Pendidikan Katolik

Sebelum Konsili Vatican II membuat perubahan kepada Gereja, sekolah Katolik merupakan sekolah yang banyak menyumbangkan kemajuan dari segi pendidikan kepada anak-anak Katolik bukan sahaja dari sudut pendidikan sekular tetapi juga pendidikan kerohanian.  Kewujudan sekolah Katolik di negara-negara Katolik seperti Brazil, Sepanyol, Perancis dan sebagainya t elah terancam kerana kebanyakan sekolah ini telah ditukarkan kepada sekolah sekular. Sekolah sekular dibina untuk memenuhi hasrat semua orang tanpa mengira kepercayaan agama. Jadi, sekolah sekular telah menendang keluar pendidikan Katolik daripada kurikulumnya. Malah sekolah-sekolah Katolik yang masih memiliki identiti Katolik (sekurang-kurangnya dari segi nama sahaja) telah menurunkan salib-salib daripada paparan umum sama ada di bilik-bilik kelas mahupun di kawasan umum. Di samping itu, jawatan pengetua atau kepala sekolah juga mula dipegang oleh umat Katolik umum (layman) iaitu bukan lagi paderi. Pada masa sekarang, jawatan tersebut dipegang oleh umat bukan Katolik!

Kejadian ini berlaku disebabkan oleh kesilapan pada pemikiran pemimpin-pemimpin Katolik yang telah diracuni dengan pegangan palsu seperti indifferentism, relativism, modernisme, liberalism, naturalism, feminism dan pelbagai lagi pemikiran moden. Tidak lain tidak bukan, semuanya kepalsuan ini didalangkan oleh Iblis yang sentiasa mahu menjatuhkan Gereja dan juga umat Allah yang kudus. Mala petaka ini tidak dapat dielakkan selagi manusia mula tidak lagi mempercayai Tuhan Allah dan menolak Tradisi Suci dan Alkitab. Ajaran-ajaran menyimpang/sesat (heresy) telah disebarkan di seluruh komuniti Katolik dan juga di sekolah-sekolah sekular (termasuk sekolah Katolik yang telah disekularkan). Malah, tidak keterlaluan saya katakan bahawa ajaran heresy juga diajar melalui sermon dan homily paderi yang tidak mendapat latihan dan pendidikan Katolik yang berdasarkan ajaran Tradisi Suci dan Alkitab. [Tidak dapat kita menolak bahawa guru-guru palsu memang wujud di mana-mana dan kita harus berhati-hati].

Ajaran sesat (heresy) yang telah membuat kacau ke atas pendidikan Katolik ialah penolakan manusia akan supernatural (bermaksud bukan fizikal atau material, ‘kerohanian’) dan dosa asal. Kepada ibubapa Katolik yang menolak supernatural, maka mereka tidak akan menghantar (atau langsung tidak berusaha) untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Katolik (itupun jika sekolah jenis ini masih wujud lagi!). Manakala ibubapa Katolik yang masih ‘menerima’ ajaran dogma ‘dosa asal’ , hanya percaya di bibir sahaja terutama sekali kerana pemikiran mereka telah diracuni dengan fahaman ‘liberalism’. Saya tekankan di sini bahawa dosa asal sememangnya wujud dan benar-benar ada di kalangan anak-anak kita. Dosa asal telah mengganggu sistem pendidikan manusia moden sehingga matlamat pendidikan itu musnah kerana anak-anak zaman sekarang lebih cenderung menolak Tuhan Allah, menerima budaya ‘kuning’ dan ‘barat’ dengan mudah, berfesyen moden, berfikiran bebas tanpa merujuk dan mematuhi ajaran Gereja dan sebagainya. Salah satu akibatnya ialah panggilan Tuhan Allah untuk menjadi paderi menjadi bisu seribu bahasa. Di mana silapnya?  Kita yang berada di kurun 21, masih kekurangan paderi dan sister.

Seorang bayi yang dikandung oleh ibu selama sembilan bulan sebenarnya dicemari jiwanya oleh dosa Adam (dosa asal). We were by nature children of wrath” (Eph. 2,3). Seorang yang kemungkinan tidak memiliki iman Katolik yang teguh akan meragui misteri dosa asal, dosa yang bukan dilakukan oleh orang itu sendiri, tetapi diperolehi secara semulajadi (diwarisi daripada orang lain). Tetapi daripada pengalaman kita, terdapat bukti yang sangat kukuh, bahawa di dalam diri manusia, terdapat satu kecacatan (atau kerosakan) yang mencemari aspirasinya. Dosa asal adalah FAKTA, penolakan dosa asal merupakan kesilapan utama dalam pendidikan liberal, yang menentang pendidikan Katolik.

Ibubapa tidak harus mempercayai anak kecil mereka yang mereka anggap ‘innocent’ atau ‘masih kecil’ dan dilihat sebagai ‘malaikat kecil’. Gereja, paderi dan sister yang baik, mengenali dosa asal, anak kecil itu bukan sahaja ‘malaikat kecil’ tetapi juga ‘monyet kecil’. Apakah kata Tuhan Allah: (Proverbs 23,13,14), “Withhold not correction from a child: for if thou strike him with the rod, he shall not die. Thou shalt beat him with the rod, and deliver his soul from hell”. – (Proverbs 22,15) – “Folly is bound up in the heart of a child, and the rod of correction shall drive it away”.Menyedihkan kerana para pendidik yang berfikiran liberal akan mengatakan bahawa hukuman korporal (merotan) merupakan tindakan barbaric (orang yang tidak bertamadun).

Jika anak kecil pulang dari sekolah dan membuat aduan bahawa dia telah dirotan oleh gurunya, haruslah ibubapa menerima aduan itu dengan serius dengan menelefon sekolah dan bercakap dengan gurunya untuk mendapatkan cerita sebenar. Tentunya cerita itu berbeza daripada cerita si anak kecil. Keesokan harinya apabila anak kecil itu bangun, hendaklah dia dirotan (mengikut cara yang betul dan tidak menyalahi undang-undang) dan diberi pengertian kenapa dia menerima hukuman tersebut. Anak kecil itu harus sedar bahawa dia dihukum kerana tidak bercakap benar, percakapan yang berputar belit atau sengaja menyembunyikan maklumat sebenar. Jadi, apabila anak-anak sentiasa dilayan seperti ini, maka dia akan diajar dengan baik di sekolah Katolik.

Ibubapa, paderi dan guru (sekolah) haruslah bekerjasama demi kebaikan pendidikan anak-anak Katolik. Ibubapa harus mempercayai guru-guru sekolah kerana mereka juga memegang iman Katolik, tingkahlaku guru juga didasarkan kepada ajaran Gereja. Masalahnya bukan kerana sukar untuk mendidikan anak-anak Katolik tetapi para ibubapa yang sukar dididik kerana keracunan pemikiran liberalism. Vatican II tidak lari daripada terbabit dalam keruntuhan pendidikan Katolik  tetapi kita harus berusaha agar kepercayaan di antara ibubapa, guru dan paderi dibina semula. Kita harus menyokong sekolah Katolik mengikut kemampuan masing-masing. Hantarlah anak-anak Katolik ke sekolah Katolik.

Kesilapan kedua liberalism ke atas pendidikan ialah mementingkan atau mengutamakan keindividuan berbanding dengan kebaikan bersama (atau kebaikan untuk semua). Manusia merupakan ciptaan Tuhan Allah yang hidup bersosial (bermasyarakat). Jadi, anak-anak lebih sesuai diajar secara berkumpulan. Tekanan rakan sekelas boleh menjadi baik dan boleh juga menjadi tidak baik. Sekolah yang baik akan menghasilkan pelajar yang baik. Jadi, jika ada seorang dua pelajar yang ‘nakal’ dan enggan dididik, maka pelajar itu haruslah disingkirkan demi kebaikan semua orang. Sekolah Katolik bukan untuk pelajar yang memiliki sifat merosakkan, dan bukan dilihat sebagai Institusi Pemulihan Akhlak. Sekolah Katolik mengajar dan bukan untuk ‘baby-sit’.

Kesilapan ketiga ialah sekolah yang dihadiri oleh kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan. Kita harus sedar bahawa pelajar perempuan lebih dahulu menjadi matang dan suka mengganggu pelajar lelaki. Dan pelajar lelaki yang sedang membesar pula suka diganggu oleh pelajar perempuan. Jangan kita lupa akan ‘dosa asal’. Dalam tempoh pelajar mencapai tempoh matang (puberty), ‘dosa daging’ tidak harus dilihat secara ringan kecuali kita menolak dosa asal. Perlu juga diingat bahawa perempuan dan lelaki dicipta untuk fungsi dan peranan berlainan. Apabila mengajar subjek yang sama dan neutral, pelajar perempuan kehilangan minat apabila pelajar lelaki diajar, dan pelajar lelaki menjadi aktif dan nakal apabila pelajar perempuan pula diajar. [Kecualilah jika anda guru yang ‘garang’].

Di samping itu kita tidak harus membiarkan pelajar lelaki bersaing dengan pelajar perempuan. Pelajar lelaki mempunyai ‘self-respect’ dan tidak harus dibiarkan bersaing dengan pelajar perempuan. Apa terjadi jika mereka dikalahkan oleh pelajar perempuan, bukankah itu satu kemaluan bagi mereka! Kita harus mengajar pelajar lelaki ‘self-respect’. Ujian mereka haruslah diasingkan. Pelajar perempuan cemerlang dalam bidang mereka masing-masing dan mereka akan dididik menjadi isteri, ibu dan kakak yang baik. Seorang ibu tidak perlu menjadi ‘bodoh’ atau ‘pelajar paling uncit’. Pelajar lelaki pula haruslah dibiarkan cemerlang dalam bidang yang sesuai bagi mereka. Jangan biarkan pelajar perempuan mengganggu proses pembentukan budak lelaki menjadi lelaki dewasa yang matang. Kehadiran perempuan boleh menghalang pembentukan pelajar lelaki menjadi lelaki dewasa. Pelajar lelaki juga harus diajar menghormati dan melindungi perbezaan perempuan, supaya pelajar perempuan tidak perlu menjadikan mereka manusia kelas kedua supaya dihormati masyarakat.

Akhir sekali, saya mengajak semua umat Katolik terutamanya ibubapa untuk mula mengarahkan pemikiran ke arah pemikiran yang benar-benar Katolik. Janganlah kitamemberi perkhidmatan bibir sahaja kepada tuntutan Iman Katolik kerana anak-anak kita merupakan aset kita yang terbesar, yang dikurnai Tuhan Allah.

Deo gratias.


  1. semang

    Saya tertarik dengan kenyataan saudara pada perenggan 2.
    1’kejadian ini berlaku disebabkan oleh kesilapan pada pemikiran pemimpin2 Katolik yang telah diracuni dengan pegangan palsu seperti….’Adakah ini juga berlaku di Malaysia? Jika berlaku di Malaysia sila sertakan contoh2.
    2.ajaran heresy juga diajar melalui sermon dan homily paderi yang tidak mendapat latihan dan pendidikan Katolik yang berdasarkan ajaran Tradisi suci dan alkitab’.Apakah maksud saudara?tolong perincikan.
    Terima Kasih.

  2. Daripada pemerhatian saya, hampir semua sekolah ‘mission’ Katolik telah diserahkan kepada Kerajaan untuk ditadbir walaupun penyerahan itu bukannya 100%. Namun, hakikatnya, ketua sekolah dipegang oleh sesiapa sahaja tanpa mengira pegangan agama. Ciri-ciri sekolah Katolik juga terhapus dan tidak lagi sesuai dijadikan tempat pendidikan Katolik. Ada beberapa sekolah swasta Katolik tetapi saya tidak begitu pasti sama ada pendidikan Katolik diutamakan atau tidak.

    Ajaran heresy sememangnya ada diajarkan kepada umat melalui sermon/homily paderi dan uskup. Contoh ajaran heresy ialah:
    1. Gereja sebagai Tubuh Kristus yang mistik, suci dan kudus dikatakan telah jatuh ke dalam dosa. [heresy].
    2. Jalan keselamatan juga tersedia tanpa melalui Yesus atau melalui agama-agama lain. [heresy].
    3. Tuhan Allah penuh belas kasihan. Maka, Tuhan Allah tidak menghukum. [heresy].

    dan banyak lagi…

  3. semang

    Terima kasih.Adalah saat yang menyedihkan apabila sekolah Katolik/mission ini semakin hilang identitinya.

  4. minta maaf, saya langusng tidak bersetuju dlm hal ini.

    saya rasa sekolah katolik bukan disebabkan oleh perkara2 spt liberalisme atau apa2 saja -isme…..tetapi adalah disebabkan ISLAMIZATION oleh pihak2 tertentu….

    lupakah saudara apabila ahli parlimen pernah meminta salib2 dibuang dari sekolah2 mission? tetapi mereka lupa apa itu sekolah mission sebenarnya….

    klu mereka takut sgt kita ”memurtadkan” anak2 mereka, mengapa hantar anak2 ke sekolah convent dan sekolah mission yg lain? mereka harus sedar, apa itu maksud sekolah mission….of course lah dia mempunyai ciri2 kristian nya tersendiri utk mengukuhkan iman para pelajarnya

    maka, dgn ini saya rasa MAIN PROBLEM dgn sekolah katolik kita adalah sebab proses ISLAMIZATION oleh pihak2 kerajaan yg sememangnya tidak suka dgn orang2 kristian…




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: