Kebangkitan Badan

Apakah yang kita faham tentang ‘kebangkitan badan’?  Barangkali ramai di antara kita yang sudah melupainya. Sejak bilakah kita mendengar ajaran tentang Kebangkitan Badan dikhutbahkan semasa Misa Kudus pada hari Ahad?

Apakah kebenaran tentang kehidupan selepas kematian? Benarkah adanya kebangkitan selepas kematian? Saya cukup hairan dengan ‘kepercayaan’ kalangan orang ateist bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku selepas kematian. Mereka berpendapat bahawa selepas kematian segala-galanya akan lenyap. Tetapi dapatkah kepercayaan orang ateist ini dipertahankan? Apabila saya bertanyakan sebab atau alasan kepercayaan mereka, mereka menjawab bahawa belum ada manusia yang kembali daripada kematian dan menceritakan kepada mereka bahawa ada sesuatu selepas kematian.  Saya kemudian bertanya soalan yang kedua: Jika begitu, maka itu bermaksud belum pernah ada bukti atau saksi yang mengatakan bahawa SEGALANYA LENYAP SELEPAS KEMATIAN, jadi kenapa ia menjadi ‘kepercayaan’ sedangkan tidak ada bukti?

Belum pernah kita terbaca ada orang yang kembali daripada kematian dan bersaksi bahawa segalanya lenyap selepas kematian. Malah, sebaliknya berlaku. Jesus telah mati di kayu salib dan kemudian kembali hidup untuk menceritakan kehidupan kekal selepas kematian kepada mereka yang percaya kepada-Nya.

Apakah yang berlaku selepas kematian?

Apabila berlaku kematian, roh kita terpisah daripada badan dan menghadapi penghakiman di depan Tuhan. Selepas dunia ini berakhir, badan SEMUA orang (tanpa pengecualian) akan dibangkitkan.  Roh mereka akan disatukan semula dengan tubuh badan mereka masing-masing untuk tidak dipisahkan lagi. [Rujuk: 1 Kor 15:52, Yoh 5:28-29].

Tuhan Yesus sendiri berfirman bahawa Komuni Kudus akan memberikan kehidupan kekal kepada tubuh badan. [Tubuh badan merujuk kepada badan manusia yang FIZIKAL]. [Rujuk Yoh 6:55]. Ini bermaksud Yesus menebus bukan sahaja roh manusia tetapi keseluruhan manusia termasuk tubuh badannya! [Rujuk: 1 Kor 15:22 dan Fil 3:21].

Kebangkitan badan merupakan satu kejadian yang luar biasa! Tetapi apabila kita melihat alam sekeliling, kita akan melihat pelbagai jenis kebangkitan badan. Contoh: Benih yang tertanam seperti mayat akan bercambah menjadi sebatang pokok selepas berkeadaan dorman (tidur/mati).

Adakah tubuh badan yang dibangkitkan menyerupai tubuh badan kita semasa di dunia? Ya, tubuh badan kita yang dibangkitkan merupakan tubuh badan kita yang sama seperti di dunia. Jika tidak sedemikian, maka tubuh badan kita yang dibangkitkan menjadi BUKAN tubuh badan kita, jadi kita bukan orang yang sama. [Rujuk Job 19:25].

Semasa kehidupan kita di bumi, badan kita mengalami proses tumbesaran. Tulang, otot dan kulit mengalami perkembangan dan bertumbesaran. Tetapi, badan kita tetap sama, orang yang sama!

Badan yang mati akan reput dan bertukar menjadi debu. Tuhan Allah yang MahaKuasa, yang telah mencipta alam semesta dan bumi daripada KOSONG, dengan mudah, akan mengumpulkan semula segala debu-debu badan kita dari seluruh pelosok bumi dan membangkitkan kita semula.

Tubuh badan umat yang setia kepada Tuhan akan dibangkitkan untuk kehidupan kekal bersama-sama dengan kemuliaan. [Rujuk 1 Kor 15:53]. Tubuh ini bercahaya dan indah, sama-sama memiliki kualiti dan ciri-ciri tubuh Kristus Yesus:

  • Impassibility – tubuh kita tidak lagi tertakluk lagi kepada kesakitan, penyakit, kelaparan, kehausan, kepenatan, tidur, panas atau sejuk. [Apoc. 21:4]
  • Brightness – tubuh kita bercahaya dan dipenuhi kemuliaan [Mat 13:43]
  • Agility – tubuh kita berupaya bergerak dengan kelajuan cahaya di mana-mana seluruh alam semesta, hanya dengan berfikir
  • Subtility atau kerohanian – tubuh kita berupaya bergerak melalui objek-objek fizikal seperti dinding dan pintu [1 Kor 15:44]

Tubuh badan yang telah dibangkitkan, disatukan semula dengan roh, akan  berada di Surga untuk selamanya, berkongsi kemuliaan dan bersatu dalam kehadiran Tuhan Allah. [2 Kor 5:1].

Pernahkan berlaku manusia yang dibangkitkan dan dibawa ke Surga? Atas keistimewaan yang dinikmati oleh Bonda Maria (Assumption), badannya tidak reput, dibangkitkan dari kematian dan dibawa ke Surga atas kuasa Tuhan. Dogma ini diumumkan pada 1 November 1950.

Adakah tubuh badan mereka yang menolak Tuhan Yesus turut dibangkitkan? Ya, dan tubuh badan mereka juga akan disatukan semula dengan roh mereka untuk menerima penghukuman yang kekal di Neraka kerana Tuhan Allah bukan sahaja MahaKasih tetapi juga MahaAdil. Setiap kesalahan harus menerima hukuman setimpal – ini merupakan konsep keadilan.

Tubuh badan mereka akan kelihatan hodoh dan menjengkelkan, serta menakutkan. Percayakah anda akan ajaran ini? Mereka akan kekal berada di Neraka bersama-sama dengan mereka yang jahat dan iblis-iblis, pengikut Syaitan. Di Neraka, badan dan roh mereka akan sama-sama menderita penghukuman (kesengsaraan), yang sukar dibayangkan di bumi!

Syukurlah kerana anda telah membaca artikel ini. Selagi seseorang itu masih hidup, maka dia berpeluang untuk bertaubat daripada dosa. Mereka yang benar-benar bertaubat walaupun berdosa akan diselamatkan. Hukuman ke atas dosa akan dilunaskan di Purgatori (Api Pencucian) untuk tempoh (yang lama) sebelum dibawa ke Surga.

Mungkin anda bertanya, bagaimana pula dengan ahli keluarga yang tersayang tetapi tidak sempat bertaubat atau mereka menolak Yesus? Bagaimana saya boleh bahagia di Surga sedangkan saya melihat orang yang pernah yang sayang berada dalam kesengsaraan kekal di Neraka? Pemikiran manusia tidak dapat mengatasi pemikiran Tuhan Allah. Apabila manusia sudah berada bersama-sama dengan Tuhan, segala kehendak manusia itu akan dipuaskan, dan tidak ada lagi perkara lain yang kita inginkan kecuali berada bersama-sama dengan Pencipta. Ini merupakan satu keindahan yang tidak dapat saya ceritakan di sini.

Deo gratias!




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: