Memahami Tradisi Suci

Saya dapati ramai para pembaca (umat Katolik) tidak dapat memahami atau menerima perjuangan laman web ini untuk menegakkan KEBENARAN berdasarkan Tradisi Suci dan Alkitab Katolik. Seringkali KEBENARAN yang dipaparkan oleh penulis dianggap sebagai PENDAPAT penulis semata-mata atau sekadar hujah-hujah untuk menang dalam suatu perdebatan. Sebagai permulaan, KEBENARAN  di sini dirujuk sebagai ajaran, doktrin dan dogma Katolik. Jadi, apabila umat Katolik (terutama daripada golongan muda), mereka dengan senang akan membantah. Saya amat sedih kerana  mereka sebenarnya menentang atau menolak ajaran, doktrin dan dogma Katolik sedangkan mereka telah dibaptis dan menerima Sakramen Penguatan. Kenapakah mereka itu terlalu cetak pengetahuan tentang Katolik sedangkan mereka telah diajar oleh Paderi (dan kemungkin peranan ini telah diambil alih oleh Sekolah Hari Ahad) tentang agama Katolik.

Jika anda boleh memahami bahasa Inggeris, sila membaca ajaran tentang Divine Tradition daripada pautan ini: http://truecatholic.bizland.com/MyCatholicFaith/mcfc009.htm

Adakah semua kebenaran yang diwahyukan kepada kita oleh Tuhan Allah boleh didapati sepenuhnya dalam Alkitab? — Tidak semua kebenaran yang diwahyukan oleh Tuhan Allah boleh didapati sepenuhnya dalam Alkitab, sesetengahnya hanya boleh ditemui dalam Tradisi Suci.

  1. Alkitab sendiri telah menyatakan bahawa ia tidak mempunyai semua kebenaran yang diwahyukan oleh Tuhan Allah. “There are, however, many other things that Jesus did; but if every one of these should be written, not even the world itself, I think, could hold the books that would have to be written” (John 21:25)
  2. Kebenaran tentang Wahyu Suci yang tidak tertulis dalam Holy Scripture telah datang kepada kita melalui Tradisi Gereja. Santo Paulus berseru kepada orang-orang di Thesalonika: “Hold the teachings that you have learned, whether by word or by letter of ours” (2 Thess. 2:15).

Apakah maksud Tradisi Suci? — Tradisi Suci bermaksud kebenaran yang diwahyukan dan diajar oleh Kristus dan Para Rasul-Nya, yang diserahkan kepada Gereja hanya melalui kata-kata mulut dan bukan melalui Alkitab, walaupun ajaran lisan ini telah dituliskan khasnya oleh Bapa-bapa Gereja.In a wide sense Tradition embraces the whole teaching of the Church, including the Bible, since it is only from the Church that we have the Bible. In a stricter sense Tradition includes only what was handed down orally from the Apostles.

  1. Para Rasul sendiri berkata bahawa banyak perkara telah diajarkan kepada umat melalui kata-kata mulut (2 John 12; 1 Cor. 11:2). Antara contoh-contoh kebenaran dalam Tradisi, yang tidak tercatat secara jelas dalam Holy Scriptures, ialah: bilangan sakramen, jangka masa sakramen itu dikuatkuasakan, buku-buku yang tersenarai dalam Alkitab, Pembaptisan bayi, dan hari Ahad.
  2. Sekarang, semua kebenaran dalam Tradisi Suci telah dituliskan dalam buku-buku. Dalam kurun Kristian yang pertama, amalan dan doktrin Tradisi telah dijaga dan dipelihara oleh para Sangti yang mengajar, yang kita panggil Bapa-bapa Gereja (Fathers of the Church). Mereka merupakan murid-murid para Rasul, mereka yang seusia dengan murid-murid para Rasul, murid kepada murid para Rasul. Orang-orang kudus ini mengajar Gereja pada awal pembentukannya.Antara ketua di kalangan Bapa-bapa Gereja kurun keenam (tarikh kematian), ialah: the Doctors of the Church (see below), and Saints Clement of Rome (99), Ignatius of Antioch (107), Polycarp (155), Justin (165), Irenaeus (202), Cyprian (258), Dionysius (265), Gregory Thaumaturgus (270), Optatus (372), Martin of Tours (397), Gregory of Nyssa (398), Epiphanius (403), Celestine I (432), Vincent of Lerins (450), and Caesarius of Arles (542).
  3. Selain tulisan-tulisan Bapa-bapa Gereja, kebenaran Tradisi Suci boleh didapati terutamanya:  (a) tulisan para Doktor Gereja; (b) dikri Sri Paus dan Konsili Gereja; dan (c) liturgi Gereja seperti yang terdapat dalam buku Missal dan ritus/upacara.Para penulis dari kalangan Gereja, kita panggil sebagai ‘Doktor Gereja’ , kerana pengetahuan mereka dan juga kekudusan kehidupan mereka. Atas autoriti Gereja, mereka dianugerahkan panggilan terhormat itu. Perayaan mereka juga telah dipanjangkan ke seluruh Gereja Barat. Antara Bapa-bapa Gereja yang dianugerahkan Doktor ialah: Saints Hilary (368), Athanasius (373), Ephraem (378), Basil the Great (379), Cyril of Jerusalem (386), Gregory Nazianzen (389), Ambrose (397), John Chrysostom (407), Jerome (420), Augustine (430), Cyril of Alexandria (444), Peter Chrysologus (450), Leo the Great (461), and Gregory the Great (604).

    Antara para Doktor Gereja yang terkenal semasa Zaman Pertengahan ialah: Saints Peter Damian (1072), Anselm of Canterbury (1109), Bernard (1153), Thomas Aquinas (1274), Bonaventure (1274), Albert the Great (1280). Of later Doctors we have: Saints Peter Canisius (1597), John of the Cross (1605), Francis de Sales (1612), Robert Bellarmine (1621), and Alphonsus Liguori (1787).

Kenapakah kita harus benar-benar mempercayai Tradisi Suci seperti juga kita harus benar-benar mempercayai Alkitab?  — Kita harus benar-benar mempercayai Tradisi Suci seperti juga kita harus benar-benar mempercayai Alkitab ia juga mengandungi Sabda Allah.

  1. Beberapa tahun telah berlalu sebelum Injil ditulis. Pada waktu itu, umat Katolik amat bergantung kepada Tradisi sahaja: Tradisi lebih tua daripada Perjanjian Baru.Apabila buku-buku yang mengandungi Perjanjian Baru ditulis, pelbagai penulis berbuat demikian kerana tujuan-tujuan tertentu dan kehendak pemikiran mereka. Contoh: Sangto Paulus menulis dalam Epistle kepada beberapa gereja di Gentiles yang telah disebarkannya agama Katolik, untuk memperingatkan mereka tentang ajarannya semasa ketiadaannya. Sangto Lukas menulis Injilnya untuk rakyat Roma, Theophilus, untuk mengajar mereka dalam agama baru Katolik. Injil Sangto Yohanes bertujuan untuk menentang ajaran menyimpang (heresy) yang menolak kekudusan Kristus.
  2. Jika Gereja mengajar sesuatu doktrin yang tidak terdapat dalam Holy Scriptures, ia boleh didapati dariapda Tradisi, dan oleh itu boleh dikesan terus kepada para Rasul.Mereka yang menyusuri ke hilir sebuah sungai yang mengalir akan ketemu juga sumbernya, titik air itu mula mengalir. Dengan cara yang sama, kita boleh mengesan semula sumber-sumber sejarah tentang ajaran Gereja dan tiba ke sumbernya: para Rasul sendiri.
  3. Tradisi Suci mengajar kita semua doktrin yang diajar oleh para Rasul. Ajaran itu datang daripada para Rasul. Setiap doktrin yang diajar oleh Gereja datang secara langsung daripada para Rasul. Gereja tidak mengeluarkan doktrin baru.Keempat-empat Evangelist menulis tentang hubungan kehdiupan mereka dan ajaran Yesus Kristus di beberapa tempat yang berasingan dan berjauhan. Ini merupakan bukti keaslian atau keesahan keempat-empat Injil yang selaras dari segi isi utamanya, yang kerap kali diulangi dengan perkataan yang sama. Apabila para penulis Perjanjian Baharu memulakan penulisan mereka, mereka tidak berhasrat untuk menulis semuanya tentang iman dan amalan Katolik sepenuhnya, tetapi hanya beberapa perkara yang perlu disegerakan dan yang memerlukan penjelasan.

Tanpa Tradisi Suci, bolehkah kita mengetahui apakah Alkitab? — Tidak.

  1. Tradisi Suci mengajar kita senarai buku-buku yang sepatutnya tersenarai dalam Alkitab. Melalui Tradisi, Gereja mengekalkan kesemua buku dalam Alkitab selama 1,500 tahun sebelum kewujudan denominasi yang mempersoalkan bahawa Gereja tidak menjaga dan memelihara Alkitab.Umat Protestan menolak Tradisi Suci. Akibat daripada itu, mereka tidak dapat bersetuju buku yang mana harus tersenarai di dalam Alkitab. Denominasi satu menyingkirkan satu bahagian, denominasi yang satu pula menyingkirkan bahagian yang lain, setiap satu mengikut interpretasi individu masing-masing.
  2. Setelah menolak Tradisi Suci, umat Protestan tidak dapat memastikan buku-buku yang ‘tulen’ dan ‘asli’. Atas autoriti siapa buku-buku itu diterima? Alkitab Protestan yang paling popular, King James Version, mengeluarkan semua atau sebahagian Buku Tobias, Judith, Wisdom, Ecclesiasticus, Baruch, Machabees (I and II), and parts of Esther and Daniel.Luther menolak Epistle of St. James, kerana para Rasul mengajar bahawa iman tanpa perbuatan adalah mati. Luther dan pengikut-pengikutnya mengeluarkan the Apocalypse, the Epistle to the Hebrews, and the Epistle of St. Jude.

Deo gratias.


  1. semang

    Salam saudara,
    itu adalah cabaran saudara sebagai penyebar berita KEBENARAN mengenai gereja Katolik.Saya percaya tentu saudara banyak kali sudah ditentang/dicabar oleh umat bukan Katolik dan semestinya dari umat Katolik sendiri berkenaan dengan pendirian/prinsip saudara berkenaan dengan KATOLIK.Tetapi janganlah saudara sedih dan berputus asa itu adalah rempah ratus/warna warni kehidupan sebagai seorang umat yang mecintai gerejanya.Biar pun saya sepertinya(kadang2)suka mempertikaikan idea saudara itu bukanlah bermakna saya seorang KATOLIK yang tidak menghormati Tradisi suci dan tidak menghormati Gereja KATOLIK.Teruskanlah perjuangan saudara dengan doa dan kerendahan hati.SELAMAT BERJUANG!.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: