Kebenaran Mutlak

Saya petik komen daripada salah seorang pembaca blog ini:

Kerana bagi saya suasana hidup beragama ini adalah seperti ini. Masing2 akan beritahu bahawa agama mereka adalah agama benar(samalah seperti kita RC bagitau agama kita adalah benar dan memang pun benar)tidak terkecualilah saudara2 protestant kita dan saya andaikan samalah seperti jenama Nike akan berkempen akan segala kebaikan/kualiti barangan Nikenya bila kita masuk ke Rumah Nike begitulah bila kita pergi ke Rumah Adidas mahupun Line 7.Saya pernah ke kedai yang hanya menjual jenama PUMA bila saya tanya apa kelebihan PUMA berbanding Line 7 dengan senang dan bersemangat beliau berkata2 tetapi bila saya tanya apa kelebihan Line 7 dan Adidas berbanding PUMA dia hanya tersenyum.Jadi semestinyalah Islam,Protestant akan bagitau agama mereka benarkan?samalah seperti saudara dan saya akan mempertahankan RC(biarpun dalam nada yang berbeza)

Saya percaya bahawa ramai umat Katolik melihat konsep KEBENARAN daripada sudut atau pandangan pembaca tersebut. Dengan kata lain, Kebenaran itu dilihat sebagai kebenaran yang relatif. Ini merupakan satu kesilapan besar dalam pemikiran lojik manusia dan yang menghairankan corak pemikiran sedemikian telah menjadi satu pegangan yang popular di kalangan umat-umat kita sehinggakan kita kehilangan KEBENARAN seperti yang diwahyukan kepada manusia oleh Yesus Kristus sendiri kerana Dia berkata: Akulah Kebenaran.

Adakah KEBENARAN itu terletak atau bergantung kepada kesaksian pemikiran manusia? Adakah KEBENARAN itu merupakan pengertian manusia semata-mata? Adakah KEBENARAN itu bersifat MUTLAK atau RELATIF? Adakah fahaman ‘relatitivisme‘ mendapat tempat dalam ajaran, doktrin dan dogma Katolik?

Ini merupakan soalan-soalan yang harus kita jawab dengan penuh hati-hati kerana apabila kita bercakap tentang KEBENARAN, kita bercakap tentang Tuhan Allah sebab Yesus adalah KEBENARAN.

Jelas Alkitab menyatakan bahawa Tuhan Allah berkata: God said to Moses: I AM WHO AM [Exodus 3:14].  Tuhan Allah TIDAK berkata: Aku adalah apa yang kamu fikir atau Aku adalah apa yang manusia fikir tentang  Aku. Tuhan Allah berkata: I AM WHO AM.

[ “I am who am”… That is, I am being itself, eternal, self-existent, independent, infinite; without beginning, end, or change; and the source of all other beings.] Source: http://www.drbo.org/cgi-bin/d?b=drb&bk=2&ch=3&l=14&f=s#x.

Dengan kata lain, KEBENARAN adalah mutlak yang bermaksud KEBENARAN tidak bergantung kepada pemikiran, pemahaman mahupun pandangan manusia. Hanya ada SATU Kebenaran seperti mana Tuhan Allah adalah SATU. Kebenaran hanya datang daripada Tuhan Allah yang memiliki autoriti mutlak. Selain daripada Kebenaran Mutlak ini, maka ia datang daripada Iblis, Bapa Dusta.

Agama Katolik diasaskan oleh Yesus Kristus, Tuhan Allah yang memiliki autoriti daripada Bapa di Surga sedangkan agama-agama lain adalah diasaskan oleh manusia yang tidak memiliki apa-apa autoriti kecuali tipu muslihat. Adakah ajaran ini sukar diterima? Di dalam Kebenaran tidak ada muslihat walaupun setitik pun kerana Tuhan Allah tidak bisa menipu atau ditipu kerana Tuhan Allah adalah sempurna sepenuhnya. Jadi, bagaimanakah harus kita mempertahankan Kebenaran itu?

Kesimpulannya, saya menerima Katolik sebagai agama yang benar bukan kerana saya berpendapat bahawa agama Katolik adalah agama yang benar TETAPI kerana Tuhan Allah atas autoriti-Nya mengatakan bahawa: [Jesus] I am the way, and the truth, and the life. No man cometh to the Father, but by me. [John 14:6]. Yesus Kristus sendiri bersaksi bahawa: Katolik adalah agama yang benar.

Deo gratias.


  1. semang

    Saudara,
    saya tidak pernah mempertikaikan kebenaran yang satu bahawa Katolik adalah agama yang satu2nya benar.Bahawa saya berkata2 kepada realiti kehidupan.Bahawa masing2 agama akan mengatakan agama mereka adalah benar dengan hujah2 yang bersandarkan kepada petikan ayat suci mereka tersendiri ITU SAHAJA dan saya umpamakan bahawa ia samalah seperti kita bertanya kepada kualiti atau pun kebaikan sesuatu barangan ataupun jenama sukan.
    Dan apabila saudara mengandaikan bahawa pandangan saya terhadap konsep kebenaran ini silap,jadi adakah anda hendak mencadangkan bahawa anda adalah Benar?sedangkan anda pun hanyalah manusia biasa seperti saya juga.Saya ulangi sekali saudara,bahawa saya tidak pernah mempertikaikan kebenaran Katolik cuma saya insaf bahawa di dunia ini ada pelbagai ragam manusia dan ragam agama jadi saya terima kepelbagaian itu nampak membiarkan pegangan Katolik saya goyah sedikit pun.
    Dan setelah membaca sebahagian artikel saudara kenapa anda tidak pernah cuba mempersoalkan akan berita2 muktahir berkenaan dengan isu2 agama di Malaysia ini?seperti kes “HERALD’ adakah anda takut? Atau adakah anda hanya berani dalam dunia maya sahaja? tetapi sekiranya anda sudah membuat sesuatu untuk isu2 agama di Malaysia(khasnya Katolik)tolonglah beri buktinya untuk saya supaya saya tidak sia2 menghormati anda sebagai saudara seiman.
    Sekian,terima kasih.

  2. semang

    sedikit pembetulan pada perenggan 2 yang berbunyi ‘saya terima kepelbagaian itu nampak membiarkan’ sebetulnya ia berbunyi begini ‘saya terima kepelbagian itu TANPA membiarkan’.Terima kasih.

  3. Sememangnya pengertian saudara Semang tentang konsep KEBENARAN adalah suatu kesilapan (error). Saudara dengan jelas mengumpamakan ‘kebenaran’ sebagai ‘pandangan manusia semata-mata’ seperti apabila seseorang penjual menggambarkan kehebatan produk mereka masing-masing. Sesiapapun tidak harus melihat ‘kebenaran’ mengikut pandangan/pengertian/pendapat/perasaan masing-masing TETAPI haruslah merujuk kepada sumber dari mana kebenaran itu datang. Adakah sumber itu memiliki AUTORITI? Adakah kebenaran daripada sumber itu BENAR?

    ‘Saya’ tidak menjadi isu di sini. Jika kenyataan yang saya keluarkan di sini merupakan ajaran ‘heresy’ atau sesat, silalah nyatakan secara jelas supaya saya diberi peluang untuk bertaubat dan menerima Kebenaran. Seperti mana saya mengasihi Allah maka saya juga mengasihi Kebenaran kerana Allah itu Kebenaran.

    Sekiranya saudara Semang tidak berkenan dengan ‘kebenaran’ yang saya kemukakan di dalam blog ini, maka saudara Semang sebenarnya bermasalah dengan corak pemikiran Katolik. Harus diingatkan di sini, saya bukannya ‘menyerang’ saudara Semang secara peribadi tetapi saya ‘memperbetulkan’ pandangan saudara Semang demi menegakkan kebenaran Iman Katolik. Bukankah tujuan blog ini adalah untuk mengajar Kebenaran Katolik?

  4. semang

    Itu pada pandangan saudara,saudara hanyalah manusia biasa seperti saya.Saudara boleh menuduh bahawa konsep kebenaran saya salah tetapi saudara bukanlah individu yang akan menjamin akan tempat di mana saya akan berada bila saya mati nantikan? Dan tidak semestinya blog anda ini mencerminkan pendirian gereja Katolikkan? biar pun saya tau bahawa saudara berpaksikan kepada Tradisi suci atau dogma(sebagai contoh)untuk sharing idea2 saudara tetapi saya ulang sekali lagi bahawa saudara hanyalah manusia biasa.Maksudnya saudara ada pemikiran tersendiri untuk mengembangkan idea2 anda itu.
    saya tidak pernah menyatakan yang saudara sudah sesat atau pun sesat cuma saya hendak tau pendirian anda terhadap isu2 agama di Malaysia ini seperti contoh yang saya berikan itu berkenaan dengan akhbar “herald’tepat lagi isu ‘Allah’ itu sahaja.Sebagai umat Katolik yang tegas dan pendirian dan mempunyai pengetahuan agama yang luas tidak sudikah saudara berdiskusi berkenaan isu itu(contoh)dengan pembaca yang miskin ilmu seperti saya ini?
    Menjawap kenyataan saudara di perenggan terakhir itu apa yang boleh saya katakan hanyalah ‘Atau saudara yang bermasalah?’
    sekian,salam sayang.

  5. Jika begitu, maka saudara mengatakan bahawa KEBENARAN bergantung kepada persepsi manusia biasa seperti saudara Semang dan saya sendiri. Adakah kenyataan ini menjadi ajaran yang benar bagi saudara Semang? Adakah saudara Semang inginkan ajaran ini menjadi pegangan umat Katolik yang lain? Sedarkah saudara Semang bahawa ajaran ini sebenarnya berasaskan pegangan ‘relativisme‘ dan ‘rationalism’. Kedua-dua pegangan ini TIDAK SERASI dengan iman Katolik.

    Penghakiman terakhir bagi setiap jiwa terletak di tangan Tuhan Allah. Saya tidak mempersoalkan kebenaran kenyataan ini.

    Saudara Semang mengatakan bahawa ajaran ‘Kebenaran adalah mutlak’ bukan ajaran rasmi Gereja Katolik. Jika begitu, saya cadangkan saudara membuat bacaan atau kajian lanjut dengan pautan ini:
    http://www.newadvent.org/cathen/15073a.htm
    http://www.carm.org/relativism/whatistruth.htm
    http://www.catholicity.com/encyclopedia/t/truth.html

    Antara kenyataan-kenyataan saya, yang mana satukah merupakan idea peribadi saya? Dan yang mana satukah benar-benar merupakan ajaran, doktrin dan dogma Katolik?
    Tujuan blog ini bukan untuk menyebarkan ajaran peribadi saya tetapi untuk mempertahankan ajaran, doktrin dan dogma Katolik. Jika ada ajaran, doktrin dan dogma Katolik yang saudara Semang tidak setuju, maka saya sarankan agar saudara Semang kemukakan ajaran sepatutnya ‘Katolik’ dan ‘Benar’. Adakah kepercayaan (atau ajaran) bahawa ‘Kebenaran bergantung kepada pemahaman manusia’ merupakan ajaran Katolik atau tidak?

    Apabila Yesus mengatakan bahawa diri-Nya adalah Kebenaran, adakah ‘KEBENARAN’ Yesus bergantung kepada pemahaman manusia atau Yesus bersaksi atas autoriti-Nya sendiri? Apabila kita bercakap tentang Kebenaran, adakah kita bercakap tentang Yesus (Kebenaran) ATAU diri manusia atau produk yang hanya benar kerana dinilai benar oleh manusia biasa?

  6. semang

    Saudara belum menyatakan pendirian saudara terhadap isu2 Agama di malaysia sekarang ini.Adakah saudara takut dan pengecut?

  7. semang

    dan boleh tolong jelaskan kepada saya manakah kata2 saya yang saudara anggap sebagai menentang ajaran,doktrin dan dogma Katolik?

  8. Apakah isu-isu yang saudara Semang maksudkan? Kenapa pula saudara Semang melabelkan saya sebagai ‘takut’ dan ‘pengecut’? Kita hadkan perbincangan (mahupun perdebatan) ini kepada isu atau persoalan secara objektif.

    Saudara Semang telah mengeluarkan kenyataan bahawa KEBENARAN bergantung kepada persepsi manusia biasa seperti seseorang itu menilai kehebatan sepasang kasut. Dengan kata lain, saudara Semang amat berpegang kepada ajaran bahawa ‘Kebenaran bersifat RELATIF’ walaupun hakikatnya ‘Kebenaran bersifat MUTLAK’.

    Sekiranya saudara Semang atau sesiapa sahaja enggan menerima ajaran bahawa ‘Kebenaran bersifat MUTLAK’ maka itu terpulang kepada keputusan masing-masing.

    Isu di sini ialah ajaran yang mana satukah merupakan ajaran Katolik?
    a) Kebenaran bersifat relatif
    b) Kebenaran bersifat mutlak

    Jawapan saudara Semang: ?

  9. semang

    Adakah saudara minta saya untuk memilih A atau B? Jawapan dan pendirian saya adalah: Saya(seperti yang pernah saya katakan sebelum ini)bahawa saya Tidak pernah sangsi atau pun meragui akan kebenaran Katolik Satu2nya agama yang diwahyukan oleh Tuhan melalui dirinya sendiri(Jesus) tetapi dalam masa yang sama saya melihat bahawa di dunia ini bukan hanya ada Katolik sahaja rupa-rupanya ada juga agama2 lain dan Kristian2 lain(protestan) yang mana mereka masing2 beranggapan bahawa mereka(agama mereka) adalah kebenaran mutlak(sebab itulah saya umpamakan dengan barangan sukan seperti Adidas,Line 7 dan Puma seperti mana jenama sukan itu akan masing2 memberitahu bahawa jenama mereka adalah yang terbaik dan berkualiti maka begitu jugalah penganut2 agama ini(termasuk kita berdua)ke mana2 saya pergi saya bangga memberitahu orang( khasnya melalui perbuatan )bahawa saya adalah KATOLIK.Saudara tidak perlulah bersetuju dengan pendirian saya ini dan sekiranya saudara telah sakit hati dengan pendirian saya ini saya minta maaf tetapi ‘Saya adalah saya,tidak mungkin menjadi saudara’.
    Apa yang penting bagi saya adalah,saya menjalani kehidupan Katolik saya dengan hati yang gembira,berkongsi harta benda duniawi saya sesama manusia(tanpa kira agama)dan di hujung minggu(Ahad)pergi menyebarkan dan menyuburkan Iman Katolik di mana2 kampung(Katolik)yang tidak sempat dilawati oleh Katekis tanpa meminta sesen pun daripada mereka(orang kampung,Paroki saya tidak ada Paderi)Jadi apa komen saudara tentang aktiviti2 ini,mungkinkah iman mereka ini akan goyah kerana saya berfikiran Liberal? dan sekiranya saudara ada idea bagaimana untuk saya memantapkan lagi pelayanan saya(tanpa mempertikaikan pendirian saya)saya alu-alukan.
    sekian,terima kasih.

  10. Saudara Semang belum jelaskan maksud ‘berfikiran liberal’ mengikut pengertian saudara sendiri. Jadi, saya tidak dapat menjawab soalan “Jadi apa komen saudara tentang aktiviti2 ini,mungkinkah iman mereka ini akan goyah kerana saya berfikiran Liberal?”

    Yang penting di sini, saya telah jelaskan maksud pemikiran ‘liberalism’ dan juga konsep asas kebenaran. Apakah kandungan pemikiran liberalism seseorang adalah bergantung kepada keputusan masing-masing.

    Manakala, bercakap tentang Kebenaran, terpulang kepada setiap individu untuk mengisi ‘kebenaran’ yang akan dijadikan sebagai kebenaran yang mutlak. Yang utama di sini ialah: Manusia hanya boleh berbakti (atau menyembah) Tuhan Allah dalam KEBENARAN.

    Dan sebagai umat Katolik, kita tidak ada pilihan lain (selain murtad) bahawa kita menerima sepenuhnya semua ajaran, doktrin dan dogma Katolik secara total. Iman ialah penerimaan sepenuh hati Kebenaran yang diwahyukan oleh Tuhan Allah kepada kita (manusia) melalui Gereja-Nya (Roman Katolik). Tidak beriman bermaksud tidak menerima mana-mana satu ajaran, doktrin atau dogma Katolik.

    Yang akan memesong iman ramai umat Katolik ialah ajaran sesat atau ajaran heresy.

    Teruskan usaha memperdalami ilmu dalam agama Katolik.

    Deo gratias.

  11. Penunggang KUDA Putih

    Bicara tentang kebenaran..sia2lah kebijaksanaan manusia yg dipimpin oleh hati sendiri,bukan dipimpin oleh ROH ALLAH..sebenarnya,,KEBENARAN itu bukan berdasarkan agama apa yg patut kita ikut atau percayai..didalam ALKITAB tertulis bahawa pokok dripada semua perbuatan baik adalah YESUS KRISTUS..Tuhan YESUS mengajar kita supaya saling mengasihi,PAULUS DAN RASUL2 yg menulis ALKITAB juga menekankan perintah utk saling mengasihi..karna itulah yg mereka terima daripada TUHAN YESUS..maka itulah kebenaran yg sempurna.soal mengubah ALIKITAB,,sebenarnya ALKITAB tdk d ubah,,tetapi yg mengatakan ALKITAB diubah itulah yg diubah.(harap faham)..tiada sesiapa yg suci didunia ini..tdk ada manusia yg dpt menggantikan YESUS KRISTUS,,karna dialah kepala jemaah yg sebenar,,bukan sri paus,,bukan paderi,pastor atau pendeta..YESUS memerintahkan utk meneguhkan jemaah,bukan utk menjadi penggantinya,,karna dia sentiasa bersama dgn org2 yg berdoa dalam namaNYA.

    Respon: Gereja Katolik didirikan oleh Yesus Kristus, jadi semua umat harus merujuk kepada Gereja Kristus untuk mendapatkan keselamatan jiwa. Selain Gereja Katolik, semua ‘agama’ dan ajaran lain adalah ciptaan manusia. Jesus mengajar kita supaya mendengar Gereja. Dalam Alkitab pun kita tidak menjumpai perkataan ‘Alkitab’. Jesus tidak pernah menyuruh para Rasul menulis dan menerbitkan Alkitab. Alkitab yang kita ada pun asalnya datangnya daripada Gereja Katolik. Seperkara lagi, tidakkah saudara sedar bahawa ‘kepercayaan’ saudara itu juga merupakan satu ‘agama’ ciptaan manusia dan pengasasnya menjadi ketua agama saudara yang pertama seolah-olah seperti Paus?




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: