Berlutut Dan Menyambut Komuni Dengan Lidah

Ramai umat Katolik yang tidak yakin dengan seruan saya untuk berhenti daripada terus menyambut Tubuh Kristus dengan kaedah yang tidak hormat iaitu berdiri dan menyambut dengan tangan. Kaedah yang sepatutnya ialah umat harus BERLUTUT dan menyambut Tubuh Kristus di atas LIDAH. Tetapi apa kata Paus Benedict XVI tentang perkara ini?

Saya terbaca satu laporan daripada laman web www.dici.org yang bertajuk ‘Communion Received Kneeling and on the Tongue on Corpus Christi at the Lateran‘ yang berbunyi:

During the sermon he gave during the Mass of Corpus Christi, on Thursday May, 22, in the square before the Basilica of St. John of Lateran, Benedict XVI affirmed: “To kneel before the Eucharist is to profess our liberty: he who kneels down before Jesus cannot and must not prostrate before any earthly power, no matter how strong it may be,” and he added: “we, Christians, kneel only before the Blessed Sacrament, because in it we know and believe that we are in the presence of the only true God, who created the world, and love it to the point of giving it His only Son.” At the time of communion, the faithful who received the host from the hand of the pope, were invited to kneel on a prie-dieu and receive on the tongue.

Terjemahan:

Semasa menyampaikan khutbahnya semasa Misa Corpus Christi pada Khamis 22 Mei 2008, di square di hadapan Basilika Santo Yohanes dari Lateran, Benedict XVI mengesahkan bahawa: “Berlutut di hadapan Ekaristi merupakan tanda nyata bahawa kita adalah dibebaskan, dia yang berlutut di hadapan Yesus tidak boleh dan tidak sepatutnya merebahkan badan di hadapan penguasa dunia, walau sekuat manapun penguasa dunia itu”, dan Paus terus berkata: “kita, umat Kristian, hanya berlutut di hadapan Sakramen Kudus, kerana dalam Dia [Yesus], kita tahu dan percaya bahawa kita berada di dalam kehadiran Tuhan Allah yang satu dan benar, yang mencipta dunia, mengasihinya sehingga sanggup menyerahkan Anak-Nya yang tunggal. Semasa penerimaan komuni, umat beriman yang menerima hostia daripada tangan Paus diminta berlutut dan menerima Tubuh Kristus dengan lidah.

In this respect, on several occasions, Archbishop Albert Malcom Ranjith, secretary of the Congregation for Divine Worship and the Discipline of the Sacraments has recalled that “the Mass is not a show,” and pointed out that communion in the hand “should be a practice to revise”: “I am convinced of the urgency of giving once more the host directly in the mouth of the faithful without their touching it,” and “of returning to the practice of genuflecting for communion as a sign of respect.” (Source: Apic)

Archbishop Albert Malcom Ranjith, setiausaha Congregation for Divine Worship and the Discipline of the Sacraments menegaskan bahawa Misa bukanlah suatu pertunjukan, dan beliau menyarankan agar amalan menerima komuni dengan tangan haruslah dikaji semula.

DEO GRATIAS.


  1. Laporan Zenit (26-6-2008) http://www.zenit.org/article-23028?l=english telah menyebut tentang Paus Benedict XVI yang mahukan Komuni Kudus disambut oleh umat secara berlutut dan di atas lidah. Puji Tuhan.

  2. christina lasius

    keseluruhan gereja yang saya lihat khususnya di sabah menyambut “TUBUH KRISTUS ” dengan menggunakn tangan dan berdiri. itu jelas bertentngn dengan apa yang diktakn oleh POP BENEDCT. Jadi dlm keadaan ini, siapakah yang harus dipersalahkan? patutkah umat meragui atau tidak mengikuti cara ajaran yang diberikan oleh father atau bishop sendiri? manakah yang harus diikuti, ajran father dan bishop atau pun mengikuti apa yang sebenarnya telah dinyatakan dalam firmanNYA? terdapat father yang tidak dapat memberikan jawapan yang details tentang maksud sebenar penyambutan EKARISTI apabila umat brtanya. tidakkah hal ini boleh membawa kesan negatif atau persepsi yang tidak baik kepada father.

    • Gereja tempatan memberi pilihan kepada umat sama ada menyambut berdiri dengan tangan atau berlutut dengan lidah. Sememangnya para paderi juga kekeliruan kerana ajaran Gereja sekarang yang berkontradiksi. Malah Vatican II tidak pernah mengajar agar umat menyambut berdiri dengan tangan. Pemerhatian saudari Christina menunjukkan bahawa Gereja dilanda krisis iman. Namun, saya dukacita kerana ramai juga umat yang enggan menerima fakta ini. Saya mengajak Christian untuk menghadiri Misa Latin Tradisional yang dirayakan sekali sebulan di Penampang. [http://qmhrchapel.yolasite.com/]




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: