Mengejar Kebenaran

Mengejar Kebenaran

Kehilangan kebenaran merupakan tanda utama zaman moden. Ramai manusia percaya sama ada kebenaran tidak wujud (“Apakah kebenaran?” tanya Pontius Pilatus), atau kebenaran wujud tetapi tidak penting, atau kebenaran wujud dan penting tetapi tidak bisa ditemui oleh pemikiran manusia. Walau apapun pendapat orang, marilah kita makan, minum dan bersuka ria, kerana jika kepalsuan sebaik kebenaran, tentunya apa yang salah sebaik juga apa yang betul, dan ini menjadikan kita bebas untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendak kita.

Apakah kebenaran? Kebenaran merupakan keselarasan antara pemikiran dengan keadaan sebenar atau realiti. Kebenaran wujud dalam pemikiran saya jika perkara yang saya fikirkan selaras atau bersesuaian dengan keadaan di luar diri saya, iaitu realiti. Saya berkata demikian kerana tidak ada manusia yang benar-benar percaya bahawa tidak ada realiti di luar pemikirannya (kecuali jika dia gila). Sebagai contoh: apabila enjin sebuah kereta terhenti, tentu pemandunya (atau mekanik) akan mengangkat pintu atau penutup ruang enjin untuk melihat kenapa keretanya rosak.  Oleh itu, saya percaya kebenaran wujud dalam pemikiran saya apabila pemikiran saya selari dengan realiti luaran.

Adakah kebenaran itu penting? Sememangnya penting! Kemandirian atau keterusanhidupan saya setiap minit amat bergantung kepada udara yang saya sedut, dari hari ke hari saya mengetahui bahawa jamuan dan minuman saya benar-benar boleh dimakan/diminum, dan kebahagian saya yang kekal amat bergantung kepada pengetahuan saya bahawa Allah benar-benar wujud, iaitu Allah menganugerahkan semuanya itu, dan Allah benar-benar menggariskan panduan atau syarat untuk mengecapi kebahagian.  Jika sekiranya hari ini atau hari-hari lain yang tertentu, terdapat kepalsuan dan apa yang ada di dalam pemikiran saya bukan kebenaran, maka saya akan mati dalam beberapa minit, atau beberapa hari atau saya tidak akan dapat mengecapi kebahagian kekal.  Tentunya, ia menjadi amat penting untuk mengetahui bahawa pemikiran saya selaras dengan realiti yang terletak di luar pemikiran.

Tetapi mampukah pemikiran manusia selalu mengetahui kebenaran? Tentunya tidak selalu. Tetapi dalam usaha kita untuk  mengejar kebenaran, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.  Kebiasaannya jika manusia gagal menemui kebenaran, ia bukan kerana kebenaran tidak dapat ditemui, tetapi kerana manusia itu tidak memiliki kemahuan yang serius untuk mencarinya. Sebagai contoh, lihat sahaja keadaan yang amat sukar dan mahal untuk mencari bukti sebab-sebab kenapa kapal terbang Perancis AF447 terkandas di laut di antara Rio de Janeiro dan Perancis.  Mereka mungkin (atau tidak) akan memberitahu kita kebenaran akan kemalangan kapal terbang itu, tetapi mereka  tetap akan mencari sebab-sebabnya kerana keselamatan penerbangan seterusnya amat bergantung kepada kebenaran tadi.

Jangan ada manusia yang membuat andaian atau berpura-pura bahawa kebenaran tidak mungkin dapat ditemui jika ada cara untuk mencarinya. Itu hanya menunjukkan bahawa manusia tidak memiliki kemahuan untuk benar-benar mencari kebenaran itu.  Ketiadaan kemahuan untuk mencari kebenaran dikenali sebagai ‘budaya barat’. Sebab itulah ‘budaya barat’ dicop sebagai ‘satanic’ (Yoh 8:44).

Sumber: http://dinoscopus.blogspot.com/2009/06/eleison-comments-c-pursuing-truth.html


  1. henry

    Saudara penulis, boleh bantu saya mengesahkan artikel yang terdapat di alamat web yang saya bagi nanti ini boleh diterima kebenarannya atau kerja-kerja yang mengambil kesempatan demi keuntungan…http://www.tldm.org/default.htm

    kerana semua menceritakan tentang pesan-pesan Bunda Maria dan Yesus Kristus kepada Veronica..

    Bantu saya yang masih belajar dalam iman Katolik ini agar tidak dipengaruhi oleh artikel-artikel palsu dalam internet.

    Terima kasih…

    Respons:
    Penampakan Veronica tidak mendapat pengikhtirafan daripada Gereja. Jadi, saya tidak menggalakkan umat Katolik mengunjungi laman web tersebut. Laman ini http://www.mostholyfamilymonastery.com/bayside_false_apparitions.html membuktikan ajaran Veronica yang tidak selaras. Tetapi perlu diingati bahawa http://www.mostholyfamilymonastery.com merupakan kumpulan sedevacantist.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: