Apakah Ecumenism?

Mengikut tafsiran moden, ecumenism merujuk kepada gerakan yang mempromosikan penyatuan semua agama terutama antara agama-agama Kristian. Ecumenism juga dilihat sebagai satu DOKTRIN tentang gerakan ini untuk mempromosikan kerjasama dan pemahaman yang lebih baik antara pelbagai denominasi yang berbeza; bertujuan untuk menuju kepada satu kesatuan Kristian yang umum. Jika dilihat perkembangan gerakan ini, ia merangkumi bukan sahaja agama-agama Kristian tetapi melibatkan agama-agama lain seperti Islam, Buddha dan Hindu. Daripada tafsiran ini, sungguh jelas bahawa ecumenism difahami pada zaman ini sebagai BUKAN untuk membawa umat lain [bukan Katolik] kembali ke jalan [agama] yang benar. Seolah-olah di dunia ini tidak wujud SATU agama yang benar ataupun semua agama dilihat sebagai semuanya benar!

Tetapi sebelum Konsili Vatican II, ecumenism ini mempunyai makna yang berbeza. Ecumenism mengikut kaca mata Vatican II adalah bertentangan dengan Alkitab / Tradisi Suci, perintah Paus Piux XI (Mortalis Animos) dan Paus Pius XII (Humani Generis). Tentu sekali jika kita membiarkan umat bukan Katolik tidak didedahkan kepada KEBENARAN, maka keselamatan jiwa mereka akan terjejas seperti dalam dogma ‘Di luar Gereja tidak ada keselamatan’.

Jadi apakah ecumenism? Ecumenism sepatutnya membawa maksud bahawa umat bukan Katolik dibawa menerima KEBENARAN dan seterusnya menerima Iman Katolik agar dapat diselamatkan kerana di luar Gereja tentunya tidak ada keselamatan. Harus diingatkan bahawa KEBENARAN bukannya datang daripada kebijaksanaan akal manusia fana tetapi kebenaran diajar oleh Gereja.

DEO GRATIAS.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: