Lagi Krisis Gereja

Kemungkinan para pembaca masih tidak mempercayai bahawa Gereja Roman Katolik dilanda krisis iman. Sebab itulah, ramai umat menolak sebarang artikel yang bersifat agresif atau seolah-olah bersikap ‘anti-Katolik’ walaupun tujuan utama penulis artikel sedemikian ialah untuk menyedarkan sebanyak umat Katolik yang mungkin tentang Gereja yang dilanda krisis besar!  Walaupun diri saya (dan sekeluarga) sudah lama meninggalkan Gereja Novus Ordo (iaitu tahun 2000) tetapi syukur kepada Tuhan Allah yang MahaBenar telah menemukan kami kembali kepada Gereja Roman Katolik yang mendukung Tradisi Suci. Saya amat mencintai Gereja Roman Katolik dan ingin melihat bahawa Gereja Kristus sentiasa kukuh didirikan di atas dasar yang kuat.

Namun, apakah buktinya bahawa Gereja Roman Katolik benar-benar dilanda krisis iman? Lihat dan bacalah artikel ini: Vatican: Three senior clerics back more European mosques dengan jelas melaporkan tiga orang Uskup Agung senior di Vatican yang menyokong ‘kebebasan beragama’ dan menyarankan agar umat Islam dibenarkan mendirikan lebih banyak masjid di Eropah !!! Sedangkan kita tahu bahawa Eropah adalah negara Krisitan! Bukankah ini suatu krisis yang benar-benar terjadi di peringkat tertinggi Gereja iaitu di Vatican?

Adakah Yesus, Raja segala raja, akan membenarkan masjid, kuil, tokong dan pelbagai agama palsu (yang menyebarkan doktrin yang menolak Yesus sebagai Tuhan dan Raja) di dalam kerajaan-Nya? Apakah doa Bapa Kami yang sering kita ucapkan kepada Tuhan Allah, yang berbunyi: ‘…Terjadilah kehendak-Mu di bumi seperti di dalam Surga‘ mempunyai apa-apa makna? Atau adakah kita diibaratkan seperti burung kakak tua?  Apakah sebenarnya maksud doa itu? Bolehkan diterima akal seorang umat Katolik yang sihat pemikirannya bahawa di Surga nanti akan terdiri dengan megah masjid, kuil dan tokong?

Semoga para pembaca dapat memikirkan isu ini dengan lebih mendalam agar kita tidak disesatkan oleh mereka (Uskup) yang sepatutnya memimpin manusia ke arah keselamatan jiwa tetapi sebenarnya menghantar manusia yang sesat dan yang belum mengenal Yesus ke Neraka!

Kasihanilah Kami, ya, Tuhan!

NB: Semoga musim Adven ini, kita sentiasa mempersiapkan diri (dan seluruh anggota keluarga masing-masing) untuk menyambut kedatangan Yesus (kelahiran-Nya) dan kedatangan-Nya yang kedua kali. Amen.


  1. ….masjid….agama palsu (….menolak Yesus sebagai Tuhan….. perlu Anda ketahui bahwa Agama Saya bukan Agama Palsu!!!!!!!!!!

    Krisis Iman timbul karena dalam diri seseorang sudah tidak ada cinta lagi, baik cinta kepada Tuhan, Manusia, maupun Alam sekitar. Karena tanpa cinta maka iman pun tak ada, saya yakin itu 1000% Logikanya adalah kita cinta terhadap Tuhan kita, maka otomatis kita telah beriman kepada Tuhan kita. Kalau kita tidak cinta pada tuhan kita berarti kita tidak iman kepada agama kita :D

    #saya harap anda bisa lebih memperhatikan bahasa penulisan di weblog ini, agar supaya tidak ada acara hujat menghujat.

    Respon Pengarang:
    Pemikiran lojik mengatakan bahawa hanya ada SATU kebenaran. Jika anda mempercayai agama A sebagai agama benar, maka agama-agama lain adalah palsu. Tidak mungkin dua atau lebih agama yang BERBEZA adalah benar. Jika anda yakin bahawa ‘masjid’ adalah agama benar, maka anda juga yakin bahawa agama-agama lain adalah palsu. Beranikah anda bersaksi bahawa selain ‘masjid’, agama-agama lain juga benar kerana anda tidak mahu ‘dihujat dan menghujat’? Adakah menegakkan kebenaran itu dikatakan sebagai ‘dihujat dan menghujat’? Di manakah pendirian anda?

    Bercakap tentang ‘cinta’, apakah erti sebenar ‘cinta’? Apakah maksud mengasihi (atau mencintai) Tuhan? Adakah ‘cinta’ bermaksud menghormati doktrin/ajaran palsu? Apakah ‘iman’? Adakah ‘iman’ bermaksud sekadar ‘mempercayai sesuatu tanpa bukti’?

    Jika anda mencintai Tuhan (yang benar), maka anda juga mencintai KEBENARAN kerana Tuhan Allah yang benar adalah KEBENARAN (mutlak). Tidak ada kepalsuan (walau sedikitpun) dalam diri Tuhan Allah. Tetapi dalam banyak agama-agama dunia, terlalu banyak kepalsuan kerana ajaran-ajaran mereka bertentangan atau berlawanan. Siapakah yang benar? Apakah pengertian anda tentang ‘kebenaran’?

  2. Anda boleh saja meyakini itu semua, karena itu adalah agama anda. Namun perlu di ingat bahwa kita hidup di dunia ini bukan hanya sendiri atau sekelompok orang saja, maka dari pada itu kerukunan haruslah tetap terjaga.

    Jawaban atau lebih tepatnya pertanyaan-pertanyaan yang malah anda balikkan kepada saya tentunya tak sepatutnya di jawab, karena kita tahu bahwa masing-masing agama/kepercayaan mempunyai jawabannya masing-masing pula dan tidak perlu digembar gemborkan kepada orang/kelompok yang berbeda agama/keyakinan karena hasilnya pun akan berbeda pula.

    Namun dari semua itu, satu hal yang pasti adalah “Pemikiran lojik mengatakan bahwa hanya ada satu Tuhan”

    Respon Pengarang:
    Sungguh mudah membuat pernyataan bahawa seseorang itu amat meyakini agamanya kerana agama itu agamanya! Seolah-olah kita memandang rendah kebijaksanaan orang itu yang yakin akan agamanya. Saya percaya bahawa anda amat menyakini ‘masjid’ adalah agama yang benar kerana itulah agama anda. Adakah ini kaedah yang munasabah (dan lojik) untuk mempercayai suatu ‘kebenaran’?

    Jika anda yakin memiliki ‘kebenaran’ itu, kenapa tidak sahaja dikongsikan di sini? Jika anda menyakini agama anda itu benar, kenapa anda tidak berani bersaksi di sini bahawa agama-agama lain adalah palsu!

    Jika anda mementingkan ‘kerukunan’ atau kedamaian sesama manusia, maka anda telah membelakangkan Tuhan yang benar. Anda mempercayai bahawa ‘kerukunan’ lebih tinggi nilainya daripada ‘kebenaran’. Jadi, apakah yang menyelamatkan jiwa manusia? ‘Kerukunan’ atau ‘Kebenaran’?

    Nah, anda juga sudah bersetuju bahawa pemikiran yang lojik mempercayai bahawa hanya ada SATU Tuhan (yang benar). Di dunia ini ada banyak tuhan-tuhan palsu tetapi hanya ada SATU Tuhan yang benar. Agama-agama dunia masing-masing mempromosikan tuhan mereka yang ‘dianggap’ benar (dan mengikut pandangan anda, mereka amat mempercayai kebenaran agama-agama mereka hanya kerana mereka menganuti agama mereka masing-masing). Tuhan yang mana satu adalah Tuhan yang benar?

    Kepercayaan bahawa hanya ada satu Tuhan bermakna hanya ada SATU agama yang benar, kerana Tuhan tidak bisa bersaksi bohong tentang diri-Nya (tentang kebenaran). Jadi, sama ada kita suka atau tidak, ternyata hanya ada satu agama yang benar manakala agama-agama lain adalah palsu! Pernyataan ini merupakan KEBENARAN mutlak dan tidak sepatutnya dilihat sebagai ‘dihujat dan menghujat’.

  3. Jawan itu adalah pendapat Anda. yang pasti ketika saya menulis artikel dihujat atau menghujat itu ditujukan bagi para blogger yang gampang terhasut sama blog2 yang isi tulisannya banyak mengandung SARA/adu domba, sehingga banyak para blogger yang terjebak emosi dengan saling mengejek dan menghina. Dalam inti penulisan saya pada postingan “dihujat/menghujat” saya mengajak kepada para rekan blogger untuk tidak cepat terpancing kepada hal-hal yang seyogyanya dapat memecah belah kerukunan umat beragama.

    Memang Tuhan itu ada satu, coba kalo Tuhan itu banyak pastinya dunia ini cepet ancur :D . Contoh: Tuhan A pengen Duia itu seperti ini, tapi Tuhan B dunia itu harus begini, eh Tuhan C ingin dunia ini dijadikan seperti ini dan selanjutnya.

    Kalo saya boleh bertanya; Tuhan Anda ada berapa? Dan bedakah Tuhan Anda dengan Tuhan agama lain? Kenapa?


    Respon pengarang: Syukur kerana sdr/i sedar bahawa hanya ada SATU Tuhan Allah yang benar. Oleh itu, sdr/i juga tentunya bersetuju bahawa hanya ada SATU agama yang benar. Jadi, hanya ada SATU kebenaran dan kebenaran itu adalah MUTLAK. Ia benar bukan kerana fikiran manusia tetapi diwahyukan kepada manusia oleh Gereja atas autoriti Tuhan Allah. Diharapkan sdr/i akan dapat mengerti konsep kebenaran ini kerana ia amat mudah dibaca dan difahami. Bagaimana dengan soalan-soalan yang belum dijawab oleh sdr/i?

  4. semang

    saudara,
    saya menghormati anda biar pun belum lagi melihat wajah anda,saya dapat rasakan yang saudara adalah seorang Katolik yang sedikit ekstrem sehingga sepertinya tidak mahu membuka pintu hati saudara untuk agama atau gereja lain selain katolik?
    dan saya juga adalah Katolik dan bila membaca artikel anda di atas saya hairan kenapa anda sepertinya mempersoalkan Uskup Agung dengan pendirian mereka terhadap kebebasan beragama? saya tidak bersetuju dengan saudara bila saudara mengatakan bahawa hanya kerana tindakan 3 orang Uskup Agung itu maka saudara istyiharkan bahawa Gereja Katolik mengalami krisis Iman?dan saya sangat yakin bahawa saudara akan mempertahankan idea2 anda dalam artikel di atas jadi permintaan saya adalah daripada anda membuang masa mempertahankannya ada baiknya saudara beri idea bagaimana untuk menyembuhkan krisis iman gereja Katolik ini(seperti yang saudara yakini) kerana jangan hanya mencari kesalahan lepas itu saudara tidak berbuat apa2 untuk memperbetulkannya
    sekian.salam Krismas dan tahun baru 2009

    Respon Pengarang: Mengapa anda mengatakan saya sebagai umat Katolik yang ekstrem? Kenapa saya harus membuka hati kepada agama (ajaran) atau gereja palsu? Adakah anda percaya bahawa manusia ‘bebas beragama’? Adakah manusia BERHAK melakukan dosa? Adakah manusia dihalalkan untuk melanggar Hukum Pertama: I am the Lord, thy God, thou shalt not have strange gods before me. Adakah Hukum Allah hanya digunapakai oleh orang Kristian? Adakah anda percaya bahawa tindakan 3 orang Uskup Agung itu selaras dengan ajaran Gereja Roman Katolik? Sekiranya anda telah membaca blog-blog saya dengan teliti, tentunya anda dapat menemukan saranan-saranan dan juga cadangan-cadangan yang bernas telah saya paparkan untuk tindakan lanjut para pembaca? Adakah anda telah melaksanakan saranan saya?

  5. semang

    dan adakah saudara sudah melaksanakan perintah Jesus untuk menyayangi semua orang hatta orang membenci diri kita dan yang tidak sealiran dengan kita? maaf saya akan kembali lagi untuk memberi pandangan saya untuk respond anda terhadap komen saya dan terhadap artikel anda ini.sekian.salam tahun baru semoga saudara terus aktif menyebarkan ajaran atau pun pendirian Katolik anda biar pun lewat medium bisu ini.

    Respon Pengarang: Apakah maksud ‘menyayangi’ dalam perintah Jesus itu? Adakah sekadar ‘berdamai’ di antara sesama tanpa menghiraukan kebenaran? Apakah ‘kebenaran’ itu jika ini merupakan amalan sdr/i? Jika benar pelayanan Jesus adalah sekadar ‘berdamai’ dengan dunia maka tidak perlulah Dia menyebarkan suatu agama benar yang datangnya dari Surga! Kerana agama Katolik berkisar pada KEBENARAN MUTLAK kerana kebenaran itulah yang membebaskan manusia daripada perangkap Iblis. Bukankah Iblis adalah bapa penipu? Adakah Iblis dan Syaitan juga ‘berhak’ wujud dan menyesatkan manusia tanpa menghiraukan perintah Tuhan Allah yang kudus?

    Jika kepercayaan, ajaran dan pegangan sdr/i Semang itu benar, maka sia-sialah usaha Jesus yang menyebabkan Dia dihukum mati dan banyak menyebabkan perpecahan dan kematian (matir).

  6. semang

    salam saudara,
    Apa khabar? semoga saudara seisi keluarga dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa diselimuti oleh berkat dan cinta kasih Tuhan yang Maha Esa.
    Untuk pengetahuan saudara,saya telah membaca artikel yang saudara katakan yang telah hadirkan krisis dalam gereja Katolik itu.Kesimpulan yang saya perolehi adalah:
    a)artikel ini biasa-biasa sahaja,maksud saya kenyataan para Uskup tadi.Bagi saya tidak ada pun kenyataan mereka yang secara nyata yang boleh menyesatkan iman umat Katolik kerana:
    b)mereka hanya menyatakan bahawa umat Islam adalah digalakkan/dibenarkan untuk dirikan masjid.Lainlah jika mereka menyatakan ‘umat Katolik digalakkan masuk Islam’mungkin saya akan setuju dengan saudara. Jadi janganlah saudara membuat satu kesimpulan hanya melalui persepsi peribadi saudara sahaja.Boleh jadi kenyataan mereka itu adalah untuk melahirkan sebuah komuniti eropah yang harmoni.Jadi kenapa pula saudara negatifkan kenyataan mereka?
    Dan dalam masa yang sama,saya sangat tertarik dengan kenyataan saudara antara lain berbunyi ‘adakah Yesus,Raja segala Raja akan membenarkan Masjid,Kuil,Tokong dan pelbagai agama palsu menyebarkan doktrin yang menolak Yesus sebagai Tuhan dan Raja. Pertanyaan saya adalah:
    a)saudara yakin bahawa selain agama Katolik semua agama yang lain itu adalah palsu?
    b)jika ya buktikan?
    Catholic news(Singapura)dalam buku mereka bertajuk ‘Life and Legacy Of Pope John Paul II’di muka surat 41-43 menerangkan bagaimana Pope John Paul II sangat menitik beratkan perhubungan yang harmoni dengan agama-agama lain. Jadi pertanyaan saya untuk saudara:
    a)bolehkah kita menuduh Pope John Paul II telah mencetuskan krisis gereja?
    b)bolehkah kita menuduh beliau(Pope)telah menyesatkan kita umat Katolik dengan tindakannya menganjurkan sesi dialog/perjumpaan dan melawat tempat suci agama-agama lain ini tadi?
    c)tidak bolehkah saudara melihat bahawa kenyataan 3 orang Uskup ini tadi adalah kesinambungan daripada Pope John Paul II?
    Dan respon saudara untuk komen saya bertarikh 9/1/09 dirujuk.
    Pertanyaan saya seterusnya untuk saudara adalah:
    a)apakah makna kedamaian dan kebenaran itu?
    b)dan bagaimana saudara sudah memenuhi maknanya dalam kehidupan saudara sebagai umat Katolik di bumi Malaysia ini?
    Untuk pengetahuan saudara,saya hanyalah seorang umat Katolik yang dibesarkan di pedalaman Sarawak yang mana daerah saya 80%penduduknya adalah penganut gereja SIB(Sidang Injil Borneo).Dari sekolah rendah hinggalah ke kehidupan awal 30an saya ini, saya(tentu juga saudara saudari Katolik saya yang lainnya)diasak dengan hebat sekali dari pelbagai sudut oleh SIB tetapi saya(kami)tetap berdiri teguh seteguh Batu Karang.Kami tidak ada Paderi dan memiliki hanya seorang Katekis tetapi kami tetap berjaya sebagai Katolik segala tarikh dan aktiviti penting gereja seperti Krismas,Karoling,Paska,1&2 November sentiasa kami laksanakan jika pun tidak penuh tradisi seperti mana jika paderi ada bersama.Untuk pengetahuan saudara bahawa saya telah mengambil 4 dari 7 sakramen gereja Katolik.Sekarang tinggal 2 sahaja lagi sakramen.Maaf bukan bermaksud saya hendak bangga diri kerana saya percaya bahawa saudara lagi hebat daripada saya tetapi kenyataan ini hanyalah untuk memberitahu anda bahawa kematian Jesus untuk saya adalah TIDAK SIA-SIA.Akhir kata:
    a)sebelum saudara menuduh 3 uskup itu tadi menyesatkan kita,ada baiknya saudara muhasabah diri,tidakkah mungkin saudara yang telah menyesatkan kita?(bukan untuk semua artikel yang saudara tulis)
    b)Biar pun mungkin kita berbeza pendapat tetapi saya percaya bahawa akhirnya kita masih mengimani Jesus yang sama dan Gereja Katolik yang sama.
    sekian.

    Respons Pengarang:
    Saya tidak dapat berbuat apa-apa lagi sekiranya umat Katolik sendiri menyokong penyebaran agama palsu di kalangan umat manusia terutama sekali di dalam komuniti Katolik. Saya tidak dapat memahami pegangan sdr/i Semang yang meragui agama Katolik sebagai agama yang benar dan yang disenangi Tuhan Allah. Tahukah sdr/i Semang bahawa agama Katolik diasaskan oleh Yesus Kristus sendiri atas autoriti daripada Tuhan Allah sedangkan agama-agama palsu lain diasaskan oleh manusia biasa atas autoriti manusia dan autoriti mereka ini tidaklah lebih besar daripada autoriti kita berdua.

    Daripada tulisan sdr/i Semang, saya berpendapat bahawa sdr/i mempercayai bahawa agama-agama lain juga ‘benar’ dan disenangi Allah. Ini merupakan satu kesilapan besar dalam pemikiran lojik manusia. Saya telah menulis artikel panjang lebar membahaskan isu ini: https://katolik.wordpress.com/2007/09/29/benarkah-hanya-ada-satu-agama-benar/.

    Sekiranya artikel ini tidak mencukupi, saya inginkan pengesahan/kepastian sama ada sdr/i Semang benar-benar mempercayai bahawa agama-agama lain juga ‘benar’. Seterusnya, kenapakah sdr/i Semang memilih agama Katolik? Adakah alasan sdr/i kerana Katolik adalah agama yang benar, atau sdr/i mempunyai alasan lain?

    Harus kita ingati bahawa Tuhan Allah yang benar tidak dapat ‘membohongi’ atau ‘menipu’ ataupun ‘ditipu’/’dibohongi’. Ketidakbolehan ini bukan bermakna bahawa Tuhan Allah memiliki kelemahan tetapi membawa maksud sebaliknya. Tuhan yang membohongi umatnya merupakan tuhan yang palsu kerana itu merupakan suatu ketidaksempurnaan. Sedangkan, Tuhan Allah yang benar adalah sempurna sepenuhnya. Lagipun, Jesus telak bersaksi dengan yakin bahawa Dia adalah Kebenaran.

    Kekebalan Paus ada hadnya. Seseorang Paus Katolik kebal dari segi iman dan moral sahaja dan apabila beliau bercakap atas kerusi St. Peter. Umat biasa tidak dibolehkan menghakimi Paus kecuali Paus lain (yang akan datang). Tahukah sdr/i bahawa Paus juga perlu menerima Sakramen Pengakuan seperti umat Katolik yang lain? Ini bermakna Paus juga boleh jatuh ke dalam dosa. Terpulang kepada sdr/i untuk membuat keputusan sama ada Paus Yohanes Paulus II telah melakukan kesalahan ‘heresy’ atau tidak. Tetapi kita tidak patut lupa bahawa ketaatan kita ialah kepada Tuhan Allah terlebih dahulu. Baharulah diikuti kepada Sri Paus.

    Bercakap tentang ecumenism, sila rujuk artikel saya: https://katolik.wordpress.com/2008/06/13/apakah-ecumenism/.

    Untuk artikel tentang ‘kebenaran’, sila rujuk artikel saya: https://katolik.wordpress.com/2008/08/14/apakah-kebenaran/.

    Kita mempunyai dua pilihan: Berdamai dengan Tuhan Allah atau Berdamai dengan Duniawi? Yang mana satukah pilihan sdr/i Semang?

    Misi saya dalam blog ini ialah untuk menyebarkan dan mempertahankan Kebenaran. Iman merujuk kepada kepatuhan kita kepada kebenaran yang telah diwahyukan oleh Allah kepada kita melalui Gereja. Kebenaran ini mutlak sifatnya dan diperturunkan tanpa berubah-ubah dari Gereja awal sehinggalah sekarang. Dahulunya disebarkan melalui mulut ke mulut (lisan) dan disampaikan kepada kita juga melalui Tradisi Suci dan Alkitab.

    Sdr/i Semang telah membuat pertuduhan serius bahawa saya menyesatkan umat Katolik. Berilah saya peluang untuk mempertahankan diri dengan menyatakan kesalahan saya dengan lebih spesifik. Mana satukah kenyataan saya yang menyesatkan atau yang bersifat heretical (menyimpang)?

  7. semang

    salam saudara,
    minta maaf saya belum dapat menjawap respon saudara itu dalam beberapa hari ini ada tugasan.Bila hendak keluarkan topik baru lagi?Semoga saudara terus tabah melayani Gereja Katolik biar pun lewat blog.Selamat berjuang.

  8. semang

    salam saudara,
    1.Tidak perlulah saudara meragui akan kesetiaan dan kecintaan saya terhadap gereja Roman Katolik biarlah sejarah hidup dan pekerjaan saya bercerita dan tidak perlulah saya berhujah(berdasarkan Perjanjian Lama) untuk membuktikan bahawa saya memang tahu Jesus Crist adalah pengasas gereja Kristian Katolik.
    2.nampaknya saudara belum berjaya memuaskan pertanyaan saya untuk pertanyaan saya yang berbunyi ‘a)saudara yakin bahawa selain agama Katolik semua agama yang lain itu adalah palsu?’ dan ‘bjika ya,buktikan’
    sehingga saudara berjaya membuktikan(berdasarkan fakta yang konkrit contohnya melalui petikan/ayat bible atau dokumen rasmi gereja)bahawa semua agama lain itu(selain Katolik)adalah palsu barulah saya akan bersetuju dengan saudara jadi sebelum saudara berjaya membuktikannya saudara janganlah menuduh saya dengan kata2 bahawa ‘sdr/i mempercayai bahawa agama-agama lain juga ‘benar’ dan disenangi Allah’.Untuk pengetahuan saudara saya telah membaca artikel yang saudara minta saya baca itu dan kesimpulan yang saya buat adalah:
    a)benarkah hanya ada satu agama
    menarik tetapi tidak ada fakta sokongan(cth bible)sehingga artikel itu seperti ‘tin kosong’
    b)Ecumenism?sama juga
    3.Untuk pertanyaan saya berkenaan dengan Pope John Paul II,nampaknya saudara samar2/tidak berani?untuk menyatakan pendirian saudara sebaliknya saudara meminta ‘terserah’saya bagaimana untuk menilai.Pertanyaan saya selanjutnya untuk saudara berkenaan dengan Pope adalah:
    a)betulkah umat tidak boleh menghakimi paus dan tolong buktikan?
    4)definisi saudara kepada kenyataan saudara sendiri:
    a)Berdamai dengan Tuhan Allah’
    b)Berdamai dengan duniawi
    5.Saya tidak dapat membaca semua artikel2 saudara(yang lepas2)kerana tugasan harian tetapi apa yang boleh saya katakan adalah ‘secara keseluruhannya artikel/idea2/pandangan2 saudara adalah baik,membuka minda dan menjana pemikiran tetapi ia tidak cukup ‘kuat’.
    sekian.Terima kasih.

  9. Jaikob

    Yesus telah memberikan satu kesempurnaan Kasih melalui kebebasan dalam “memilih”. Berlaku semasa “kontroversi awal” yang mana Lucifer sendiri berada dalam pilihannya sendiri untuk menjadi “penentang Tuhan”. Apa yang menjadi intipati ialah, Yesus tidak pernah memaksa “manusia”, tetapi dia menyediakan pelayanan penuh “kasih”. Dia pasti tidak memusnahkan “Masjid” mahupun “Tokong”, tetapi dimahu kita mengenaliNya dia lebih dekat, dan kita sendiri akan meninggalkan “Tradisi Keduaniawiaan” apabila kita memperolehi dan menuruti Roh Kudus. Ingatlah!! Yesus datang melalui kelahiran dan menjadi juruselamat kepada kita, namun jika kita menentang Roh kudus, maka tidak ada peluang bagi kita dekat kepadaNya, kerana hanya melalui Yesus kita memasuki kerajaan Sorga. Tidak seperti “Kuasa Roma” dahulu kala, yang sanggup membunuh, menyeksa jutaan umat Tuhan yang mendalami Alkitab (FirmanNya) yang kononnya ia dilakukan untuk menjaga “kebenaran”. Yesus tidak membunuh untuk mempromosikan “Kasih”. “Kebenaran Palsu” yang berdasarkan oleh Perintah Manusia dengan mempengaruhi Gereja, telah membutakan ramai umat manusia malah membuat orang tidak lagi mendalami alkitab, hanya cukup dengan “Tradisi Suci” yang diadunkan dengan duniawi, kini begitu berleluasa. Namun, kuasa memilih ditangan “individu”. Setiap jiwa ada kesempatan. Ingatlah, penggenapan telah berlaku apabila Perintah Manusia telah mengubah masa dan waktu, menyeksa umat Allah, serta “penguasanya” pula seperti domba namun ianya serigala.. Hal ini harus terjadi sepertimana Kitab Daniel dan Wahyu. Dalami Alkitab dari A to Z.. baru “umat manusia” menemui kebenaran.

    Respons:
    Aliran SDA tidak pernah didirikan oleh Tuhan Yesus dan tidak ada disebutkan dalam Alkitab, malah didirikan oleh manusia. Hukuman mati yang anda sebutkan itu adalah tindakan Kerajaan yang memerintah pada ketika itu seperti mana Kerajaan Malaysia mengenakan hukuman mati kepada pengedar dadah! Dalam Alkitab, Tuhan Allah juga ada mengenakan hukuman mati kepada manusia yang menolak-Nya. Adakah itu bermaksud Tuhan Allah tidak ada kasih? Anda belum memahami lagi konsep ‘Traidsi Suci’. Tradisi Suci adalah doktrin yang diperturunkan secara lisan kerana pada waktu dahulu Gereja dipertanggungjawabkan untuk mengajar melalui khutbah di Gereja, bukan melalui pembacaan Alkitab. Zaman dahulu kebanyakan umat tidak memiliki Alkitab. Lagipun, Tuhan Yesus tidak pernah mengajar supaya kita membaca Alkitab. Alkitab yang kita pakai sekarang tidak pernah ada sewaktu Yesus masih berada di Bumi.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: