Kod Hukum Kanon 1983 & 1917?

Sebuah kod merupakan satu himpunan atau koleksi hukum-hukum (undang-undang), setiap satunya merupakan perintah yang sah daripada pihak yang memiliki autoriti (kuasa). Dalam Gereja Roman Katolik terdapat dua jenis kod yang ‘sedikit’ berbeza iaitu Kod Hukum Kanon 1917 (oleh Paus Benedict XV) dan Kod Hukum Kanon 1983 (juga dikenali umum sebagai ‘Kod Baharu’) oleh Paus Yohanes Paulus II.

Menurut kehendak Paus Yohanes Paulus II, tujuan Kod Hukum Kanon 1983 adalah sebagai ekspresi eklesiologi (ecclesiology) baharu Konsili Vatican II. (Eklesiologi bermaksud pemahaman baharu Gereja tentang apakah Gereja dan Misinya). Ekspresi ini dikemukakan dalam bahasa kanonikal dan difahami berdasarkan ajaran Konsiliar. (Sumber: Sacra Disciplinae Leges, Januari 25, 1983).

Tetapi Vatican II telah mengubah ajaran Katolik! Apakah maksud saya berkata demikian?

Ajaran, doktrin dan dogma Katolik kekal benar sepanjang masa. Ajaran Gereja tentang moral dan iman tidak diperbolehkan diubahsuai walaupun oleh Paus sendiri kerana tugas utama Paus yang memiliki sifat kebal salah (infallible) ialah menjaga, memelihara dan menurunkan benih iman (deposit of faith) yang diterimanya kepada generasi akan datang. Oleh yang demikian Kod Hukum Kanon 1983 TIDAK SEPATUTNYA bertentangan dengan Kod Hukum Kanon 1917. Ini tidak bermaksud Paus tidak boleh mengubah peraturan disiplin seperti memendekkan tempoh berpuasa sebelum menyambut Komuni Suci dari 3 jam kepada 1 jam.

Salah satu masalah yang ketara dalam Kod Hukum Kanon 1983 ialah kod baharu ini tidak memiliki kejelasan, ketepatan dan juga keutuhan seperti mana dimiliki oleh Kod Hukum Kanon 1917. Tetapi alasan ini tidak mencukupi untuk menolak Kod Hukum Kanon 1983.

Ada beberapa ajaran baharu (asing dan bertentangan dengan Kod Hukum Kanon 1917) dan harus ditolak:

Canon 844, §4 allows the administration of penance, anointing of the sick, and even holy communion to non-Catholics who manifest “Catholic faith” (vs. PRINCIPLE 7) in these sacraments.

[Terjemahan: Kanon 844, §4 membenarkan penerimaan Sakramen Pengakuan, Sakramen Orang Sakit dan juga Komuni Suci kepada umat bukan Katolik yang menunjukkan ‘iman Katolik’ dalam sakramen-sakramen ini.]

Perbuatan membenarkan umat bukan Katolik menerima Komuni Suci merupakan dosa mortal (berat) dan ditegah oleh Kod Hukum Kanon 1917, kanon 731, §21 kerana perbuatan ini dengan jelas dan terang-terangan menolak dogma ‘Di luar Gereja, tidak ada keselamatan’. Tidak dapat dinafikan bahawa tindakan ini merupakan hasil daripada aktiviti ecumenism oleh para modernist.

Canon 1055, §1 no longer defines marriage by its primary end, the procreation of children, but mentions this only after a secondary end, the good of the spouses. And this latter, as we can see in the light of annulments now given, has become the essence of marriage [vs. PRINCIPLES 5 & 6]: the partners give each other their whole selves (and not just “the exclusive and perpetual right over the body of the partner as regards the acts capable in themselves of generating offspring,” 1917 Code of Canon Law, canon 1081, §2) for their self-fulfillment in wedlock (canon 1057, §2).

[Canon 1055, §1 tidak lagi mendefinisikan perkahwinan oleh tujuan utamanya iaitu penghasilan anak-anak tetapi menyebutkannya sebagai tujuan kedua (sekunder), demi kebaikan kedua-dua pasangan. Atas sebab kedua ini maka jika dilihat ‘pembatalan’ perkahwinan (annulments) yang diberikan secara berleluasa oleh Gereja menunjukkan bahawa ‘demi kebaikan kedua-dua pasangan’ menjadi pokok atau dasar utama (essence) sesuatu perkahwinan.]

Oleh yang demikian, dikatakan bahawa sesuatu perkahwinan itu tidak wujud jika seseorang pasangan gagal untuk memberikan pasangan yang satu lagi ‘demi kebaikan kedua-dua pasangan’ (kanon 1095, 20 and 30, canon 1098, dll, cf. Canon 1063, 40). Ini mengakibatkan pembatalan perkahwinan (annulments) yang berleluasa: di USA, contohnya, 338 pembatalan diberikan pada tahun 1968 tetapi pada tahun 1992, sejumlah 59,030 perkahwinan dibatalkan dengan begitu mudah sekali.

Susulan daripada itu, pembatalan perkahwinan yang diberikan oleh Tribunal Novus Ordo adalah diragui.

Canon 336 codifies the collegiality of Vatican II. The “college of Bishops,” a 20th century invention, is now made a permanent subject, together with the Pope, of supreme and full power over the Universal Church. A bishop, moreover, participates in this universal jurisdiction by the mere fact of his consecration (cf. Canon 375, §2) *.

[Kanon 336 mengekodkan ‘kesetaraan kuasa’ Vatican II. Kolej Uskup, ciptaan kurun ke-20, telah dijadikan subjek yang kekal, bersama-sama dengan Paus, keagongan dan kuasa penuh ke atas Gereja Universal. Seseorang Uskup, terlibat dalam bidang kuasa umum ini berdasarkan pada konsekrasinya (cf. Kanon 375, §2) *.

Ini menjadi lebih memalukan apabila kita mempertimbangkankan pengikhtirafan yang diberikan oleh Vatican kepada Uskup Ortodoks. Cf. Paus Paul VI:

“It is on the heads of the Churches, of their hierarchy, that the obligation rests to guide the Churches along the way that leads to full communion again. They ought to do this by recognizing and respecting each other as pastors of the flock of Christ entrusted to them…” Quoted at Balamand, by the Joint International Commission for the Theological Dialogue between the Roman Catholic Church and the Orthodox Church, Final Statement §18 cf., §14; Ut Unum Sint §§50-63

[Terjemahan: “Ia terletak di atas kepala atau ketua gereja-gereja, di kalangan hirarki, bahawa tanggungjawab itu memandu gereja-gereja di sepanjang jalan ke arah kesatuan yang penuh. Mereka harus melakukan perkara ini dengan mengiktiraf dan menghormati satu sama lain sebagai pastor kawanan Kristus yang dipercayakan kepada mereka …” dipetik di Balamand, oleh Komisi Kebangsaan Bersatu untuk Dialog Teologi antara Gereja Roman Katolik dengan Gereja Ortodoks, Kenyataan Akhir §18 cf., §14; Ut Unum Sint §§50-63.]

Konsep ‘collegiality’ ini merosakkan perlembagaan suci Gereja, menurunkan kuasa Paus, mengongkong kerajaan Paus ke atas Gereja (dan juga para Uskup di diosis mereka masing-masing). ‘Konferens Episkopal’ menggantikan pihak yang berkuasa (iaitu Paus), dan yang membuat keputusan terakhir secara kolektif dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak lain (walaupun Paus).

Ketiga-tiga perkara ini merupakan kelemahan yang sangat ketara dalam Kod Hukum Kanon 1983. Kelemahan-kelemahan lain ialah seperti perkahwinan campuran (kanon 1125, 1127), mengurangkan kuasa eksokomunikasi (seperti yang dijatuhkan ke atas freemasons, dll), ajaran Santo Thomas Aquinas juga tidak lagi wajib diajar di seminari (canon 251ff), dan pengampunan umum (general absolutions) lebih banyak diberikan kepada umat (kanon 961-963, dll). Baik juga dicatatkan di sini bahawa menurut Paus Yohanes Paulus II, Kod Hukum Kanon 1983 lebih rendah tingkatnya daripada perlembangan Konsiliar.


  1. im agree with. there are so many contradictions between the two canons. I still like the old canon. yeah, maybe just like wat u said, this is because of modernist n ecunimenism




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: