Puasa dan Pantang

Dalam musim Puasa sekarang, umat Katolik sepatutnya berpuasa dan berpantang pada hari-hari tertentu yang ditetapkan oleh Gereja.   Mengikut peraturan terbaru, umat hanya perlu berpuasa dan berpantang pada hari Rabu Abu Besar dan Hari Jumaat Agung sahaja.  Tetapi ada juga di kalangan mereka yang masih mengikuti peraturan lama iaitu sepanjang musim Lent, mereka berpuasa dan berpantang bukan sahaja pada hari Rabu Abu dan Jumaat Agung, tetapi juga setiap hari Jumaat sepanjang Musim Lent.  Bukan sekadar itu sahaja, mereka juga berpantang daging setiap hari Jumaat sepanjang tahun.

Umat Katolik yang berumur 21 tahun dan ke atas adalah diwajibkan berpuasa pada musim Lent iaitu mereka hanya dibenarkan makan ringan sebanyak dua kali sahaja iaitu pada waktu pagi (contoh: sarapan) dan tenghari dan makan berat (penuh) pada waktu malam. Tetapi jumlah kedua-dua makanan ringan ini tidak sepatutnya menyamai satu hidangan penuh (contoh: makan malam), dan kuantitinya hanya sekadar mencukupi untuk memberikan tenaga agar mereka yang bekerja dapat meneruskan pekerjaan mereka tanpa berasa terlalu letih atau penat. Makan di antara waktu makan adalah dilarang.

Setiap hari Jumaat sepanjang tahun, umat pula sepatutnya berpantang daripada makan daging tetapi saya diberitahu bahawa Para Uskup telah mengubah peraturan ini dan ditukarkan dengan ‘kurangkan makan’ atau ‘kurangkan aktiviti harian seperti kurangkan merokok, kurangkan menonton televisyen dan sebagainya’. Secara peribadi, saya tidak mengikuti perubahan ini kerana peraturan lama juga bukan sekadar mewajibkan umat Katolik berpuasa (makan) tetapi juga berpuasa (mengurangkan) aktiviti harian lain seperti menonton tv, merokok dan sebagainya. Di samping itu, perubahan yang ditetapkan oleh para Uskup telah menyebabkan peraturan berpuasa (makan) ini tidak diendahkan lagi, dipandang ringan dan menjadi perkara yang remeh temeh. Ini sungguh menyedihkan saya.

Daripada pemerhatian saya juga, didapati mereka yang tidak berpantang daging pada hari Jumaat, tidak menggantikannya dengan pantang yang lain.

Saya kerap kali mengingatkan rakan sejawat yang beragama Katolik supaya menghormati musim Lent dengan tidak makan terlalu banyak di khalayak ramai atau makan daging pada hari Jumaat terutama sekali jika ia dilakukan di antara waktu makan. Umat Katolik juga tidak harus mengagih-agihkan gula-gula di antara sesi makan kerana ini tidak dibenarkan. Namun, saya mendapat tentangan daripada mereka. Bukannya mereka berterima kasih kepada saya kerana menegur mereka dengan baik, tetapi mengatakan saya ‘kurang siuman’! Saya amat sedih kerana umat Katolik sendiri menginjak-injak kesucian agama Katolik.

Untuk pengetahuan para pembaca, umat Katolik tidak berpuasa pada hari Ahad sepanjang tahun (termasuk musim Lent) kecuali dinyatakan sebaliknya. Jika umat menyambut komuni pada hari Ahad pagi, maka mereka perlu berpuasa dari tengah malam tetapi jika Misa Kudus diadakan lewat pagi atau pada waktu petang, maka umat wajib berpuasa sekurang-kurangnya tiga jam sebelum menyambut Komuni Suci. Air boleh diminum pada bila-bila masa sepanjang tahun. Mereka yang sakit dibenarkan mengambil ubat mengikut jadual pengambilan.

Saya mengajak saudara dan saudari yang seiman supaya mematuhi peraturan berpuasa dan berpantang sepanjang musim Lent dan berpantang makan daging setiap hari Jumaat sepanjang tahun.

Deo gratias.

[Dikemaskini pada 10/4/2009)


  1. jesica

    Saya Jdi mengErti bgaimana cRA brpuasa di Agma Katolik

    Jawapan:
    Pada musim Paska, umat berpuasa dengan cara berikut:
    Dalam sehari, umat dibenarkan makan penuh sekali dan dua kali makanan ringan. Contoh: Makan ringan semasa pagi dan tengahari, makan penuh semasa makan malam. Jumlah dua kali makan ringan TIDAK sepatutnya menyamai satu kali makan penuh (berat). Makan ringan hanya sekadar mencukupi untuk memberi tenaga untuk bekerja. Di samping itu, umat juga diseru untuk mengurangkan (atau lebih baik berhentikan terus) aktiviti yang kurang berfaedah seperti menonton televisyen (video), bermain permainan komputer atau merokok. Umat tidak berpuasa pada hari Minggu musim Lent kecuali jika pergi menyambut.

    Sebelum menyambut Komuni Suci, umat dikehendaki berada dalam ‘state of grace’ iaitu tidak berdosa berat (mortal) dan berpuasa sekurang-kurangnya tiga jam sebelum menyambut atau berpuasa dari tengah malam jika menghadiri Misa Kudus pada pagi Hari Minggu. Air boleh diminum pada bila-bila masa.

  2. Alfonsus

    Saya sangat setuju dengan pendapat penulis, kiranya orang katolik perlu memberikan perhatian khusus dalam masa puasa. Memulai sebuah habitus baru dengan berpantang dan berpuasa. Berpuasa, tentu ada banyak cara dan pilihan so… silahkan memilih dengan kesungguhan niat dan hati sebagai sebuang ungkapan pertobatan dan juga sykur atas rahmat allah sendiri. Tapi jangan tidak memilih….. jeleknya orang katolik… karena terlalu ringan malah tidal di lakukan. So… buatlah sebuah keputusan sebagai niat yang lkeluar darihatimu. Kesadaran untuk memiliki disposisi batin yang baik dengan berpuasa sebelum merayakan Ekaristi karena kita akan memperoleh Berkat dalam komui suci.

  3. erick

    Saya hanya mau tanya beberapa soalan iaitu kenapa memilih
    tidak boleh makan daging pada hari jumaat sedangkan banyak lagi makanan lain? adakah telur dan daging ikan
    termasuk daging? Apakah maksud 12 lambang bintang
    pada kepala bonda maria dalam kalung rosary?

    Jawapan:
    Gereja menetapkan keperluan minima iaitu berpantang makan daging pada hari Jumaat sebagai tanda untuk memperingati dan menghormati kematian Yesus pada hari tersebut. Umat boleh atas dasar sukarela untuk berpantang jenis makanan lain bergantung kepada tujuannya iaitu untuk menyenangi hati Allah.

  4. Mayjune

    Salam Damai… saya amat tertarik dengan pelbagai ilmu pengatahuan yang penulis paparkan dalam web ini. Sebagai orang katolik masih banyak persoalan-persoalan yang saya inginkan jawapannya. Sebagai contoh saya baru mengatahui cara berpuasa yang betul apabila terbaca ruangan ini. Syukur kepada Tuhan kerana adanya ruangan seperti ini.

  5. Untuk pengetahuan semua, Gereja sekarang telah melonggarkan puasa dari 3 jam kepada 1 jam tetapi ia membawa banyak ‘kelemahan’. Masa berpuasa dikira mula dari masa menyambut Komuni Suci, jadi jika anggaran umat bahawa penyambutan bermula sejam selepas Misa Kudus bermula, maka tentunya anda akan melihat ada umat yang sedang makan ‘burger’ sebelum pergi menyambut! Kemungkinan ‘roti’ dan ‘daging burger’ masih tersangkut di celah-celah gigi. Adakah ini merupakan cara terhormat untuk menyambut Tubuh dan Darah Kristus yang Suci?

    Oleh yang demikian, semua umat Katolik (yang benar-benar serius dengan kepercayaan mereka) supaya berpuasa sekurang-kurang TIGA jam sebelum masa menyambut kerana inilah cara kita umat Katolik menghormati Tuhan Allah Yesus Kristus, Juruselamat yang Agung! Jika tidak biasa dengan amalan berpuasa ini, maka baik dimulakan pada minggu ini secara sukarela! Tentu Tuhan Allah akan mencurahkan berkat-Nya ke atas kita umat-Nya. Amen.

  6. Ada beberapa pembetulan iaitu:
    1) Mengikut peraturan baru, umat Katolik diwajibkan berpuasa dan berpantang dua kali setahun iaitu pada hari Rabu Abu dan hari Jumaat Agung.
    2) Mengikut peraturan lama (Traditional), umat Katolik diwajibkan berpuasa dan berpantang pada hari Rabu Abu dan setiap hari Jumaat semasa musim Paska (dan bukannya setiap hari selama 40 hari). Terdapat juga hari-hari lain apabila umat Katolik diwajibkan berpuasa dan berpantang.

    Sekiranya umat Katolik tidak berpuasa dan berpantang tanpa sebab yang munasabah, maka ia merupakan satu pelanggaran yang mengakibatkan dosa berat (mortal).

  7. frooGy

    terima kasih….saya semakin faham maksud puasa yang sebenarny…. puasa itu sebenarny mengajar kita untuk lebih dekat kepada tuhan dan meninggalkan kebiasaan yg duniawi sperti merokok,berbelanja banyak dan meminta kita untuk melakukan yang terbaik.pendek kata, puasa mengajar kita untuk bersederhana dalam setiap hal…bagi saya, puasa makan saja tidak cukup dalam persiapan kita menyambut easter.sebenarnya kita perlu benar2 mendekatkan diri dengan tuhan dan sentiasa berdoa kepadanya…sama2 lah kita mendekatkan diri dengan tuhan, mendengar tiap firmannya dan menjadi umatnya yang kudus.amin.

  8. Jeff

    Shalom Saudara yang dikasihi,
    Semoga Damai Sejahtera Tuhan yang Maha Kuasa serta mu,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,

    Wahai saudara ku,

    Persoalan yang dibincangkan amat menarik sekali. Saya juga tertarik dengan pendapat dan keterangan yang dikemukan oleh semua penulis berkaitan dengan ibadah puasa yang dibenarkan oleh Katolik.

    Sebenarnya, ibadah puasa ini diambil oleh kita penganut ajaran Jesus bermula dari kisah Jesus sendiri yang berpuasa selama 40 hari 40 malam tanpa makan dan minum. Harus diingatkan kepada kita semua bahawa Jesus seorang Yahudi. Sebagai seorang Yahudi yang alim dan tahu akan kebenaran, Jesus berpuasa TANPA MAKAN DAN MINUM selama tempoh tersebut. Oleh hal yang demikian, kita umat Kristian yakni pengikut ajaran tersebut harus faham dengan keterangan tersebut.

    Bagi pendapat yang dikemukakan bahawa kita berpuasa dibolehkan untuk makan tetapi dikurangkan kuantiti jumlah makanan kita itu adalah tidak benar sama sekali. Kami pengikut Massiah Katolik tidak dibenarkan untuk makan selama tempoh tertentu sehingga tempoh tertentu dalam tempoh puasa, iaitu dalam musim Lent. Kami bermula puasa tanpa makan dan minum bermula dari (Compline) yakni sembahyang jam 1000pm (diandaikan pada waktu itu Jesus dan para pengikutnya melakukan Last Supper) Selepas tempoh Compline maka bermulalah tempoh puasa dan waktu untuk berbuka adalah pada waktu senja (Vespers) – sembahyang malam. Dalam tempoh perantaraan Compline hingga Vespers adalah DILARANG MAKAN DAN MINUM. Tidak ada mana2 satu dibenarkan untuk makan dan minum. NAMUN KEBANYAKKAN JEMAAT GEREJA MENYOKONG AJARAN PADERI MEREKA UNTUK TIDAK MAKAN TETAPI DIBENARKAN MINUM. Perbuatan tersebut telah melanggar kaedah puasa yang dijalankan oleh Jesus.

    Kebenaran yang seterusnya, dewasa ini, kaedah puasa kita banyak telah diringankan oleh PADERI GEREJA dan dikatakan mendapat restu dari VATICAN. Perkara ini mengarut. Meskipun kita tahu bahawa Pope adalah mendapat mandat dan mewarisi takhta yang diberikan oleh Jesus kepada St. Peter, tetapi Kunci Syurga adalah hanya diberikan kepada St. Peter. St. Peter tidak pernah mengwariskan benda tersebut kepada para pengikutnya. Saya harap saudara kita semua dapat sedar dan mula berfikir akan kaedah berpuasa yang sebenarnya.

    Dalami ajaran Jesus dengan berlatarkan budaya Yahudi kerana Jesus adalah Yahudi. Kita sering menjadikan budaya kita sebagai latar belakang dan budaya dan Jesus dan ajarannya sebagai benda yang mewarnainya. Perkara ini amat salah.

    Kami Pengikut Massiah Katolik amat berwaspada dengan ajaran yang kebanyakkannya mula menyimpang dari kebenarannya.

  9. Saudara Jeff tidak ada ‘autoriti’ atau ‘kuasa’ untuk mengubah peraturan disiplin tentang berpuasa dan berpantang yang telah dikeluarkan oleh Gereja kepada umat Katolik. Jika Jeff mempercayai doktrin manusiawi, terpulanglah kepada Jeff untuk berbuat demikian. Semua tafsiran Jeff adalah tafsiran manusiawi dan tidak digunapakai dalam doktrin agama Kristian.

  10. frooGy

    salam damai….
    saya ingin bertanya….melalui statement yang saudara kemukakan:….
    makan ringan sebanyak dua kali sahaja iaitu pada waktu pagi (contoh: sarapan) dan tenghari dan makan berat (penuh) pada waktu malam. Tetapi jumlah kedua-dua makanan ringan ini tidak sepatutnya menyamai satu hidangan penuh (contoh: makan malam), dan kuantitinya hanya sekadar mencukupi untuk memberikan tenaga agar mereka yang bekerja dapat meneruskan pekerjaan mereka tanpa berasa terlalu letih atau penat…adakah ini cara yang wajib untuk puasa dari segi pemakanan?? bagaimana kalau umat itu berpuasa dengan tidak makan lansung pada waktu tengahari dan hanya makan dalam kuantiti yang sekadar mencukupi pada waktu malam.adakah ini juga boleh dikatakan puasa..??terima kasih….

    Pengarang: Peraturan berpuasa (dan berpantang) seperti yang dianjurkan oleh Gereja adalah keperluan MINIMUM tetapi jika ada umat yang ingin berbuat lebih daripada ketetapan itu, itu merupakan sesuatu yang baik dan amat dialu-alukan. Salah satu tujuan berpuasa ialah untuk belajar ‘melawan’ keinginan daging dan seterusnya ‘melawan’ godaan dosa. Amalan ini juga mengajar kita tentang makna ‘pengorbanan’. God bless you.

  11. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Wahai Saudara Oremus (Lets us Pray),

    Saya tidak berceritakan tentang kuasa kepada saudara. Seandainya saya berceritakan tentang kuasa tentu saudara tidak akan faham tentang kuasa yang sebenarnya yang saya akan ceritakan. Cukuplah saya menceritakan asal usul puasa yang dilakukan oleh Jesus yang berakar umbikan budaya Yahudi. Saudara hendaklah membuka mata hati dan telinga saudara untuk mencari budaya asal Jesus yakni Yahudi dan bagaimana mereka menjalankan ibadah puasa tersebut.

    Ceritakan kepada saya, apakah puasa tersebut adalah sah seandainya kita berpuasa tanpa makan tetapi minum dibenarkan dan tidak seperti ibadah Jesus sendiri? Siapakah yang membenarkan ibadah tersebut dijalankan seperti berikut? Mengapa? adakah ia satu amalan yang mutlak?

    Ibadah puasa itu sendiri membawa maksud yang mendalam seandainya kita mengkaji ibadah tersebut secara terperinci. Puasa itu sendiri mengariskan peraturan yang ketat dan sebahagiannya telah diringankan oleh pihak tertentu supaya kita mampu beribadah meskipun ia telah tidak selari dengan perkara yang asal. Puasa itu sendiri menuntut kita untuk mencegah melakukan sesuatu perkara yang mungkar. Ingat cubaan dan dugaan yang pertama yang dikenakan oleh Iblis kepada Jesus. Ia berkaitan dengan makanan. Tetapi Jesus tidak menurut kehendak Iblis kerana baginda tahu bahawa FIRMAN TUHAN (yakni ibadah dan iman) yang paling penting dan tidak terikut-ikut dengan kehendak duniawi kita. Ingat juga sewaktu Jesus di kebun Getsemani, Jesus pernah berkata kepada muridnya bahawa, roh kita dalah lemah dan jasad kita akan menurut sahaja (lihat Mat 26:36-46). Disini sahaja Jesus telah menunjukkan kepada kita satu cerita yang amat menarik bahawa kita harus mengekang kehendak nafsu kita bukannya membenarkannya.

    Shalom

    Pengarang: Jika ada umat ingin berpuasa melebihi ketetapan minimum Gereja, dia boleh berbuat demikian. Tidak ada timbul isu sah atau tidak. Gereja berkuasa untuk membuat peraturan disiplin dan mereka yang melanggar peraturan disiplin ini adalah melakukan dosa mortal. Jika Jeff ingin terus berpegang bahawa Gereja sudah diluputkan kuasanya, saya serahkan kepada budi bicara Jeff untuk menentukannya tetapi dogma ‘Di luar Gereja tidak ada penyelamatan’ adalah kekal benar.

    Apakah nama gereja Jeff dan siapakah ketuanya?

  12. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Wahai Saudara Oremus (Lets us Pray),

    Kenyataan saudara,

    (Apakah nama gereja Jeff dan siapakah ketuanya?)

    Nama Gereja saya adalah sesiapa sahaja yang beriman pada Jesus Al-Masih yang diutuskan kepada seluruh alam ini. Gereja itu sendiri membawa maksud orang yang orang yang berkumpul dan berdoa serta percaya kepada Jesus Al-Masih (1 Corinthians 1:2).

    Ketua saya adalah Jesus Al-Masih. Saya beriman kepadanya dan patuh kepada arahannya sahaja seperti yang terdapat dalam Al-Kitab kita yang suci.

    Shalom

    Pengarang: Apakah maksud ‘percaya kepada Yesus’? Saya percaya kepada ajaran, doktrin dan dogma Yesus tetapi Jeff hanya percaya kepada tafsiran peribadi Jeff sendiri dan mungkin juga tafsiran ‘gereja’ Jeff. Saya dapat membuat andaian jika ada tafsiran berbeza, tentunya ahli-ahli ‘gereja’ Jeff akan ‘cabut undi’. Betulkan?

  13. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Kenyataan saudara,

    Pengarang: Apakah maksud ‘percaya kepada Yesus’?

    Wahai saudaraku,
    Masih dangkal lagi imanmu seandainya kamu tidak percaya kepada Jesus Al-Masih. Saya percaya dan beriman kepada ajaran beliau. Jesus tidak pernah mengariskan sesuatu yang lain daripada yang saudara fikirkan. Jesus sentiasa menceitakan kepada umatnya dan pengikutnya jalan yang benar. Tidak ada kesangsian terhadap ajaran baginda.

    Kenyataan saudara,
    (Saya percaya kepada ajaran, doktrin dan dogma Yesus tetapi Jeff hanya percaya kepada tafsiran peribadi Jeff sendiri dan mungkin juga tafsiran ‘gereja’ Jeff.)

    Seandainya saudara percaya kepada ajaran Jesus yang Maha Kudus maka saudara tidak ada persoalan untuk diajukan kepada orang yang sama percaya tentang iman mereka. Nampaknya saudara sendiri masih kurang faham akan iman saudara sendiri. Saya beriman kepada Jesus Al-Masih tanpa was2 dan ragu2. Saya tidak memberikan pandangan saya sendiri melainkan memahami ajaran Jesus terlebih dahulu. Saya tidak seperti saudara sering kali memutar belitkan ajaran. Nampaknya saudara sendiri tidak yakin dengan iman saudara. Saya tidak pernah mendirikan gereja saya sendiri dan saya tidak pernah membina gereja itu sendiri. Kerana kami percaya gereja akan terbentuk seandainya berlaku persekutuan dan persatuan. Jesus telah terang menceritakan kepada kita bagaimana gereja terbentuk. Hanya segelintir sahaja orang yang faham bagaimana gereja terbentuk. Berbalik kepada maksud gereja itu sendiri kita akan faham bagaimana gereja itu akan terbentuk. Jesus memberitahu kita barang siapa yang berdoa dalam nama-Nya dia akan berada disitu. Gereja tidak bermaksud bangunan saudaraku. Yang paling mustahak dalam gereja adalah sesiapa sahaja yang percaya akan ajaran Jesus tanpa was2 dan ragu2.

    Shalom

  14. Saya sememangnya ‘dangkal’ menurut kaca mata Jeff kerana segala hujah yang Jeff kemukakan amat tidak masuk akal.

    Percaya kepada Yesus = Iman
    Iman = Tafiran Peribadi Jeff

    Untuk seseorang beriman kepada Yesus, dia perlu menerima sepenuh hati tafsiran peribadi Jeff.

    Adakah ini makna ‘iman’ atau ‘percaya kepada Yesus’? Atau mungkinkah maksud Jeff ialah ‘percaya kepada Jeff’ bukan ‘percaya kepada Yesus’?

    Sekali lagi saya tekankan di sini bahawa iman saya ialah penerimaan sepenuh hati diri saya akan ajaran, doktrin dan dogma seperti yang diwahyukan oleh Tuhan Allah seperti yang diajar oleh Gereja. Sedangkan definisi ‘iman’ Jeff ialah faham, percaya dan ibadah. Jadi, iman Jeff bergantung kepada kefahaman peribadi (kefahaman manusiawi mengikut pemikiran manusia biasa), percaya menurut yang difahami dan yang difikirkan betul, beribadah mengikut pemahaman sendiri berdasarkan tafsiran peribadi. Saya faham benar maksud ‘iman’ menurut pemikiran Jeff.

    Saya tidak pernah meragui iman saya akan Jesus, kerana iman berdasarkan ajaran, doktrin dan dogma Jesus seperti yang diajar oleh Gereja. Iman memerlukan kekuatan intelek manusia. Malangnya Jeff hanya memperakui keintelekan yang ada pada Jeff tetapi menolak keintelekan orang lain. Inikah ajaran Jesus bahawa kita harus percaya kepada tafsiran peribadi Jeff kerana melalui tafsiran Jeff maka timbulnya ‘ajaran’, ‘doktrin’ dan ‘dogma’ ciptaan Jeff sendiri. Siapa yang harus saya ikuti Jeff atau Gereja? Saya telah membaca Alkitab dan mentafsirkannya dan saya mendapati Gereja betul dalam semua perkara yang berkaitan dengan iman dan moral.

    Yesus telah membentuk Gereja-Nya apabila Baginda menyerahkan Kunci kepada Petrus. Petrus menjadi Paus (Ketua Gereja) yang pertama. Ini saya amat pasti dan percaya Jeff juga setuju. Adakah Jeff sekarang berhajat mencipta Gereja baharu? Jika Jeff mahu berbuat demikian, siapa yang menhalang? Saya tidak pernah merujuk Gereja sebagai bangunan, ia semua mimpi Jeff sahaja.

    Untuk kefahaman Jeff, Gereja ialah tubuh Kristus yang mistik. Ketuanya ialah Jesus sendiri tetapi di bumi, Ketua Gereja (vicar) ialah Sri Paus. Sri Paus tidak berkuasa mewujudkan ajaran, doktrin atau dogma baharu kerana tugas Pope ialah memelihara keutuhan kebenaran.

    Sebenarnya, Jeff yang memutarbelitkan hujah sehingga Jeff sendiri kebingungan.

  15. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Kenyataan saudara,

    (Untuk seseorang beriman kepada Yesus, dia perlu menerima sepenuh hati tafsiran peribadi Jeff.

    Adakah ini makna ‘iman’ atau ‘percaya kepada Yesus’? Atau mungkinkah maksud Jeff ialah ‘percaya kepada Jeff’ bukan ‘percaya kepada Yesus’?)

    Saudaraku,
    Pernahkah saya meminta saudara untuk “beriman” kepada saya? Tentu tidak bukan? Saya menyatakan pendirian saya tentang iman saya akan ajaran Jesus yang jelas lagi benar seperti yang terdapat dalam Al-Kitab yang Kudus. Saya tidak pernah meminta sesiapa pun dimuka bumi ini untuk percaya kepada saya melainkan percaya kepada Jesus. Saudara masih lena dalam mimpikah tentang apa yang saya katakan? Iman saya HANYALAH kepada Tuhan yang Maha Kudus dan Maha Kuasa.

    Kenyataan saudara,

    (Sedangkan definisi ‘iman’ Jeff ialah faham, percaya dan ibadah.)

    Seorang manusia itu haruslah yakin dengan apa yang mereka imani iaitu apa yang mereka faham.

    Sebagai anologi:

    Saudaraku adakah saudara percaya jika saya katakan bahawa matahari itu lebih besar daripada bumi? Tentu saudara akan mengatakan ya kerana saudara percaya. Sebelum saudara percaya, saudara telah faham terlebih dahulu apa itu matahari dan bumi. Selepas itu saudara akan percaya dan menerima kenyataan tersebut. Begitu juga dengan iman manusia ini.

    Mungkin saya akan tunduk hormat kepada saudara jika saudara sanggup bersaksi dan berani mengatakan kepada saya yang saudara boleh bercakap terlebih dahulu sejak lahir daripada menangis. Begitu juga dengan iman manusia. Perkara yang harus difahami itu haruslah didahulukan.

    Saudaraku,

    Adakah saudara tidak berfikr dalam memberikan sesuatu jawapan atau saudara hanya mengikut naluri sahaja. Pasti saudara akan berfikir terlebih dahulu. Nyata disini saya tidak silap dalam memahami konsep manusia itu sendiri. Fahamilah konsep manusia itu sendiri keberadaanya terlebih dahulu sebelum memberikan pandangan. Jika saudara tidak berfikir sebelum memberikan pandangan maka saudara itu harus diakui kehebatannya dimuka bumi ini hingga mengalahkan Tuhan keberadaan saudara. Adakah pandangan saudara bukan pandangan seorang manusia? Adakah apa yang saudara katakan bukan kata2 seorang manusia?

    Kenyataan saudara,

    (Saya tidak pernah meragui iman saya akan Jesus, kerana iman berdasarkan ajaran, doktrin dan dogma Jesus seperti yang diajar oleh Gereja. Iman memerlukan kekuatan intelek manusia.)

    Saudara mengatakan bahawa “Iman memerlukan kekuatan intelek manusia”. Apakah itu intelek saudaraku?

    Yang pastinya kebanyakkan kamus mentakrifkan intelek itu sebagai daya berfikir atau akal budi.

    “Intelligence comes from the Latin verb intellegere, which means “to understand”. By this rationale, intelligence (as understanding) is arguably different from being “smart” (able to adapt to one’s environment).”

    Intelek itu berkaitan dengan akal manusia saudaraku. Adakah saudara tidak mempunyai akal? Seandainya saudara tidak mempunyai akal, bagaimana saudara boleh memberikan pandangan dan jawapan kepada persoalan saya. Bagaimana iman saudara boleh bertumbuh dan berkembang seandainya tidak mempunyai akal untuk mengetahui kesahihan sesuatu perkara?

    Kenyataan saudara,

    (Malangnya Jeff hanya memperakui keintelekan yang ada pada Jeff tetapi menolak keintelekan orang lain. Inikah ajaran Jesus bahawa kita harus percaya kepada tafsiran peribadi Jeff kerana melalui tafsiran Jeff maka timbulnya ‘ajaran’, ‘doktrin’ dan ‘dogma’ ciptaan Jeff sendiri. Siapa yang harus saya ikuti Jeff atau Gereja? Saya telah membaca Alkitab dan mentafsirkannya dan saya mendapati Gereja betul dalam semua perkara yang berkaitan dengan iman dan moral.)

    Saya tidak pernah menolak kewibawaan sesiapa pun kerana saya mengakui keEsaan Tuhan yang memberikan hak kepada semua manusia sama rata dan sama rasa. Berapa kali harus saya katakan kepada suudara bahawa saya tidak meminta saudara untuk percaya dengan iman saya melainkan saudara sendiri yang mula terpengaruh dan iman saudara mula goyah kerana saudara sendiri terus mempersoalkannya. Bilakah saya mencipta agama saya sendiri? Lucunya kenyataan saudara yang menuduh saya secara membabi buta membina agama saya sendiri. Saya tidak pernah mendirikan sebarang agama ataupun ajaran. Saya berpegang kepada ajaran Jesus seperti yang terkandung dalam Al-Kitab dan bukannya mengabung jalinkan ajaran Al-Kitab dengan Tradisi Suci yang saudara agungkan itu.

    Persoalan yang berkaitan antara siapa yang perlu diikut adalah amat mudah jawapannya. Jesus yang perlu diikuti kerana Jesus jalan kebenaran dan keselamatan. Tanpa melaluinya kita tidak akan selamat.

    Kembali kepada persoalan saudara dengan memberikan takrif gereja. Seandainya saudara tidak dapat memberikan takrif gereja maka saudara bukanlah seorang yang beriman kepada Tuhan sepenuhnya. Kerena gereja itu sendiri merupakan orang yang percaya dan beriman kepada Jesus Al-Masih secara mutlak. Semua manusia adalah sama dan hanya yang membezakannya adalah iman mereka.

    Kenyataan saudara,

    (Saya telah membaca Alkitab dan mentafsirkannya dan saya mendapati Gereja betul dalam semua perkara yang berkaitan dengan iman dan moral.)

    Saudara sendiri telah menjadi hakim ke atas kenyataan saudara sendiri dan mengakui bahawa saudara sendiri telah mentafsir Al-Kitab. Dimanakah gereja tidak mentafsir Al-Kitab setelah saudara membacanya? larikah gereja itu atau mereka tidak faham dengan bacaan saudara? Saudara sendiri telah merobek-robekkan kepercayaan saudara sendiri terhadap gereja kerana sebelum ini saudara menyerahkan sepenuhnya kepada gereja membuat keputusan dalam mentafsir Al-Kitab dan saudara telah berpaling tadah kerana tidak membenarkan mereka mentafsir untuk kesekian kalinya.

    Kenyataan saudara,

    (Adakah Jeff sekarang berhajat mencipta Gereja baharu? Jika Jeff mahu berbuat demikian, siapa yang menhalang?)

    Saya tidak pernah berhajat untuk membina sebarang ajaran yang baharu dan gereja yang baharu. Saya yakin dan percaya HANYA kepada Jesus Al-Masih tanpa ada rasa ragu2 dan was2. Saya beriman kepadanya dengan sesungguhnya.

    Kenyataan saudara:

    (Untuk kefahaman Jeff, Gereja ialah tubuh Kristus yang mistik.)

    Saudaraku,
    Ada sebahagian orang mengikuti penulisan ini ternah membaca dalam tatabicara ini bahawa ereja ialah tubuh Kristus yang mistik. Ada yang berpendapat perkara itu bidaah. Ada juga antara mereka mengatakan perkara itu adalah sah. Saya tidak seperti kebanyakan mereka mengemukakan pendapat sedemikian rupa. Gereja itu hanyalah satu kelompok manusia yang percaya kepada Jesus Al-Masih tanpa ragu2 dan was2 akan kebenaran yang dibawakannya. Barang siapa yang percaya kepada Jesus kepada Jesus Al-Masih, maka orang itu adalah satu bahagian dari orang yang diselamatkan jiwanya.

    Kenyataan saudara,

    (Ketuanya ialah Jesus sendiri tetapi di bumi, Ketua Gereja (vicar) ialah Sri Paus.)

    Semua orang yang beriman kepada Tuhan mengakui akan IMAM BESAR mereka adalah Jesus secara mutlak. Jesus pernah berada dibumi sebelum diangkat ke syurga sekali gus baginda adalah IMAM BESAR di BUMI dan SYURGA. Seandainya saudara mengatakan bahawa ketua kita adalah POPE dan telah memberika gelaran “VICAR” yang bermaksud “is a representative” maka saudara telah tidak mengakui Jesus sebagai IMAM BESAR saudara. Meskipun St. Peter diberikan kuasa tersebut oleh Jesus namun, St. Peter tidak pernah menyerahkan hak “kunci syurga” kepada sesiapa pun melainkan hanya hak milik beliau sendiri. Al-Kitab tidak pernah mencatatkan St.Peter mewariskan kunci tersebut kepada sesiapa pun.

    Kenyataan saudara,

    (Sri Paus tidak berkuasa mewujudkan ajaran, doktrin atau dogma baharu kerana tugas Pope ialah memelihara keutuhan kebenaran.)

    Saudara sendiri mengakui Pope sendiri pun tidak berkuasa dan bagaimana dia ingin memelihara keutuhan kebenaran iman orang yang percaya kepada Jesus. Oleh hal yang demikian saudara sendiri harus memikirkannya.

    Saya tidak pernah memutar belitkan fakta dan apa yang saya katakan melainkan saudara sendiri memberikan pandangan yang mungkin berlainan dengan apa yang saya lihat. Setiap manusia mungkin melihat sesuatu perkara dari sudut A namun ada juga manusia melihat perkara tersebut dari sudut B, C, D dan seterusnya dan perkara yang dilihat oleh manusia itu adalah adalah sama pada asasnya.

    Shalom

  16. Semua orang pun boleh berkata: Saya hanya percaya kepada Yesus. Selebihnya tidak penting.

    Pernyataan ini tidak jelas, kerana kepercayaan hanya diletakkan pada ‘nama’ sahaja.

    Perkara pokok ialah apakah ajaran, doktrin dan dogma Yesus?

    Adakah kita percaya kepada SEMUA ajaran, doktrin dan dogma Yesus?

    (A) Kepada mereka yang percaya kepada ‘sola scriptura’, tentunya percaya kepada TAFSIRAN peribadi ke atas firman Tuhan Allah (Alkitab).

    (B) Kepada mereka yang percaya kepada Gereja, tentunya percaya kepada ajaran, doktrin dan dogma Yesus seperti yang diajar oleh Gereja.

    (A) ialah Jeff manakala (B) ialah Pengarang.

    Siapa yang benar (A) atau (B)?

  17. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku,

    1. Siapakah yang perlu kita ikut sama ada Jesus Al-Masih seperti yang dicatatkan dalam Al-Kitab yang kita imani atau ikut gereja?

    2. Seandainya kita mengikuti gereja adakah kita bermaksud lebih mulia daripada Al-Kitab yakni Firman Tuhan yang Maha Kudus itu? Yang manakah lebih mulia? Gereja atau Al-Kitab?

    3. Seandainya kita mengikuti ajaran Jesus Al-Masih seperti dalam Al-Kitab adakah kita berdosa?

    4. Mengapakah saudara harus mengutamakan gereja daripada Al-Kitab yakni Firman Tuhan?

    5. Adakah Firman Tuhan (Al-Kitab) tidak benar menceritakan ajaran Jesus Al-Masih jika dibandingkan dengan ajaran gereja?

    6. Adakah gereja itu berkuasa mutlak melebihi Al-Kitab yakni Firman Tuhan?

    7. Adakah saudara sendiri mengimani Gereja lebih darip[ada Firman Tuhan?

    8. Siapakah saudara sehingga sanggup melebihkan gereja daripada Firman Tuhan?

    Shalom

  18. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Jawapan saya Hanya Jesus Al-Masih yang Maha Benar dan Al-Kitab itu adalah Firmannya yang harus diimani dan dipatuhi serta diakui kesahihannya.

    Saudara dan saya tidak layak menjadi hakim akan kebenaran. Kita hanya hamba yang penuh dengan dosa. Ingat saudaraku, Jesus meminta hanya orang yang tidak pernah melakukan dosa sahaja yang layak menghakimi orang lain.

    Shalom

  19. Jeff, soalan yang saya tanyakan amat mudah dijawab. Tidak memerlukan kekuatan intelek manusia yang luar biasa. Sila jawab A) atau B). Setelah dijawab A) atau B), Jeff bolehlah memberikan hujah-hujah tambahan jika perlu.

  20. al

    Salam damai dalam Kristus.
    Saudara2 ku, perkenalkan saya Albert dari Indonesia.
    Sungguh menarik sekali tema yang dibicarakan ini, apalagi saya baru bangun di hari Jumat Agung, dan berniat melakukan puasa pantang. Saya memang bukan ahli Alkitab, aktivis gereja, atau orang suci. Tapi saya mau share karena topik ini menyenangkan saya.
    Selama 40 hari ini saya belum dapat melakasanakan puasa full, mungkin hanya mendapatkan 15 hari saja.
    Puasa yang saya lakukan adalah saya makan sedikit (5 suap) dan minum sebelum jam 6 pagi. kemudian saya tidak makan dan minum sampai jam 6 sore. Kemudian saya barulah makan semampu saya, biasanya tetap tidak sebanyak seperti hari biasa.
    Setuju sekali bahwa kita umat Katholik sangat kurang menghargai makna puasa dan pantang. Bahkan sebagian orang hingga akhir hayatnya tidak benar-benar melakukan ini, padahal rajin ke gereja.
    Sungguh mengherankan bahwa hingga saat ini masih banyak perbedaan paham dan pengertian bagaimana caranya berpuasa menurut ajaran Katholik. Siapakah yang salah? Gerjekah, pastor, atau pengurus keagaaman Katholik? atau bahkan umat katolik sendiri?
    Kadang saya membandingkan dengan puasa umat Islam untuk memberikan semangat saya melakukan puasa. Secara kasat mata kadang saya salut dengan mereka yang mempunyai aturan jelas tentang puasa. Apalagi saya adalah minoritas di lingkungan saya, dan setiap Tahun terpaksa ikut “berpuasa” pada bulan Ramadhan karena umat muslim disini cukup fanatik. Saya sendiri akhirnya menyimpulkan bahwa puasa Katholik mestinya paling tidak mengikuti apa yang Tuhan Yesus pernah lakukan. Hampir tak kan ada yang mampu berpuasa 40 hari 40 malam tanpa makan minum seprti Tuhan Yesus. Jadi yang saya mampu lakukan adalah tidak makan dan tidak minum sampai jam 6 sore (12 jam lebih)
    Saya tidak tahu apakah yang saya lakukan sudah benar. Saya juga tidak menyalahkan aturan gereja saya yang memberikan pengertian puasa dan pantang sama seperti yang Pengarang jelaskan. Saya setuju juga dengan pernyataan bahwa puasa Katholik boleh dilakukan lebih berat dengan cara seperti yang saya lakukan. Bahkan saya akan sangat salut jika ada yang mampu tidak makan minum 40 hari 40 malam.
    Tapi saya tetap yakin bahwa memang cara berpuasa Tuhan Yesuslah yang jadi pegangan.
    Saudaraku Jeff yang lainnya, semoga kita semua dapat menemukan pengetian yang baik tentang topik yang sanagat penting ini dengan saling membuka hati dan berlapang dada, serta dapat berdiskusi dengan cara Kristiani.
    Saya sangat menghargai pengetahuan2 yang sudah saya dapatkan dari diskusi ini.
    Salam damai dalam Kristus.

  21. Saya memahami delima AL. Saya mengakui sendiri terkeliru dengan peraturan berpuasa dan berpantang. Mengikut Peraturan Baru, peraturan berpuasa & berpantang ialah pada hari Rabu Abu dan Jumaat Agung sahaja. Berpantang daging setiap Jumaat sepanjang tahun tidak lagi dititikberatkan kerana umat boleh menggantikannya dengan penance yang lain. Peraturan Lama masih diikuti oleh umat yang dipanggil sebagai ‘Traditionalist’ (saya tidak berapa menyukai label ini), iaitu berpuasa dan berpantang setiap hari Jumaat dan juga hari-hari lain yang telah ditetapkan sepanjang musim Lent, di samping berpantang daging setiap hari Jumaat sepanjang tahun. Jika ada umat ingin berpuasa dan berpantang lebih dariapda peraturan minimum, ini adalah dialu-alukan. Umat Katolik TIDAK berpuasa dan berpantang mengikut kepercayaan atau ajaran agama lain. God bless.

  22. pengikut Massiah Katolik
    —————————–

    saudara jeff,

    tolong jujur and straight to the point bila org bertanya anda dari gereja mana…….

    massiah katolik? saya tak pnah dgr nama gereja ini. sekali lagi, saya tidak berniat utk merendahkan doktrin anda, tetapi apabila pengarang bertanya ttg status gereja anda, SILA JAWAB. jgn putar belitkan isu…saya hanya nmpak anda putar belitkan isu ini di sini.

    saudara jeff,

    anda harus sedar, fasting in jewish custom only FOR JEWISH as u mentioned in ur latest comment. WE ARE FOLLOWER OF CHRIST. u have to understand the situation at the time especially in old testament. JESUS BROUGHT THE NEW COVENANT in new testament. plz understand it.

  23. and plus,

    we shared the God’s word in old testament with JUDAISM.

  24. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku,

    Nampaknya apa yang saya tulis disini telah disekat oleh pihak pengarang sehingga apa yang saya tulis telah dihilangkan. Seandainya beginilah keadaan kita semua maka dengan pastinya akan berlakulah satu kesempitan pemikiran dalam individu itu sendiri kerana dilarang dan dimansuhkan apa yang dikatakan oleh mereka. Mungkin ini yang dikatakan oleh Junjungan Al-Masih, Jesus sang Penebus kepada kita. Akan lahir golongan yang mengakui segalanya hak milik mereka sahaja dan enggan menerima dan mendengar apa yang mereka katakan.

    Shalom

    Respon: Saudara Jeff berkeinginan untuk menyebarkan ajaran sesat melalui blog ini, saya tidak benarkan. Hormatilah tujuan blog ini diadakan iaitu untuk menyebarkan ajaran benar mengikut iman Katolik. Sekiranya Jeff mahu menyebarkan kepercayaan Jeff kepada dunia, silalah membuka blog peribadi lain di WordPress. Jeff telah membuat posting yang keterlaluan dan ini disifatkan sebagai melanggar peraturan membuat komen di blog ini. Jika Jeff masih percaya bahawa kepercayaan peribadi Jeff (yang didasarkan atas tafsiran peribadi ayat-ayat suci Alkitab), silalah menjawab dengan berani soalan yang telah saya tanyakan sebelum ini. Jika enggan berbuat demikian, jangan lagi berkunjung ke blog ini. Saya berharap Jeff akan faham kenapa komen Jeff telah disekat.

  25. Jeff

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku,

    Saya tidak pernah cuba untuk menyebarkan ajaran sesat dalam blog ini. Melainkan saudara sendiri yang berpendapat sedemikian tentang apa yang saya katakan selama ini ada kebenarannya dan saudara cuba untuk tidak mendedahkannya kepada orang lain kerana saudara sendiri belum cukup beriman dengan apa yang telah tercatat dalam Al-Kitab. Saya telah menjawab segala persoalan yang diajukan oleh saudara namun saudara sendiri yang tidak ingin menerima apa yang saya katakan selama ini. Saya tidak pernah untuk cuba menyebarkan ajaran sesat melainkan apa yang benar sahaja. Mengapa saudara masih belum terbuka pintu hatinya dan mata kasar saudara untu melihat sesuatu perkara tersebut dari pelbagai sudut dan sumber yang sah dan sahih?

    Setahu saya, saya tidak pernah menceritakan sesuatu perkara tersebut keterlaluan melainkan perkara itu benar telah berlaku. Adakah saudara tidak berani untuk mengakui kebenaran yang saya kata selama ini? Adakah saudara masih was2 dengan apa yang saya katakan? Ataupun saudara sendiri tidak mampu untuk menerima apa yang saya katakan.

    Saudaraku,
    Seandainya apa yang saya katakan kali ini dihilangkan juga, Saya berdoa dalam nama Tuhan yang Maha Tinggi agar pintu hati saudara akan dibukakan oleh Tuhan untuk mengetahui kebenaran yang saya katakan ini ada kebenarannya. Saya mohon dari Tuhan yang Maha Tinggi agar tidak satu pun apa yang saya katakan ini akan dihilangkan, seandainya juga dihilangkan oleh saudara, maka dengan kuasa Tuhan yang Maha Tinggi saya memohon agar dosa saudara akan diampunkan dan dirahmati serta akan diadili oleh penduduk Sadom dan Gemora serta Nineveh pada hari penghakiman nanti kerana enggan menerima kebenaran yang dikatakan.

    Shalom

    Respons:
    Nampaknya sdr Jeff tidak berputus asa. Oleh yang demikian, saya simpulkan di sini bahawa:
    1) ‘apa yang saya katakan selama ini ada kebenarannya’ – Apakah kebenaran yang sdr Jeff maksudkan? Tidak lagi tidak bukan adalah tafsiran peribadi Jeff semata-mata ke atas ayat-ayat suci Alkitab.

    2) ‘Saya telah menjawab segala persoalan yang diajukan oleh saudara namun saudara sendiri yang tidak ingin menerima apa yang saya katakan selama ini’ – Bohong! Sdr Jeff belum menjawab soalan mudah iaitu:

    Apakah ajaran, doktrin dan dogma Yesus?

    (A) Kepada mereka yang percaya kepada ’sola scriptura’, tentunya percaya kepada TAFSIRAN peribadi ke atas firman Tuhan Allah (Alkitab).
    (B) Kepada mereka yang percaya kepada Gereja, tentunya percaya kepada ajaran, doktrin dan dogma Yesus seperti yang diajar oleh Gereja.

    (A) ialah Jeff manakala (B) ialah Pengarang.
    Siapa yang benar (A) atau (B)?

    Jawapan Jeff ialah ………………….. (sila jawab A atau B sahaja).

    3) Amat melucukan apabila Jeff mengatakan (bersaksi atas kekuatan diri sendiri) bahawa tafsiran peribadi Jeff merupakan sumber kebenaran yang sah dan sahih! Bukankah saya tidak berani untuk menerima kata-kata Jeff yang dikatakan ‘benar’ tetapi saya dengan berani dan berterus terang mengatakan kebenaran Jeff adalah palsu. Hanya Jeff yang tidak ‘berani’ bersaksi bahawa pendapat Jeff adalah benar. Jeff juga tidak berani menerima kebenaran bahawa Jeff berada di pihak yang salah. Jeff hanya tahu memberi komen yang berjela-jela seolah-olah ada orang yang bertanya. Saya langsung tidak berminat dengan kepintaran yang ada pada Jeff. Jawab soalan di atas.

    4) Kebenaran yang Jeff katakan selama ini hanyalah ‘tafsiran peribadi’ Jeff semata-mata. Apabila ditanya sama ada ‘tafsiran peribadi’ Jeff adalah yang benar, Jeff sendiri tidak berani menjawab YA. Ini disebabkan Jeff sendiri ragu-ragu dengan iman ciptaan sendiri.

    Jika Jeff masih ENGGAN menjawab soalan di atas, JANGAN CUBA UNTUK TERUS BERHUJAH DI SINI kerana semua komen Jeff akan dihapuskan tanpa dibaca!

  26. semang

    Jeff,
    Kebenaran anda adalah berdasarkan kepada kebenaran ANDA sebagai manusia.Harap anda berhati-hati apabila berdiskusi janganlah sampai mengatakan bahawa orang lain berdosa sedangkan anda sendiri?
    Sekiranya anda enggan menerima Katolik anda tidak dipaksa dan sekiranya anda ingin menyebarkan Kebenaran seperti apa yang anda fikirkan benar ada baiknya anda bangunkan blog sendiri(seperti yang pemilik blog ini katakan)
    Kepada pemilik blog ini,jangan patah semangat teruskan perjuangan saudara untuk Agama Katolik yang kita Cintai.

  27. SS9591L

    Havenu Shalom Aleichem,

    Shema Yisrael, Adonai Eloheinu Adonai Echad,
    Baruckh Shem Ke’vod Le’olam Va’ed,

    Salam Sejahtera dari Tuhan yang Maha Tinggi kepada mu,

    Saudaraku Semang,

    Siapakah yang dapat menyelamatkan kita? Jesus Al-Masih atau Gereja? Seandainya saudara menyatakan bahawa hanya Jesus Al-Masih sahaja yang boleh menyelamatkan kita itu adalah benar. Dan seandainya saudara menyatakan bahawa gereja. Itu adalah kurang tepat kerana gereja itu terdiri daripada manusia dan setiap manusia mempunyai pandangan dan sudut pemikiran yang berbeza. Awas dengan perkara tersebut. Mungkin saudara telah lupa dengan Four Marks of the Church. Saya yakin dan percaya dengan perkara tersebut dan mungkin cara kita melihat perkara tersebut sahaja berbeza.

    Saudaraku,

    *** Apakah ajaran, doktrin dan dogma Yesus?

    Boleh tak saudara terangkan kepada pembaca blog ini makna ketiga rangkai kata tersebut. Apakah itu ajaran? Apakah itu Doktrin? Apakah itu Dogma?
    Seandainya saudara tidak mampu untuk memberikan maksud rangkai kata tersebut bagaimana saya dapat memenuhi pemintaan saudara.

    Yang saya tuntut disini bukannya soalan ini:
    Apakah Ajaran Jesus? Apakah Doktrin Jesus? Apakah Dogma Jesus?

    Yang saya tuntut adalah maksud :
    1: Ajaran
    2: Doktrin
    3: Dogma

    Kenyataan suadara:

    (A) Kepada mereka yang percaya kepada ’sola scriptura’, tentunya percaya kepada TAFSIRAN peribadi ke atas firman Tuhan Allah (Alkitab).

    (B) Kepada mereka yang percaya kepada Gereja, tentunya percaya kepada ajaran, doktrin dan dogma Yesus seperti yang diajar oleh Gereja.

    Untuk jawapan tersebut adalah:

    Al-Kitab dibacakan kepada manusia dan dibaca oleh manusia itu sendiri dan difahami oleh manusia dan diimani oleh manusia dan di tafsir oleh manusia. Manusia itu sendiri adalah gereja (dengan syarat beriman kepada Jesus Al-Masih). Seandainya saudara mengatakan hanya gereja itu berhak untuk mentafsir kita akan kembali kepada persoalannya iaitu adakah gereja (yakni manusia) itu tidak mempunyai kecenderungan untuk mentafsir Al-Kitab menurut pandangan dan pemikiran mereka? Kerana kita semua tahu, gereja itu adalah manusia dan manusia itu mempunyai hak untuk memberikan tafsiran ke atas apa yang mereka fahami dan imani. Adakah para paderi itu tidak akan mengemukakan pandangan manusiawi?

    Kenyataan pengarang:

    (A) ialah Jeff manakala
    (B) ialah Pengarang.

    Siapa yang benar (A) atau (B)?

    Jawapan saya adalah HANYA JESUS AL-MASIH Sahaja yang benar. Kerana baginda adalah jalan kebenaran.

    Kenyataan Pengarang:

    3) Amat melucukan apabila Jeff mengatakan (bersaksi atas kekuatan diri sendiri) bahawa tafsiran peribadi Jeff merupakan sumber kebenaran yang sah dan sahih! Bukankah saya tidak berani untuk menerima kata-kata Jeff yang dikatakan ‘benar’ tetapi saya dengan berani dan berterus terang mengatakan kebenaran Jeff adalah palsu. Hanya Jeff yang tidak ‘berani’ bersaksi bahawa pendapat Jeff adalah benar. Jeff juga tidak berani menerima kebenaran bahawa Jeff berada di pihak yang salah. Jeff hanya tahu memberi komen yang berjela-jela seolah-olah ada orang yang bertanya. Saya langsung tidak berminat dengan kepintaran yang ada pada Jeff. Jawab soalan di atas.

    Jawapannya adalah semua apa yang saya katakan disini adalah benar kerana didasari oleh iman yang teguh kepada Jesus Al-Masih. Apa yang saya katakan berdasarkan sumber dan rujukan yang diperolehi dari Pontifical Ecclesiastical Academy dan Pontifical Academy of Theology Vatican. Adakah sumber dari Vatican diragui kesahihan dan kebenarannya?

    Kenyataan pengarang:

    4) Kebenaran yang Jeff katakan selama ini hanyalah ‘tafsiran peribadi’ Jeff semata-mata. Apabila ditanya sama ada ‘tafsiran peribadi’ Jeff adalah yang benar, Jeff sendiri tidak berani menjawab YA. Ini disebabkan Jeff sendiri ragu-ragu dengan iman ciptaan sendiri.

    Saudaraku, berkaitan dengan soalan ini sejak dari awal lagi saya telah menyatakan pendirian saya. Cuma saudara sahaja yang tidak yakin dan kurang memahami dengan apa yang saya katakan. Saya tidak mencipta iman sendiri melainkan Jesus Al-Masih yang telah memilih saya untuk menganuti ajaran baginda yang tercinta.

  28. Kepada saudara Jeff:

    Awak berusaha untuk mengajar saya dan juga orang lain, tetapi perkara asas iaitu AJARAN, DOKTRIN dan DOGMA pun awak tidak tahu. Dengan jawapan awak itu, maka disimpulkan bahawa awak TIDAK TAHU ajaran, doktrin dan dogma Yesus Kristus.

    Awak masih GAGAL menjawab sama ada (A) atau (B). Jika awak tidak menjawab (A), maka awak sendiri berasa ragu-ragu dengan tafsiran peribadi awak tentang ayat-ayat suci Alkitab. Adakah benar awak ‘tidak mentafsir’ Alkitab?

    Faktanya ialah awak mesti ‘mentafsir’ Alkitab sebelum awak mengetahui kehendak atau perintah Yesus. Proses ‘mentafsir’ merupakan proses lumrah kerana bahasa terdiri dariapda komponen-komponen simbolik yang membawa maksud tersendiri. Jika awak menolak kewujudan PROSES MENTAFSIR, maka saya hanya membuang masa melayan pertanyaan atau hujah-hujah awak.

    Jika awak menjawab (B) maka awak mengakui kesalahan awak sendiri. Jadi, kenapa masih berdegil?

    Awak menggunakan perkataan IMAN dalam jawapan awak. Apakah iman mengikut pemahaman awak? Siapakah yang mengajar iman kepada awak? Adakah pastor awak yang mengajar iman ‘teguh’ kepada awak? Jika tidak, iman awak datangnya daripada mana atau siapa? Jika awak menjawab Yesus, tentunya awak bermaksud Alkitab. Sebelum awak dapat memahami Alkitab, awak harus MENTAFSIR ayat-ayat suci Alkitab. Adakah tafsiran peribadi awak itu betul?

    Selagi awak tidak ‘berani’ atau ‘tidak tahu jawapan’ sama ada (A) atau (B), awak tidak layak untuk mengajar orang lain tentang iman Kristian. Terimalah kenyataan ini, jika tidak, belajarlah daripada Gereja.

  29. Sylvia Geman

    tq admin for info…gbu :)




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: