Krisis Gereja III

Artikel ini merupakan blog saya yang ketiga tentang krisis yang benar-benar melanda Gereja Roman Katolik sekarang. Namun ramai pembaca yang masih ragu-ragu atau tidak percaya dengan pendedahan ini. Tujuan saya bukan untuk mempersendakan keutuhan Gereja tetapi sebaliknya mahu mempertahankan Gereja sebagai sumber Kebenaran. Gereja bukan ditakrifkan sebagai himpunan atau kumpulan manusia tetapi merupakan Tubuh Kristus yang mistik. Kepala Gereja ialah Yesus Kristus sendiri (dan Paus sebagai vikar Kristus), sebab itulah Gereja adalah kebal salah (infallible). Gereja berfungsi memelihara keutuhan ajaran, doktrin dan dogma Katolik yang diperturunkan sejak 2000 tahun dahulu sehinggalah sekarang. Gereja langsung tidak mempunyai kuasa untuk mengubah atau memperkenalkan (mencipta) kebenaran baharu.

Saya terjumpa pautan yang mendedahkan perkara yang sama iaitu Gereja benar-benar dicemari dengan ajaran yang bukan Katolik iaitu ajaran sesat (heresy). Uskup kelahiran Cork, United Kingdom, iaitu Rev Patrick O’Donoghue membuat seruan tentang perkara ini kepada para mahasiswa/i di University Oxford, England.

Beliau menyatakan bahawa semakin ramai umat disogokkan dengan katekisis yang bukan Katolik sehingga menyebabkan kejahilan dan kemurtadan di kalangan umat sejak Konsili Vatican II dikuatkuasakan.  

Umat Katolik tidak lagi memahami konsep dosa, dan keperluan manusia untuk menerima penebusan, serta sifat korban dalam perayaan Misa Kudus. Ini menyebabkan umat tidak lagi menerima Sakramen Pengakuan, dan tidak lagi mengamalkan devosi Bonda Maria, doa perantaraan para sangti dan orang kudus, serta penghormatan Sakramen Kudus.

Terdapat juga kalangan ahli religius dan umat umum yang berasa malu dengan ragu-ragu dengan sifat ‘supernatural’ dalam Iman Katolik dan berusaha untuk menukarkan sifat ‘supernatural’ ini kepada ‘natural’. Fahaman naturalisme tidak serasi dengan iman Katolik. Akibatnya mereka mengubah ajaran Katolik tentang kekudusan Kristus, Kejadian Benar Tubuh dan Darah Kristus (Transubstantiation), Triniti dan Immaculate Conception.

Uskup Patrick O’Donoghue juga menambah bahawa seseorang umat Katolik yang didapati berkata atau mengajar apa-apa sahaja yang berkontradiksi atau bertentangan dengan ajaran Gereja haruslah ditegur dengan sopan, walaupun umat itu seorang ahli katekist, guru, deakon, paderi mahupun uskup.

Beliau juga berkata bahawa mahasiswa haruslah mengambil berat ajaran Gereja bahawa ‘awak mempunyai jiwa yang unik dan immortal (kekal hidup), yang dicipta oleh Allah, dan jika awak mati pada suatu hari nanti, awak akan pergi ke purgatori, surga atau neraka.  

[Bilakah kali terakhir anda mendengar seorang paderi atau uskup mengajar atau berkhutbah tentang keselamatan jiwa, penghakiman, purgatori, surga dan neraka?]

Semoga kita semua kekal setia dengan Tuhan Yesus Kristus dan mempertahankan Gereja daripada dicemari dengan ajaran-ajaran heresy.

Kyrie eleison!




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: