Umat Biasa Memberkati

Saya terbaca blog daripada laman web Fr. Z.

Daripada seorang pembaca:

Saya berharap Father dapat memberi penerangan tentang suatu persoalan yang kerap membingungkan saya sejak saya memeluk agama Katolik. Setiap kali saya menerima Komuni, saya dapati salah seorang Pelayan Komuni akan mengangkat tangannya seolah-olah untuk memberkati anak kecil saya. Apakah yang sedang terjadi? Adakah ini dibenarkan?  Saya melihat amalan ini berleluasa di diosis saya tetapi saya mendapati sukar untuk mempercayai bahawa amalan ini dibenarkan.

Jawapan Fr. Z:

Soalan pertama yang harus ditanya adalah: adakah kita benar-benar memerlukan perkhidmatan Pelayan Komuni? (Saya rasa tidak)

Soalan kedua ialah adakah waktu menerima Komuni dianggap sesuai untuk menerima pemberkatan. (Saya rasa tidak)

Jadi, umat pelayan (lay person) tidak sepatutnya meniru perilaku seorang Paderi!

Sesiapapun boleh memohon kepada Allah untuk memberkati sesiapa sahaja. Setiap umat harus meminta Allah memberkati orang lain.

Tetapi umat pelayan tidak harus menampakkan perilaku yang meniru fungsi seseorang Paderi, dan memberi gambaran bahawa dia cuba memberkati dengan cara seperti yang dibuat oleh seorang Paderi.

Cara umat pelayan memohon berkat dan cara Paderi menurunkan berkat Allah adalah berbeza.

Umat pelayan diminta untuk tidak meniru tingkahlaku Paderi dalam hal ini.

Deo gratias.

Sumber: http://wdtprs.com/blog/2009/01/quaeritur-extraordinary-ministers-giving-blessings-at-communion/


  1. Mayjune

    Bagaimana pula dengan pemberkatan orang sakit, perempuan mengandung, sawah padi dan sebagainya bolehkah umat biasa selain drp Paderi memberkati semuanya ini? Sebenarnya siapakah yang layak memberi pemberkatan selain drp Paderi?

    Jawapan: Hanya Paderi yang diberi kuasa (autoriti) untuk membuat pemberkatan. Umat biasa tidak boleh mengambilalih fungsi Paderi.

  2. Mayjune

    Saya menjadi keliru dengan jawapan ini , jika sekiranya seorang itu memasuki rumah baru dan hanya memanggil seorang ketikis untuk membuat sambahayang sebagai memasuki rumah baru apakah itu hanya disebut sambahayang memasuki rumah baru atau pembarkatan rumah baru kerana saya melihat dia menggunakan air suci untuk meranjis ranjis diseganap kawasan rumah tersebut. Jadi bagaimanakah ini?

    Respons: Untuk mengelakkan kekeliruan, lebih baik Paderi sahaja yang membuat pemberkatan kerana hanya Paderi yang diberi kuasa / autoriti untuk menurunkan berkat dari Tuhan Allah kepada umat. Pemberkatan Katekis hanya merupakan pemberkatan umat biasa, sesiapa pun boleh melakukannya. Tetapi pemberkatan Paderi tidak sama dengan pemberkatan umat biasa.

  3. semang

    salam saudara,
    saya tertarik dengan kenyataan saudara yang berbunyi a)’Hanya Paderi yang diberi kuasa untuk membuat pemberkatan.Umat biasa tidak boleh mengambilalih fungsi Paderi dan b) Perberkatan Katekis hanya merupakan pemberkatan biasa,sesiapa pun boleh melakukannya.Tetapi pemberkatan Paderi tidak sama dengan pemberkatan umat biasa’.Adakah ini kenyataan rasmi gereja Katolik ataupun kenyataan peribadi saudara sahaja.Jika ia adalah kenyataan rasmi Gereja Katolik silalah berkongsi dengan saya sumbernya,maksudnya dokumen rasmi gereja yang menyatakan bahawa pemberkatan katekis dan pemberkatan paderi tidak sama.Dan jika ia adalah kenyataan peribadi saudara silalah juga berkongsi dengan saya.Ya sebagai panduan dan pendidikan untuk saya,seperti yang saya nyatakan untuk saudara(dalam diskusi kita untuk artikel ‘lagi krisis gereja’)bahawa daerah/paroki saya tidak ada paderi dan hanya ada seorang katekis sahaja.Kerana itu ada waktu-waktunya umat sangat bergantung kepada bukan sahaja kepada Katekis tetapi umat biasa untuk memimpin doa atau pun memberkati sesuatu acara/permintaan.Dalam bulan januari ini saya telah memimpin acara doa untuk sebuah keluarga yang anaknya mendapat 5A dalam PMR 2008(saya bersedia) dan baru semalam (12/1/2009)saya memimpin doa untuk seorang kawan saya yang baru meninggal dunia(saya tidak bersedia sebenarnya)memandangkan katekis tak dapat datang dan paderi tidak ada maka saya diminta oleh saudara mara mendiang untuk memberkatinya.Jadi berdasarkan kepada kenyataan saudara di atas tadi maka saya sangat sedih kerana individu yang saya doakan(anak yang mendapat 5A PMR dan mendiang kawan saya tadi khasnya)tidak mendapat berkat yang selayaknya kerana saya bukanlah paderi mahupun katekis.Jadi silalah berdiskusi dengan saya.
    sekian,terima kasih.

    Respons:
    Sesiapa pun boleh memberkati orang lain. Malah kita digalakkan saling memberkati. Tetapi pemberkatan oleh Paderi merupakan pemberkatan tahap tinggi dan hanya boleh dilakukan oleh Paderi kerana Paderi sudah menerima Sakremen Imamat. Paderi telah dikurniakan autoriti untuk menurunkan berkat Tuhan dari Surga. Berkat yang diterima (diberikan oleh Paderi) tidak sama dengan berkat yang diberikan oleh umat biasa. Ia juga boleh dianalogkan seperti Misa Kudus dan Doa Kebaktian (Tanpa Paderi). Tetapi kata orang: tiada rotan, akarpun berguna. Maka, dalam keadaan kita kekurangan paderi, maka pemberkatan boleh dilakukan oleh Katekis ataupun umat biasa yang lain. Tetapi, pemberkatan ini TIDAK SAMA dengan pemberkatan oleh Paderi. Yang menjadi isu di sini ialah tindakan Pelayan Komuni yang teringin sangat mengambil tempat Paderi dalam hal memberkati. Mereka mengangkat tangan seolah-olah meniru cara Paderi melakukan pemberkatan. Semoga jawapan ini telah menjawab persoalan sdr/i Semang.

  4. titi

    hai..saya sekarang sedang mengikuti kelas (RCIA )iaitu roman catholic inisiasi adult..tapi sedang mengandung 7 bulan..persoalan saya,,bolehkah saya belajar roman katolik ketika ini dan confirmation pada tahuan depan..sebab saya dari aglican bertukar ke roman katolik ikut suami saya.saya sudah dibaptiskan semasa dlm agama aglican.

    Respons:
    Saya tidak faham status anda. Saya andaikan anda sudah berkahwin, maka kehamilan itu tidak sepatutnya menjadi halangan. Setahu saya, saudara akan dibaptiskan sekali lagi dalam Gereja Katolik. Disarankan agar saudara bertanyakan hal ini kepada paderi bersama suami.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: