Pemikir Bebas?

Pada suatu hari, saya sedang memberi khidmat nasihat kepada dua orang pelajar universiti tentang hal-hal seni pengajaran. Memandangkan kedua-dua pelajar ini kelihatan bersedia untuk mendengar hal-hal yang penting untuk mereka, maka saya kemukakan soalan yang mudah: adakah kamu berdua beragama Kristian?

Salah seorang mengangguk sambil tersenyum, tetapi saya tertarik dengan seorang lagi yang menyatakan bahawa dirinya adalah seorang pemikir bebas atau free-thinker (?). Saya tidak pasti maksudnya tentang ‘pemikir bebas’ tetapi saya bertanyakan soalan selanjutnya: adakah kamu menolak semua agama?  Saya menjangkakan jawapannya sebagai ‘ya’ tetapi dia menjawab dalam keadaan yang ‘ragu-ragu’ bahawa dia sebenarnya ‘mempercayai’ agama tetapi tidak mengamalkannya!  Jawapannya agak pelik dan seolah-olah dia tidak tahu apakah yang sedang dia percakapkan kepada saya.

Walaupun begitu, saya teruskan mengaju soalan: Apakah (atau namakan) satu agama yang kamu ‘percaya’? Dengan selamba dia menjawab: Kristian. Percakapan kami semakin menarik: adakah kamu mempercayai Yesus Kristus?  Agaknya dia terjebak dengan soalan sebegitu, dan terkaku tanpa dapat memberikan jawapan seterusnya.  Saya berpendapat bahawa dia tidak mempercayai Yesus. Barangkali sekadar hendak menjaga hati saya.

Soalan seterusnya yang saya kemukakan ialah: apakah agama? Dia menjawab: saya tidak mempunyai (atau mempercayai) mana-mana agama? Dia tidak menjawab soalan saya. Saya tukar soalan supaya lebih jelas: Saya bukan bertanya apakah agama kamu tetapi soalanh saya ialah apakah makna atau ‘konsep’ agama?  Apakah maksud perkataan ‘agama’? Pelajar itu tidak dapat mendefinisikan ‘agama’ tetapi menjawab: saya hanya mempercayai nilai-nilai baik yang diajar oleh agama-agama. Saya membalas dengan soalan: apakah definisi ‘nilai’? Sekali lagi pelajar itu tergamam dan tidak dapat berkata-kata!

Untuk menjimatkan masa, saya membantunya dengan berkata bahawa ‘nilai’ menentukan sama ada sesuatu itu ‘baik’ atau ‘jahat’ atau ‘benar’ atau ‘salah’.  Manakala ‘agama’ pula ialah jalan untuk memperoleh ‘keselamatan’. Umat Kristian mempercayai doktrin Surga dan Neraka tetapi bagi umat ‘pagan’ atau ‘free-thinkers’, keselamatan tidak bermaksud apa-apa. Pemikir bebas ‘mempercayai’ bahawa ‘tidak ada kehidupan selepas kematian’ bertentangan dengan fahaman Kristian bahawa ‘selepas kematian ada penghakiman sama ada hidup kekal di Surga atau menerima penghukuman di Neraka untuk selamanya.

Sebagai seorang pemikir bebas, saya bertanyakan soalan selanjutnya: bagaimanakah kamu tahu (atau pasti) bahawa ‘selepas kematian tidak ada kehidupan’ sedangkan kamu tidak pernah melepasi kematian? Kamu tidak pernah melawat dunia orang mati, tetapi dengan pasti kamu bersaksi bahawa tidak ada kehidupan selepas kematian? Di manakah buktinya?  Pelajar itu tidak dapat berkata apa-apa selain mendengar sahaja dan sesekali akan berkata: saya akan memikirkannya dengan lebih lanjut, berikan saya masa.

Saya menyambungkan kata-kata saya: Kamu menolak agama dan Tuhan kerana kamu tidak pernah melihat atau mendengar Tuhan. Kamu menolak adanya kehidupan selepas kematian kerana kamu tidak pernah pergi ke dunia orang mati dan melihat kesemuanya itu.  Tetapi, adakah kamu mempercayai semuanya yang kamu dapat lihat dan dengar? Tidakkah penglihatan dan pendengaran manusia terbatas dan boleh mengelirukan orang.  Adakah semua yang kita lihat itu ‘benar’ dan boleh dipercayai? Adakah sebatang pen yang diletakkan di dalam sebuah gelas yang berisi separuh air sememangnya bengkok atau kekal lurus?

Saya terus berceramah kepada kedua-dua pelajar itu. Konsep Allah atau GOD tidak dapat dilenyapkan daripada pemikiran manusia. Seperti mana manusia bergantung kepada gas oksigen, manusia tidak dapat tidak hidup tanpa Tuhan.  Sama ada kita mempercayai wujudnya seorang Allah di luar sana – a supreme Being atau kita mempercayai bahawa kitalah Tuhan.  Memang benar, bukan sahaja manusia mahu menjadi Tuhan tetapi Iblis juga bercita-cita begitu sejak Malaikat diciptakan Allah di Surga.  Kenapakah saya mengatakan bahawa manusia mahu menjadi Tuhan? Kerana free-thinkiers percaya bahawa autoriti terletak pada diri mereka sendiri. Merekalah sendiri yang akan membuat keputusan sama ada sesuatu itu ‘bagus’ atau ‘buruk’.  Umat ‘free-thinkers’ bergantung kepada kekuatan sendiri atau kebijaksanaan pemikiran mereka sendiri.

Sebenarnya konsep ‘pemikir bebas’ merupakan suatu kontradiksi. Manusia TIDAK BEBAS UNTUK MEMIKIRKAN YANG SALAH. Sebelum manusia menemukan kebenaran bahawa semua planet (termasuk bumi) mengelilingi matahari, mereka percaya bahawa bumi adalah pusat cakerawala. Tetapi setelah kebenaran diketahui adakah seseorang manusia yang waras akan terus memikirkan bahawa bumi adalah pusat cakerawala atau dasar bahawa dia adalah pemikir bebas! Tentunya itu tidak masuk akal sama sekali!

Seterusnya, bagaiamanakah seseorang itu boleh berkata atau mengetahui bahawa sesuatu itu bermoral atau tidak. Siapakah kita untuk mengatakan ‘ya’ atau ‘tidak’?

Sebagai penutup, saya menyeru kepada kedua-dua pelajar tadi supaya mencari KEBENARAN kerana Kebenaran adalah ibu kepada segala ilmu.

Deo gratias.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: