Misa Tahun Lembu

Sebelum saya mula berkata-kata para pembaca budiman dipersilakan mengunjungi laporan yang bertajuk “SHC welcomes the year of the Ox” yang bermaksud “Katedral Hati Kudus menyambut tahun Lembu”. Misa Novus Ordo ini telah ‘diubahsuai’ untuk tujuan ‘merayakan’ kedatangan Tahun Baru Cina atau Tahun Lembu.  Apakah reaksi saya apabila membaca artikel ini? Memang banyak persoalan yang timbul di dalam fikiran saya.

Daripada gambar foto dipaparkan, anda dapat melihat dengan jelas beberapa orang gadis menari-menari di hadapan altar suci sambil diiringi dengan pukulan-pukulan drum yang besar. Gadis-gadis ini dengan jelas tidak memakai ‘veil’ atau tutup kepala (tudung). Adakah tarian-tarian ini suatu ‘pertunjukan’ atau ‘hiburan’ untuk umat yang hadir berbakti kepada Tuhan Allah? Semasa Misa Kudus yang pertama kali dirayakan oleh Yesus, adakah sesiapa yang ‘menari-nari’ di hadapan Yesus? Semasa Yesus dihukum mati di atas salib, adakah sesiapa yang ‘menari-menari’ di hadapan Yesus?

Adakah Vatican II membenarkan Misa Novus Ordo diubahsuai mengikut kreativiti dan budaya setempat sehingga Uskup dan Paderi tidak lagi mematuhi rubrik Misa seperti yang telah ditetapkan oleh Vatican II?

Apakah perayaan Tahun Lembu? Adakah ini merupakan suatu perayaan Katolik dan apakah cerita disebalik Tahun Lembu ini?  Apakah maksud Tahun Lembu kepada umat Katolik? Adakah ‘cerita’ tentang Tahun Lembu ini benar atau dongeng? Jika tidak benar, maka apakah yang akan diberitahu oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka tentang Tahun Lembu? Adakah kita dibenarkan menyebarkan cerita palsu atau dongeng kepada anak-anak sehinggakan ia menjadi suatu upacara keagamaan?  Adakah elemen ‘haiwan lembu’ mendapat tempat dalam kepercayaan iman Katolik? Jika  tidak, kenapakah SHC (Sacred Heart Cathedral, Kota Kinabalu) merayakannya semasa upacaya Misa Kudus?  Bagaimana sesuatu yang KUDUS boleh dicampuradukkan dengan LEMBU?

Apakah sebabnya Gereja dinamakan Gereja Roman Katolik? Kenapakah ada perkataan ‘Roman’? Mungkinkah SHC merupakan Gereja Cina Katolik? Adakah Gereja tempatan sekarang tidak lagi menyenangi elemen-elemen ‘Roman’ di dalam upacara keagamaan Katolik? Adakah ini merupakan suatu usaha untuk melenyapkan pengaruh ‘Roman’ dan menggantikannya dengan pengaruh tempatan seperti pengaruh budaya Cina.

Misa Kudus merupakan PINTU ke Surga. Adakah pada suatu hari nanti akan ada tarian-tarian Tahun Lembu di Surga? Adakah Lembu akan duduk di sebelah kiri (atau kanan) Bapa Surgawi seperti yang diceritakan oleh Tahun Lembu?

Tahun Lembu bukan sebahagian daripada Kalendar Katolik. Tahun Lembu merupakan salah satu Kalendar asing yang tidak termasuk dalam upacara keagamaan Katolik. Saya petik laporan itu: “In his homily, the archbishop reminded the capacity-packed cathedral that the new year is a year for all to make greater efforts to walk the way of the Lord.” Adakah benar bahawa Tahun Lembu merupakan tahun untuk SEMUA orang berusaha lebih untuk berjalan mengikut ajaran Tuhan? Ajaran ini TIDAK ADA tercatat di dalam Tradisi Suci mahupun di dalam Alkitab! Saya tidak percaya Yesus ada kaitan dengan Tahun Lembu.

Kemudian, saya petik: Then in line with the Chinese way of showing reverence, the clergy and faithful bowed three times before the altar followed by the faithful’s bows toward the clergy and then toward each other. Apakah cara Katolik untuk membuat penghormatan kudus? Mungkinkah Katolik di New Zealand akan melakukan penghormatan kudus dengan cara menjelirkan lidah kerana ini merupakan budaya mereka di sana?

Terpulanglah kepada para pembaca untuk membuat penilaian sendiri.

Deo gratias.


  1. semang

    Salam,
    Saudara ada hak untuk bersaksi kepada semua pendapat dan pendirian saudara dan tentu saudara ada sebab2 tersendiri yang berpaksikan tradisi gereja atau doktrin atau dogma gereja dan di pihak SHC pula, tentu SHC telah mengkaji sedalam-dalamnya implikasi-baik dan buruk atau bertentangan atau tidak aktiviti mereka itu dengan ajaran Katolik sebelum melaksanakannya.Sudahkah saudara minta penjelasan secara bertulis daripada SHC berkenaan dengan aktiviti mereka ini? dan jika sudah ada silalah siarkannya dalam blog saudara ini supaya kami(pembaca)dapat menilai atau membuat penilaian.Kerana jika hanya berpandukan laporan web SHC saya percaya itu tidak lengkap dan bukan sepenuhnya gambaran sebenar aktiviti SHC itu dan jika hanya berpandukan kenyataan pendirian saudara sahaja mungkin ia tidak adil bagi SHC dan tentu saya seolah2 dipengaruhi emosi bila menyatakan pendirian/penilaian saya.Jadi minta kerjasama saudara untuk berhubung dengan SHC.
    Sekian,Terima kasih.

    Respon Pengarang:
    Saudara sendiri boleh menghubungi pihak autoriti SHC melalui pautan ini:
    http://www.kkdiocese.net/home/contact.cnt?ask=1.
    Semoga berjaya!

  2. Shalom kepada Saudara Semang, saya berpendapat penilaian autor blog ini terhadap tarian singa di SHC adalah berdasarkan kepada perubahan maksud doktrin ekumenisma sebelum dan selepas vatikan ke-II. Gereja Katolik sebelum vatikan ke-II melarang mencampuradukkan kepercayaan agama lain dalam agama RC dan ini adalah juga ajaran Yesus, Tuhan kita. Selepas Vatikan ke-II pula, maksud ekumenisma telah diubah, dimana ia mengalakkan kejadian seperti yang berlaku di SHC ini dan ini bukan ajaran Yesus. Ajaran Yesus tetap sama dari dulu hingga sekarang.

  3. semang

    Shalom saudara Avanus.
    Ada betulnya peneranngan saudara.
    1.Jadi kenapa para Paderi kita(Vatikan II)yang sangat maklum akan hal ehwal gereja telah membenarkan perubahan ini.
    2.Apakah motif mereka?(Vatikan II)

  4. Shalom kepada saudara Semang. Apa khabar? Saya harap dalam keadaan sihat-walafiat selalu. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh saudara adalah wajar sekali. Saya pasti ramai lagi umat Katolik yang juga ingin menanyakan soalan yang sama; mereka kebingungan kerana kejadian seperti di SHC melibatkan uskup dan paderi2. Siapakah yang salah? Siapakah yang benar? Untuk menjawap soalan saudara, sudah pastinya kita kena ikut apa yang dikatakan oleh Yesus, Tuhan kita; yakni ajaran Gereja Katolik apabila menghadapi Tuhan agama lain. Sebenarnya jawapan kepada soalan saudara sudah pun terjawab dalam Alkitab, juga oleh Bunda Maria semasa penampakkannya di Fatima, Portugal pada tahun 1917. Cuma yang diperlukan adalah minda yang terbuka, doa dan masa untuk menerimanya kerana ianya juga sebahagian dari proses perjalanan iman kita. Kejadian di SHC adalah sesuatu yang jelek dalam sejarah gereja Katolik. Selain dari infomasi yang ada dalam blog Lex Orandi ini, saya juga ada menyentuh tentang kejadian di SHC dalam blog saya di – http://sabahanexperience.blogspot.com. Saya menjemput saudara memberi apa2 komen dan saya akan berusaha untuk menjawab dengan sebaik-baiknya dan selepas itu ianya terpulang kepada saudara untuk membuat penilaian sendiri.

    http://sabahanexperience.blogspot.com

  5. Inilah antara ‘bukti-bukti’ akan wujudnya krisis iman sehinggakan paderi dan uskup pun terlibat sama, susulan daripada tafsiran yang ‘menyimpang’ akan Konsili Vatican II dan juga inovasi-inovasi yang diperkenalkan semasa Konsili itu bersidang. Oremust dan Avanus tidak mampu menerangkan segala-galanya, terpulanglah kepada kejujuran sdr Semang untuk mencari dan mempertahankan kesucian ajaran Katolik seperti yang diajar oleh Yesus dan para rasul.

  6. ya..saya setuju dgn author dlm hal ini. kadang2 gereja seolah2 menjadi tempat kebudayaan berbanding sebagai tempat Misa… cukuplah kita sekadar misa untuk CNY, Misa gawai atau Misa Kaamatan ja…tak perlu selitkan acara2 kebudayaan…

    acara kebudayaan boleh diselitkan di luar misa




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: