Gereja dilanda krisis?

Ramai pengunjung mahupun pembaca blog ini berpendapat bahawa Gereja Roman Katolik pada masa ini tidak pernah dilanda sebarang krisis. Segala perubahan yang berlaku sama ada yang disedari ataupun tidak, dianggap sebagai proses permodenan yang harus berlaku seiring dengan perubahan dunia. Ajaran dan doktrin baru yang diperkenalkan semenjak Konsili Vatican II dianggap sebagai diinspirasikan oleh Roh Kudus. Ramai daripada kita yang percaya bahawa Roh Kudus masih berkarya kepada Gereja.

Oleh yang demikian, pengunjung yang tidak bersetuju dengan tulisan-tulisan blog ini mengecam pengarang tanpa adanya seurat benang bukti yang menunjukkan bahawa penulis mahupun pengarang blog ini telah menjadi seorang heretic!

Oleh itu, saya kemukakan bukti lain bahawa Gereja benar-benar dilanda krisis. Ramai umat Katolik sudah tidak mengenal ajaran, doktrin dan dogma Gereja yang sebenar. Masing-masing sudah dibiasakan dengan kebebasan untuk menentukan nasib masing-masing terutama dari segi yang mana salah dan yang mana benar. Gereja tidak lagi dapat menekankan kebenaran kerana ‘pendapat’ peribadi masing-masing adalah dihormati (walaupun pendapat itu ternyata menyimpang daripada ajaran Kristus!).

Dalam satu artikel yang diterbitkan oleh Irishtimes, didapati Pope Benedict XVI sendiri telah memperakui akan adanya krisis dalam Gereja.

In his autobiography, the former Cardinal Joseph Ratzinger wrote: “I am convinced that the crisis of the church which we are living through today was largely caused by the disintegration of the liturgy.”

Semoga para pembaca terutama umat Katolik benar-benar membuka mata dan melihat dengan jelas bahawa kecelaruan iman di kalangan kita semakin menjadi-jadi. Jika tidak dibendung, maka tidak hairanlah jika manusia mula mempercayai bahawa dirinya juga tuhan!

Deo gratias.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: