Kontradiksi Hebat

Tidak dinafikan bahawa ramai juga umat Katolik yang inginkan perdamaian (sekurang-kurangnya persefahaman) antara Rome dengan SSPX. Jika dilihat dari dekat, kita dapati bahawa umat Katolik yang berpegang kepada Autoriti Katolik akan menghadapi masalah besar dengan Kebenaran Katolik. Sementara mereka yang berpaut teguh kepada Kebenaran Katolik akan menghadapi masalah besar pula dengan Autoriti Katolik. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh Konsili Vatican II yang memisahkan Autoriti Katolik daripada Kebenarna Katolik.

Ajaran Vatican II secara terang-terangan (walaupun agak kabur dalam kes-kes lain) adalah bertentangan atau berkontradiksi dengan Kebenaran Katolik. Apabila Kebenaran Katolik dipijak-pijak maka Autoriti Katolik akan turut musnah dan lenyap, kerana Tuhan kita Yesus Kristus merupakan “Jalan, Kebenaran dan Kehidupan” (Yoh 14:6). Untuk bukti kontradiksi ini, saya merujuk kepada buku yang bertajuk “The Second Vatican Council and Religious Liberty” oleh Michael Davies. Sejak agama Kristian (Katolik) bertapak di dalam tamadun manusia, Gereja mengajar bahawa tiada manusia yang memiliki hak benar untuk tidak dihalang daripada menyebarkan (agama) palsu, tetapi Vatican II (dalam dokumen Dignitatis Humanae) mengajar bahawa setiap manusia memiliki hak benar untuk tidak dihalang daripada menyebarkan (agama) palsu  (Bab 22 dalam buku Michael Davis). Kontradiksi ini sungguh jelas.

Rumusannya, Gereja kita sedang dilanda krisis. Persoalan kita sekarang ialah apakah yang harus kita perbuat untuk menegakkan kebenaran kerana Yesus berkata Akulah Kebenaran.

Rujukan: http://dinoscopus.blogspot.com/2009/05/eleison-comments-xcvi-flat.html


  1. insan

    -deleted-

    Respons: Nyatakan soalan awak dengan ringkas?

  2. insan

    -deleted-

    Respons: Sila nyatakan soalan awak secara ringkas supaya mudah dibaca dan dijawab.

  3. insan

    Ke mana Menghilangnya Holy Spirit?

    Saya meneruskan lagi dengan berkata : “Orang-orang Kristian mendakwa bahawa mereka adalah umat yang mempunyai serta dipimpin oleh Holy Spirit. Dan bila kami sebagai Muslim bertanya kepada kamu tentang percanggahan-percanggahan di dalam Alkitab, kamu mengatakan pula bahawa seseorang itu perlu mempunyai Holy Spirit terlebih dahulu untuk memahami Alkitab. Sungguh menghairankan! Apa yang telah Holy Spirit buat pada kamu sehinggakan kamu sebagai umat yang telah merasai Holy Spirit, terdiam membisu setiap kali soalan diutarakan kepada kamu? Ke mana menghilangnya Holy Spirit itu?”.

    [Ayat-ayat seterusnya telah dihapuskan]

    Roh Allah atau Roh Kudus (Holy Spirit atau Holy Ghost) sentiasa bekerja, mengajar dan memimpin Gereja serta umat-Nya ke arah Jalan Kebenaran. Tidak ada percanggahan di dalam Alkitab namun awak sendiri yang telah membuat keputusan untuk enggan mendengar dan tidak mahu menerima Kebenaran. Awak ‘sombong’ dengan tafsiran peribadi awak ke atas ayat-ayat suci Alkitab dan bersaksi di atas kaki sendiri bahawa tafsiran awak merupakan ajaran yang benar.

    Roh Allah, Persona Kudus Ketiga, sentiasa wujud dan ada kerana itu adalah sifat Tuhan Allah yang hidup dan benar.

    Jika awak tidak sanggup menerima kenyataan bahawa Roh Kudus sentiasa bekerja dalam diri umat Krisitan, maka itu terpulang kepada awak untuk membuat keputusan sendiri. Jika awak tidak sanggup menerima tafsiran Gereja iaitu ajaran, doktrin dan dogma Gereja sebagai benar, maka itu juga terpulang kepada diri awak sendiri.

    Jika awak sudah yakin dengan kepercayaan agama awak sendiri, tidak perlulah awak bersusah payan meng’copy-paste’ ayat-ayat dari sumber lain. Tindakan seperti ini hanya menyusahkan orang lain. Sekali lagi saya cadangkan kepada awak untuk terbitkan blog awak sendiri dan saya akan beri komen membina di dalam blog awak nanti.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: