Kelemahan dalaman punca krisis moral

Sebuah artikel yang bertajuk ‘Kelemahan dalaman punca krisis moral‘ yang diterbitkan oleh Utusan Online (Malaysia) menarik perhatian saya kepada punca akar atau pokok kepada permasalahan tersebut. Dari kaca mata Gereja, apakah sebenarkan punca keruntuhan akhlak remaja Katolik?

Bapa, Ketua Keluarga – Bilakah kali terakhir seorang ayah Katolik mengajar anak-anaknya tentang ajaran, doktrin dan dogma Katolik?  Mungkinkah ia tidak dapat dilakukan kerana ayah itu sendiri tidak memahami agama Katolik sama ada atas kelalaian sendiri atau khutbah tentang ajaran, doktrin dan dogma Katolik tidak lagi kedengaran diajar oleh paderi/uskup?  Tidakkah kita sering mendengar khutbah-khutbah paderi lebih diisi dengan isu-isu duniawi?  Peranan seorang bapa Katolik amat penting kerana unit terkecil Gereja ialah Keluarga Katolik. Daripada keluarga Katolik yang alim, maka terhasillah paderi-paderi Katolik. Sebagai Ketua Keluarga, adakah seorang bapa sentiasa memastikan keluarganya berdoa Rosari setiap hari, berdoa sebelum makan dan sentiasa menyebut Tuhan Allah (Yesus) dalam perbualan seharian.  Adakah Yesus menjadi Raja dalam keluarga Katolik anda?

Jika dilihat pertuturan ramai orang, didapati dunia sekarang mementingkan DIRI SENDIRI daripada Tuhan. Tuhan Allah tidak lagi menjadi nombor satu dalam kehidupan setiap umat Katolik. Kebenaran sudah menjadi subjektif (berubah-ubah mengikut pandangan atau pendapat seseorang) dan tidak lagi bersifat objektif (tetap dan kekal).  Populasi manusia sekarang lebih mengutamakan kesejahteraan duniawi daripada menyebarkan ajaran benar. Dunia sekarang melaung-laungkan ‘kebebasan beragama’ dan ‘menghormati agama-agama lain’ tetapi Dunia tidak lagi menghormati KEBENARAN MUTLAK. Seolah-olah kebenaran mutlak tidak wujud.

Apabila kita menyokong doktrin asing ‘menghormati agama-agama lain’ maka kita menduakan Tuhan yang benar. Maka itu bermaksud ‘manusia’ lebih diutamakan daripada ‘Tuhan’ kerana pegangan manusia diutamakan dan dihormati daripada kita menerima ajaran benar Tuhan benar dan menghormati Tuhan yang benar.  Kita menghormati sesama (manusia) tetapi kita sebagai umat Katolik tidak menghormati ajaran (agama) palsu. Dua perlakuan manusia ini tidak sama maksudnya.  Yesus amat mengasihi dan menghormati manusia (ciptaan-Nya) walaupun berdosa besar. Tetapi Yesus menolak agama lain (palsu) kerana agama lain menolak Yesus sebagai Tuhan.

Selagi umat Katolik keliru dengan KEBENARAN maka anak-anak Katolik juga akan keliru dengan pegangan moral mereka. Remaja Katolik akan kehilangan hormat kepada Hukum Allah dan lebih mempercayai pendapat diri sendiri (manusiawi).  Mereka akan lebih memegang pendapat sendiri (yang menguntungkan mereka secara duniawi) tetapi menolak ajaran Gereja yang mengongkong tindakan mereka.

Deo gratias.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: