Sakramen Pengakuan

Saya terpanggil untuk membicarakan pengalaman saya menerima Sakramen Pengakuan daripada seorang paderi Katolik beberapa tahun yang lalu di Gereja Novus Ordo. Pada waktu itu, saya belum mengenali ajaran Katolik yang berpegang kepada ajaran Tradisi Suci dan tidak pernah mendengar aktiviti SSPX. Setelah terbaca artikel daripada Fr. Z dalam blognya tentang QUAERITUR: no words of absolution during penance service maka saya menulis blog ini. Artikel ini menceritakan pengalaman seorang Katolik yang terkejut dengan Sakremen Pengakuan yang diterimanya daripada seorang paderi Katolik dengan hanya berkata: Dosamu telah diampuni, pergilah dalam damai. Tidak ada PENGAMPUNAN, SOGIT (PENANCE) ataupun ACT OF CONTRITION. Sungguh malang, ada paderi Katolik yang gagal melaksanakan tugasnya seperti yang sepatutnya.

Saya juga pernah mengalami pengalaman yang ‘luar biasa’ apabila paderi Katolik yang saya temui berkata: kamu belum lagi melakukan dosa kerana kamu belum melakukannya lagi! Tetapi bukannya pemikiran yang jahat (atau pemikiran yang kotor) merupakan satu dosa! Jiwa yang bersih datang daripada hati dan fikiran yang suci dan murni.

Deo gratias!


  1. sy setuju…..ari tu sy pn terkejut juga…sy tidak sempat menyebut act of contriction pun ari tu….tapi dia telah menyuruh sy keluar. itu je. smpi 1 mnit pun confession sy. sy hnya btul2 buat confession apabila balik sarawak utk buat confession dgn paderi di paroki sendiri. kerana di situ barulah btul2 dpt buat confession spt mna yg sepatutnya…malah kdg2 mengmbil masa sehingga 30 mnit…wlupun lma tpi sy puas kerana dpt ”bersembang” dgn paderi mengenai dosa2 sy….

  2. Mayjune

    Bila bercakap tentang Pengakuan ini, saya terfikir tentang petugas-petugas yang mengendalikan perkara ini bila berhadapan dengan beratus-ratus orang umat yang datang membuat pengakuan. Baru-baru ini saya sekali lagi berhadapan dengan cara pengandalian yang tidak cekap dimana petugas-petugas (warden) seperti tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Maksud saya ialah mereka tidak dapat mengatur umat yang sepatutnya datang lebih awal dapat membuat pengakuan dengan lebih awal malah hampir terkebelakang. Perkara ini berlaku bila umat berebut-rebut ingin kehadapan.

    Bila perkara ini terjadi semua umat rela berdiri beratur panjang daripada duduk dikerusi menunggu giliran. Diluar bangunan gereja saya lihat ramai yang sedang berjalan-jalan dan bercerita, bila saya tanya salah seorang daripada mereka kenapa tidak ikut berbaris “saya tidak tahan berdiri,sakit kaki”

    Apakah petugas-petugas ini tidak tahu apa yang hendak dilakukan, sepatutnya sebelum mengendalikan tugas seperti ini, mereka sudah diberi taklimat agar dapat mengandalikan umat-umat yang datang membuat pengakuan.

    Saya ambil contoh pengandalian yang baik di gereja St. John, Tuaran. Para petugas mengosongkan bangku yang paling hadapan agar umat yang telah selasai membuat pengakuan berpeluang berlutut disana membayar”sogit”. Hanya setiap kali bangku yang kedua hadapan dikosongkan barulah umat yang dibelakang mendudukinya untuk menunggu giliran dan begitulah seterusnya. Sistem seperti ini amat menyenangkan umat yang lain kerana tidak perlu berdiri lama dan berebut-rebut.

    Respon:
    Umat disarankan agar pergi menerima Sakramen Pengakuan sekurang-kurangnya sekali sebulan walaupun peraturan Gereja mewajibkan umat pergi mengaku dosa sekurang-kurangnya sekali setahun.

  3. pwince freddy

    Saya mengalami situasi yg sama di salah sebuah gereja di Miri, Sarawak.. paling best pengampunan dibuat didepan semua umat gereja.. dan semua mata memandang ke arah sesiapa yg ingin membuat pengampunan.Saya tidak pernah membuat pengampunan dosa di gereja itu, saya hanya akan membuatnya apabila setiap kali saya kembali ke Kuching, Sarawak.

    Respon: Sakramen Pengakuan diterima oleh uma secara private (individu) sahaja dan dirahsiakan. Hanya paderi Katolik sahaja yang dapat memberikan Sakramen Pengakuan yang sah kepada umat. Cara lain adalah tidak sah.

  4. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saya sungguh tertarik dengan respon yang diberikan oleh pengarang blog.

    Kenyataan Pengarang:
    (Hanya paderi Katolik sahaja yang dapat memberikan Sakramen Pengakuan yang sah kepada umat. Cara lain adalah tidak sah.)

    Sebenarnya pengakuan ini terbahagi kepada dua bahagian yang jelas cuma kita sahaja yang tidak sedar akan pembahagian ini. Pengakuan yang pertama adalah antara manusia dengan manusia dan yang kedua antara manusia dan Tuhan.

    Pembahagian Pengakuan yang pertama :

    Sebenarnya pengakuan boleh dilakukan oleh sesiapa pun asalkan orang yang kita membuat pengakuan itu pernah kita sakiti. Pengakuan yang diakui hanyalah kesalahan yang kita buat kepada orang tersebut sahaja.

    *** Berkaitan dengan kuasa yang diberikan oleh Jesus kepada para Rasul dan St. Peter hanyalah untuk meneruskan tradisi memberikan pengampunan kepada sesiapa yang merasakan dirinya teramat tertekan dan perlukan bimbingan sahaja. Ini adalah berkaitan dengan Pengakuan antara manusia dan Tuhan.

    Pembahagian Pengakuan kedua:

    Antara manusia dan Tuhan. Manusia boleh membuat pengakuan dengan Tuhan melalui doa. Oleh hal yang demikian manusia tersebut hendaklah berusaha memohon keampunan dari Tuhan dan berharap keredhaan-Nya. Namun demikian yang membuat pengakuan melalui doa amatlah mujarab dan baik kerana kita berhubung terus dengan Tuhan untuk memberikan keampunan ke atas dosa kita yakni kelalaian kita selama kita masih hidup dalam mengenapi Perintah Tuhan.

    Namun demikian, sebagai manusia yang lemah kita dikehendaki membaca Al-Kitab untuk mencari ketenangan. Semasa membaca Al-Kitab kita hendaklah memahami isi kandungan yang kita baca. Bagi untuk mencari ketenangan yang mutlak, mengikut teori psikologi, manusia lebih senang menceritakan bagi mengatasi masalah mereka. Oleh hal yang demikian, Jesus menganjurkan kita untuk menceritakan kesalahan kita kepada orang yang kita percayai untuk mendapatkan nasihat dan pandangan.

    Shalom

    Respons: Terima kasih di atas pendapat peribadi anda tetapi malang kerana ia sekadar pendapat manusiawi. Apakah ajaran rasmi Gereja yang sebenarnya? Mengikut pemahaman anda, apakah maksud ‘Sakramen’? Kenapakah anda menggunakan ‘teori psikologi’ yang juga merupakan teori dapatan manusiawi untuk menyokong pendapat anda? Apakah ajaran Tuhan Allah yang sebenarnya?

  5. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saya sungguh tertarik dengan respon yang diberikan oleh pengarang blog.

    Kenyataan Pengarang:
    (Hanya paderi Katolik sahaja yang dapat memberikan Sakramen Pengakuan yang sah kepada umat. Cara lain adalah tidak sah.)

    **** Pada pendapat saya, kenyataan ini adalah tidak betul sekiranya hanya paderi Katolik sahaja yang boleh memberikan kita Sakremen Pengakuan yang sah. Lucunya pendapat tersebut. Dengan mudah kita lihat perkara ini seandainya saudara telah melukakan hati ibu bapa saudara, dan saudara telah membuat pengakuan kepada paderi tersebut dan paderi tersebut telah memberi dendaan kepada saudara, namun ia tidak memadai kerana paderi itu tidak ada kaitan dengan kejadian anda yang telah melukakan hati ibu bapa anda melainkan paderi itu hanya memberikan bimbingan supaya tidak mengulangi perbuatan itu sendiri. Saudara kena meminta maaf dan ampun kepada ibu bapa saudara anda yang telah disakiti hantinya. Itu kan lebih mulia dan lebih baik.

    Fikirkan kenyataan tersebut.

    Shalom.

    Respons: Terima kasih kerana memberikan pendapat peribadi anda TETAPI apakah pula ajaran rasmi Gereja tentang perkara ini? Bolehkah pendapat manusiawi digunapakai menggantikan Perintah Allah?

  6. Jeff

    *** Perkataan Gereja berasal daripada perkataan orang yang berkumpul. Sekali lagi kita boleh mentafsirkan bahawa orang yang membuat keputusan dalam kelompok yang berkumpul tersebut adalah keputusan kelompok (gereja). Kembali kepada kenyataan Respons iaitu :

    * TETAPI apakah pula ajaran rasmi Gereja tentang perkara ini? Bolehkah pendapat manusiawi digunapakai menggantikan Perintah Allah?

    Persoalannya disini, apakah Gereja itu berkuasa atau Tuhan yang berkuasa dalam memberikan keampunan kepada orang yang melakukan kesalahan? Kalau kamu mengatakan bahawa Gereja yang berkuasa (yakni manusia biasa) bukankah itu telah mengatakan kamu lebih berkuasa daripada Tuhan? Maka kamu harus sedar yang kita ini hanya manusia sahaja bukannya Tuhan. Orang yang melakukan kesalahan kepada Tuhan harus meminta ampun dari Tuhan bukannya kepada paderi atau gereja. Kalau kamu menyakiti hati saudaramu maka kamu hendaklah meminta maaf kepada saudara mu. Itu kan lebih baik dan mulia. Tuhan mahu kita hidup dalam damai dan sejahtera.

    *** Ajaran Tuhan yang sebenarnya inginkan kita mengakui kesalahan kita kepada-Nya secara terus dan tidak memerlukan paderi atau gereja untuk melakukan pemohonan pengakuan dosa. Ini adalah bi’daah.

    **** Kalau respons lebih tahu akan perkara tersebut, ceritakan kepada kami Ajaran Gereja yang sebenarnya yang berasaskan hukum Alkitab dan Ajaran Tuhan yang sebenarnya?

    Respons: Jika saudara Jeff menolak autoriti Gereja, Sri Paus, Uskup dan Paderi, siapakah yang Jeff terima sebagai pihak yang memiliki autoriti? Banyak ajaran, doktrin dan dogma Katolik dimuatkan dalam blog ini. Silalah saudara Jeff membacanya dengan teliti.

  7. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Wahai saudara respons,

    Saya ingin bertanyakan kepada saudara, Adakah Gereja itu manusia? atau bangunan? atau buku? atau apa? Seandainya saudara berpendapat bahawa Gereja itu manusia (yakni manusia yang berhimpun dan berdoa bersama) maka kita dapat tahu bahawa gereja itu juga manusia yang akan memberikan pendapat masing2 tentang sesuatu perkara yang mereka anggap betul atau salah berlandaskan Al-Kitab sebagai panduan mereka. Dewasa ini, ramai jemaah kita Katolik sudah sesat dan tidak dapat membezakan perkara yang benar dan yang salah. Mereka banyak bergantung kepada para paderi untuk mendapatkan pandangan dalam sesuatu perkara (kerana mereka beranggapan melalui paderi itu sah dan benar) tetapi mereka lupa bahawa paderi itu MANUSIA juga yang akan memberikan pandangan mereka. ADAKAH PANDANGAN PADERI ITU ADALAH FIRMAN TUHAN? Pandangan paderi itu juga adalah sama seperti kita. yakni MANUSIA juga dan pandangannya juga adalah pandangan MANUSIAWI.

    *** Adakah saudara respons telah memberikan mandat sepenuhnya kepada paderi untuk memutuskan semua perkara dalam hidup anda? Tentu tidak. Anda diberi kuasa oleh TUHAN yang MAHA TINGGI untuk menentukan hidup kita sendiri berlandaskan ALKITAB yakni FIRMANNYA yang tidak berkesudahan lagi jelas dan benar. PADERI pun manusia juga yang mendapat kuasa dari TUHAN untuk menentukan hidup dia sendiri.

    INGAT SAUDARAKU, ALKITAB PERNAH MENCATATKAN BAHAWA ORANG FARISI DAN SADUKI PERNAH MENCEMUH JESUS ATAS KEJADIAN BAGINDA MENGAMPUNI KESALAHAN ORANG LAIN. FARISI DAN SADUKI MENGUTUK JESUS PADA KETIKA ITU. (DALAM SITUASI INI JESUS YAKNI SEBAGAI ALMASIH BERKUASA KE ATAS DOSA KITA DAN BAGINDA MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERI KEAMPUNAN) *** SEANDAINYA SAUDARA BERPENDAPAT BAHAWA PARA PADERI KITA JUGA BERKUASA MAKA PADERI ITU SAMA TARAF DENGAN JESUS KAH? LUCUKAN?

    INGAT KEJADIAN JESUS DIMINTA UNTUK MENGHAKIMI KEJADIAN PELACUR YANG DIDAPATI BERZINA. JESUS MENBERI TAHU KITA PERKARA YANG SEBENARNYA *** HANYA ORANG YANG TIDAK PERNAH MELAKUKAN KESALAHAN DAN DOSA SAHAJA YANG BERHAK UNTUK MENJATUHKAN HUKUMAN. JESUS SENDIRI TIDAK MENJATUHKAN HUKUMAN MELAINKAN MEMBERI KEAMPUNAN KEPADA WANITA TERSEBUT. JESUS TIDAK BERDOSA SEJAK DARI LAHIR LAGI TETAPI BAGINDA MEMILIH JALAN MEMBERI KEAMPUNAN KEPADA MANUSIA BUKANNYA HUKUMAN.

    *** Adakah saudara respons tidak membaca dalam ALKITAB kita atau saudara sendiri tidak ingin menerima teguran. Seandainya begini, tidak ada bezanya dengan FARISI dan SADUKI yang enggan dan ingkar akan kebenaran yang dibeikan oleh Jesus kepada mereka.

    Respons: Saya tak ingin berdebat panjang, siapakah Jeff sebenarnya? Adakah Jeff sudah menerima autoriti daripada Tuhan Allah (Yesus) untuk mentafsir Alkitab dan menyebarkan tafsiran itu sebagai ajaran Kristian yang benar?

  8. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Wahai saudara respons,

    Kenyataan respons:

    (Respons: Jika saudara Jeff menolak autoriti Gereja, Sri Paus, Uskup dan Paderi, siapakah yang Jeff terima sebagai pihak yang memiliki autoriti?)

    Dengan rendah diri saya katakan kepada saudara bahawa SEMUA MANUSIA diberikan HAK dan secara langsung KUASA @ AUTORITI dalam menguruskan kehidupan harian mereka oleh Tuhan.

    Dengan jelas Jesus menerangkan kepada kita bahawa HUKUM KASIH itu lebih utama iaitu:

    Matius 22:37-40

    “Jawab Yesus kepadanya: “Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu. Itulah hukum yang terutama dan yang pertama. Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. Pada kedua hukum inilah tergantung seluruh hukum Taurat dan kitab para nabi.”

    Disini terangkan kepada kita iaitu hubungan kita terbahagi kepada dua dengan jelas dan murni iaitu :

    A. Manusia dengan Tuhan

    ( “Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu. Itulah hukum yang terutama dan yang pertama.)

    B. Manusia dengan manusia

    (Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. Pada kedua hukum inilah tergantung seluruh hukum Taurat dan kitab para nabi.”)

    Dengan ini kita dapat mentafsirkan bahawa Tuhan mempunyai kuasa untuk mengampuni kita dan saudara/i kita juga mempunyai kuasa untuk mengampuni kita seperti yang termaktub dalam perintah Jesus untuk kita saling mengasihi sesama manusia.

    Contoh yang paling senang saudaraku,

    Saudara bertengkar dengan adik saudara. Semasa bertengkar dengan adik saudara, saudara telah terlepas cakap dan membuatkan adik saudara berasa terkilan dan sedih. (Dengan lebih muah dikatakan terluka hatinya) Hal ini telag menyebabkan hubungan saudara dengan adik saudara rengang dan kurang intim tidak seperti sedia kala. Apakah tindakan suadara?

    Inginkan paderi atau kawan saudara untuk mengampuni kesalahan saudara yang menyebabkan hubungan kamu berdua rengang?

    Kesilapan ini berlaku antara siapa? Antara saudara dengan paderikah? atau saudara dengan adik suadara?

    Jadi saudara boleh membuat pilihan sama ada ingin meminta ampun dari Paderi (yang dikatakan oleh saudara mempunyai hak pengampunan) atau dengan adik saudara kerana telah melukakan hatinya?

    Dalam doa yang diajarkan oleh Jesus kepada kita telah dicatatkan bahawa:

    “dan ampunilah kesalahan kami seperti kamipun mengampuni yang bersalah kepada kami.”

    Dalam doa ini, Jesus memberikan maksud yang jelas untuk kita fahami. Kita berhak untuk memberikan pengampunan kepada orang yang kita sakiti hatinya, fizikalnya, jiwanya dan mindanya.

    Paderi, Uskup, Deacon, Cardinal dan Paus hanya manusia biasa sahaja seperti kita juga. Ia seperti saya dan saudara juga. HANYA MANUSIA. Mereka sebolehnya dijadikan kita sebagai tempat rujukan sahaja ataupun sebagai tempat mendapatkan nasihat sahaja seandainya kita masih lagi tidak yakin dengan pendapat yang dikemukan oleh saudara kita yang lain.

    Shalom

    Pengarang: Jawapan saudara Jeff amat MENGELIRUKAN dan BERPUTAR BELIT. Sukar untuk saya berhujah kembali. Saudara Jeff dengan penuh yakin percaya bahawa SEMUA MANUSIA memiliki kuasa atau autoriti untuk mentafsir Alkitab. Pada masa yang sama, saudara Jeff juga bersaksi dengan penuh yakin bahawa Sri Paus, Uskup dan Paderi adalah juga manusia. Tetapi saudara Jeff tetap berpendirian untuk tidak mengikhtiraf autoriti yang dimiliki oleh Sri Paus, Uskup dan Paderi untuk mentafsir Alkitab? Di manakah pendirian saudara Jeff sebenarnya? Di manakah letaknya autoriti Jeff untuk menolak tafsiran orang lain yang juga berhak atau berautoriti untuk mentafsir Alkitab mengikut corak pemikiran mereka masing-masing?

  9. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Wahai saudara respons,

    Kenyataan respons:
    Respons: Saya tak ingin berdebat panjang, siapakah Jeff sebenarnya? Adakah Jeff sudah menerima autoriti daripada Tuhan Allah (Yesus) untuk mentafsir Alkitab dan menyebarkan tafsiran itu sebagai ajaran Kristian yang benar?

    Wahai saudaraku yang terkasih,

    Dengan rendah diri saya katakan kepada saudara bahawa kita semua adalah sama sahaja. Tidak bezanya. Kita dituntut oleh Jesus untuk saling menegur sesama sendiri seandainya kita melakukan kesalahan dan kesilapan. Semua manusia diberikan oleh Tuhan HAK sekali gus KUASA @ AUTORITI untuk memberikan keampunan kepada orang yang kita sakiti. Dengan jelas saya katakan SEMUA MANUSIA. SUADARA, SAYA dan saudara kita yang seiman dalam Jesus Al-Masih yang mulia dan kudus.

    Maka saudara boleh berfikir tentang jawapan yang saya berikan.

    Shalom

    Pengarang: Saya tidak pernah mempersoalkan hak seseorang untuk mengampuni kesalahan orang lain yang menyakiti hatinya. Tetapi apakah takrifan dosa? Dosa ialah pelanggaran Hukum Allah. Jika seseorang berdosa, siapakah yang layak untuk memberikan pengampunan (absolution)? Adakah saudara Jeff ‘berkuasa’ untuk mengampuni dosa manusia?

  10. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Wahai saudara pengarang,

    Merujuk kepada kenyataan pengarang:
    Pengarang: Jawapan saudara Jeff amat MENGELIRUKAN dan BERPUTAR BELIT. Sukar untuk saya berhujah kembali. Saudara Jeff dengan penuh yakin percaya bahawa SEMUA MANUSIA memiliki kuasa atau autoriti untuk mentafsir Alkitab. Pada masa yang sama, saudara Jeff juga bersaksi dengan penuh yakin bahawa Sri Paus, Uskup dan Paderi adalah juga manusia. Tetapi saudara Jeff tetap berpendirian untuk tidak mengikhtiraf autoriti yang dimiliki oleh Sri Paus, Uskup dan Paderi untuk mentafsir Alkitab? Di manakah pendirian saudara Jeff sebenarnya? Di manakah letaknya autoriti Jeff untuk menolak tafsiran orang lain yang juga berhak atau berautoriti untuk mentafsir Alkitab mengikut corak pemikiran mereka masing-masing?

    ADAKAH SAUDARA TIDAK FAHAM LAGI DENGAN KENYATAAN YANG SAYA KEMUKAN BAHAWA SEMUA MANUSIA ADALAH SAMA DAN MANUSIA MEMPUNYAI HAK YANG SAMA UNTUK MENGAMPUNI. KEMBALI KEPADA PERSOALAN SAUDARA SAMA ADA PADERI ATAU VATICAN LEBIH BERHAK UNTUK MENGAMPUNI (PADA PENDAPAT SAUDARA MEREKA ADA KUASA KERANA MEWARISI KUNCI SYURGA DARI ST. PETER) BAGI KAMI ADALAH TIDAK BENAR. KERANA BAGI KAMI MEREKA ADALAH SAMA DENGAN KITA YAKNI SAMA SAHAJA DAN MEREKA JUGA MELAKUKAN DOSA.

    *** PERSOALANNYA DISINI, SEANDAINYA PADERI DAN VATICAN OFFICERS MELAKUKAN DOSA JUGA – SEPERTI PADA ADAB KE-14 HINGGA KE-18 (Dark Ages) KEPADA SIAPAKAH MEREKA MOHON KEAMPUNAN? kEPADA TUHAN BUKAN? SEKARANG INI APA SALAHNYA KITA MOHON KEAMPUNAN KEPADA TUHAN SECARA LANGSUNG TANPA MELALUI ORANG LAIN.KERANA PADA PANDANGAN KAMI KITA ADALAH SAMA SAHAJA. SELAGI KITA INI MANUSIA MAKA KITA HENDAKLAH BERHUBUNG DENGAN TUHAN SECARA LANGSUNG BUKANNYA MEMERLUKAN PERANTARAAN.

    *** SAYA PERCAYA SAUDARA PERNAH MEMBACA DALAM ALKITAB KITA KISAH PEREMPUAN YANG JALANG (PELACUR) MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA JESUS SECARA LANGSUNG TANPA MELALUI PARA IMAM DAN DAN MEMPERSEMBAHKAN KORBAN PENGAMPUNAN DOSA. DALAM BUDAYA DAN AGAMA YAHUDI BARANG SIAPA YANG BERDOSA MAKA ORANG ITU HENDAKLAH MEMPERSEMBAHKAN KORBAN PENGHAPUSAN DOSA DAN MEMINTA PARA IMAM MENTAHIRKANNYA. DALAM KEADAAN SEKARANG PUN SAMA JUGA. TIADA PERANTARAAN YANG DIPERLUKAN. SAYA TIDAK BERPUTAR BELIT DENGAN KENYATAAN SAYA. TETAPI SAUDARA PENGARANG SENDIRI YANG MASIH KURANG FAHAM DENGAN KENYATAAN SAYA. FAHAMI DAHULU KENYATAAN TERSEBUT.

    Kenyataan pengarang:
    Pengarang: Saya tidak pernah mempersoalkan hak seseorang untuk mengampuni kesalahan orang lain yang menyakiti hatinya. Tetapi apakah takrifan dosa? Dosa ialah pelanggaran Hukum Allah. Jika seseorang berdosa, siapakah yang layak untuk memberikan pengampunan (absolution)? Adakah saudara Jeff ‘berkuasa’ untuk mengampuni dosa manusia?

    *** Saudaraku,

    Kamu mengatakan kamu tidak mempersoalkan HAK seseorang untuk mengampuni kesalahan orang lain yang menyakiti hatinya bukan. Terima kasih kerana saudara sedar juga yang saudara HANYA MANUSIA sama seperti saya dan VATICAN OFFICERS juga. Saudara juga telah memberi takrif kepada maksud dosa bukan dan saya dengan rendah hati bersetuju dengan pandangan tersebut tentang maksud dosa. Bagi kenyataan saudara yang siapakah yang berhak untuk memberikan pengampunan maka jawapannya adalah TUHAN. Semuanya kembali kepada TUHAN. Kalau saudara berdosa kepada saudara yang lain yakni yang seiman dengan kita maka mohonlah keampunan kepada dia (dosa sesama manusia) manakalah dosa2 yang mutlak yang perlu dihakimi oleh Tuhan (contohnya yang termaktib dalam 10 Rukun dan Taurat) maka TUHAN sahaja tempat kita memohon keampunan.

    Jawapan saya jelas. Saya berharap saudara dapat faham dengan jawapan saya.

    Shalom

    Pengarang: Kesimpulannya ialah oleh kerana Sri Paus, Uskup dan Paderi merupakan ‘manusia’ juga, jadi mereka juga berhak mengampuni dosa orang lain kerana itu sudah menjadi hak mereka seperti yang Jeff katakan. Jadi, tak perlu lagilah Jeff mempersoalkan kebaikan hati Sri Paus, Uskup dan Paderi Katolik yang bermurah hati mengampuni dosa orang lain. Hanya membezakan Sri Paus, Uskup dan Paderi dengan saudara Jeff ialah mereka diberi ‘kunci’ atau autoriti untuk mengampuni dosa manusia sebaliknya Jeff tidak memiliki apa-apa autoriti kecuali Jeff melantik diri sendiri untuk mengganti tugas mereka!

  11. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Wahai saudara pengarang,

    Saudara masih lagi tidak faham dengan apa yang saya katakan disini. Apa yang saya katakan adalah kita semua tidak perlu untuk memohon keampunan daripada mereka jika kesalahan yang kita lakukan itu hanyalah kesalahan yang kita lakukan sesama kita sahaja. Jelas sudah perumpamaan yang diberikan oleh Jesus kepada kita tentang anak domba yang hilang dan kisah anak yang terbuang dan kembali kepada ayahnya. Apakah belum cukup untuk saudara percaya akan kekuasaan TUHAN untuk mengampuni kita?

    Saudaraku,
    Sedarilah bahawa Vatican Officers itu orang yang dijadikan oleh kita sebagai orang yang memberikan penjelasan seandainya kita masih tidak yakin dengan pandangan sesama saudara kita. (FAHAMILAH AYAT INI – SAUDARA HENDAKLAH BERBINCANG DENGAN SESAMA SAUDARA DALAM IMAN TERLEBIH DAHULU DAN DAPATKAN PANDANGAN MEREKA TENTANG PERKARA ATAU MASALAH YANG KITA HADAPI. VATICAN OFFICERS ADALAH ORANG YANG TERAKHIR UNTUK SAUDARA RUJUKI KALAU SAUDARA BERANGGAPAN SAUDARA YANG SEIMAN ITU SALAH) ( Vatican Officers bukan untuk kita meminta keampunan melainkan untuk mendapatkan nasihat sahaja seandainya kita DEGIL mendengar pandangan saudara kita yang lain.

    DISINI SAYA MINTA SAUDARA BERIKAN JAWAPAN UNTUK PERSOALAN INI:

    1. Seandainya benar Vatican Officers mempunyai kuasa untuk mengampuni maka disini apakah kunci tersebut?

    2. Apakah kuasa pengampunan hanya mereka yang bergelar Vatican Officers sahaja berhak untuk memberikan pengampunan? Mengapa mereka sahaja? Adakah orang lain yakni bukan ahli Vatican Officer tidak berhak?

    3. Adakah Jesus menafikan hak manusia lain kerana Vatican Officers(yang dikatakan oleh saudara memegang kunci syurga yang diwarisi dari St. Peter) yang menyimpan kerahsiaan Kerajaan Syurga tidak mempunyai hak dan kuasa untuk mengampuni?

    5. Adakah Vatican Officers memegang kunci tersebut pasti akan ke syurga (terutamanya Paus) kerana dia sahaja yang memegang kunci tersebut?

    4. Kalau Vatican Officers sahaja yang berhak mengampuni, maka bagaimana dengan orang lain?

    5. Seandainya Vatican Officers melakukan kesalahan (terutamanya Pope) kepada siapakah dia harus memohon pengampunan? Pasti kepada Tuhan dan tak mungkin dia akan duduk dalam karam pengakuan untuk meminta Cardinal mengampuni beliau.

    Saudaraku,
    Saya yakin dan percaya akan apa yang saya katakan terlebih dahulu dari ini iaitu hubungan kita ada dua.

    A. Manusia dengan Tuhan
    B. Manusia dengan manusia

    Saya yakin dan percaya bahawa seandainya saya melakukan kesalahan itu yakni melanggar HUKUM TAURAT (terutamanya yang berkaitan dengan 10 Rukun) saya harus dan wajib memohon keampunan dari Tuhan kerana kesalahan tersebut adalah saya lakukan secara sengaja atau tidak sengaja.

    Manakala kalau kesilapan dan kekasaran yang saya lakukan antara sesama manusia maka saya yakin dan percaya bahawa saya harus meminta maaf atas kesalahan saya kepada mereka yang saya sakiti.

    Saudaraku,
    Saya dengan rendah diri dan takzimnya saya katakan kepada saudara bahawa saya tidak ingin mengambil alih tugas mereka (Vatican Officers). Kerana saya yakin dan percaya BAHAWA SEMUA MANUSIA MEMPUNYAI HAK YANG SAMA UNTUK MENGAMPUNI KESALAHAN SESAMA MANUSIA (MAKSUDNYA DISINI ANTARA KITA DENGAN SAUDARA KITA SAHAJA) DAN KITA (SEMUA MANUSIA) MEMPUNYAI HAK SEKALI GUS KUASA MUTLAK UNTUK MEMOHON KEAMPUNAN DARI TUHAN TANPA MELALUI PERANTARAAN VATICAN OFFICERS.

    YANG SAYA TEKANKAN DISINI ADALAH ANTARA HUBUNGAN MANUSIA DENGAN TUHAN TIADA PERANTARAANYA (VATICAN OFFICERS) SEANDAINYA KITA MEMINTA PENGAMPUNAN.

    Shalom

    Pengarang: Cinta kasih Tuhan Yesus amat mendalam sehingga Dia menganugerahkan Sakramen Pengakuan keapda manusia agar memperoleh pengampunan (absolution). Saya pernah bertanya sama ada Jeff memahami maksud ‘sakramen’ namun Jeff tidak pernah menjawab soalan ini. Sakramen ialah tanda nyata Tuhan Allah untuk Dia menurunkan rahmat kepada manusia kerana tanpa rahmat itu manusia tidak mungkin memperoleh keselamatan. Kekuatan manusia tidak dapat menyelamatkan jiwanya kecuali dibantu oleh Tuhan Allah dalam bentuk RAHMAT. Jika Jeff percaya bahawa mengatakan kata maaf secara langsung kepada Allah sudah mencukupi untuk memperoleh pengampunan, maka terpulanglah kepada budi bicara Jeff untuk menentukannya sendiri kerana umat yang menolak autoriti Gereja sudah tentunya melantik dirinya sendiri sebagai orang yang akan menentukan sendiri kebenaran yang betul-betul pasti. Jadi, apabila Jeff mengatakan bahawa Tuhan Allah telah mengampunkan dosa-dosa Jeff, sebenarnya Jeff yang berkata demikian, bukan Tuhan Allah! Atas autoriti diri Jeff sendiri, Jeff mengatakan dosa Jeff telah diampuni. Dengan kata lain, Jeff telah memainkan peranan sebagai ‘paderi’ kepada diri sendiri.

    Tetapi Jeff harus ingat, sekadar memohon maaf adalah tidak mencukupi, kerana Jeff juga harus melakukan ‘penance’ atau ‘sogit’. Contoh: Jika Jeff telah menumpahkan segelas susu di atas lantai, tentunya anda mohon maaf kepada ibu dan ibu akan memaafkan Jeff tetapi Jeff masih perlu membersihkan tumpahan itu. Inilah yang dipanggil sebagai ‘penance’. Seperkara lagi, tidak semudah itu kita memperdebatkan Sakramen Pengakuan kerana kita belum berbincang lagi tentang maksud ‘rahmat’, maksud ‘sakramen’ dan maksud ‘kepaderian’.

    Jawapan kepada soalan Jeff:
    1. Kunci daripada Yesus Kristus.
    2. Mereka yang diberi autoriti dan telah ditahbis sebagai paderi seperti Sri Paus, Uskup dan Paderi.
    3. Terpulang kepada individu masing-masing untuk saling mengampuni seperti dalam Doa Bapa Kami.
    4. Ya.
    5. Paderi.

  12. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Wahai saudara pengarang,

    Saudaraku yang terkasih, nyatanya saudara mula menerima juga apa yang saya katakan bahawa manusia juga berhak untuk mengampuni sesama manusia atas kesalahan yang dilakukan oleh manusia kepada manusia yang lain. Bagi kenyataan yang seterusnya saya percaya dan yakin bahawa lebih baik manusia itu (yang melakukan kesalahan melanggar HUKUM TUHAN) meminta ampun kepada Tuhan. Ini kerana kita lebih tahu bahawa manusia tidak mempunyai kuasa untuk mengampuni untuk bahagian yang itu. Hanya TUHAN sahaja. Maka disini, untuk bahagian tersebut kita berhak untuk memohon daripada-NYA untuk mendapat belas kasihan yakni keampunan daripada-Nya.

    Saya yakin dan percaya bahawa barang siapa yang melanggar HUKUM TUHAN dan meminta ampun daripada Tuhan, makan Tuhan pun akan mengampuni orang tersebut seandainya dia meminta keampunan daripada Tuhan dengan penuh rendah diri dan ketakwaan. Ingat saudaraku, bahawa TUHAN kita adalah TUHAN YANG MAHA PENGAMPUN DAN MENGASIHANI. Tidak akan Tuhan terus membiarkan manusia itu sendiri dalam dosa dan kelalaian melainkan pengampunan. Ingatkah saudara kisah Tuhan meminta pandangan dari bapa leluhur kita Abraham tentang sama ada Sadom dihapuskan. Abraham mencadangkan jangan dihapuskan Sadom SEANDAINYA masih ada lagi orang yang beriman. Lot orang yang beriman itu yang tinggal di Sadom telah dikeluarkan daripada Sadom lantas kota itu dibinasakan. Disini bukan Tuhan tidak boleh memerintahkan Lot melalui para malaikatnya untuk keluar dari Sadom tanpa meminta pandangan Abraham melainkan Tuhan ingin menguji ketakwaan Abraham tentang imannya.

    Saya tidak melantik diri saya untuk menjadi paderi atau para iman seperti mana saudara melantik mereka. Saya yakin dan percaya bahawa penyelamatan yang datang yang pastinya telah datang dan akan datang dari Al-Masih Jesus adalah itu adalah benar. Saya berasakan satu kesilapan yang besar yang sering kali kita salah tafsir bahawa kita sering memusatkan hak kita itu dan menyerahkannya kepada orang lain untuk membuat keputusan kepada kita. Perbuatan inilah yang kadang2nya akan menyebabkan pihak tersebut akan merasakan dirinya amat berkuasa dan berhak untuk membuat keputusan tanpa soal selidik terlebih dahulu.

    Saudara pengarang,

    Sakramen itu sendiri etymology berasal daripada perkataan sacred iaitu kudus (holiness or sanctity). Kudus disini adalah merujuk kepada satu yang tahir dan mulia. Saya tidak beranggapan perbuatan pengampunan itu tidak mulia kerana saya yakin dan percaya bahawa Pengampunan itu telah dianjurkan oleh Tuhan sejak dari Adam hingga sekarang kepada sesiapa yang bertakwa dan beriman kepada-Nya.
    Saya tidak melihat sesuatu perkara itu seperti saudara lihat kerana saya melihat perkara tersebut secara menyeluruh dan terperinci. Saudara mungkin mendapatkan semua kenyataan saudara yang berakar tunjang kepada budaya Katolik awal (yang menurut saudara Tradisi Katolik) TETAPI saya melihat perkara ini dari sudut yang lain iaitu dari latar belakang dan budaya Yahudi yakni agama Jesus Al-Masih, Jeruselamat yang diutuskan kepada kita. Saya belajar dan mendalami agam Kristian ini seperti saudara juga tetapi saya lebih melihat kepada Israel Cultures sebagai satu perkara yang mewarnai kisah Jeruselamat kita. Ini kerana peristiwa yang dicatatkan dalam Injil (Matius, Markus, Lukas dan Johanes) adalah berlatarkan budaya dan agama Yahudi dan kejadian tersebut berlaku di Israel tanah kudus yang berkekalan. Saya tidak menjadikan Vatican sebagai kiblat saya untuk mendalami perkara ini. Kerana bagi saya lebih baik saya berlajar perkara asas daripada saya menyatakan perkara tanpa asas yang kukuh.

    Sampai satu tahap saudaraku, para imam kita (Paderi) pun memerlukan belas kasihan daripada Tuhan. Oleh hal yang demikian mereka juga mengaku kekuasaan Tuhan untuk mengampuni akan dosa mereka.

    Saudaraku,
    Berkaitan dengan “sogit” itu telah dituntut oleh Tuhan sejak dari awal lagi dunia ini dicipta. Ia bermula dari kisah Kain dan Abel. Dalam cerita yang ringkas itu sendiri banyak rahsia yang Tuhan ceritakan kepada kita bagi sesiapa yang mahu mencari dan berfikir. Kalau kita melakukan kesalahan yakni melanggar HUKUM TUHAN maka kita diperintahkan oleh Tuhan untuk melakukan penebusan. Sejak dari zaman Musa lagi sehingga ke zaman Jesus, orang Yahudi diperintahkan oleh Tuhan melakukan pengakuan dosa mereka. Sogit mereka adalah korban yang diberikan. Namun demikian, kebanyakkan para nabi terutamanya Elijah, Isaiah dan Zakaria tidak bersetuju secara sepenuhnya akan perkara tersebut kerana ramai orang Yahudi percaya hanya meminta pengampunan dari Tuhan dan mempersembahkan korban makan dosa mereka diampuni. Mereka menekankan kepada orang Yahudi bahawa perkara tersebut tidak memadai kerana setelah mereka yang melakukan ibadah tersebut maka terus melakukan dosa kembali. Inilah yang dikatakan oleh para nabi mereka yang umat pada waktu itu buta hatinya.

    Kita dituntut oleh Tuhan untuk melakukan nazar, iaitu niat untuk memperbaiki diri kita agar tidak terus melakukan kesalahan dan kelalaian yang sama. Al-Kitab menceritakan seribu satu maksud sama ada tersirat dan tersurat kepada kita dan kepada orang yang beriman dan percaya serta mencari kebenaran dan keselamatan, telah dibukakan kepada mereka pintu pertaubatan. Barang siapa yang memohon keampunan kepada Tuhan dan tidak perlu melalui perantaraan (yakni imam) orang tersebut difitrahkan oleh Tuhan untuk berubah dan memperbaiki dirinya.

    Berkaitan dengan persoalan yang saya kemukakan kepada suadara nampaknya ada beberapa bahagian yang dijawab dengan tepat tetapi ada juga yang masih kabur dan tidak jelas kerana saudara tidak menyatakan dalil dan haq yang benar.

    Soalan:

    1. Seandainya benar Vatican Officers mempunyai kuasa untuk mengampuni maka disini apakah kunci tersebut?

    2. Apakah kuasa pengampunan hanya mereka yang bergelar Vatican Officers sahaja berhak untuk memberikan pengampunan? Mengapa mereka sahaja? Adakah orang lain yakni bukan ahli Vatican Officer tidak berhak?

    3. Adakah Jesus menafikan hak manusia lain kerana Vatican Officers(yang dikatakan oleh saudara memegang kunci syurga yang diwarisi dari St. Peter) yang menyimpan kerahsiaan Kerajaan Syurga tidak mempunyai hak dan kuasa untuk mengampuni?

    5. Adakah Vatican Officers memegang kunci tersebut pasti akan ke syurga (terutamanya Paus) kerana dia sahaja yang memegang kunci tersebut?

    4. Kalau Vatican Officers sahaja yang berhak mengampuni, maka bagaimana dengan orang lain?

    Jawapan saudara:
    Jawapan kepada soalan Jeff:
    1. Kunci daripada Yesus Kristus.
    2. Mereka yang diberi autoriti dan telah ditahbis sebagai paderi seperti Sri Paus, Uskup dan Paderi.
    3. Terpulang kepada individu masing-masing untuk saling mengampuni seperti dalam Doa Bapa Kami.
    4. Ya.
    5. Paderi.

    Jawapan kepada soalan:
    1. Jawapan ini adalah tepat dan betul. Untuk jawapan ini, St. Peter menjawap dengan tepat tanpa ragu-ragu.

    2. Bagi jawapan ini, adalah kurang tetap sama sekali saudaraku. Kerana SEMUA MANUSIA MEMPUNYAI HAK SEKALI GUS KUASA UNTUK MENGAMPUNI DAN MEMOHON AMPUN.

    3. Untuk jawapan yang ini, pendirian saudara tidak tegas dan ragu-ragu. Saudara mula hilang arah untuk memberikan jawapan untuk persoalan ini kerana secara tidak langsung saudara mula menerima hak kita sebagai manusia untuk mengampuni dan memohon ampun tanpa memerlukan perantaraannya (yakni para imam).

    4. Saudaraku, untuk jawapan ini saudara mula sesat dan tidak berdiri pada landasan yang benar. HANYA ST. PETER SAHAJA YANG MEWARISI KUNCI TERSEBUT. DAN KEPADANYA SAHAJA KUNCI ITU DIBERIKAN. Dalam Al-Kitab kita tidak ada satu pun yang menceritakan kepada kita St. Peter mewariskan kunci tersebut kepada para pengikutnya yang lain. SEANDAINYA ADAPUN, hanya St. Markus yang akan diberikan kunci tersebut kerana St. Markus seorang murid St. Peter yang paling rapat dengannya. Ramai Sejarahwan Al-Kitab dan golongan Vatican Officers bersetuju bahawa St. Markus adalah murid St. Peter yang paling alim dan terpelajar sehingga St. Peter percaya kepada St. Markus untuk menulis Injil sebagai panduan kepada kita.

    5. Jawapannya tetap sama saudaraku iaitu SEMUA MANUSIA BERHAK UNTUK MENGAMPUNI DAN MEMOHON AMPUN DARI TUHAN TANPA PERANTARAAN PARA PADERI.

    Shalom

    Pengarang: Jawapan Jeff sungguh panjang dan terperinci. Saya tidak dapat memberi respons yang juga terperinci. Tetapi saya akan tumpukan perhatian kepada pokok persoalan yang dibangkitkan iaitu Jeff tidak senang dengan kebaikan hati Sri Paus, Uskup dan Paderi yang memberikan ‘absolution’ kepada umat Katolik yang membuat pengakuan dosa secara jujur. Bacalah ayat ini dan buatlah tafsiran sendiri tentang kuasa mengampuni:

    John 20:23 Whose sins you shall forgive, they are forgiven them; and whose sins you shall retain, they are retained. [Source: http://www.drbo.org/cgi-bin/s?t=2&q=retained&b=drb%5D

    Saya tidak akan komen tentang tafsiran Jeff.

    Andaikan Jeff melakukan dosa mortal. Jeff akan membuat pengakuan kepada Allah secara langsung dan kemudian Jeff berasa lega kerana Jeff akan berkata: ‘Tuhan Allah telah mengampunkan dosa mortal saya dan saya sekarang layak memasuki Surga’. Siapakah yang layak atau berkuasa untuk mengatakan ayat tersebut? Jika Jeff percaya bahawa Jeff ‘berkuasa’ untuk membuat deklarasi itu, maka Jeff sebenarnya melantik diri sendiri menjadi ‘paderi’.

    Tahukah Jeff bahawa seseorang umat Katolik masih boleh mendapat pengampunan sekiranya tidak berpeluang membuat pengakuan kepada paderi? Umat masih boleh membuat ‘act of contrition’. Mungkin Jeff tidak tahu kerana terlalu kusyuk dengan kuasa yang ada pada paderi Katolik. Secara peribadi, saya sendiri sentiasa memohon pengampunan kepada Allah tetapi jika berpeluang, saya juga akan membuat pengakuan rasmi kepada Allah melalui perantaraan paderi Katolik. Yesus sungguh baik hati sehingga menyediakan Sakramen Pengakuan untuk anak-anak-Nya. Hanya Jeff yang tidak nampak kebaikan hati Yesus terhadap umat Katolik.

    Jika Sri Paus terkemudian selepas St Peter tidak mendapat Kunci maka Jeff juga tidak memiliki apa-apa Kunci untuk bersaksi bahawa tafsiran Jeff adalah yang terbetul daripada tafsiran orang lain. Begitu juga dengan gereja-gereja binaan manusia lain, juga tidak memiliki apa-apa Kunci atau autoriti. Gereja buatan manusia ini tidak ada autoriti untuk mengajar. Pendapat atau tafsiran Jeff tentang kehilangan Kunci ini sememangnya tidak masuk akal langsung.

  13. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku,

    Kenyataan saudara,

    (Andaikan Jeff melakukan dosa mortal. Jeff akan membuat pengakuan kepada Allah secara langsung dan kemudian Jeff berasa lega kerana Jeff akan berkata: ‘Tuhan Allah telah mengampunkan dosa mortal saya dan saya sekarang layak memasuki Surga’. Siapakah yang layak atau berkuasa untuk mengatakan ayat tersebut? Jika Jeff percaya bahawa Jeff ‘berkuasa’ untuk membuat deklarasi itu, maka Jeff sebenarnya melantik diri sendiri menjadi ‘paderi’.)

    Saudaraku yang terkasih,

    Saya yakin dan percaya lebih baik dan mulia seandainya saya meminta keampunan daripada Tuhan yang Maha Pengampun tanpa perantaraan. Jesus dengan jelas menberikan kita banyak teladan yang baik dan jelas sebagaimana baginda memohon secara terus kepada Tuhan yang Maha Kuasa. Jesus memohon banyak perkara dalam doa baginda tanpa meminta para imam Yahudi berdoa kepada Tuhan sebagai perantara. Mengapa kita tidak mengikut jejak Jesus yang sudah jelas dan terang itu?

    (Pengarang: Yesus tidak pernah melakukan dosa seperti manusia biasa. Tetapi para paderi mengikut teladan Yesus yang murah hati untuk mengampuni dosa manusia. Sungguh malang, dalam gereja Jeff, tidak ada seorangpun yang ditahbiskan menjadi paderi dan berkuasa untuk mengampuni dosa manusia seperti yang dilakukan oleh Yesus.)

    Saya yakin dan percaya Tuhan akan mengampuni seandainya kita meminta kita diampun dan Tuhan akan mengadili kita secara adil dan saksama. Tuhan yang akan mengisytiharkan kita tahir dan bersih serta bebas dari dosa kita pada hari penghakiman kelak. Saya tidak mengatakan Tuhan akan berfirman secara langsung kepada kita seperti para paderi yang tempat kita membuat pengakuan bahawa dosa kita diampuni pada hal paderi itu pun tidak tahu yang dosanya sudah diampuni atau tidak meskipun orang atasanya berkata seperti beliau katakan. Kisah para paderi dan paderi yang diatasnya ibarat cerita bangau oh bangau. Tidak berkesudahan dan tidak tahu yang jelas lagi terang. Akhirnya mereka juga terpaksa mengaku yang mereka juga tidak tahu sama ada dosa mereka sudah diampun atau belum oleh Tuhan yang Maha Kaya.

    (Pengarang: Tidak pernah ada paderi Katolik yang mengaku dirinya tidak berdosa. Para rasul juga orang-orang yang berdosa, tetapi mereka dengan murah hati dan selaras dengan teladan baik Yesus, mengampuni dosa manusia yang bertobat. Tidak pernah Gereja atau saya sendiri yang menyangkal kuasa Tuhan Allah untuk mengampuni dosa manusia.)

    Kenyataan saudara,

    (Jeff akan berkata: ‘Tuhan Allah telah mengampunkan dosa mortal saya dan saya sekarang layak memasuki Surga’. Siapakah yang layak atau berkuasa untuk mengatakan ayat tersebut?)

    Saudara mengatakan “Jeff akan berkata”. Pada dasar yang teguh saya tidak berkata sedemikian rupa kerana seandainya saya berkata demikian saya menafikan HAK DAN KUASA TUHAN. Saya dengan penuh takzimnya tahu dan mengakui keEsaan Tuhan kita. HANYA TUHAN yang akan mengampuni dosa mortal saya dan bukannya para paderi. Paderi pun akan mengharapkan Tuhan mengampuninya juga.
    HANYA TUHAN yang berkuasa ke atas saya dan bukannya manusia lain.

    (Pengarang: Selepas Jeff memohon keampunan daripada Tuhan Allah, apakah yang terlintas dalam fikiran Jeff? Adakah Jeff masih ragu-ragu tentang dosa yang sudah (atau belum) diampuni oleh Tuhan Allah? Jika Jeff yakin bahawa dosa Jeff sudah diampuni, apakah yang terlintas di dalam fikiran Jeff pada ketika itu? Jawablah secara jujur. Selain Tuhan yang berkuasa di atas diri Jeff, sebenarnya, Jeff juga berkuasa atas diri sendiri. Tidakkah Jeff sedar?)

    Saudaraku,

    Adakah saudara jelas memahami doa “act of contrition”?
    Dalam doa tersebut para jemaah atau individu berdoa secara langsung kepada Tuhan tanpa memerlukan paderi. dalam bait2 doa itu menceritakan kerendahan hati sang pertaubat dan ketulusan hati mereka kerana mereka mengakui kelalaian mereka selama ini melawan kehendak Tuhan yang Maha Kudus. Dalam doa ini tidak ada pun yang menyebut “melalui paderi aku memohon” melainkan “I firmly resolve, with the help of Thy grace, to confess my sins,to do penance, and to amend my life.”

    (Pengarang: Saya memang jelas dan faham maksud ‘Act of Contrition’ sebagai saya umat Katolik. Saya tidak hairan kerana Jeff tidak memahami doa ini kerana Jeff bukan umat Katolik.)

    Sekarang ini saya berharap saudara dapat faham apa yang saya katakan.

    Shalom

  14. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Wahai Saudara Oremus (Lets us Pray),

    Kenyataan saudara,

    (Apakah nama gereja Jeff dan siapakah ketuanya?)

    Nama Gereja saya adalah sesiapa sahaja yang beriman pada Jesus Al-Masih yang diutuskan kepada seluruh alam ini. Gereja itu sendiri membawa maksud orang yang orang yang berkumpul dan berdoa serta percaya kepada Jesus Al-Masih (1 Corinthians 1:2).

    Ketua saya adalah Jesus Al-Masih. Saya beriman kepadanya dan patuh kepada arahannya sahaja seperti yang terdapat dalam Al-Kitab kita yang suci.

    Shalom

    Pengarang: Benarkah ‘gereja’ atau ‘perkumpulan’ Jeff tidak ada nama? Ketua Jeff sebenarnya bukan Jesus Al-Masih tetapi ‘tafsiran peribadi ke atas ayat-ayat Alkitab’. Yang menghairankan saya ialah jika di dalam perkumpulan Jeff ada 100 orang anggota, maka akan ada 100 tafsiran peribadi yang pelbagai-bagai! Ini sungguh menakjubkan. Saya langsung tak berminat dengan perkumpulan yang tidak ada nama dan tidak ada ketua.

  15. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku,

    Kenyataan saudara,

    (John 20:23 Whose sins you shall forgive, they are forgiven them; and whose sins you shall retain, they are retained.)

    Dalam ayat ini Jesus Al-Masih memberitahu kita bahawa manusia itu mempunyai hak dan sekali gus berkuasa untuk mengampuni kesalahan sesama manusia dan bukannya dosa kekal (mortal sin’s). Hanya Tuhan sahaja yang berkuasa untuk mengampuni dosa kekal (mortal sin’s) yang manusia lakukan dan Tuhan juga berkuasa untuk mengampuni kita sekali gus.

    Shalom

    Pengarang: Itu merupakan tafsiran peribadi Jeff. Saya tidak pernah berkata bahawa Tuhan Allah tidak berkuasa mengampuni sesiapa. Tetapi jangan lupa, Tuhan Allah juga berkuasa untuk menurunkan kuasa pengampunan kepada mereka yang telah dipilih oleh-Nya. Jika kebenaran ini tidak dapat Jeff terima, itu sudah menjadi keputusan Jeff. Seperti yang saya katakan, iman Jeff terletak atau didasarkan kepada kebijaksanaan manusiawi. Jeff tidak ada kuasa langsung untuk meletakkan kata-kata manusia sebagai firman Tuhan. Isu tentang perkara ini saya tamatkan di sini. Komen seterusnya tidak akan dilayan lagi. Terima kasih atas kesudian Jeff untuk berdiskusi.

  16. Saya berasa sungguh down ,berat dengan bebanan kehidupan …apakah yg perlu saya doakan untuk dapat meringankan beban ini ? adakah Tuhan akan melihat & mendengar bebanan saya ?

    • Bertaubat dengan sungguh-sungguh. Tidak ada dosa yang terlalu berat bagi Tuhan. Tetapi umat harus benar-benar BERTAUBAT dan kembali ke jalan yang benar. Semuanya boleh diatasi jika kita bersandar kepada kuasa Tuhan dan bukannya kepada kekuatan manusiawi semata-mata.

  17. Jay

    Shallom, saya adalah seorang katolik dan mempunyai teman wanita yang beragama kristian SDA, saya sedikit pening akan hal yang saya ingin sampaikan kepadanya kerna tidak mempunyai penjelasan yang begitu jelas untuk membuatkan teman saya lebih faham.

    Soalan : mengapakah paderi mempunyai kuasa untuk mengampuni sedangkan, hanya tuhan yesus sahaja yang mempunya kuasa terbesar untuk mengampuni. Ini kerana paderi juga adalah manusia biasa dan mempunyai dosa asal.. —- saya mohom admin dapat membantu. Tuhan memberkati

    Respons:
    John 20:[21] He said therefore to them again: Peace be to you. As the Father hath sent me, I also send you. [22] When he had said this, he breathed on them; and he said to them: Receive ye the Holy Ghost. [23] Whose sins you shall forgive, they are forgiven them; and whose sins you shall retain, they are retained

    Tuhan Yesus telah memberikan autoriti (kuasa) kepada para Rasul (uskup dan paderi) untuk mengadili dosa umat dan memberikan pengampunan atas autoriti Tuhan Yesus Kristus. Non-Katolik menolak ajaran Kristus bahawa paderi berkuasa untuk mengampuni dosa umat. Yang menghairankan, non-Katolik dengan mudah berkata kepada diri sendiri bahawa ‘dosa mereka sudah diampuni oleh Tuhan’ tetapi adakah mereka berkuasa untuk mengampuni dosa sendiri?




Tinggalkan Jawapan kepada Jeff Batal balasan


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 52 other subscribers