Lagi tentang agama benar

Saya telah menerima komen/pertanyaan daripada salah seorang pembaca blog ini dan berpendapat bahawa beberapa soalan yang dibangkitkan harus saya jawab dengan teliti agar kebenaran dapat diketengahkan tanpa ragu-ragu kepada semua umat Katolik. Respons saya dalam bentuk ‘bold’.

  1. Tidak perlulah saudara meragui akan kesetiaan dan kecintaan saya terhadap gereja Roman Katolik biarlah sejarah hidup dan pekerjaan saya bercerita dan tidak perlulah saya berhujah(berdasarkan Perjanjian Lama) untuk membuktikan bahawa saya memang tahu Jesus Crist adalah pengasas gereja Kristian Katolik.

    Pengarang: Jika begitu, maka saya tidak lagi perlu membuat andaian bahawa sdr/i sememangnya seorang umat Katolik yang taat. Walaubagaimanapun, saya bertanyakan soalan tentang ‘kesetiaan’ dan ‘kecintaan’ sdr/i akan Gereja Roman Katolik berdasarkan soalan yang sdr/i ajukan kepada saya iaitu soalan No. 2.

  2. nampaknya saudara belum berjaya memuaskan pertanyaan saya untuk pertanyaan saya yang berbunyi ‘a)saudara yakin bahawa selain agama Katolik semua agama yang lain itu adalah palsu?’ dan ‘bjika ya,buktikan’ sehingga saudara berjaya membuktikan(berdasarkan fakta yang konkrit contohnya melalui petikan/ayat bible atau dokumen rasmi gereja)bahawa semua agama lain itu(selain Katolik)adalah palsu barulah saya akan bersetuju dengan saudara jadi sebelum saudara berjaya membuktikannya saudara janganlah menuduh saya dengan kata2 bahawa ’sdr/i mempercayai bahawa agama-agama lain juga ‘benar’ dan disenangi Allah’.Untuk pengetahuan saudara saya telah membaca artikel yang saudara minta saya baca itu dan kesimpulan yang saya buat adalah: a. benarkah hanya ada satu agama menarik tetapi tidak ada fakta sokongan(cth bible)sehingga artikel itu seperti ‘tin kosong’ b. Ecumenism?sama juga

    Pengarang: Saya amat yakin (sehinggakan tidak ada cara lain untuk saya menolak) bahawa agama Katolik merupakan satu-satunya (dan tidak ada agama lain di dunia ini) adalah agama yang benar dan disenangi Tuhan Allah kerana agama Katolik diasaskan sendiri oleh Tuhan Yesus Kristus. Perlukah saya memberikan bukti lain (selain daripada jawapan tadi) kepada sdr/i bahawa agama Katolik adalah agama yang benar sedangkan sdr/i sendiri merupakan penganut Katolik yang amat taat? Bukankah kita berada di sisi yang sama? Kenapa sdr/i tidak dapat menerima kenyataan benar bahawa agama Katolik diasaskan oleh Tuhan Allah, Pencipta Surga dan Bumi sebagai bukti yang paling kukuh?

    Seterusnya, jika agama A adalah benar, maka agama-agama lain adalah palsu. Ini merupakan kaedah pemikiran lojik. Untuk memperhalusi pernyataan saya, saya terpaksa bertanyakan soalan kepada sdr/i: Apakah ‘agama’? Apakah pemahaman atau definisi sdr/i tentang ‘agama’? Untuk itu, saya sarankan kepada sdr/i untuk membaca artikel ‘Benarkah hanya ada satu agama benar?’ sekali lagi.

    Jika sdr/i masih tidak bersetuju, saya anjurkan agar sdr/i membuktikan bahawa selain agama Katolik, agama-agama lain adalah ‘benar’. Dengan kata lain, buktikan bahawa semua agama benar. Atau, selain agama Katolik, nyatakan agama apakah yang dikatakan ‘benar’ mengikut kepercayaan sdr/i dan nyatakan buktinya. Jika tidak keberatan, sila beri rujukan sokongan seperti Alkitab, dokumen rasmi Gereja dsbnya.

    Dengan yakin sdr/i memberi penghakiman bahawa artikel ‘Benarkah hanya ada satu agama benar?’ dan Ecumenism hanyalah sekadar ‘menarik’ sahaja tetapi seperti ‘tin kosong’. Saya tidak dapat menyelami maksud sdr/i sejelas-jelasnya. Soalan saya: apakah yang menarik tentang artikel itu? Kenapa? Dan penyataan mana satukah dalam artikel itu yang dikatakan sebagai ‘tin kosong’.

    Apakah pengertian yang ‘benar’ tentang istilah ‘Ecumenism’ mengikut kepercayaan sdr/i? Adakah sdr/i juga menolak dengan terang-terang dua dokumen rasmi Gereja iaitu perintah Paus Piux XI (Mortalis Animos) dan Paus Pius XII (Humani Generis). Jawapan sdr/i yang spesifik akan membolehkan saya memberi respons yang juga spesifik supaya kita tidak hanya berbual-bual kosong.

  3. Untuk pertanyaan saya berkenaan dengan Pope John Paul II,nampaknya saudara samar2/tidak berani?untuk menyatakan pendirian saudara sebaliknya saudara meminta ‘terserah’saya bagaimana untuk menilai.Pertanyaan saya selanjutnya untuk saudara berkenaan dengan Pope adalah: a. betulkah umat tidak boleh menghakimi paus dan tolong buktikan?

    Pengarang: Seperti yang saya katakan, hanya Paus akan datang yang berkuasa untuk menghakimi Paus sebelumnya. Oleh kerana Paus juga boleh jatuh ke dalam dosa, maka kita harus berhati-hati dengan tingkahlaku peribadi Paus. Maaf kerana bukti ini dalam Bahasa Inggeris:
    • Pope Saint Damasus I: The Chief See is judged by no one.
    • Pope Saint Sylvester I: The Judge can never be judged. (DZ 330)
    • Pope Saint Boniface I: Our judgment is not to be reviewed, for it has never been permitted to go over anything once it has been decided by the Apostolic See. (DZ 110 Retro Majoribus Tuis)
    • Pope Boniface VIII: Therefore if the earthly power err, it shall be judged by the spiritual power; but if the lesser spiritual power err, by the greater. But if the greatest, it can be judged by God alone, not by man, the Apostle bearing witness. A spiritual man judges all things, but he himself is judged by no one
    • Pope Saint Leo IX (DZ 352), September 2, 1053: By passing a preceding judgment on the great See, concerning which it is not permitted any man to pass judgment, you have received anathema from all the Fathers of all the venerable Councils….
    • Pope Saint Boniface I (DZ 120), March 11, 422: To the Synod (of Corinth) … we have directed such writings that all the brethren may know … that there must be no withdrawal from our judgment. For it has never been allowed that that be discussed again which has been once decided by the Apostolic See.
    • Pope Saint Zozimus (DZ 109), March 21, 418: Although the traditions of the Fathers has attributed such great authority to the Apostolic See that no one would dare to disagree wholly with its judgment, and it has always preserved this by canons and rules, and current ecclesiastical discipline up to this time by its laws pars the reverence which is due to the name of PETER, from whom it has itself descended … ; since therefore PETER the head is of such great authority and he has confirmed the subsequent endeavors of all our ancestors, so that the Roman Church is fortified … by human as well as by divine laws, and it does not escape you that we rule its place and also hold power of the name itself, nevertheless you know, dearest brethren, and as priests you ought to know, although we have such great authority that no one can dare to retract from our decision, yet we have done nothing which he have not done voluntarily referred to your notice by letters. … not because we did not know what ought to be done, or would do anything which by going against the advantage of the Church, would be displeasing …
    • Pope Eugene IV: Where I am, there is all Christendom.
    • Pope Saint Clement: Accept Our counsel and you shall have nothing to regret. But should anyone disobey what has been said through Us by Christ, let them understand that they will entangle themselves in great danger.
    • Pope Leo XIII (Satis Cognitum): Can the Apostolic College be said to have been above its master in authority? This power over the Episcopal College to which we refer, and which is clearly set forth in Holy Writ, has ever been acknowledged and attested by the Church, as is clear from the teaching of General Councils. “We read that the Roman Pontiff has pronounced judgments on the prelates of all the churches; we do not read that anybody has pronounced sentence on him” (Hadrianus ii., in Allocutione iii., ad Synodum Romanum an. 869, Cf. Actionem vii., Conc. Constantinopolitani iv). The reason for which is stated thus: “there is no authority greater than that of the Apostolic See” (Nicholaus in Epist. lxxxvi. ad Michael. Imperat.) wherefore Gelasius on the decrees of Councils says: “That which the First See has not approved of cannot stand; but what it has thought well to decree has been received by the whole Church” (Epist. xxvi., ad Episcopos Dardaniae, n. 5).
    • Vatican Council Session 4 (DZ 1830): And since the Roman Pontiff is at the head of the universal Church by the divine right of apostolic primacy, We teach and declare also that he is the supreme judge of the faithful, and that in all cases pertaining to ecclesiastical examination recourse can be had to his judgment; moreover, that the judgment of the Apostolic See, whose authority is not surpassed, is to be disclaimed by no one, nor is anyone permitted to pass judgment on its judgment. Therefore, they stray from the straight path of truth who affirm that it is permitted to appeal from the judgments of the Roman Pontiffs to an ecumenical Council, as to an authority higher than the higher than the Roman Pontiff.

  4. definisi saudara kepada kenyataan saudara sendiri: a. a)Berdamai dengan Tuhan Allah b. b)Berdamai dengan duniawi

    Pengarang: Soalan ini amat mudah untuk difahami tetapi sukar untuk sdr/i memberi jawapan. Kenapa agaknya? Jawapan yang benar ialah: Berdamai dengan Tuhan Allah.

  5. Saya tidak dapat membaca semua artikel2 saudara(yang lepas2)kerana tugasan harian tetapi apa yang boleh saya katakan adalah ’secara keseluruhannya artikel/idea2/pandangan2 saudara adalah baik,membuka minda dan menjana pemikiran tetapi ia tidak cukup ‘kuat’. sekian.Terima kasih.

    Pengarang: Terima kasih tetapi sekali lagi saya tekankan di sini bahawa artikel yang tuliskan dalam blog ini bukan idea atau pandangan peribadi/individu tetapi merupakan ajaran, doktrin dan dogma Katolik. Jika ada idea/pandangan yang bersifat ‘heretical’, sila maklumkan kepada saya secara spesifik untuk dibuat pembetulan. Saya akur sepenuh hati kepada semua ajaran, doktrin dan dogma Katolik seperti yang terkandung dalam Tradisi Suci dan Alkitab.

Deo gratias.


  1. semang

    Selamat Pagi saudara,
    Terima kasih di atas komen balas/penerangan saudara untuk pertanyaan2 saya itu.Saya berpuas hati tetapi ingin saya menarik perhatian saudara bahawa saya hanya inginkan penjelasan daripada saudara mengenai kenyataan saudara berkenaaan dengan kenyataan saudara sendiri yang berbunyi ‘Adakah Yesus Raja segala Raja akan membenarkan masjid,kuil,tokong dan pelbagai agama palsu yang menyebarkan doktrin yang menolak Yesus sebagai Tuhan dan Raja’jadi apa yang saya minta adalah buktinya sahaja. Jadi apabila saya bertanya begini itu bukanlah bermakna bahawa saya tidak tahu dan tidak percaya bahawa Katolik adalah agama yang benar,Saya sangat Yakin Iman saya sangat Yakin bahawa Katolik adalah satu2nya agama yang benar dan betul2 diwahyukan oleh Tuhan dan bukan juga bermakna bahawa saya tidak setuju dengan saudara.Sekali lagi saya ulang,saya hanya ingin jawapan yang mempunyai fakta(daripada bible atau pun dokumen rasmi gereja)yang menyokong kenyataan saudara itu.Sekali lagi saya ulang kenyataan saudara itu ‘Adakah Yesus,Raja Segala Raja,akan membenarkan masjid,kuil,tokong dan pelbagai agama palsu yang menyebarkan doktrin yang menolak Yesus sebagai Tuhan dan Raja’.Jadi saya minta agar saudara sempitkan skop diskusi kita ini hanya berkenaan tajuk utama saudara iaitu ‘Lagi Krisis Gereja’.Boleh?.

  2. Jika begitu apakah soalan sdr/i Semang seterusnya? Atau apakah yang tidak betul tentang pernyataan (atau pertanyaan): Adakah Yesus Raja segala Raja akan membenarkan masjid, kuil, tokong dan pelbagai agama palsu yang menyebarkan doktrin yang menolak Yesus sebagai Tuhan dan Raja? Perlukah soalan diberikan bukti? Bukankah Hukum Pertama sudah mencukupi untuk menyelesaikan isu ini: I am the Lord, thy God. Thou shalt not have strange gods before me.

  3. semang

    Selamat Pagi,
    Ya,kenyataan/hujah yang memerlukan bukti yang begitulah yang perlu.
    1.Saudara mesti bersedia untuk maklum mungkin bukan semua pengungjung blog anda akan terus bersetuju dengan artikel atau pendapat anda bila pertama,kedua atau seterusnya membaca mereka memerlukan penjelasan lanjut dan lanjut.
    2.Sebagaimana saudara sentiasa sahaja ada hujah untuk setiap komen pengunjung blog anda begitu jugalah hendaknya saudara mesti bersedia jika ada individu yang sentiasa mempertikaikan hujah anda.Untuk itu tolong sediakan fakta dan fakta sokongan yang konkrit.
    3.Dan perlukah setiap komen, saudara mesti berhujah balik?
    sekian.

    Pengarang:
    Tujuan blog ini ialah untuk menegakkan kebenaran seperti yang diajar oleh Gereja. Jika kenyataan yang dipaparkan merupakan ajaran, doktrin dan dogma Gereja, maka sebagai seorang umat Katolik, ajaran-ajaran itu harus diterima dengan penuh iman kecualilah jika terbukti Pengarang merupakan seorang ‘heretic’. Oleh itu, blog ini juga bersifat ‘mengajar’ dan bukannya sekadar berhujah untuk mencari kemenangan atau untuk mencari ‘publisiti murahan’.

    Jika hendak berhujah (atau berdebat) pun ada beberapa peraturan berhujah yang harus dipatuhi. Jika tidak blog ini akan akan menjadi ‘kedai kopi’ – omong-omong kosong sahaja. Jika Pengarang berusaha mempertahankan kebenaran ajaran, doktrin dan dogma Katolik, perlulah sdr/i Semang memerlukan bukti? Atau sebenarnya sdr/i Semang mencari kefahaman yang lebih mendalam tentang Iman Katolik yang suci? Jika itu sebabnya, maka terimalah ajaran yang disampaikan dengan kerendahan hati.

    Jika komen itu mengandungi salah faham, kesilapan atau ajaran ‘heresy’, maka saya harus perbetulkan kerana itu merupakan kewajiban umat Katolik yang mencintai Kebenaran. [Atas sebab Jesus adalah Kebenaran]. Berdiam diri bermakna bersekongkong dengan Bapa Dusta si Iblis.

    Teruskan memberi komen yang membina kerana setiap komen akan dibaca dan diulas. Deo gratias.

  4. semang

    salam saudara,
    panggil saja saudara kerana saya lelaki.Apabila saya memerlukan bukti untuk pertanyaan saya bukanlah bermakna saya seorang Katolik yang sombong atau pun meninggi diri cuma saya adalah seorang individu yang suka bertanya dan bersoal jawap atas prinsip menambahkan pengetahuan dan akhirnya tahu apa yang saya tidak tahu.Mungkin juga saya berfikiran liberal tetapi keimanan saya hanyalah kepada Katolik.’Saya lahir sebagai Katolik saya mati pun sebagai Katolik’ itu adalah prinsip atau pegangan saya.

  5. Ramai di kalangan kita yang telah kehilangan kefahaman tentang IMAN. Ada yang percaya secara ‘buta-tuli’ iaitu memahami makna IMAN sebagai kepercayaan ke atas sesuatu tanpa bukti. Dan ada juga mereka yang inginkan bukti sebelum mempercayai sesuatu (ajaran, doktrin atau dogma).
    Sebenarnya, IMAN ialah penerimaan sepenuh hati akan wahyu (ajaran, doktrin dan dogma) daripada Tuhan Allah seperti yang diajar oleh Gereja. Ini bermaksud bahawa Gereja telah menerima autoriti (kuasa) daripada Tuhan Allah untuk menyampaikan kebenaran (dalam bentuk ajaran, doktrin dan dogma) kepada umat manusia (bukan di kalangan umat Katolik sahaja tetapi semua orang). Tuhan Allah yang maha sempurna tidak bisa untuk berdusta atau berbohong kepada manusia dan Dia sendiri tidak bisa dibohongi.
    Bercakap tentang istilah ‘liberal’, apakah maksud saudara? Dari kamus, liberal diertikan sebagai pemikiran yang inginkan reformasi atau perubahan atau kemajuan atas sebab-sebab yang tertentu (barangkali tidak diketahui). Setahu saya hanya ada umat Katolik yang 100% menerima ajaran, doktrin dan dogma Katolik. Mereka yang menolak mahupun menentang walau satu ajaran Gereja pun tidak lagi bisa dipanggil sebagai umat Katolik.

  6. semang

    Salam saudara,
    1. adakah saudara hendak mencadangkan bahawa saya seorang Katolik yang menolak ajaran,doktrin dan dogma Katolik?
    2.Mengikut Kamus Oxford Fajar(2000)pada muka surat 1059 salah satu makna Liberal adalah:tolerant and open-minded;free from prejudice:bertoleransi dan luas fikiran;bebas dari pransangka.Jadi sila nyatakan sumber kamus saudara.
    3.Dan adakah saudara cuba mempertikaikan akan IMAN KATOLIK saya?

    sekian.

  7. Hanya isu yang berkaitan ajaran, doktrin dan dogma Katolik sahaja yang akan dibincangkan dalam blog ini. Pembaca diminta membuat keputusan tentang pendirian masing-masing.

    Apakah pendirian umat Katolik yang berfikiran ‘liberal’ tentang ajaran, doktrin dan dogma Katolik?

  8. semang

    saudara tidak menjawap pertanyaan saya.Terima kasih.

  9. Jawapan sdr sudah terjawab dalam posting terdahulu. Sebagai seorang umat Katolik yang ‘liberal’, saya ingin bertanya dan berharap mendapat jawapan terperinci daripada sdr:

    Apakah pendirian umat Katolik yang berfikiran ‘liberal’ tentang ajaran, doktrin dan dogma Katolik?

  10. semang

    ya begitulah kehidupan saudara.
    Saya seorang penganut Katolik yang liberal tetapi iman saya tidaklah liberal.Agak susah saudara hendak mengertikan?dan tentu saudara akan mempertikaikannya.tetapi tidak perlulah saudara hendak mempertikaikan saya kerana saya adalah saya saudara adalah saudara kerana matinya saya nanti samada saya ke Syurga,Nereka atau pun api penyuci itu adalah urusan saya dengan Tuhan tidak ada kena mengenanya dengan saudara.
    Saya hidup di bumi Malaysia yang penuh dengan ragam bangsa dan agama jadi salahkah saya jadi seorang katolik yang liberal?kan salah satu makna liberal adalah kita bertoleransi dengan sesama manusia? toleransi pula bermaksud kesediaan atau kebolehan menerima.Dan saudara jangan salah faham bahawa liberal/toleransi saya ada batas dan hadnya jadi tidak perlu saya bagitau saudara pendirian saya terhadap ajaran,doktrin dan dogma Katolik.(saya seorang Katolik yang berpendirian)
    Adakah saudara hendak menghakimi saya? Adakah saudara hendak bagitau bahawa prinsip hidup saya yang liberal adalah salah?
    saya sudah membaca artikel Katolik ‘liberal’ saudara kesimpulan yang saya buat adalah:
    a)ia tidak membawa apa2 erti untuk saya
    b)itulah susahnya seorang manusia apabila berasakan dirinya sudah bijak pandai dalam segala hal sehingga dia tidak sedar ada waktu-waktunya dia ‘terperangkap dalam minda sendiri’.

  11. Apakah pendirian umat Katolik yang berfikiran ‘liberal’ tentang ajaran, doktrin dan dogma Katolik? Saya hanya ingin bertanya, dan bukannya menghakimi. Soalan ini berbentuk umum kerana saya tidak merujuk kepada saudara tetapi kebetulan saudara sendiri mengaku seorang umat Katolik yang liberal. Ada banyak lagi umat Katolik lain yang memegang pemikiran sedemikian. Saya ingin mengetahui isi fikiran mereka yang berpegang kepada fahaman ‘liberalism’.

    Sejauhmanakah seseorang umat Katolik yang ‘liberal’ akan ‘bertoleransi’ dengan umat yang bukan Katolik? Saya bertanyakan soalan ini untuk melihat sejauh manakah seseorang umat Katolik akan mempertahankan kebenaran iman Katolik. Kerana umat Katolik yang ‘liberal’ kelihatan tidak menyenangi dengan kenyataan bahawa: Agama Katolik adalah hanya satu-satunya agama yang benar. [Saya bukan bercakap tentang saudara atau pegangan fahaman saudara].

    Apakah maksud ‘terperangkap dalam minda sendiri’? Adakah saudara telah menyedari bahawa selama ini saudara sebenarnya sentiasa ‘terperangkap dalam minda sendiri’ kerana hujung pangkalnya kehidupan seseorang umat Katolik adalah berkisar rapat pada ajaran, doktrin dan dogma Katolik?

    Sebagai seorang pemikir ‘liberal’, adakah kita sedia menerima ‘kepalsuan’ sebagai sebahagian ‘kebenaran’? Adakah kerana berfikiran ‘liberal’, maka kita bersetuju supaya negara-negara Kristian membenarkan agama palsu lain disebarkan tanpa sebarang kawalan atau halangan? Adakah kerana atas sikap kita yang liberal, kita membenarkan umat Katolik wanita menghadiri Misa Kudus dengan berpakaian sempit, terdedah, memakai seluar atau jeans, menampakkan rambutnya, membenarkan doa kebaktian Protestan diadakan di Gereja Katolik, membenarkan pemidato Protestan berucap atau menyampaikan homili di dalam Gereja kepada umat Katolik dan sebagainya? Sejauh manakah ‘toleransi’ yang saudara maksudkan?

    Adakah Yesus semasa Dia masih hidup ‘bertoleransi’ dengan orang yang tidak percaya kepada-Nya dengan mengatakan bahawa mereka juga boleh selamat [jiwa mereka] walaupun menolak-Nya dengan nyata? Atau Yesus berkata dengan penuh autoriti dan ketegasan bahawa: Akulah Kebenaran.

    Saya masih tidak dapat memahami pegangan umat Katolik yang ‘liberal’ apabila bercakap tentang kebenaran dan keselamatan jiwa manusia? Bolehkah saudara menerangkannya lebih lanjut tanpa melanggar mana-mana ajaran, doktrin dan dogma Katolik?

  12. semang

    1. Seperti yang saya katakan bahawa saudara tidak perlu mempertikaikan iman dan tidak perlu memahami orang liberal macam saya.
    2. Di atas pertanyaan2 saudara pada perenggan ke 4,jadi apa yang saudara sudah lakukan?sudahkah saudara sebarkan ke seluruh gereja Katolik di Malaysia bahawa wanita tidak boleh berpakaian sempit bila menghadiri Misa?contohnya? sudah?
    sekian.

  13. semang

    dan untuk pertanyaan saudara yang berbunyi ‘sejauh manakah umat Katolik yang liberal akan bertoleransi dengan umat bukan Katolik.Bolehkah saudara nyatakan contoh peristiwa nyata untuk saya?Terima kasih.

  14. Sdr Semang,
    1. Tiada siapa yang mempertikaikan iman saudara kerana keimanan saudara tidak menjadi isu di sini.
    2. Saudara banyak mengeluarkan kenyataan, jadi ada baiknya jika saudara dapat berkongsikan pemikiran liberal saudara kepada semua. Itupun jika sudi.
    3. Para uskup dan paderi cukup tahu apa yang berlaku dan apa yang harus dilakukan. Namun siapalah saya yang mahu mengajar itik berenang! Kemungkinan mereka juga berfikiran liberal seperti saudara.
    4. Kerapkali saudara Semang mengatakan saya ekstrem atau konservatif; seolah-olah saya umat yang tidak bertoleransi [walaupun saya tidak faham kenapa saudara Semang melabelkan saya demikian]. Jadi, bagaimana sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang umat Katolik yang baik (atau liberal)? Apakah maksud ‘bertoleransi’ dengan umat lain yang bukan Katolik?

    [Sekiranya saudara mendapati soalan-soalan ini sukar dijawab atau enggan dijawab, biarkannya sahaja soalan-soalan ini tidak dijawab].

  15. semang

    Salam saudara,
    Apa Khabar?Semoga saudara sihat sejahtera disamping keluarga.Saya akan menjawap pertanyaan no 2 saudara.Waktu sahaja masih kanak2 dan awal remaja saya melihat bagaimana pakcik saya dan keluarganya sangat bersungguh2 menyebarkan ajaran SIB mereka di daerah saya,peliknya mereka tidak pernah pun hendak bersaksi dalam keluarga sendiri(kami).Dan bila dewasa barulah pakcik saya berkempen secara halus agar kami fikirkan semula iman Katolik kami(dia berhasrat agar kami ikut dia masuk SIB)dan melalui cerita kawan2(SIB) yang pernah menjadi anak didik pakcik saya mereka bagitau bagaimana pakcik saya ini menyuburkan dalam pemikiran mereka bahawa tidak ada satu pun yang bagus berkenaan dengan Katolik antara lain Father(RC)minum araklah,waktu sembahyang(Misa)kita lamalah,RC sembah Bonda Maria,kenapa RC ngaku dosa dengan Father dan yang paling serius adalah bila dia mengatakan bahawa RC adalah Kristian sesat/palsu.saya hanya tersenyum dalam masa yang sama saya ambil serius akan kata2 itu lalu saya pun minta ruang untuk saya berhujah dengan kawan saya itu dan saya pun berhujah(tidak perlulah saya bagitau panjang lebar akan hujah2 saya)cukuplah saya minta kawan saya itu fikirkan satu perkara iaitu ‘jika benar RC adalah Kristian sesat/palsu(seperti yang pakcik saya katakan)maka yang sesat/palsu adalah Jesus kerana Jesusnya punca RC/Kristian.Masalahnya bible mengatakan bahawa St Peter dan kawan2nya adalah penerus ajaran Jesus dan SIB sendiri percaya akan Jesus? jadi sesat/palsukah RC?’Saya tidak minta kawan saya berhujah balik cuma terpulang kepada dia untuk menganalisis akan kata2 saya itu.
    Untuk pengetahuan saudara bahawa saya pernah mengikut aktiviti2 gereja SIB bahawa saya mesti akui gereja SIB pun menarik dan ada daya tarikan tersendiri.Tetapi saya tetap juga Katolik.
    Dan kepada pakcik saya itu(lewat 2005)saya telah pertahankan dan jelaskan Iman Katolik daripada serangan2nya pada tahun 80an itu dan seperti biasa saya tidak pernah meminta agar mana2 individu yang berdiskusi dengan saya itu mesti bersetuju dengan saya,kerana bagi saya yang penting adalah ‘saya sudah menyatakan pendirian dan kecintaan saya terhadap Katolik.Saya lahir sebagai Katolik saya mati pun mesti sebagai Katolik’.Kerana bagi saya suasana hidup beragama ini adalah seperti ini. Masing2 akan beritahu bahawa agama mereka adalah agama benar(samalah seperti kita RC bagitau agama kita adalah benar dan memang pun benar)tidak terkecualilah saudara2 protestant kita dan saya andaikan samalah seperti jenama Nike akan berkempen akan segala kebaikan/kualiti barangan Nikenya bila kita masuk ke Rumah Nike begitulah bila kita pergi ke Rumah Adidas mahupun Line 7.Saya pernah ke kedai yang hanya menjual jenama PUMA bila saya tanya apa kelebihan PUMA berbanding Line 7 dengan senang dan bersemangat beliau berkata2 tetapi bila saya tanya apa kelebihan Line 7 dan Adidas berbanding PUMA dia hanya tersenyum.Jadi semestinyalah Islam,Protestant akan bagitau agama mereka benarkan?samalah seperti saudara dan saya akan mempertahankan RC(biarpun dalam nada yang berbeza)
    Jadi begitulah saya dan kehidupan Katolik saya.Hidup ini Indah.

  16. Kepada saudara Semang, saya harap kamu sudi membaca penjelasan saya (ringkas saja ni). Sebenarnya, apa yang dijelaskan oleh author blog ini adalah apa yang dikatakan Iman Katolik. Definasi Iman Katolik yang sebenar-benarnya adalah seperti yng didefinasikan sebelum Vatikan Konsili II. Selepas Konsili II, iaitu sejak 1969, semuanya telah diubah…Saudara Semang kena buat ‘research’ sendiri sebab ini sejarah gereja yang benar dan agak rumit kerana tidak semua Katolik dapat menerimanya. Perlu juga kuatkan hati dan jiwa kerana dalam Vatikan/ Rom pun banyak politik hebat…Selamat sejahtera dan salam damai.

  17. Diga

    Saya tertarik akan diskusi saudara dalam ruang ini..
    Respons saya tentang pokok persoalan kehidupan orang Kristen (tidak kira apa agama, denominasi atau apa doktrin atau dogma dsb…) yg dia anut (kerana keturunan atau iman warisan)adalah iman percayanya terhadap KARYA PENYELAMATAN/PENEBUSAN MELALUI KEMATIAN TUHAN YESUS DI KAYU SALIB. Tuhan bukan beragama RC, SIB, Anglkn, Methodis, SDa DSB….Yesus tidak pernah menubuhkan gerejapun…gelaran “Kristen” saja pun diguna oleh masyarakat di Anthokia untukmenggelar kumpulan ‘pengikut Kristus’ masa itu….
    YANG TERPENTING BUKAN AGAMA…AGAMA HANYALAH SALURAN PENYEMBAHAN KEPADA ALLAH YG MAHA TINGGI..
    TETAPI “SAMA ADA SESEORANG ITU SUDAH MENERIMA/MENGUNDANG YESUS MASUK KEDALAM HATIO/HIDUPNYA MENJADI JURUSELAMAT DENGAN MULUT SENDIRI ATAU BELUM LAGI”…SOAL KESELAMATAN KEKAL TIDAK BOLEH MAIN WAKIL-WAKIL…ORANG LAIN YANG MENERIMA/MENGUNDANG YESUS MENJADI JURUSELAMAT KEPADA ORANG LAIN!!! INI KEKELIRUAN…INI BUKAN ‘IMAN’ TETAPI ‘IMAN WAKILAN’ SAJA….
    PADA MASA PENGHAKIMAN NANTI…MASING2 KITA AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA SAJA YG KITA LAKUKAN SELAM HIDUP DI MUKA BUMI INI…
    KITA TIDAK DITANYA “APA AGAMAMU?” ATAU MACAM2…
    KITA HARUS KEMBALI DAN MENGAMALKAN AJARAN ALKITAB!!
    DI LUAR ALKITAB..SEMUANYA TIDAK SEMPURNA!!
    GOD BLESS US!!

    • Jika saudara Diga berpendapat (dengan penuh yakin) bahawa perbezaan agama/denominasi/doktrin/dogma tidak penting, kenapa tidak semua umat Protestan kembali kepada Gereja Roman Katolik? Tidak benar kalau mengatakan bahawa Yesus tidak mendirikan Gereja-Nya. Yesus telah mendirikan Gereja-Nya yang sekarang ini dikenali sebagai Gereja Roman Katolik. Baca sahaja sejarah Dunia tentang agama Kristian dan dalam Alkitab tercatat dengan jelas bahawa:

      And I say to thee: That thou art Peter; and upon this rock I will build my church, and the gates of hell shall not prevail against it. [19] And I will give to thee the keys of the kingdom of heaven. And whatsoever thou shalt bind upon earth, it shall be bound also in heaven: and whatsoever thou shalt loose upon earth, it shall be loosed also in heaven. [Mat 16:18-19] [http://www.drbo.org/chapter/47016.htm]

      Di manakah lokasi ‘my church’ yang disabdakan sendiri oleh Yesus dalam Mat 16:18? Tidakkah saudara Diga sedar bahawa gereja Protestant seperti SIB, Anglican, SIB, Methodis, SDA dan sebagainya wujud atas ciptaan manusia dan mereka menentang sekeras-kerasnya Gereja Kristus (my church) iaitu Gereja Roman Katolik? Adakah saudara Diga berpura-pura buta dalam hal ini?

      Jika ‘agama’ itu tidak penting, dari manakah saudara Diga memperolehi iman yang benar? Bagaimana saudara Diga boleh mengetahui pemikiran Tuhan Allah, bahawa Yesus tidak akan bertanya: Apakah agamamu? Adakah saudara Diga menolak Gereja? Adkah saudara Diga seorang Protestan atau Katolik?

  18. Abrenna

    Sy jg hairan mngapa semakin byk kprcyaan yg bercanggah dgn ajaran kristian katolik skrg ini spt sda,gyb dll…

    • Pokoknya, hanya ada satu agama benar dan satu Gereja yang benar iaitu Gereja Roman Katolik yang diasaskan oleh Tuhan Yesus Kristus sendiri.

  19. alvinojac@yahoo.co.uk

    MANA AYAT DALAM ALKITAB YANG MENGATAKAN NAMA GEREJA ITU IALAH ROMAN KATOLIK?NAMA GEREJA SEHARUSNYA NAMA YESUS.YESUS SEBAGAI GEMBALA.YESUS SEBAGAI TUBUH ORANG KRISTIAN.GEREJA YANG MENGGUNAKAN NAMANYA ADALAH GEREJA YANG BENAR.GEREJA YESUS SEJATI(INDONESIA)/GEREJA YESUS BENAR(MALAYSIA).AJARAN GEREJA YESUS SEJATI/BENAR INI SEMUA IKUT 100% AJARAN DALAM ALKITAB.

    • Aliran GYB didirikan oleh siapa? Pada tahun berapa? Di mana?

      Jawapan: Diasaskan pada tahun 1917 di Beijing, China, penganut-penganut awal yang bertanggungjawab kepada penubuhan gereja ini adalah Paulus Wei, Chang Lin Shen, dan Barnabas Chang.

      Itu bermakna, GYB tidak wujud semasa Yesus masih hidup di bumi. GYB adalah ciptaan manusia, dan bukannya datang dari Allah.

      Katolik bermakna umum atau ‘whole’.

      Acts Of Apostles 5:11
      And there came great fear upon the whole church, and upon all that heard these things.

      Acts Of Apostles 15:22
      Then it pleased the apostles and ancients, with the whole church, to choose men of their own company, and to send to Antioch, with Paul and Barnabas, namely, Judas, who was surnamed Barsabas, and Silas, chief men among the brethren.

      Romans 16:23
      Caius, my host, and the whole church, saluteth you. Erastus, the treasurer of the city, saluteth you, and Quartus, a brother.

      1 Corinthians 14:23
      If therefore the whole church come together into one place, and all speak with tongues, and there come in unlearned persons or infidels, will they not say that you are mad?

  20. holy

    pokok pangkal kepada persoalan agama kristian ini adalah kepercayaan kepada alkitab yang benar….hari sabat adalah hari Tuhan!….peliharakan kan lah hari sabat sebagai mana yang terkandung dalam aliktab…itulah kebenarannya…..(imamat 19:30)….sunday bermaksud hari pertama….so sabat ialah saturday…hari utk Tuhan

    Respons: Sabat bermaksud ‘rehat’, bukannya ‘Sabtu’. Dalam PL, Sabat juga dirayakan pada hari pertama dan kelapan. Tidak ada ajaran dalam Alkitab yang menyokong doktrin ‘sola scriptura’ yang diperkenalkan buat pertama kalinya oleh Luther. Tuhan Yesus tidak pernah mengajar sesiapa supaya membaca Alkitab untuk mencari kebenaran. Gereja SDA adalah ciptaan William Miller dan Ellen G White.

  21. Thomas Paulus Johness

    bagaimana sih dengan Kristian Unitarian kok Yesus sih dianggap nabi aja. kaya fahaman Muslim. mereka (unitarian kristian) kok menyembah Allah Saja.. mohon diperjelas. beda sih ama agama kita katolik..mohon dibantu ya.

    Respons: Semua agama lain yang non-Katolik adalah buatan manusia, agama palsu.

  22. Ree Rinro

    Romen Katolik pun tdk wujud semasa Yesus ada d bumi. GYB didirikan oleh roh kudus, dan didirikan d sebelah timur. sama seperti Taman Eden didirikan d sebelah timur dan didirikan oleh roh kudus iaitu Allah sendiri . Romen Katolik didirikan d sebelah barat bertentangan dengan Alkitab. Yesus lahir oleh roh kudus sebagaimana GYB didirikan oleh roh kudus. Walaupun banyak aliran kristian yang berbeza, semua tu mesti berlaku untuk menggenap wahyu dalam Alkitab. Bagi kamu, roh kudus tu apa? knp kmu tdk melakukan pembasuhan kaki sebagaimana Yesus membasuh kaki murid-muridnya supaya mereka ada bahagian dalam syurga(Yohanes 13)? knp kamu sambut krismas sedangkan tiada tertulis dalam Alkitab bahawa Yesus lahir pada 25 disember? ajaran kamu bertentangan dengan Alkitab. Yesus meninggalkan Alkitab untuk kita supaya kita boleh guna sebagai sumber dan contoh, bukan untuk diubah atau ditambah. Kalau kamu sambut krismas bermakna kamu ubah ajaran Alkitab dan mengikut ajaran manusia.

    Matius 15: 8
    Bangsa ini memuliakan Aku dengan bibirnya, padahal hatinya jauh dari pada-Ku.  

    kamu tiada bezanya dengan bangsa yang hanya tahu memuliakan tetapi tidak mengikuti segala ajaran Tuhan Yesus

    Respons:
    Gereja Katolik diasaskan oleh Tuhan Yesus Kristus. Ini adalah fakta sejarah. Kalau bukan Gereja Katolik, apakah nama Gereja yang ditinggalkan oleh Martin Luther (pengasas agama Lutheran, pengasas aliran Protestantism)?

    Nampaknya saudara bukan sahaja buta sejarah tentang Gereja Katolik, tetapi asal usul aliran GYB pun saudara tidak tahu! GYB sebenarnya diasaskan pada tahun 1917 di Beijing, China, penganut-penganut awal yang bertanggungjawab kepada penubuhan gereja ini adalah Paulus Wei, Chang Lin Shen, dan Barnabas Chang. [http://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_Jesus_Benar]. GYB tidak pernah disebut pun dalam Alkitab malah tidak wujud sehinggalah didirikan oleh manusia pada tahun 1917 di China! Jadi pengasas GYB bukan Roh Kudus tetapi oleh orang-orang China di Beijing!

    Kalau saudara tidak percaya kepada ajaran Gereja Katolik kerana kononnya tidak disebutkan dalam Alkitab, maka saudara juga tidak harus percaya kepada ajaran aliran GYB kerana aliran ini tidak disebutkan dalam Alkitab. Malah, saudara sendiri tidak tahu dari mana datangnya Alkitab yang saudara sedang guna sekarang.

    Seperkara lagi, tidak semua yang diajar oleh Tuhan Yesus dicatatkan dalam Alkitab. Malah Tuhan Yesus tidak pernah mengajar kita untuk membaca Alkitab kerana Alkitab yang anda pegang sekarang tidak pernah diterbitkan dalam zaman-Nya.

  23. Ree Rinro

    GEREJA YESUS BENAR/ GEREJA YESUS SEJATI ADALAH GEREJA YANG BENAR. TUHAN MENYERTAI GEREJA INI DAN NAMA-NYA DIAM DI GEREJA INI. TIADA TUHAN YANG BERNAMA ROMAN KATOLIK, YANG ADA HANYALAH YESUS DAN GEREJA YESUS BENAR ADALAH YESUS BENAR YANG PUNYA DAN BUKAN ROMAN KATOLIK PUNYA!!!
    Kalau kamu tidak percaya, tunggu ja kamu sampai pada hari penghakiman. Baru kamu tau sana. Tiada guna kmu menyesal klu sda terjadi. Tuhan menjadikan kami sebagai penjala manusia dan kami menuruti segala perintah-Nya.

    Respons:
    Itu hanya kata-kata manusia, kata-kata saudara atau yang diajar oleh pengasas aliran GYB. Tuhan Yesus tidak pernah mengajar supaya kita patuh kepada ajaran manusia yang diajar oleh pengasas GYB.

  24. Ying

    kpd oremust,

    knp kau pasti btul yg greja katolik diasskan oleh Tuhan Yesus?
    Biar sy bgitau kau…di mana ada cahaya, d sana ada bayang-bayang…
    klu ada cahaya..baru la ada bayang2..jdi itu bermakna..cahaya yg menghasil bayang2…kau tau apa maksudnya?…klu ada greja benar…greja yg mengajar dgn ajaran palsu pasti ada..sbb greja benar yg menghasilkan greja dgn ajaran palsu…sbb greja dgn ajaran palsu ingin membuktikan bahwa greja mereka adalah greja benar dgn memalsukan lgi ajaran mreka untuk mengaut lebih banyak jemaat dri greja lain…….jgn ckp yg greja katolik satu2nya yg benar..tiada org mengata yg greja katolik satu2nya yg benar….biar sy bgitau kau..jgn sia2kan masa bujangmu…crilah greja benar..dan carilah Tuhan Yesus…carilah injil kebenaran dlm dunia…dan apabila kamu menjumpainya…jgn lepaskannya…genggam kebenaran tu dgn erat….dan lakukan apa yg diperintahkan-Nya kepadamu…dgn jerih-payah engkau mencari kebenaran…dgn keletihan engkau akan menemui-Nya…sbb tu…jgn lepaskan apa yg kau cari slama ni….skali lagi sy katakan….CARILAH INJIL KEBENARAN YG BENAR YG MEMBAWA KEPADA KESELAMATAN!!!!

    ……jgn ambil hati…..tu nasihat je…..tpi…usaha yg bgus utk kau menjadi penjala manusia dgn ajaran kau tu…..tpi….dgn ajaran kau…mustahil kau boleh mengalahkan ajaran Gereja Yesus Benar/Sejati…….ajaran mereka menuruti segala perintah-Nya….mreka menuruti 100% ajaran Alkitab..mereka tau isi kandungan dalam Alkitab…..dan segala perintah yg diperintahkan-Nya utk umat manusia….

    sekian….

    Respons:
    Terima kasih di atas nasihat saudara. Hanya ia kelihatan seperti saudara menasihati diri sendiri kerana saudara tidak mempunyai dasar yang kukuh untuk meletakkan keselamatan saudara dalam aliran GYB yang diasaskan oleh tiga orang China dari Beijing pada tahun 1917!

  25. Ying

    biar sy bgitau kau….diasaskan dan didirikan dua perkataan yg berbeza…kau ckp yg greja katolik didirikan oleh Tuhan Yesus…apa bukti kau??….ketiga-tiga penganut yg kau ckp tu….mereka bkn mengasas…tetapi mreka hanya mendirikan greja tu…yg mengasas adalah Tuhan Yesus…Tuhan Yesus memberikan mereka Roh Kudus sebagai Pembantu mereka dlm memdirikan Gereja Yesus Benar…sblm mendirikan TJC..Tuhan terlebih dahulu menyuruh mereka menukar nama mereka kpd nama kudus…iaitu yg tertulis d atas…sebagaimana Allah menukar nama Abram kpd nama kudus Abram iaitu Abraham…selepas itu…Tuhan menampakkan diri kpd mereka bertiga bersama Elia dan Musa sebelum Tuhan memberikan wahyu kpd mereka bertiga……jgn anggap yg kau tau segalanya tentang sejarah penubuhan TJC sedangkan kau bkn pemercaya TJC…..greja katolik ada 7 sakramen sedangkan dlm Alkitab hanya ada 3 sakramen iaitu pembatisan(pengampunan dosa), pembasuhan kaki(mendapat bahagian dlm surga), dan perjamuan kudus(memperingati kematian Tuhan Yesus)…..greja katolik menyambut hari krismas yg kononnya hari jdi Tuhan Yesus…mana ayat dlm Alkitab yg mengatakan 25 disember adalah hari lahir Tuhan Yesus? mana ayat dlm Alkitab yg mengatakan umat manusia harus memperingati hari kelahiran Tuhan Yesus? mana ayat Alkitab yg mengatakan greja yg benar harus meletakkan nama katolik?..klu ada tolong tunjukkan…ada tertulis d Alkitab…” agar NAMA-KU diam d bangunan itu”….jdi tu bermakna greja Tuhan harus ada nama Tuhan iaitu Yesus….ada tertulis d Alkitab “hendaklah kau menamakan DIA YESUS”..dan itulah nama DIA…iaitu YESUS……..biar sy bgitau kau…org yg kuat iman dgn pegangan dialah yg selalunya masuk dlm TJC……..sbb mreka mempunyai sikap ingin menguji yg kuat….kau boleh cuba ni…dgn ayat ni….”sy ingin menguji Tuhan Gereja Yesus Benar”….ada org hampir mati sbb ayat ni ketika dia masuk dlm kawasan greja kmi…dia muntah darah sebanyak beberapa kali….dan ditahan d hospital selama beberapa bulan……kejadian berlaku d depan mata sy……dgn bangganya dia dia ckp ayat tu….dan berakhir d hospital…..

    Respons:
    Bacalah komen saya yang lain tentang asal usul Gereja Katolik. Selain merujuk kepada sejarah Gereja Katolik, saudara juga boleh membuat kajian sendiri tentang sejarah manusia yang melibatkan asal usul agama Katolik dari saluran sekular. Kalaupun saudara menolak Gereja Katolik sebagai Gereja yang asal dan didirikan oleh Tuhan Yesus sendiri, saudara sendiri tidak dapat menyatakan nama Gereja ASAL, selain Katolik. Kalau bukan Gereja Katolik, nyatakan nama sebenar Gereja ASAL? Di manakah lokasi Gereja ASAL ini sekarang?

    Sejak bila atau atas bukti apa ‘pengasas TJC’ itu kononnya bertindak atas ‘arahan’ atau ‘autoriti’ Tuhan Yesus? Adakah dalam Bible? Bagaimana saudara pasti bahawa ‘suruhan’ itu datangnya dari Tuhan yang benar, dan bukannya bisikan Iblis? Semuanya atas ‘cakap’ pengasas sahaja, kan? Sebenarnya saudara adalah pengikut pengasas China itu, bukan pengikut Kristus. Tuhan Yesus tidak pernah menyuruh sesiapa mendirikan ‘gereja’ lain selain Gereja Katolik. Carilah dalam Bible.

    Tuhan Yesus mengajar 7 Sakramen Kudus, bukannya 3 sakramen buatan manusia. Pembasuhan kaki itu BUKAN sakramen tetapi hanyalah pengajaran oleh Yesus melalui perbuatan. Tuhan tidak pernah mengajar bahawa pembasuhan kaki itu suatu sakramen. Gereja memilih 25 Disember sebagai hari untuk kebaktian menyambut kedatangan Yesus. Gereja atas autoriti yang diberikan Yesus membuat ketetapan bahawa umat MERAYAKAN kedatangan Yesus pada 25 Disember setiap tahun. Tarikhnya tidak disebutkan dalam Bible, tetapi KEDATANGAN YESUS merupakan kejadian penting dan DISEBUTKAN DALAM ALKITAB. Tahukah saudara bahawa aliran TJC tidak ada dalam Bible pun?

    Katolik bermaksud universal atau umum atau dalam bahasa Inggeris WHOLE.

    Acts Of Apostles 5:11 And there came great fear upon the whole church, and upon all that heard these things.
    Acts Of Apostles 15:22 Then it pleased the apostles and ancients, with the whole church, to choose men of their own company, and to send to Antioch, with Paul and Barnabas, namely, Judas, who was surnamed Barsabas, and Silas, chief men among the brethren.
    Romans 16:23 Caius, my host, and the whole church, saluteth you. Erastus, the treasurer of the city, saluteth you, and Quartus, a brother.
    1 Corinthians 14:23 If therefore the whole church come together into one place, and all speak with tongues, and there come in unlearned persons or infidels, will they not say that you are mad?

    Bolehkah saudara cari TRUE JESUS CHURCH dalam Bible? Aliran TJC dibuktikan benar melalui kesaksian satu orang? Adakah ‘muntah darah’ itu bukti yang sahih? Mungkin orang itu dipukul oleh Iblis sehingga muntah darah?

    • Ying

      bolehkah roh menyentuh tubuh manusia sedangkan dia hanyalah roh? pernahkah kmu menyentuh roh?….’whole’ yg bermaksud umum tu…hanyalah perkataan yg tdk membawa apa2 makna……ayat tu mengatakan ‘whole church’ atau dlm bahasa melayu…seluruh gereja….maksud ayat tu…seluruh gereja merujuk kpd umat, pemercaya dan imam2 atau yg berkaitan dgn greja tu……tunjukkan ayat dlm Alkitab yg mengatakan umat manusia harus menyambut hari kelahiran Yesus…buktikan dari ayat Alkitab bahwa 25 disember adalah hari kelahiran Dia…sy mau dlm bentuk ayat Alkitab…..sy jga mau dlm bentuk ayat Alkitab bahwa Tuhan menyuruh umatNya membuat 7 sakramen…..walaupun pembasuhan kaki tdk dikatakan sebagai sakramen…tetapi Tuhan Yesus ada mengatakan tujuan Yesus melakukan pembasuhan kaki ketika Dia sampai kpd Simon Petrus….ayat ni tertulis d Yohanes 13…..”kata Simon Petrus: Tuhan, mengapa Engkau ingin mrmbasuh kakiku?. Tetapi Kata Yesus kpdnya: Apa yg Aku perbuat ini engkau tdk tahu, tetapi engkau akan mengetahuinya kelak. Lagi kata Simon Petrus kpd-Nya: Engkau tdk skan membasuh kakiku sampai selama-lamanya. Kata Yesus kpdnya: Jikalau Aku tdk membasuh kakimu, engkau tdk akan mendapat bahagian dlm Aku.” ayat ini jelas mengatakan bahawa jikalau kita tdk membasuh kaki dalam nama Tuhan Yesus, kita tdk mendapat bahagian dlm Syurga dan tdk mendapat bahagian dalam Yesus…kmu…greja katolik..jga tdk menguduskan hari sabat Tuhan…sdgkan ada dlm hukum Tuhan yg ke-4 iaitu ingat dan kuduskanlah hari sabat Tuhan…hukum ini menekankan 2 perkara iaitu INGAT dan KUDUSKAN hari sabat…apa yg greka katolik kuduskan bkn hari sabat…tetapi hari pertama penciptaan langit dan bumi..klu mengikut kpd kalender…hari pertama ialah hari ahad iaitu hari pertama dlm minggu yg kmu kuduskan itu….dan hari yg terakhir adalah hari sabtu…iaitu hari terakhir dlm minggu iaitu hari berhentinya penciptaan langit dan bumi lalu Tuhan menguduskan hari terakhir itu iaitu hari sabat…jgn mengatakan Tuhan Yesus tdk ada pada hari itu…sdgkan Alkitab sendiri mengatakan bahwa dia adalah Tuhan iaitu Allah yg kekal…bermaksud Tuhan sentiasa ada tdk kira walaupun pd hari itu ialah hari kematian-Nya ataupun pada hari pembangkitan-Nya….kmu mengatakan “whole” yg bermaksud umum atau keseluruhan….whole mempunyai perbagai maksud….ia boleh digunakan sebagai “whole student” atau “whole world”…klu kau ckp katolik ialah whole…kita jga boleh menggunakan nama katolik utk perkataan tdi sbb maksud perkataan itu hampir sama…bkn lgi hampir tetapi memang sma…..jgn gunakan nama whole walaupun memang ada tertulis dlm bible..walaupun ada tertulis d bible…tdk semestinya nama greja dahulu adalah katolik….Alkitab cuma mengatakan “whole” tetapi tdk semestinya nama greja itu adalah katolik…”whole” yg dikatakan dlm ayat rujukan itu merujuk kpd seluruh greja dan bkn merujuk kpd nama greja….tdk dinafikan bahwa sy sendiri tdk tau greja ‘ASAL’ yg kau sebutkan tu…..tp…kau tau ka?…jgn anggap yg kau tahu segala-galanya kerana Tuhan tdk memandang org…..kau tdk mengamalkan atau mengambil berat tentang hal penyempurnaan rohani…kmu juga tdk mengambil berat atau mengenali lebih mendlm tentang Roh Kudus…sprt yg sy ckp…kmu hanya memandang Tuhan Yesus sebagai Juruslamat dan Dia yg mengasaskan tetapi bkn sebagai Penolong kmu dlm kesusahan…..tentang penyempurnaan rohani yg disebutkan tdi..yg tertulis d Galatia 5:22-23…semua tu adalah perkara yg harus kita lakukan kerna Tuhan Yesus memiliki kesemua buah2 roh itu ketika Dia ada d dunia sebagai manusia….kmu hanya mengatakan tentang pengasas, pengasas dan pengasas…itu saja kah yg kau boleh banggakan…..memang memalukan bgi kau yg hanya percaya tetapi tdk melakukannya…kmu adalah org yg mempunyai iman tanpa perbuatan ( Yakobus 2:26)…kmu tdk melatih tubuh kmu dan menguasai seluruhnya( 1 Korintus 9 :27)….maksud ayat d sini…bkn merujuk kpd penguasaan kmu terhadap tubuh kmu…tetapi menguasai seluruh firman yg ada dlm Alkitab…..dan satu lgi…sy sdri…bkn sdra……tengok nama ja pun tau yg sy ni perempuan dan bkn lelaki…dan stu lgi…sy jauh lebih muda dri kau (kali la)…..sekian…

      Respons:
      Siapakah yang mengajar anda tentang Bible? Tentunya oleh pengasas aliran TJC kan? Dari manakah umat TJC mendapat Bible? Tahukah sdr Ying bahawa Bible datang daripada Gereja Katolik yang kamu tolak? Tahukah sdr Ying bahawa interpretasi manusia tidak boleh digunakan sesuka hati untuk mendirikan gereja sdn bhd. Umat tidak sepatutnya menginterpretasi Bible sesuka hati dan kemudian membuat deklarasi bahawa interpretasi mereka benar! Setiap interpretasi itu haruslah disahkan oleh Gereja (Katolik) terlebih dahulu. Bukankah sdr Ying juga berpegang kepada interpretasi TJC sebagai yang ‘benar’? Saya tidak percaya kalau interpretasi sdr Ying sentiasa sama dengan ajaran TJC. Jika berlaku percanggahan, tentunya sdr Ying akan akur kepada ajaran TJC, kan? Sejak bila aliran TJC ada autoriti daripada Tuhan Yesus dalam hal menginterpretasikan Bible?

      Sdr Ying, isunya di sini bukanlah tarikh 25 Disember, tetapi Gereja menetapkan tarikh 25 Disember sebagai tarikh untuk MERAYAKAN (memperingati) KEDATANGAN TUHAN YESUS untuk menyelamatkan manusia. Gereja mendapat autoriti untuk membuat ketetapan itu daripada Tuhan Yesus sendiri (Mat 16:18-19). Adakah umat Katolik BERDOSA kerana merayakan (memperingati) kedatangan Tuhan Yesus 2000+ yang lalu? [Buktikan bahawa TJC didirikan oleh Tuhan Yesus Kristus? Tunjukkan ayat dalam Alkitab, kalau bolehlah?]

      Dalam Yohanes 13, Tuhan Yesus berbicara KEPADA PETRUS, bukan kepada umat. Seperkara lagi, Tuhan Yesus mahukan Petrus MERENDAHKAN DIRI (humble) untuk menjadi bakal PAUS atau POPE, Ketua Gereja Kristus (Katolik). Bukannya ‘basuh kaki’ dulu baru dapat masuk Surga!

      Sabat bermaksud ‘hari rehat’ BUKAN hari sabtu. TJC tidak layak bercakap bagi pihak Tuhan Roh Kudus. TJC adalah aliran buatan China.

      • Ying

        jdi maksud kau…sabat tu hari ahad ka?…..knp TJC menggunakan nama Yesus?…sbb dgn menggunakan nama Yesus kmi dpt membuktikan bahwa greja kmi milik Kristus……
        1 raja2 9 : 3
        Firman Tuhan kepadanya: ” telah Kudengar doa dan permohonanmu yang kausampaikan ke hadapan-Ku, Aku telah menguduskan rumah yang kaudirikan ini untuk MEMBUAT NAMA-KU TINGGAL DI SITU sampai selama-lamanya, maka MATA-KU DAN HATI-KU AKAN ADA DI SITU sepanjang masa”

        ayat tu mangatakan dan membuktikan bahwa raja Salomo iaitu anak Daud menggunakan nama Allah sebagai nama bait suci……bait suci merujuk kpd greja pd ketika itu….dan Allah sendiri mengatakan bahwa mata-Nya dan hati-Nya akan diam d situ……jdi itu bermakna greja iaitu bait suci itu adalah tubuh Yesus…….

        Ulangan 12:5
        Tetapi tempat yang dipilih Tuhan, Allahmu, dari segala sukumu sebagai kediaman-Nya untuk MENEGAKKAN NAMA-NYA DI SANA, tempat itulah yang HARUS kamu cari dan sanalah HARUS KAMU PERGI.

        ayat itu sudah jelas bahwa tempat yg dipilih Tuhan adalah tempat yg menegakkan nama-Nya d situ……dan greja yg menggunakan nama-Nya dan menegakkan nama-Nya, tempat itulah yg harus kmu cari dan sanalah harus kmu pergi…..

        mengenai pembasuhan kaki…sudah jelas yg kmu menolak apa yg diajarkan oleh Yesus Kristus sendiri…..Yesus yg mengasaskan pembasuhan kaki…klu semua tu tdk penting……knp pula Dia memasukkan semua tu ke dalam Alkitab sedangkan Alkitab adalah pengajaran bagi kita……klu Yesus memasukkan semuanya itu bermakna semua tu harus kita lakukan kerana itulah apa yg diingini oleh Dia……

        Mat 16:18-19
        ayat tu mengatakan bahwa apa yg kita ikat dlm dunia ini akan terikat d syurga dan apa yg kita lepaskan d dunia ini akan terlepas d jg syurga….

        ikat dan lepas d dlm ayat tu bkn bermakna apa yg kita pegang atau apa yg kita impikan tetapi semua tu menurut apa yg kita lakukan….apa yg kita lakukan d dunia ini…akan terlepas d syurga…dan apa yg kita “lepaskan” d dunia ini akan terlepas jg d syurga……..

        sy tdk mengatakan bahwa kmu berdosa meraikan 25 disember tp semua tu d luar ajaran Yesus….Yesus hanys ingin umat manusia MEMPERINGATI KEMATIAN-NYA dan bknnya hari lahir-Nya….tanda Yesus menyuruh umat manusia memperingati kematian-Nya adalah dengan mengadakan perjamuan kudus…tetapi…apakah cara kita memperingati hari lahir Tuhan Yesus?…tiada…kita tdk tahu bagaimana caranya sbb Dia tdk mengatakannya…dan klu Yesus tdk mengatakannya…bermakna Dia tdk mau manusia melakukannya….setahu sy….sy ada terbaca d sebuah buku sejarah tentang 25 disember….buku tu mengatakan 25 disember adalah tarikh siapnya patung Roman Katolik…iaitu patung yg menyerupai manusia……lalu manusia yg lain mengambil 25 disember sebagai hari lahir atau hari kedatangan-Nya…..

        Respons:
        Sdr Ying harus menerima fakta bahawa ‘sabat’ bermakna ‘hari rehat’, bukan sabtu. Kalau sudah diberikan pencerahan tentang maksud ‘sabat’, bah jangan lagi dipersoalkan tentang Gereja Katolik yang memilih hari Ahad untuk dikuduskan sebagai peringatan kepada kebangkitan Yesus daripada kematian. Daripada teks Mat 16:18-20, Gereja Katolik diberi kuasa untuk menetapkan hari rehat untuk semua umat Kristian sejajar dengan Perjanjian Baharu. Dalam Perjanjian Baharu, Tuhan Yesus tidak pernah mengajar supaya menguduskan hari Sabtu sebagai hari rehat.

        Kalau saya tulis nama Ying pada sebuah kereta yang bukan milik saya, adakah kereta itu dengan sendirinya menjadi milik Ying? Ini tidak masuk akal! Memanggil atau mempergunakan nama kudus Yesus tidak semestinya akan selamat!

        Petikan 1 Raja-Raja 9 : 3 langsung tidak menyebut GYB atau TJC sebagai Gereja Kristus. Pada waktu teks itu ditulis, aliran GYB dan TJC tidak pernah wujud. Faktanya adalah GYB atau TJC adalah ‘milik’ pengasas: Paulus, Chang dan Barnabas! Memang benar dan saya setuju bahawa semua ayat yang tertulis dalam Alkitab adalah PENTING tetapi Alkitab itu bukan milik awak atau pengasas TJC untuk ditafsir sesuka hati sehingga memalsukan ajaran sebenar Tuhan Yesus. Dari awal sehingga sekarang (kecuali aliran TJC), pembasuhan kaki itu tidak dianggap sebagai sakramen kudus. Ia hanya pengajaran supaya para rasul merendahkan diri; melayani orang lain, bukan dilayani.

        Ayat Mat 16:18-19 ditujukan kepada Petrus, bukan kepada pengasas TJC atau kepada sdr Ying. Santo Petrus, Paus terawal sebagai Ketua Gereja, diberi autoriti untuk memimpin semua manusia kepada Bapa di Surga.

        Krismas bermaksud ‘Misa Kristus’ iaitu Misa Kudus yang dirayakan khas untuk memperingati KEDATANGAN KRISTUS ke dunia untuk menyelamatkan manusia. Krismas bukan ‘birthday party’! Kalau bukan 25hb Disember, sila cadangkan hari lain yang sdr Ying fikir lebih sesuai! Perjamuan Suci yang ‘dirayakan’ oleh pastor TJC adlah tidak sah kerana tidak diberi autoriti oleh Tuhan Yesus. Ia sekadar upacara yang direka cipta oleh manusia untuk meniru Misa Kudus yang sebenar!

        Bertaubatlah, sdr Ying, dan kembali kepada Gereja Katolik, Gereja Kristus yang didirikan oleh Tuhan Yesus sendiri.

  26. Ying

    ditujukan kpd Petrus?….jgn buat lawak la….Alkitab jg tdk pernah sebut tentang katolik….nama katolik adalah KATOLIK bkn whole……walaupun Alkitab tdk menyebut tentang TJC tp…Alkitab ada mengatakan yg Salomo menegakkan nama Tuhan d bait suci yg dia bina..bermakna dia menggunakan nama-Nya…..dia bkn menegakkan nama katolik….hari rehat yg dimaksudkan adalah hari berhentinya Allah drpd segala penciptaan-Nya bkn hari di mana semua manusia rehat….Tuhan yg berehat…bkn manusia…..sedangkan Hawa yg hdp berhadapan dgn Allah pun pandai memutar-belitkan firman Tuhan…apa lgi kita sebagai manusia yg hina……Tuhan mengatakan pasti engkau mati…tetapi Hawa mengatakan nanti engkau mati…patung kmu tu…pasti akan hancur…..perang yg berlaku diantara Israel dan Filistin sdh lama kmi tau pasti akan berlaku…..sbb ada tertulis d Alkitab…..bangsa sesama bangsa akan berperang sesama sendiri…jika itu berlaku…bersedialah sesungguhnya hari kedatangan-Nya sdh tiba….hari kedatangan Tuhan Yesus sdh tiba…klu berlakunya perang dunia antara Filistin dgn Israel….bergembiralah… kerana rencana-Nya sdh digenapi….Tuhan yg menentukan agama mana yg benar….bkn sy…..bkn kau…..Tuhan yg tau..kau dgn kepercayaan kau dan sy dgn kepercayaan sy…..tp ketahuilah sesungguhnya Tuhan segera datang….hanya beberapa tahun saja lg….dunia akan dihapuskan…apabila umat-Nya yg benar dibangkitkan…Tuhan menghapuskan segalah sesuatu dlm dunia ini….semoga kau menemui apa yg kau inginkan…..sy minta maaf klu ada ayat yg menyakitkan hati kau….Haleluya.

    Imanuel
    (segala respon atau persoalan tdk akan dilayan lgi)

    Respons:
    Bacalah sendiri teks itu Mat 16:18 bahawa Tuhan Yesus ketika itu sedang berbicara kepada Petrus, bukan kepada orang awam! Tuhan bukan mengajar kepada orang ramai pada waktu itu tetapi berbicara secara terus kepada Petrus. Sdr Ying juga janganlah berbuat lawak di sini kerana TJC dan GYB tidak pernah ada di dalam Bible, aliran itu hanyalah rekaan manusiawi pengasas tiga orang China: Paulus, Chang dan Barnabas. Bertaubatlah dan kembali kepada Gereja Katolik yang diasaskan oleh Tuhan Yesus Kristus. Di luar Gereja (Katolik), tidak ada keselamatan jiwa!

  27. L

    Kis 4:12
    12. Dan keselamatan tidak ada di dalam siapapun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan.”

    *Hanya dengan nama Yesus kita diselamatkan (Bukti bahwa TJC adalah gereja benar)

    Mat 5:18
    18. Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.

    Mat 19:17
    17. Jawab Yesus: “Apakah sebabnya engkau bertanya kepada-Ku tentang apa yang baik? Hanya Satu yang baik. Tetapi jikalau engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Allah.”

    Nubuat pada akhir zaman:-

    Why 14:1, 3
    1. Dan aku melihat: sesungguhnya, Anak Domba berdiri di bukit Sion dan bersama-sama dengan Dia seratus empat puluh empat ribu orang dan di dahi mereka tertulis nama-Nya dan nama Bapa-Nya.

    3. Mereka menyanyikan suatu nyanyian baru di hadapan takhta dan di depan keempat makhluk dan tua-tua itu, dan tidak seorangpun yang dapat mempelajari nyanyian itu selain dari pada seratus empat puluh empat ribu orang yang telah ditebus dari bumi itu.

    Why 21:8
    8. Tetapi orang-orang penakut, orang-orang yang tidak percaya, orang-orang keji, orang-orang pembunuh, orang-orang sundal, tukang-tukang sihir, penyembah-penyembah berhala dan semua pendusta, mereka akan mendapat bagian mereka di dalam lautan yang menyala-nyala oleh api dan belerang; inilah kematian yang kedua.”

    *Hanya 144 000 manusia pada akhir zaman yang akan dibawa naik ke sorga. Tiada satu pun manusia yang akan tahu bila hari kiamat termasuklah Anak kerana ada tertulis di Alkitab:-

    Mrk 13:32
    32. Tetapi tentang hari atau saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di sorga tidak, dan Anakpun tidak, hanya Bapa saja.”

    *Mereka yang diselamatkan adalah mereka yang menuruti segala perintah-Nya kerana kalimat terakhir di Mat 19:17 mengatakan – “Tetapi jikalau engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Allah.”

    *Bukan semua anggota Gereja Yesus Benar akan diselamatkan

    *Bukan semua anggota Gereja Katolik akan diselamatkan

    *Bukan semua manusia akan diselamatkan

    (Acts Of Apostles 5:11
    And there came great fear upon the whole church, and upon all that heard these things.

    Acts Of Apostles 15:22
    Then it pleased the apostles and ancients, with the whole church, to choose men of their own company, and to send to Antioch, with Paul and Barnabas, namely, Judas, who was surnamed Barsabas, and Silas, chief men among the brethren.

    Romans 16:23
    Caius, my host, and the whole church, saluteth you. Erastus, the treasurer of the city, saluteth you, and Quartus, a brother.

    1 Corinthians 14:23
    If therefore the whole church come together into one place, and all speak with tongues, and there come in unlearned persons or infidels, will they not say that you are mad?)

    Translate to Indonesia:

    Kis 5:11
    11. Maka sangat ketakutanlah seluruh jemaat dan semua orang yang mendengar hal itu.

    Kis 15:22
    22. Maka rasul-rasul dan penatua-penatua beserta seluruh jemaat itu mengambil keputusan untuk memilih dari antara mereka beberapa orang yang akan diutus ke Antiokhia bersama-sama dengan Paulus dan Barnabas, yaitu Yudas yang disebut Barsabas dan Silas. Keduanya adalah orang terpandang di antara saudara-saudara itu.

    Rm 16:23
    23. Salam kepada kamu dari Gayus, yang memberi tumpangan kepadaku, dan kepada seluruh jemaat. Salam kepada kamu dari Erastus, bendahara negeri, dan dari Kwartus, saudara kita.

    1Kor 14:23
    23. Jadi, kalau seluruh Jemaat berkumpul bersama-sama dan tiap-tiap orang berkata-kata dengan bahasa roh, lalu masuklah orang-orang luar atau orang-orang yang tidak beriman, tidakkah akan mereka katakan, bahwa kamu gila?

    *Ayat yang diberikan di atas itu adalah ayat yang digunakan engkau untuk mengatakan bahwa gereja engkau benar dan dikenan oleh Yesus. Tapi apa yang saya baca, ayat itu tiada kaitan dengan tentang gereja kamu. ‘Whole’ yang dimaksudkan itu adalah seluruh . Apa kaitan perkataan ‘Whole’ atau ‘Seluruh’ itu dengan keselamatan? Saya tidak namapak ayat di atas yang mengatakan bahwa gereja kamu ada keselamatan. Walaupun gereja kamu wujud semasa Yesus masih hidup dalam dunia ini, tidak semestinya keselamatan ada pada kamu.

    • Syukur kerana kamu sudah mengakui benar bahawa semasa Tuhan Yesus Kristus, Gereja Katolik sudah wujud. Siapakah pengasas Gereja Katolik? Sudah tentu, Yesus Kristus.

      Siapakah pengasas TJC? Tentu kamu sendiri dapat menjawabnya, bukan!

  28. edmondsolinin

    tumpang lalu..sy pemercaya GEREJA YESUS BENAR/SEJATI..disini sy ingin menyelitkan beberapa kata buat yang membaca..mula2..nie pertanyan..siapakah yang kita pilih tentang 2 kategori soalan ini..1.) apakah yang harus kita turuti..menuruti adat istiadat manusia? yang diadakan manusia sendiri.atau menuruti firman tuhan yang bertentangan dengan adat istiadat dunia..segala persoalan ada jawapannya..sejarah ada puncanya..kalo tiada peristiwa, tentu tiada sejarahnya.dan sejarah tentang dunia berasal dari dunia, tetapi firman TUHAN, berasal dari-Nya sendiri..baik..tentang persoalan tu..kita buka kitab..firman Tuhan dengan sejarah dunia merupakan dua hal yang berbeda..firman yang ada dalam alkitab berasal dari Tuhan sendiri yg menciptakan segala sesuatu..sejarah..adalah peristiwa yg dilalui digaris masa dunia..tentang persoalan tdi..mana satu yg kita pilih..adat istiadat nenek moyang/manusia atau perintah Tuhan!?Matius 15:3 Tetapi jawab Yesus kepada mereka: “Mengapa kamu pun melanggar perintah Allah demi adat istiadat nenek moyangmu?..jika kita cakap bahawa..istiadat dalam dunia harus didahulukan dan menuruti kehendak tradisi turun temurun lalu ubah ini ubah itu..jadi dimanakah harus kita letakkan Tuhan sebagai garis pandu kita dalam menuntun kita dalam keselamatan yg kekal..adakah sejarah, pengasas dapat menuntun kita kepada keselamatan.Tidakk..kebenaran dari Tuhan sendirilah yg akan menuntun kita..asalkan kita menuruti segala perintah dan firmannya..jangan ubah itu dan ini..sekianlah selamat..jika Tuhan bilang..harus kudus kan ‘ini”..haruslah..dan jangan tidak..ingatlah..kita mengenal Tuhan bukan melalui sejarah tetapi Firman-Nya..jika satu daripada perintah itu kurang..tahukah anda..bahawa semuanya adalah SALAH, PALSU dan BOHONG belaka..Yakobus 2:10 Sebab barangsiapa menuruti seluruh hukum itu, tetapi mengabaikan satu bagian dari padanya, ia bersalah terhadap seluruhnya.”jelas ya..Tuhan berfirman..harus nama ini!! tapi manusia bilang ini!! Tuhan bilang harus ini!! manusia bilang, tak!! ini!!..bukankah ini menimbulkan hukuman..manusia semakin pintar ya..tapi kepintaran itu membuahkan hukuman..kerna ketegaran hati manusia..banyak yg berlari2 kepada hukuman..kerna ketaatanlah musa terselamat dari murka Allah..ia menuruti segala perintah Allah..apa yg disuruh, ia lakukan..org kata ia gila!! tak maju!! kenapa buat bahtera dilereng2 bukit..bahkan jauh dari laut..orang kata ia gila!! sy yakin zaman itu, banyak perahu dizaman itu..tpi..bentuknya dan bahannya..melalui pikiran manusia..dan bila air bah sampi..semuanya hancur!! hanya bahtera nuh yg selamat!! Bahtera ini melambangkan Gereja Yesus Benar/Sejati!! pasal menuruti dan didirikan berdasarkan petunjuk Alkitab!! Roh kudus!!dan bukan kerna sejarah dan pengasas!!
    *sy penganut Gereja Yesus Benar dari sabah, timbou tamparuli sabah.25thun, teologi-1…

    • GYB asalnya dari China. Dari mana anda mendapat Alkitab kalau bukan dari Gereja Katolik.

      Tuhan Yesus tidak pernah memberi sesiapa autoriti untuk mendirikan gereja persendirian kecuali Dia sendiri mendirikan Gereja-Nya, iaitu Katolik.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: