Arkib untuk Disember 19th, 2008

Kemungkinan para pembaca masih tidak mempercayai bahawa Gereja Roman Katolik dilanda krisis iman. Sebab itulah, ramai umat menolak sebarang artikel yang bersifat agresif atau seolah-olah bersikap ‘anti-Katolik’ walaupun tujuan utama penulis artikel sedemikian ialah untuk menyedarkan sebanyak umat Katolik yang mungkin tentang Gereja yang dilanda krisis besar!  Walaupun diri saya (dan sekeluarga) sudah lama meninggalkan Gereja Novus Ordo (iaitu tahun 2000) tetapi syukur kepada Tuhan Allah yang MahaBenar telah menemukan kami kembali kepada Gereja Roman Katolik yang mendukung Tradisi Suci. Saya amat mencintai Gereja Roman Katolik dan ingin melihat bahawa Gereja Kristus sentiasa kukuh didirikan di atas dasar yang kuat.

Namun, apakah buktinya bahawa Gereja Roman Katolik benar-benar dilanda krisis iman? Lihat dan bacalah artikel ini: Vatican: Three senior clerics back more European mosques dengan jelas melaporkan tiga orang Uskup Agung senior di Vatican yang menyokong ‘kebebasan beragama’ dan menyarankan agar umat Islam dibenarkan mendirikan lebih banyak masjid di Eropah !!! Sedangkan kita tahu bahawa Eropah adalah negara Krisitan! Bukankah ini suatu krisis yang benar-benar terjadi di peringkat tertinggi Gereja iaitu di Vatican?

Adakah Yesus, Raja segala raja, akan membenarkan masjid, kuil, tokong dan pelbagai agama palsu (yang menyebarkan doktrin yang menolak Yesus sebagai Tuhan dan Raja) di dalam kerajaan-Nya? Apakah doa Bapa Kami yang sering kita ucapkan kepada Tuhan Allah, yang berbunyi: ‘…Terjadilah kehendak-Mu di bumi seperti di dalam Surga‘ mempunyai apa-apa makna? Atau adakah kita diibaratkan seperti burung kakak tua?  Apakah sebenarnya maksud doa itu? Bolehkan diterima akal seorang umat Katolik yang sihat pemikirannya bahawa di Surga nanti akan terdiri dengan megah masjid, kuil dan tokong?

Semoga para pembaca dapat memikirkan isu ini dengan lebih mendalam agar kita tidak disesatkan oleh mereka (Uskup) yang sepatutnya memimpin manusia ke arah keselamatan jiwa tetapi sebenarnya menghantar manusia yang sesat dan yang belum mengenal Yesus ke Neraka!

Kasihanilah Kami, ya, Tuhan!

NB: Semoga musim Adven ini, kita sentiasa mempersiapkan diri (dan seluruh anggota keluarga masing-masing) untuk menyambut kedatangan Yesus (kelahiran-Nya) dan kedatangan-Nya yang kedua kali. Amen.




  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 52 other subscribers