Paderi Wanita?

Gereja Anglikan merupakan cabang pecahan daripada Gereja Roman Katolik bermula di England sekitar tahun 1533 oleh Raja Henry XIII. Pada tahun tersebut, Raja Henry XIII diangkat sebagai Kepala Tertinggi Gereja Inggeris dan sekali gus menamatkan pengikhtirafan Paus di Rome sebagai Ketua Agama Katolik tertinggi. Dengan kata lain, ‘paus’ Gereja Anglikan yang pertama ialah Raja Henry XIII.

Sering kita terbaca berita-berita panas yang dialami oleh komuniti Gereja Anglikan seperti pelantikan Dr. Jeffrey John seorang homoseksual sebagai uskup di daerah Reading. Dr. Jeffrey John seorang paderi Anglikan bersekedudukan dengan seorang lelaki lain seperti pasangan ‘suami-isteri’. Malah Gereja Anglikan juga membenarkan perkahwinan pasangan sama jantina! Tidak kurang daripada itu, wanita (sama ada sudah berkahwin atau masih bujang) juga diberi ‘hak’ untuk ditahbis menjadi paderi.

Dalam Gereja Roman Katolik, benarkah wanita ‘berhak’ menerima Sakramen Kudus Imamat? Benarkah Jesus tidak pernah menghalang wanita daripada berbakti kepada Gereja sebagai seorang paderi? Saya tertarik dengan sebuah surat yang ditulis oleh seorang Uskup yang lanjutnya usianya (80 tahun), dan surat itu ditujukan kepada Cardinal Ratzinger (sekarang ini Pope Benedict XVI).

[Untuk membaca surat ini, anda perlu mendaftarkan diri di http://www.angelusonline.org]

Uskup yang enggan namanya didedahkan (anonymous) berkata: kenapakah isu tentang wanita yang ingin menjadi paderi diperdebatkan sebegitu rancak; masing-masing manusia (dengan kepandaian dan Ph. D mereka) berhujah bermati-matian sama ada menentang ataupun menyokong isu tersebut. Tetapi tidak diungkitkan langsung perintah Yesus dalam argumen mereka!

Dalam petikan Alkitab:

Then Peter answering, said to him: Behold we have left all things, and have followed thee: what therefore shall we have? And Jesus said to them: Amen, I say to you, that you, who have followed me, in the regeneration, when the Son of man shall sit on the seat of his majesty, you also shall sit on twelve seats judging the twelve tribes of Israel And everyone that hath left house, or brethren, or sisters, or father, or mother, or wife, or children, or lands for my name’s sake, shall receive an hundredfold, and shall possess life everlasting.—(Matt. 19:27-29)

If any man come to me, and hate not his father, and mother, and wife, and children, and brethren, and sisters, yea and his own life also, he cannot be my disciple.—(Luke 14:26)
[Terjemahan: Jikalau seorang datang kepada-Ku dan ia tidak membenci bapanya, ibunya, isterinya, anak-anaknya, saudara-saudaranya laki-laki atau perempuan, bahkan nyawanya sendiri, ia tidak dapat menjadi murid-Ku.]

Kata-kata Yesus dalam petikan di atas sungguh jelas menjawab isu tentang paderi wanita jika dibaca dengan teliti. Dua belas orang Rasul dipanggil Yesus untuk meninggalkan segala-galanya termasuk isteri! Tetapi kenapa tidak tercatat perkataan ‘suami’ (atau ‘husband’)? Kenapakah wanita tidak dipanggil oleh Yesus untuk meninggalkan suami mereka?

Dalam Alkitab Protestan King James versi 1952, didapati ahli ulamak Protestan telah menggugurkan perkataan ‘wife and children’ dan kemudian meneruskan cita-cita mereka untuk mentahbiskan wanita sebagai paderi! Tidak setakat itu sahaja, malah Alkitab Katolik versi Jerusalem 1967 didapati juga telah menggugurkan perkataan ‘wife and children’.

DEO GRATIAS.


  1. d1n1hari

    Author menulis :
    Sering kita terbaca berita-berita panas yang dialami oleh komuniti Gereja Anglikan seperti pelantikan Dr. Jeffrey John seorang homoseksual sebagai uskup di daerah Reading. Dr. Jeffrey John seorang paderi Anglikan bersekedudukan dengan seorang lelaki lain seperti pasangan ’suami-isteri’. Malah Gereja Anglikan juga membenarkan perkahwinan pasangan sama jantina! Tidak kurang daripada itu, wanita (sama ada sudah berkahwin atau masih bujang) juga diberi ‘hak’ untuk ditahbis menjadi paderi.

    Saya tidak setuju akan cemohan kamu terhadap gereja lain (Anglikan). Tidak kah kamu tau bahwa gereja Katholik telah teraib karena ulah padri2nya yang mengSex-abuse anak2 kecil di negara2 seperti Canada, Amerika dan negara2 di Eropa ? Tentang padri2 yang homosexual yang meng abuse anak2 ?
    Semua dosa ini telah diakui oleh Paus hanya saja dia tidak mengakui secara terperinci akan Apa Dosa yang dilakukan oleh gereja Katholik, sewaktu dia minta maaf. Maaf akan tulisan keras ini, dan ini hanyalah sebagai teguran akan tulisan anda/Author.Shalom.

    Respon: Adakah anda mempercayai ajaran bahawa ‘homoseksual’ itu bukan dosa? Adakah anda juga menyokong perkahwinan sesama jantina? Jika benar, maka anda telah melanggari Hukum Allah yang kudus. Gereja Anglican tidak berkuasa atau mempunyai autoriti untuk mengubah Hukum Allah atau mengubah doktrin Kristus yang benar sepanjang zaman. Ajaran serong tentang ‘homoseksual’ dan ‘perkahwinan sesama jantina’ diterima pakai oleh Gereja Anglikan zaman sekarang. Tidakkah anda sepatutnya menentang ajaran yang menyesatkan banyak umat manusia?

    Tentang paderi-paderi Katolik yang ‘merogol’ kanak-kanak, anda tidak harus mengelirukan diri sendiri. Tindakan mereka adalah atas kehendak (atau nafsu) mereka dan BUKANNYA ajaran Gereja Katolik! Harus dibezakan di antara tindakan manusia dengan ajaran Gereja Katolik. Gereja Katolik sentiasa mengajar bahawa ‘merogol’ adalah dosa mortal. Saya berharap anda dapat memahami artikel ini dengan lebih terbuka.

  2. m0njc

    tentang homosexual dapat dibaca di blog saya… homosexual dalam pandangan theology of the body John Paul 2…
    http://m0njc.wordpress.com/tob/homosexuality/

    terima kasih




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: