Dikri Ekskomunikasi Uskup SSPX Dibatalkan

SSPX bermaksud ‘Society of St Pius the X’ yang ditubuhkan secara rasmi sebagai sebahagian Gereja Roman Katolik oleh Uskup Agung Marcel Lefebvre yang bertujuan untuk mempertahankan keutuhan Tradisi Suci di samping menjadi pusat latihan paderi Katolik yang berupaya merayakan Misa Latin Tradisional (Extra Ordinary Mass). SSPX menolak perubahan-perubahan moden pada ajaran, doktrin dan dogma Katolik yang telah diputuskan oleh Konsili Vatican II pada tahun 1962-65.

Pada tahun 1988, apabila kesihatan Uskup Agung Marcel Lefebvre semakin merosot, beliau telah mengkonsekrasikan empat Uskup tanpa persetujuan Sri Paus Yohanes Paulus II dan menyebabkan beliau dan keempat-empat Uskup itu ‘diekskomuniasikan’ oleh Gereja dan SSPX dianggap sebagai sebuah perkumpulan yang ‘schismatic’ (terpisah daripada Gereja Roman Katolik). Ekskomuniasi ini telah dibantah oleh SSPX kerana dibuat secara tidak mengikut undang-undang Kanon dan tidak adil.  Mereka (SSPX) juga bukannya sebuah pertubuhan yang ‘shcismatic’ kerana mereka berpegang teguh kepada ajaran, doktrin dan dogma Katolik seperti yang diajar oleh Tradisi Suci dan Alkitab, kerana kebenaran tidak diperbolehkan berubah. Gereja hanya memiliki autoriti untuk mewariskan atau menurunkan ajaran, doktrin dan dogma Katolik kepada dunia seperti mana yang diterima oleh Gereja 2000 tahun yang lalu.

Pada hari ini, 24 Januari 2009 (Sabtu), banyak laporan telah diterima mengatakan bahawa Sri Paus Benedict XVI telah menandatangani satu dikri yang menarik balik perintah ekskomunikasi Gereja terhadap SSPX.

Deo  gratias.

Sila klik pautan ini untuk pengesahan:

http://cjonline.com/stories/012309/bre_vaticansspx.shtml
http://www.thestate.com/world/story/659829.html?RSS=untracked
http://www.kxxv.com/global/story.asp?s=9713898
http://www.syracuse.com/newsflash/index.ssf?/base/international-32/123262885196400.xml&storylist=topstories
http://www.charlotteobserver.com/world/story/488960.html
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/1/23/worldupdates/2009-01-22T210704Z_01_NOOTR_RTRMDNC_0_-376028-1&sec=Worldupdates

Terkini:

Sebuah dikri dari Rom telah dikeluarkan yang membatalkan ekskomuniasi uskup-uskup SSPX.

http://www.dici.org/dl/fichiers/Decree.pdf

http://malaysia.news.yahoo.com/afp/20090124/twl-pope-vatican-switzerland-6b0205e.html

Pengesahan daripada Zenit (Vatican):

http://www.zenit.org/article-24903?l=english

http://www.zenit.org/article-24901?l=english

http://www.zenit.org/article-24902?l=english




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: