Fakta Sebenar Misa Tridentine

Artikel ini ditulis atas dasar untuk memperbetulkan fakta tentang Misa Tridentine (atau Misa Latin Tradisional) yang dilaporkan dalam laman web Catholic Archdiocese of Kota Kinabalu. Ada beberapa fakta yang telah luput atau ‘sengaja’ disembunyikan daripada perhatian umat Katolik di Sabah khasnya.  Saya menggunakan perkataan ‘sengaja’ kerana saya pernah menghantar e-mel kepada tuan punya laman web tersebut untuk memperkemaskinikan fakta-fakta kerana umat Katolik berhak diberi maklumat yang tepat, betul dan terkini. Permintaan saya itu tidak diendahkan!

Dalam menjawab soalan: Was the Tridentine Mass banned?, saya dapati jawapannya masih tidak dikemaskini. Dokumen rasmi Gereja yang terkini  tentang Tridentine Mass dengan sengaja tidak disiarkan iaitu Motu Propio Summorum Pontificum yang diterbitkan atas arahan Paus Benedict XVI sendiri pada 7 Julai 2007. Tempohnya sudah setahun lebih tetapi dokumen ini masih ‘disembunyikan’ daripada pengetahuan umum (terutamanya umat Katolik). Apakah motif Gereja tempatan berbuat demikian? Para pembaca juga boleh membaca blog saya tentang dokumen ini di sini.

Dokumen Motu Propio Summorum Pontificum telah menjelaskan bahawa paderi Katolik boleh tanpa kebenaran (khas) daripada Uskup untuk merayakan Misa Latin Tradisional tanpa apa-apa sekatan. Ditekankan juga bahawa Uskup haruslah (dengan murah hati dan cintakasih) untuk membantu umat Katolik yang benar-benar ingin mengikuti perayaan Misa Kudus Tridentine.

Seorang rakan saya berkongsikan pengalamannya apabila mengemukakan secara lisan kepada Uskup diosis Keningau untuk mengikuti Misa Kudus Tridentine. Jawapan Uskup amat mengecewakan kerana beliau hanya mengatakan bahawa Misa Extra Ordinary (Tridentine) tidak ditawarkan di diosis ini dan menyambung bahawa Misa Ordinary (Misa Novus Ordo) adalah ‘valid’ (sah) dan umat Katolik hanya perlu menghadiri Misa Novus Ordo tanpa perlu mencari Misa Kudus Extra Ordinary. Jawapan Uskup itu bertentangan dengan hasrat Paus Benedict XVI dalam dokumen Motu Propio Summorum Pontificum.  Keesahan Misa Novus Ordo tidak menjadi persoalan tetapi permintaan yang dikemukakan ialah Misa Latin Tradisional, dan tidak ada kena mengena dengan isu ‘keesahan’ Misa Novus Ordo.

Apabila dibuat perbandingan di antara Misa Tridentine dengan Misa Novus Ordo, didapati perbandingan itu tidak dibuat secara tepat dan bertanggungjawab. Ada unsur atau cubaan untuk menyembunyikan fakta penting.

In a Tridentine Mass:
* Everything is in Latin
* The priest conducts the liturgy facing East, leading the community who are behind him
* Everything happens strictly and precisely according to the rubrics (instructions)
* The congregation follows the Mass in private prayer and doesn’t play an active part

Bahasa yang digunakan dalam Misa Tridentine bukannya 100% dalam bahasa Latin. Khutbah paderi adalah dalam bahasa Inggeris atau bahasa tempatan (bergantung kepada paderi/umat). Sesetengah respon adalah dalam bahasa Greek (eg. Kyrie Eleison).  Memang benar kebanyakan masa paderi akan menghadap ke Timur atau ke Altar dan memimpin umat untuk menghadap Tuhan. Di samping itu, paderi juga TIDAK dibenarkan mengubah rubrik (arahan) pelaksanaan Misa sesuka hati.  Perbezaan keempat yang dinyatakan adalah TIDAK BENAR. Kongregasi (atau umat) mengikuti Misa bukan secara bersendirian tetapi mereka juga sama-sama dengan paderi MENDOAKAN MISA KUDUS TRIDENTINE. Umat bukannya berdoa bersendirian atau sendiri-sendiri (atau syiok sendiri).  Umat bersama-sama dengan paderi akan mengucapkan doa-doa dalam Missal dalam hati masing-masing seiringan dengan paderi.  Walaupun paderi kebanyakannya akan berdoa dalam senyap, tetapi umat masih dapat mengikuti perkembangan Misa kerana melihat segala kejadian yang berlaku di hadapan (Altar).  Penglibatan umat adalah AKTIF kerana melibatkan pemikiran, hati dan jiwa setiap umat yang mengikuti Misa Tridentine.  Suasana senyap dan ‘solemn’ sesuai dengan kehadiran Tuhan Allah yang suci dan kudus.  Umat tidak diganggu dengan kebisingan lain seperti bunyi drum, gitar, pengumuman-pengumuman melalui pembesar suara, persembahan tarian, pukulan gong dan sebagainya.

Seterusnya mari kita lihat perbandingan ke atas Misa Novus Ordo:

In the new version of the Mass:

  • The priest faces the congregation as part of the community
  • The congregation plays an active part. The liturgists believed that the Mass was the concern of the whole Body of Christ – including the lay members of the Church, and therefore they said liturgy should be “celebrated in community with the active participation of the faithful.” They added:
  • To promote active participation, acclamations by the people are favoured, responses, the chanting of psalms, antiphons, canticles, also actions or gestures and bodily postures. One should also observe a period of sacred silence at an appropriate time.
  • The language of the place when the Mass is being celebrated (vernacular language) is used – this was done, as Pope John Paul II put it, “so that every individual can understand and proclaim in his or her mother tongue the wonders of God.”

Apabila Paus Paul VI memperkenalkan Misa Kudus Novus Ordo dan selaras dengan rumusan daripada Konsili Vatican II, paderi sepatutnya menghadap Altar dan ke Timur (ad orientem). Umat berada di belakang dan dipimpin oleh Paderi.  Perubahan kepada posisi Paderi merupakan suatu inovasi atau perubahan baru yang asing.

Perbandingan kedua juga tidak tepat kerana dalam Misa Kudus Tridentine, umat adalah juga aktif turut serta dalam Misa tetapi dalam keadaan yang lebih ‘solemn’: kudus dan suci.  Penglibatan aktif umat dengan cara yang keterlaluan (atau melampau) seperti kugiran (band), server perempuan, Communion minister, tarian, pukulan gong dan sebagainya) bukanlah tujuan asal Misa Novus Ordo. Ini semua merupakan inovasi yang dibuat-buat. Penglibatan aktif yang dimaksudkan merupakan tiruan daripada perayaan servis gereja Protestan yang hambar.  Sehinggakan umat dibenarkan berdiri dan memegang Komuni Kudus dengan tangan yang kotor!!!

Dalam perbezaan ketiga, bahasa yang sepatutnya digunakan dalam Misa Novus Ordo ialah kekal bahasa Latin seperti yang ditentukan oleh Konsili Vatican II tetapi tidak diendahkan.  Jika dibuat perbandingan antara Misa Novus Ordo yang asal dengan Misa Novus Ordo yang terkini, umat akan nampak jelas perbezaannya.  Apabila dibandingkan pula dengan Misa Tridentine, perbezaannya akan menjadi jauh berbeza sehinggakan ajaran, doktrin dan dogma Katolik yang selama ini dipertahankan dalam Misa Tridentine menjadi terancam kerana Misa Novus Ordo menyerupai sembahyang Protestan.  Misa Tridentine yang dilihat selama ini sebagai ‘Korban Agung’ menjadi ‘Penglibatan Umat Yang Aktif’ dalam Misa Novus Ordo.  Jika anda tidak percaya, pergilah bertanyakan mereka yang kerap kali menghadiri Misa Novus Ordo: Apakah Misa? Jawapan mereka memang amat mengejutkan!

Akhir sekali sumber maklumat yang diberikan ternyata mengelirukan: http://www.latinmass.org/www.bbc.co.uk

Mungkinkah anda akan mendapat maklumat tepat tentang Misa Tridentine daripada www.bbc.co.uk?

Deo gratias.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: