidak beriman, tetapi untuk orang yang beriman.” [1 Kor 14:22]

SAN: Begini bah , berdiam diri itu bermaksud mencari kehendak Tuhan , apa bisikan yang Tuhan berikan , apa nubuat yang diberikan oleh Tuhan , cara dia menyampaikan itu adalah dengan cara berdiam diri seperti saat hening… telinga hati kita pada waktu berdiam itu adalah sangat sensitif…Sama dengan berdiam diri untuk mencari Tuhan .Ya, jika anda tidak mengerti bahasa roh itu , suka rujuk didalam kis:2 , rasul-rasul berbiacara dalam bahasa roh ,mereka memuliakan Allah dengan bahasa roh , yang saya panggil sebagai bahasa persatuan , bahasa yang menyatukan banyak bangsa .Cuba kamu baca dengan teliti … Saya pasti kamu akan dapat memahaminya.

EDITOR: Jika dirujuk kepada petikan Bible:

Sama seperti dalam semua Jemaat orang-orang kudus, perempuan-perempuan harus berdiam diri dalam pertemuan-pertemuan Jemaat. Sebab mereka tidak diperbolehkan untuk berbicara. Mereka harus menundukkan diri, seperti yang dikatakan juga oleh hukum Taurat. [1 Kor 14:34]

Maka dapat dilihat bahawa interpretasi sdr/i San adalah agak terpesong dan terkeluar daripada konteks perbincangan ini diadakan. Lihat sahaja penggunaan perkataan ‘berdiam diri’ dan juga ‘berbicara’ dalam ayat tersebut. Arahan ‘berdiam diri’ dan ‘menundukkan kepala’ ditujukan kepada kaum PEREMPUAN sahaja. Kenapakah mereka (perempuan) diharuskan berdiam diri? Kerana wanita tidak diperbolehkan berbicara (bercakap-cakap, berbuat bising, bersuara, mengajar, dan sebagainya) di dalam Gereja dan LARANGAN ini selaras dengan Hukum Taurat dan juga Tradisi Kudus Gereja.

Adakah sdr/i San berpendapat atau percaya bahawa kaum wanita diperbolehkan berbicara di dalam Gereja?

Dalam Gerakan Karismatik pula, tidak dapat disangkal bahawa kaum wanita BEBAS (dan digalakkan) BERSUARA / BERBAHASA ROH dsbnya di dalam Gereja. Sdr/i San mengelak daripada patuh kepada ayat Alkitab tersebut dengan memberi interpretasi peribadi berdasarkan fahaman Protestan dan juga Katolik ‘moden’. Jika umat yang terlibat dengan Gerakan Karismatik tidak berbahasa roh maka umat itu terkeluar daripada arah tuju Gerakan Karismatik iaitu PENCURAHAN Roh Kudus dalam bentuk berbahasa roh. Bahasa roh dikatakan sebagai BUKTI berlakunya pencurahan (pembaptisan) Roh Kudus! Wanita (ataupun lelaki) yang tidak bersuara dikatakan tidak menerima bahasa roh dan tidak menerima pencurahan Roh Kudus.

Dari segi fakta Sejarah, kaum wanita sememangnya dilarang daripada ‘bersuara’ di dalam Gereja Roman Katolik sehinggalah munculnya Gerakan Karismatik di kalangan umat Katolik yang mengubah tradisi itu.

Benarkah bahasa roh itu bahasa ‘persatuan’? Bahasa yang menyatukan semua umat Katolik di seluruh dunia ialah bahasa Latin, iaitu bahasa rasmi Gereja. Fakta ini tidak pernah berubah sehingga sekarang. Apabila umat Karismatik berbahasa roh, adakah anda boleh mendengar KESATUAN suara/doa/bahasa atau sekadar bunyi bising bercelaru yang masing-masing cuba ditingkatkan ‘volume’nya agar dapat didengar oleh rakan di sebelah?

Kenapakah umat Karismatik Katolik beriya-iya sangat dengan Gerakan Karismatik? Apakah yang dicari dalam Gerakan Karismatik? Roh Kudus? Bahasa Roh? Kesembuhan Jiwa? Buah yang baik?

SAN: Pelayan didalam gerakan karismatik yang hanya mementingkan pencurahan Roh Kudus dan bahasa roh itu adalah orang yang tidak mempunyai misi dan visi dengan pelayanan firman Tuhan dan hanya mementingkan diri sendiri atau lebih tepat lagi melayani hanya untuk kepentingan peribadi.

Memang bahasa roh itu sangat penting kerana bahasa roh itu adalah pintu kepada karunia-karunia yang lain namun yang lebih penting daripada itu ialah kasih . tanpa kasih , bahasa roh tidak berguna sama sekali .Bahasa roh itu tidak menyelamatkan manusia tetapi kasih boleh menyelamatkan.Bahasa roh itu satu hadiah yang Tuhan beri dengan percuma , jadi mana yang lebih penting ,hadiah atau pemberi hadiah itu ?

Bagi saya , tujuan karismatik ini adalah untuk membawa orang mengenal Yesus dan percaya kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat , bukan membawa orang untuk percaya kepada pelayan yang boleh melakukan pencurahan Roh Kudus dan bahasa roh yang indah-indah . Itu bererti mereka hanya melayani untuk kepentingan peribadi dan bukan untuk kemuliaan Tuhan .Memang sekarang ini , banyak sekali orang yang suka mencuri kemuliaan Tuhan , mereka melayani untuk kepentingan peribadi tetapi atas nama Tuhan Yesus .

EDITOR: Seperti yang saya telah katakan: bahasa roh merupakan tanda untuk orang yang tidak beriman (belum mengenali Yesus). Bahasa roh membolehkan orang bukan Kristian memahami agama Kristian pada peringkat awal. Bahasa roh BUKAN pintu kepada karunia-karunia lain. Bahasa roh tidak ada tempat dalam dunia Katolik kerana kita adalah umat beriman.

Benar bahawa KASIH adalah jauh lebih penting daripada BAHASA ROH. Jadi, apakah atau bagaimana mengasihi sesama? Saya cadangkan pautan ini: https://katolik.wordpress.com/2008/04/18/mengasihi-sesama/

Bercakap tentang ‘mencuri kemuliaan Tuhan’, adakah wanita yang aktif dalam Gerakan Karismatik memakai tudung kepala? Jika tidak , mereka sememangnya ‘mencuri kemuliaan Tuhan’. Sila lihat pautan ini: https://katolik.wordpress.com/category/tudung/

Bagaimana mungkin Karismatik bertujuan untuk mengenal Yesus sedangkan umat yang menghadirinya ialah umat Katolik yang sudah dibaptis dan menerima Sakramen Penguatan? Jika masih belum mengenali Yesus, bagaimana pula mereka diberi kelulusan untuk menerima Sakramen Penguatan?. Untuk mengenali Yesus, seseorang umat harus mempelajari dogma, doktrin dan ajaran Gereja Roman Katolik. Adakah ‘leader’ Karismatik ‘mengajar’ semua ini semasa sesi Karismatik? Atau para leader ini lebih sibuk dengan bahasa rohnya dan juga aktiviti mengangkat tangan? Apakah yang dapat dipelajari dengan mengangkat tangan dan berbahasa roh?

SAN: Mau melayani sebab ada kesempatan mau mengurat amoi , mau supaya amoi tahu orang itu hibat , bulih tahan dan kudus kunun , kalaulah pelayanan dilakukan seperti ini , saya istiharkan … tidak sampai 2 tahun pelayanan macam itu akan hancur , orang itu yang akan hancur dan tidak ikut pelayanan lagi selama-lamanya atau kumpulan mereka tidak akan wujud lagi .

EDITOR: Bukan senang untuk mengalahkan Iblis. Iblis datang dengan pelbagai rupa. dan Iblis lebih menyukai mereka yang bijak, aktif, ‘leader’ (atau guru palsu) dan beremosi. Sakramen-Sakremen Kudus mampu membantu kita mengalahkan Iblis. Berpalinglah kepada Sakramen Kudus yang 100% Katolik dan bukannya kepada Karismatik yang 100% protestan.

Deo gratias.


  1. waterpom

    Butul tu.Tapi sikit juga kauh bagi persen tu ,kedekut butul kauh ni. kasi lebi 1% bah.Mcm ni –> 101%.Hah,ni baru ngam.Bonus.. :)

  2. Saya terlupa untuk menambah bahawa iman adalah berdasarkan intelek yang melibatkan pemahaman dan bukannya pada emosi atau perasaan atau kata-kata yang melaung-laung. Umat yang beriman tidak berasa apa-apa apabila dibaptis atau menerima karisma kerana Sakramen Kudus dilihat melalui kaca mata intelek dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab, dan bukannya perasaan emosi semata-mata. Apabila saya menerima Sakramen Karisma, perasaan yang saya alami adalah kegembiraan (joy).

  3. Yohan

    Ada 7 (tujuh) buah (gifts of the Holy Ghost) iaitu: Kebijaksanaan, Kefahaman, Arah (Counsel), Kekuatan Iman (Fortitude), Pengetahuan, (Kebenaran) Piety dan Hormat Kepada Tuhan (Fear of the Lord).
    Tanya : mengapa “Fear of the Lord” diterjemahkan “Hormat kepada Tuhan” bukan “Takut akan Tuhan” ?
    Terima-kasih.

  4. Terima kasih atas pertanyaan itu. Dalam bahasa Inggeris, ‘fear’ diertikan sebagai ‘a feeling of profound respect for someone or something’ (sumber: WordWeb 5.0). Jadi, saya terjemahkan ‘fear’ kepada ‘hormat’. ‘Fear’ juga bermaksud ‘takut’ jadi ‘fear’ di sini bolehlah diterjemahkan sebagai ‘takut kerana hormat yang mendalam kepada Tuhan Allah’.

  5. Yohan

    Terima-kasih atas respon yang sangat cepat dan jelas.

  6. Saya sependapat dengan San dalam kebanyakan ulasannya,.
    Pengarang: Ulasan yang mana satu? Kenapa?

    Saudara Pengarang Bolg semamangnya kurang pengetahuan tentang Karismatik yg sebenarnya,.
    Pengarang: Kenapa anda berkata demikian?

    Pengertian Karismatik pada pendapat saudara cuma merupakan daripada pembacaan dan pendapat sendiri sahaja,. Itu x mencukupi,. Saudara x pernah mempunyai pengalaman sendiri menyertai karismatik itu,.
    Pengarang: Itu tidak benar. Keterangan saya adalah berdasarkan ajaran, doktrin dan dogma Gereja Roman Katolik yang sedia wujud sejak 2000 tahun yang lalu. Sebaliknya, ulasan San lebih didasarkan atas pemikiran manusia dan berpunca daripada ajaran atau doktrin Protestan. Kenapakah anda mengatakan saya tidak pernah menyertai Karismatik? Yang mana satu pernyataan saya adalah tidak benar? Apakah pernyataan yang benar? Bolehkan penjelasan anda nanti dapat didokong oleh Tradisi Suci Gereja?

    Saudara sepatutnya mempunyai kerendahan diri, dan cuba menghadiri pertemuan karismatik ini dengan hati dan jiwa terbuka,. Cuba mengikuti upacara ini beberapa kali dan jika ada kemuskilan cuba minta pendapat daripada ahli2 karismatik yg lain,.
    Pengarang: Sungguh luar biasa dengan nasihat ini. Adakah ‘ahli-ahli Karismatik’ yang anda maksudkan mempunyai autoriti atau pakar dalam hal-hal Karismatik. Bukankah pengasas asal Karismatik (Protestan) lebih ‘tahu’? Bukankah sebarang ‘kemusykilan’ harus dirujuk kepada ajaran, doktrin dan dogma Katolik (yang terangkum dalam Tradisi Suci) yang sedia ada sejak 2000 tahun yang lalu?

    Sia2 sahaja bercakap berpatah2 kalo belum pernah menghadiri karismatik itu,. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gereja katolik,.
    Pengarang: Saya telah buktikan bahawa Karismatik BUKAN berasal daripada Gereja Katolik! Jika anda masih berpendapat sebaliknya, sila berikan bukti sejarah penubuhan Gerakan Karismatik dalam Gereja Katolik. Pernahkah ada seorang Sangti yang terlibat dengan Gerakan Karismatik?

    –> luangkan masa, hadirkan diri dengan penuh kerendahan diri dan cuba hayati –>
    Pengarang: Lebih baik anda ulas isi-isi atau isu-isu yang saya bangkitkan dalam blog ini. Jika ada ajaran yang ‘heretical’, sila nyatakan dengan jelas. Ini lebih baik daripada mengemukakan pendapat manusiawi semata-mata tanpa sebarang isi atau berdebat tentang pengarang pula. Sila fokuskan perbincangan ini kepada isi atau isu yang dibincangkan dan bukan kepada hal-hal yang menyentuh keperibadian pengarang (contoh: tidak pernah menghadiri pertemuan Karismatik).

  7. Mayjune

    Apabila bercakap mengenai karismatik, sya teringat akan satu anjuran gereja Katolik Iaitu “Hidup Baru Dalam Roh” saya pernah menyertainya dan mendengar cermah-ceramah yang amat berguna sekali. Pada hari terakhir(waktu malam) kalau tidak silap kerana sudah lama) diadakan penyembuhan batin(tidak pasti dipanggil apa) tetapi ketika berdoa, bernyanyi tiba-tiba kedengaran orang disekeliling saya bercakap dalam bahasa yang tidak pernah saya dengar dan tidak saya fahami. Kami diminta berlutut. berdoa dlm hati serta mengingati perkara-perkara yang menyebabkan kita menderita batin atau dikatakan luka-luka batin dan memaafkan mereka yang menyebabkan luka-luka batin tersebut. Tiba-tiba ketika saya sedang berdoa, saya mendengar seseorang berkata dibelakang supaya saya membuka/melapangkan hati mengikuti bahasa-bahasa yang saya tidak fahami itu agar saya dapat mengikutinya. Saya mencuba tetapi saya tidak dapat mengikutinya. Tiba-tiba saya mendengar raungan, tangisan serta bahasa-bahasa yang tidak saya fahami, ketika itulah saya tiba-tiba diperlihatkan/ merasakan tentang keadaan sekeliling didalam gereja tersebut (dalam keadaan mata tertutup) sangat banyak sekali seakan manusia yang tidak kelihatan wajahnya berpakaian semuanya putih berterbangan tidak tentu arah sehingga meremangkan bulu roma dan tanpa sedar saya berteriak ketakutan. Pada saat itulah saya membuka mata dan terus melihat sekeliling dan mendapati beberapa orang pengsan, menangis, berdoa dgn bahasa yang tidak difahami malah ada yang muntah-muntah. Ketika semuanya telah selesai saya memang pulang dengan perasaan yang amat lapang tetapi bayangan manusia tidak berwajah yg berterbangan itu masih menghantui saya dan tidak saya fahami apakah itu dan kenapa saya seakan diperlihatkan dan kenapa saya tidak boleh berbahasa roh (seperti yang mereka katakan) sehinggalah kini.

    Saudara, bolehkah saudara jelaskan perkara ini dan apa pandangan saudara sebagai seorang Katolik.

    Respons:
    Sebenarnya saya telah menjelaskan dengan terperinci tentang isu ‘bahasa roh’ dan ‘karismatik’ dalam artikel ‘Adakah Gerakan Karismatik Katolik Katolik?‘ dan Siapakah Roh Kudus?

    Saya sarankan agar sdr/i membaca semula artikel tersebut dengan lebih teliti. Seperti sdr/i, saya juga pernah menghadiri seminar ‘Hidup Baru Dalam Roh’ dan mengalami detik-detik mencemaskan seperti yang sdr/i telah alami. Soalan yang harus ditanya: Adakah penampakan sdr/i itu menunjukkan kehadiran Roh Kudus? Kenapa?

    Apakah atau Siapakah Roh Kudus? Apakah peranan/fungsi Roh Kudus? Bagaimanakah Roh Kudus itu sebenarnya bekerja dalam kehidupan seorang Katolik? Semuanya ini terjawab dalam artikel yang saya sebutkan tadi.

    Istilah ‘penyembuhan batin’ amat mengelirukan umat Katolik. Kaedah Katolik tidak sama dengan Kaedah Protestan. Seseorang yang mengalami penderitaan ‘sakit batin’ perlu berjumpa Paderi untuk mendapatkan kaunseling/nasihat terlebih dahlulu dan diikuti dengan penerimaan Sakramen Pengakuan dan juga Sakramen Ekaristi. Bagi umat yang disahkan mengalami serangan Iblis, maka upacara ‘exorcism’ perlu dilakukan oleh Paderi yang telah diberi autoriti khas (Exorcist). Umat yang bermasalah juga harus tekun memperdalamkan pengetahuan tentang Iman Katolik, membaca cerita benar tentang kehidupan para Sangti, di samping selalu menghadiri Misa Kudus. Doa harian adalah amat penting kerana ia merupakan sebahagian besar kehidupan kerohanian seseorang umat Katolik. Contoh-contoh doa ialah Our Father, Ave Maria, Glory Be, Act of Faith, Act of Hope, Act of Contrition, Act of Charity, Apostle’s Creed etc. Doa-doa lain juga penting seperti Prayer to St. Michael (Doa kepada Sangti Michael, Malaikat Pelindung) etc. Dan jangan lupa, doa harian Rosari seperti yang amat disarankan oleh Bonda Maria sendiri. Dengan doa-doa ini, maka kita sentiasa di bawah perlindungan Allah di Surga. Percayalah kepada Allah Tritunggal Mahakudus.

    Jangan lupa untuk mendapatkan pemberkatan rumah oleh Paderi dan tempatkan Hati Kudus Yesus di rumah. Untuk ini, ada upacara khas yang perlu diikuti. (Malang sekali hampir semua Paderi kita tidak tahu akan devosi-devosi seperti ini). Pemakaian Scapular Brown juga amat membantu. Bukan setakat itu sahaja, air dan garam berkat juga boleh digunakan dengan penuh yakin! Nampaknya kaedah Katolik mempunyai banyak cara untuk melawan kuasa kegelapan. Kenapakah kita harus menggunakan kaedah Protestan sedangkan kaedah Katolik amat banyak pilihannya! Semoga jawapan ini dapat membantu sdr/i semua.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: