Peraturan Kekal Bujang (Celibacy)

Peraturan celibacy merupakan satu ikutan gaya hidup yang ditunjukkan oleh Yesus sendiri:

Mat 19:12 Ada orang yang tidak dapat kawin karena ia memang lahir demikian dari rahim ibunya, dan ada orang yang dijadikan demikian oleh orang lain, dan ada orang yang membuat dirinya demikian atas kemauannya sendiri oleh karena Kerajaan Surga. Siapa yang dapat mengerti hendaklah ia mengerti.

I Kor 7:6-7 Hal ini kukatakan kepadamu sebagai kelonggaran, bukan sebagai perintah. Meskipun demikian alangkah baiknya, kalau semua orang seperti aku (bujang? janda?); tetapi setiap orang menerima dari Allah karunianya yang khas, yang seorang karunia ini, yang lain karunia itu.

I Kor 7:26-27 Aku berpendapat bahwa, mengingat waktu darurat sekarang, baiklah bagi manusia untuk tetap dalam keadaannya. Apakah engkau terikat pada seorang perempuan? Janganlah engkau mengusahakan perceraian! Apakah engkau tidak terikat pada seorang perempuan? Janganlah engkau mencari seorang!

I Kor 7:32-34 Aku ingin, supaya kamu hidup tanpa kekhawatiran. Orang yang tidak beristri memusatkan perhatiannya pada hal-hal mengenai Tuhan, bagaimana ia menyenangkan Tuhan. Sebaliknya, orang yang beristri memusatkan perhatiannya pada hal-hal duniawi, bagaimana ia menyenangkan istrinya, dan dengan demikian perhatiannya terbagi-bagi. Perempuan yang tidak bersuami dan anak-anak gadis memusatkan perhatian mereka pada hal-hal mengenai Tuhan, supaya tubuh dan jiwa mereka kudus. Tetapi perempuan yang bersuami memusatkan perhatiannya pada hal-hal duniawi, bagaimana ia menyenangkan suaminya.

Adakah peraturan celibacy (tidak boleh kahwin atau kekal bujang) suatu doktrin Gereja atau hanya sekadar peraturan disiplin sahaja?

Jika Gereja berhak dan berkuasa untuk menghapuskan dikrinya, maka Gereja tidak boleh menghapuskan dikri yang telah diberikan kepadanya oleh Kristus dan Para Rasul. Perkara ini telah disahkan oleh Konsili Carthage pada tahun 390, menerangkan bahawa peraturan disiplin celibacy (kekal bujang) seperti yang didikrikan oleh Konsili Nicean, para Bapa-bapa menegaskan bahawa celibacy merupakan tradisi para Rasul. Sebagai contoh, St. Epiphnius, Bapa Gereja, menulis: “Para Rasul sendiri yang telah mendikrikan undang-undang ini.”

Disebalik tradisi itu, terdapat fakta yang mendasarkan bahawa peraturan kekal bujang adalah peraturan doktrinal dan bukannya disiplin. Iaitu, apabila para paderi dalam order major, atas virtu ordinasinya, mengadakan suatu kontrak perkahwinan dengan Gereja, dan dia tidak boleh menjadi seorang bigamist (‘berkahwin’ dengan dua orang pasangan). Para paderi adalah perawan untuk layak menjadi pengikut dan pelayan setia Kristus, seorang perawan yang dikonsekrasikan kepada Pasangan-Nya. St. Jerome dalam tulisannya, Adversus Jovinianum, mendasarkan ‘kekal bujang’ paderi dengan keperawanan Kristus.

Semasa ritus ordinasi order major dilangsungkan, tujuan prostrasi hanya ada satu makna sahaja iaitu tubuh badan dikorbankan atau diimolasikan, supaya tubuh itu dibebaskan daripada kehendak nafsu daging dan tertakluk kepada hukum yang memerlukan seseorang itu mengawal diri daripada hawa nafsu. Dalam ritus ordinasi tradisional, maksud ini dinyatakan secara lisan oleh uskup dalam tegurannya kepada sub-deakon: “Jika awak menerima order ini, awak tidak lagi boleh memutuskan perikatan awak, dan awak bersumpah untuk kekal berkhidmat kepada Allah: awak akan terus kekal bujang, dengan pertolongan-Nya …”

Dalam ritus baharu ordinasi [Novus Ordo] subdiakonat, tingkat pertama dalam pangkat order major, yang mewajibkan para rohaniwan hidup dengan kekal bujang, telah ditindas atau disembunyikan. Dengan penindasan ini, maka ia telah menimbulkan pemikiran yang jahat iaitu dengan ketiadaan subdiakonat, maka tidak perlu lagi adanya deakon yang kekal bujang.  Oleh itu, kita terpaksa melihat situasi seseorang deakon yang berprostasi semasa konsekrasi, yang sepatutnya menjadi tanda bahawa dia menerima kehidupan yang kekal bujang dan mengawal hawa nafsu, dengan isterinya berlutut di sebelah menunggu untuk bersama-sama dengannya di katil, suatu tindakan percabulan.

Peraturan Kekal Bujang

Peraturan Kekal Bujang

Deakon itu sebenarnya bukan mengkonsekrasikan tubuhnya kepada Kristus, Juruselamat, tetapi dia sebenarnya mengkhaskan tubuhnya untuk isteri. Sebaik sahaja dia meninggalkan Gereja tempat dia membuat sedikit persembahan kepada Allah, dia akan menanggalkan jubahnya (cassock) dan pulang ke pangkuan si isteri.

Dalam keadaan apabila seseorang akan ditahbiskan menjadi paderi, maka dia harus meninggalkan dan berpisah secara kekal daripada isterinya. St. Petrus, apabila dipanggil oleh Yesus untuk menjadi Paus Pertama Gereja Roman Katolik, telah meninggalkan segala-galanya termasuk isteri dan keluarganya.

[Telah dikemaskini dan diperbetulkan pada 7 Julai 2009]

Sumber: http://www.sspx.org/miscellaneous/celibacy_for_deacons.htm




    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: