Ketaatan Uskup Kepada Sri Paus Benedict XVI

Dunia Katolik melihat tindakan Sri Paus Benedict XVI mengeluarkan surat peribadi yang bertarikh 10 Mac 2009 kepada semua uskup Katolik di seluruh dunia dan secara terbuka sebagai sesuatu yang luar biasa tetapi PERLU. Para pembaca boleh mengakses surat Paus (dalam bahasa Inggeris) dalam pautan ini [klik]. Ulasan (dalam bahasa Inggeris) tentang surat ini oleh  Christopher A. Ferrara pula boleh dibaca melalui pautan ini [klik].

Selama ini banyak badan-badan Katolik termasuk Gereja Katolik di Malaysia tidak mengikhtiraf peranan yang dimainkan oleh  Society of St Pius X dalam mempertahankan kesucian Iman Katolik malah kedengaran khutbah paderi Katolik sendiri di dalam Gereja yang ‘mencemuh’ SSPX seolah-olah SSPX merupakan satu badan Katolik yang ‘schismatic’ (terpisah daripada Gereja Roman Katolik). Apabila Sri Paus Benedict XVI menggugurkan ‘ekskomunikasi’ yang dideklarasikan oleh Gereja (di bawah Sri Puas Yohanes Paulus II), ramai Kardinal, para teologian terkenal, uskup dan paderi dan malah umat Katolik yang berpengaruh sekali pun, didapati ‘memarahi’ dan ‘menentang secara habis-habisan’ terhadap Sri Paus atas tindakannya itu!

Dalam konteks di Malaysia, motu proprio Sri Paus Benedict XVI yang bertajuk Summorum Pontificum (7 Julai 2007) yang menghapuskan sekatan ke atas Misa Latin Traditional (sekarang ini dipanggil Extraordinary Mass) oleh para uskup Katolik di seluruh dunia termasuk Malaysia. Setelah setahun setengah, adakah arahan yang datangnya terus daripada Sri Paus diendahkan atau dilaksanakan oleh Gereja Katolik di Malaysia? Kenapa tidak ada usaha dibuat oleh para Uskup di Malaysia? Adakah para paderi masih ditegah daripada terlibat dengan Misa Latin Tradisional? Adakah Misa ini masih dibenci? Adakah umat Katolik juga ditegah daripada menghadiri Misa Latin Tradisional yang dirayakan oleh paderi SSPX?

Para pembaca mungkin tidak bersetuju dengan rumusan saya ini. Jadi, jika tidak keberatan, silalah memberi komen. Setiap komen akan dibaca dan diulas jika perlu.  Tujuan saya hanyalah untuk menegakkan kebenaran Katolik. Iman Katolik merupakan harta peninggalan Yesus dan Para Rasul kepada kita semua. Jangan ada sesiapa yang berani mengubahnya kerana iman Katolik ini akan menyelamatkan ramai manusia termasuk saudara saudari dan keluarga kita yang kita kasihi. Deo gratias.




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: