Apakah KEBENARAN?

Apabila saya ajukan soalan “Adakah manusia bebas beragama?” di kalangan sahabat Katolik, semua berkata bahawa ‘Ya’ tanpa berfikir panjang ataupun menunjukkan apa-apa keraguan. Soalan ini juga dapat diajukan dalam bentuk lain: Adakah Adam dan Eve (Hawa) berhak atau bebas memakan buah yang dilarang (menolak Allah) semasa mereka berada di Taman Eden? Adakah manusia bebas melakukan dosa? Adakah hak seseorang pagan untuk menolak Allah (dan menyembah allah palsu) merupakan hak asasi manusia dan perlu dipertahankan oleh Gereja?

Apakah maksud ‘bebas’ sebenarnya? Adakah manusia itu benar-benar sudah mengecapi atau memiliki ‘kebebasan’ untuk berbuat apa sahaja yang dia suka termasuk dalam usahanya mencari agama yang benar ATAU adakah manusia TIDAK BEBAS (terkongkong) selagi dia belum menemui kebenaran (agama yang benar)? Persoalan ini kelihatan seperti ayam dengan telur. Antara ayam dengan telur, yang mana diciptakan dahulu? Jawapannya: Ayam dan banyak ayam (jantan dan betina) supaya telur yang menetas dapat dijaga oleh ibunya.

Pilatus berkata kepada Yesus: Apakah kebenaran? (John 18:38). Kemudian, Pilatus terus beredar tanpa menunggu jawapan daripada Yesus.  Aku bertanya kepada diri sendiri: Kenapakah Yesus tidak menjawab soalan itu? Setelah bertahun-tahun, rupa-rupanya Jesus (dalam Bible) memang telah menjawab soalan itu dengan jelas dan tepat:

Kata Yesus kepadanya: “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku. [Yohanes 14:6]

Jika kita mengasihi KEBENARAN, maka kita sebenarnya mengasihi Yesus kerana Yesus adalah Kebenaran. Mereka yang mempersendakan kebenaran menganggap bahawa kebenaran itu sebagai relatif. Mereka yang menolak Yesus (Kebenaran) mempercayai bahawa manusia ‘berhak’ mempercayai pelbagai macam kebenaran duniawi sebagai kebenaran yang membawa keselamatan. Hanya Yesus yang membawa keselamatan kekal kepada manusia. Kebenaran duniawi yang didatangnya atas nama ‘kebebasan beragama’ sebenarnya membawa manusia kepada kehancuran kerana ‘kebebasan beragama’ menolak kebenaran yang dibawa oleh Yesus dari Surga kepada manusia.

Deo gratias.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: