Gereja Konsiliar

Dahulunya Gereja Roman Katolik kekal dikenali sebagai Gereja Roman Katolik tetapi sejak Konsili Vatican II menguatkuasakan keputusan-keputusan persidangannya, maka Gereja Roman Katolik telah diberi nama baharu iaitu Conciliar Church oleh pihak autoriti tinggi di Vatican. Konsep Gereja Konsiliar berasal daripada Konsili Vatian II. Adakah Gereja Konsiliar ini merupakan agama baharu? Atau adakah Gereja Konsiliar ini Katolik?

Para teologi berpendapat bahawa terdapat 8 perkara utama yang menggariskan setiap perubahan yang dibawa oleh Gereja Konsiliar yang merangkumi struktur eksternal (luaran), hirarki, bahasa dan ritus Gereja Katolik.

Secara ringkas

1) Ajaran Baharu

Walaupun dikatakan bahawa Kebenaran tetap tidak berubah, tetapi diusulkan juga ajaran-ajaran baharu selaras dengan perubahan sosial dan budaya manusia.  Jadi ajaran-ajaran Katolik harus dikemaskini sesuai dengan zaman moden. Dikatakan bahawa Kebenaran di dalam Gereja adalah bertingkat-tingkat atau berhirarki yang mengakibatkan hanya Kebenaran Tingkat Atas dikekalkan sementara Kebenarna tingkat bawahan ditolak tepi. Ini bermaksud Gereja bergerak ke arah ekumenism dan berdialog dengan agama-agama palsu lain. Akibatnya, umat Katolik diajar menerima kepercayaan umat bukan Katolik. 

2) Tujuan Akhir

Tujuan akhir hati setiap umat Katolik ialah ke arah memberi pujian, penghormatan dan penyembahan Tuhan Allah. Tetapi dalam Gereja Konsiliar, tujuan akhir manusia ialah berkhidmat kepada manusia. Jadi, tujuan akhir manusia ialah untuk mengenali dirinya sendiri [bukan Tuhan Allah]. Bukan lagi demi Tuhan Allah, tetapi demi kehormatan manusia itu sendiri. Pope Paul VI berkata dalam ucapan penutupan Konsili Vatican II pada 7 Dis 1965 berkata: We more than anyone else practice the worship of man.

3) ‘Suara Hati’ menjadi sumber kepercayaan

Kebenaran tidak lagi dilihat atau diterima daripada sumber yang berautoriti iaitu berpunca daripada Tuhan Allah seperti yang diajar oleh Gereja. Umat Katolik tidak lagi berpegang kepada ‘Act of Faith’ tetapi kepada ‘suara hati’nya sahaja. Ini bermakna Tradisi sebagai sumber Kebenaran tidak lagi diterima pakai malah dikatakan boleh berevolusi dan berubah mengikut peredaran masa.  Contoh: “truth can impose itself on the mind of man only in virtue of its own truth” (Dignitatis Humanae, §2) dan “it is through his conscience that man sees and recognizes the demands of the divine law” (ibid., §3).

4) Liturgi merupakan suatu Perayaan

Perayaan Liturgi tidak lagi dilihat sebagai Korban Salib tetapi lebih kepada perjamuan suci semata-mata dan dirayakan oleh sekumpulan umat. Tanpa adanya perkumpulan umat, tidak ada perjamuan suci. Korban yang dirayakan oleh Paderi tidak lagi diterima dan umat tidak lagi dikatakan ‘turut serta’ dalam perayaan tersebut. 

5) Gereja menjadi suatu Sakramen

Gereja dilihat sebagai suatu sakramen iaitu tanda persekutuan dengan Allah dan sesama semua manusia.  Tidak lagi kedengaran Gereja Katolik adalah Gereja Kristus atau Gereja Kristus ialah Gereja Katolik. Ia telah diubah menjadi: Gereja Katolik ‘subsits’ atau sebahagian dalam Gereja Kristus. Ini bermakna dogma ‘Di luar Gereja tidak ada keselamatan’ telah diberi tafsiran yang baharu. Dikatakan bahawa di luar Gereja juga ada kekudusan dan keselamatan.

6) Kemanusian menjadi Kerajaan Allah

Kerajaan Allah tidak lagi dikaitkan dengan Gereja Roman Katolik iaitu persekutuan semua umat Katolik secara supernatural kerana rahmat daripada Tuhan Allah. Kerajaan Allah menjadi kesatuan semua manusia dari segi kerjasama sosial, ekonomi dan perpaduan solidariti. Ini mengakibatkan kedudukan Kristus sebagai Raja segala raja telah terhakis. Agama Katolik tidak lagi menjadi agama rasmi negara-negara Katolik.

7) Kesatuan Kerohanisan Semua Manusia

Gereja seolah-seolah telah menyucikan dirinya atas ‘kesalahan-kesalahan’ lampau. Umat bukan Katolik tidak lagi dikehendaki untuk memeluk agama Katolik atau dibaptiskan. Semua umat Kristian bukan Katolik, oleh kerana telah dibaptiskan, tidak lagi perlu memeluk agama Katolik. Manakala umat bukan Kristian pula dianggap telah menjadi sebahagian umat Allah (People of God) kerana mereka juga memiliki benih-benih kebenaran.

8) Keselamatan

Dokumen Gautam et Spes mengajar bahawa apabila Yesus menjadi manusia, Dia telah memungkinkan manusia mengenali lebih rapat akan dirinya sendiri. Ini bermaksud Yesus telah ‘bersatu’ dengan setiap manusia sehingga misteri manusia menjadi semakin jelas dan terbongkar. Dengan kata lain, seseorang manusia memperoleh keselamatan jiwa dengan hanya mengenali dirinya sebagai manusia yang sebenar, tanpa memerlukan iman, mematuhi hukum-hukum Allah atau mengasihi Salib.

Terpulanglah kepada setiap pembaca untuk membuat kesimpulan sama ada Gereja Conciliar merupakan gereja baharu dan agama baharu, atau adakah Gereja Conciliar ini masih kekal Katolik?

Kyrie eleison!




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: