Pope Benedict XVI & Kebebasan Beragama

Isu ‘kebebasan beragama’ tidak akan selesai sampai bila-bila seolah-olah tidak ada penghujungnya. Kekeliruan ini bertambah kusut apabila Paus Benedict XVI mengajar kerajaan Norway agar mempertahankan hak individu memeluk agama pilihannya iaitu kebebasan beragama. Haruskah kita berdiam diri atau membuat pendirian sekarang sama ada menerima ajaran Paus seadanya atau mencari kebenaran yang sebenar-benarnya?

[http://www.zenit.org/article-26079?l=english]

Pernahkah Yesus mengajar bahawa umat manusia berhak untuk menolak diri-Nya? Benarkah Yesus mengajar bahawa manusia ‘berhak’ melanggar Hukum Sepuluh yang pertama: “Thou shalt not have strange gods before me” [Exodus 20:3]. Perkataan ‘strange gods’ merujuk kepada tuhan palsu. Di antara banyak agama besar di dunia ini, hanya ada satu sahaja agama yang benar iaitu agama Kristian (Roman Katolik). Namun kenapakah timbul pula ajaran yang bertentangan dengan ajaran Yesus? Mengikut Alkitab dan ajaran Tradisi Suci Gereja, manusia tidak berhak untuk menolak Tuhan Allah yang benar iaitu manusia tidak berhak untuk memeluk agama lain selain agama yang benar.

Memang benar, tidak ada paksaan dalam isu beragama dan manusia  telah dikurniakan dengan kebebasan membuat keputusan diri sendiri (free will) .  Tetapi adakah ‘free will’ ini suatu hak?

Kita lihat dengan jelas bahawa pelanggaran Hukum Sepuluh yang pertama merupakan satu dosa mortal (berat). Dengan kata lain, pelanggaran mana-mana satu hukum atau peraturan Tuhan Allah merupakan suatu dosa. Dosa adalah pelanggaran Hukum Allah.

Jika ‘free will’ itu merupakan hak manusia, maka adalah manusia berhak melakukan dosa? Adakah Adam dan Eve berhak untuk menolak Allah semasa mereka berada di Taman Eden? Memang benar mereka bebas membuat pilihan tetapi pilihan mereka itu bukan satu hak. Sebaliknya mereka memiliki hak moral yang mutlak untuk  hanya menyembah Tuhan Allah yang benar!

Jika ‘free will’ merupakan hak manusia maka manusia berhak melakukan dosa. Itu bermakna saya juga berhak melakukan dosa-dosa lain seperti membunuh! Adakah saya berhak untuk membunuh orang lain? Adakah saya berhak membunuh bayi yang tidak berkemampuan untuk mempertahankan dirinya daripada digugurkan (abortion)?

Mempertahankan ‘hak’ manusia  untuk bebas beragama bermaksud manusia berhak membunuh jiwanya dan jiwa orang lain! Bukankah jiwa manusia jauh lebih bernilai daripada tubuh fizikal manusia yang fana? Bukankah membunuh jiwa itu merupakan satu dosa yang jauh lebih berat daripada membunuh tubuh fizikal manusia lain?

Kyrie eleison!


  1. AQIDAH

    Adakah anda percaya Tuhan telah mati ?
    -deleted-
    Sungguh jelas! Jesus menegaskan bahawa Dia tidak pernah mati kerana Dia
    masih mempunyai daging serta tulang. Sedangkan ruh tidak mempunyainya!
    Dan demi meyakinkan mereka yang menyaksikan itu , Dia telah memakan makanan yang diberikan.

    Respons: Saya telah nyatakan sebelum ini bahawa Yesus Kristus adalah benar-benar manusia dan juga benar-benar Allah. Jika awak tidak sanggup menerima kebenaran ini maka awak akan terus bertanyakan soalan yang sama berulang-ulang kali sambil mereka-reka cerita panjang 1000 malam. Yesus, manusia yang mati telah bangkit dan hidup kembali. Jika Dia benar-benar hidup kembali, maka haruslah Dia tunjukkan diri-Nya sebagai manusia benar seperti saya dan awak. Sebab itulah Dia menunjukkan diri-Nya yang berdaging dan bertulang. Dia juga makan dan minum sama seperti awak dan saya. Yesus juga Tuhan Allah yang hidup dan berkuasa, sebab itu Dia bangkit dengan penuh kemuliaan. Masih tak faham?




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: