Wujudkah Purgatory?

Tidak ramai umat Katolik yang mengambil kisah tentang doktrin Purgatory atau Api Pencucian. Kemungkinan wujudnya satu kepercayaan bahawa pada akhir zaman nanti, semua orang akhirnya akan diselamatkan (masuk Syurga) selaras dengan doktrin moden ‘Universal Salvation’. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa semakin ramai umat yang tidak lagi mempercayai kewujudan Neraka (suatu tempat yang dahsyat, menggerunkan dan dikhaskan untuk orang-orang berdosa menerima hukuman yang setimpal dengan dosa mereka untuk selama-selamanya). Dengan kata lain, mereka mempercayai Neraka akan menjadi kosong.

Umat bukan Katolik pula rata-rata menolak doktrin purgatory seperti yang diajar oleh Gereja sejak 2000 tahun yang lalu. Seolah-olah mereka tidak mempercayai bahawa Tuhan kita, Yesus yang maha pengasih akan mengampuni dosa umat selepas kematian mereka.

Memang benar bahawa seseorang yang mati sebelum sempat menerima pengampunan ke atas dosa berat (mortal) mereka, akan kehilangan peluang untuk diampuni selepas kematian. Tetapi bagi mereka yang mati tetapi jiwa mereka masih dicemari dengan dosa ringan (venial) atau masih ‘berhutang’ dengan Tuhan, maka mereka masih berpeluang dan akan masuk ke Syurga juga pada akhirnya.

Rasul Yohanes, dalam suratnya yang  pertama, pasal kelima, menerangkan  perbezaan antara dosa berat (mortal) dan dosa ringan (venial). Dalam ayat Matius 12:32, Yesus berkata

Apabila seorang mengucapkan sesuatu menentang Anak Manusia, ia akan diampuni, tetapi jika ia menentang Roh Kudus, ia tidak akan diampuni, di dunia ini tidak, dan di dunia yang akan datang pun tidak.” (Mat 12:32)

Jika seseorang dengan rela hati menolak rahmat daripada Roh Kudus, ia merupakan satu dosa berat dan tidak akan diampuni selepas kematian. Tetapi, dalam ajaran ini, Yesus dengan jelas mengajar bahawa ada pengampunan selepas kematian apabila Dia merujuk kepada pengampunan “di dunia yang akan datang “.

Bercakap tentang “di dunia yang akan datang “, pengampunan tidak diperlukan di dalam Syurga, dan tidak mungkin jika di Neraka. Jadi, ada satu kemungkinan lain iaitu ada satu lagi tempat lain untuk Tuhan mengampuni dosa, iaitu di Purgatori.

Kita jangan lupa bahawa api penyucian di Purgatori adalah ‘sama panas’ dengan api di Neraka. Hukuman di Purgatori adalah sama seperti hukuman di Neraka. Hanya di Purgatori, hukumannya adalah sementara.

Kyrie eleison.


  1. yung2

    Di mana dikatakan di dalam alkitab tentang api penyucian? BUkankah selepas kematian, manusia akan dihakimi? Ibrani 9:27 – “Dan sama seperti manusia ditetapkan untuk mati hanya satu kali saja, dan sesudah itu dihakimi,”. Tidak ada asas kukuh tentang api penyucian yang dijelaskan di dalam bible.

    Pengarang: Maaf kerana terlupa memberi respon kepada komen sdr/i Yung2. Memang benar selepas kematian, akan ada penghakiman. Penghakiman ini bersifat kekal dan menentukan sama ada seseorang itu selamat (layak untuk masuk Surga) atau menerima hukuman kekal di Neraka. Apakah syarat utama untuk layak ke Surga? Seseorang itu harus bebas daripada dosa (sama ada dosa ringan atau dosa berat). Jika seseorang itu mempunyai dosa berat, maka tidak ada keselamatan dan terus dihumban ke dalam Neraka. Jadi, siapa di antara kita yang tidak mempunyai dosa (ibarat orang kudus)? Hanya yang kudus dan suci sahaja diperkenankan memasuki Surga.

    Bagaimana jika seseorang yang meninggal tetapi telah melakukan dosa kecil (venial)? Walaupun dia sempat melakukan pertaubatan tetapi dia masih ‘berhutang’. Jika saya dengan tidak sengaja tertumpah segelas susu di atas lantai, ibu dengan senang memaafkan kelalaian saya, tetapi tidakkah saya harus membersihkan tumpahan itu? Walaupun saya telah diampuni oleh ibu, tetapi saya masih ‘dihukum’ dan hukuman saya itu ialah membersihkan tumpahan tadi. Dengan membersihkan tumpahan tadi, maka saya telah membayar ‘hutang’. Inilah gambaran tentang api penyucian atau Purgatori.

    “Apabila seorang mengucapkan sesuatu menentang Anak Manusia, ia akan diampuni, tetapi jika ia menentang Roh Kudus, ia tidak akan diampuni, di dunia ini tidak, dan di dunia yang akan datang pun tidak.” (Mat 12:32) – Teks ini menunjukkan bahawa ‘dunia akan datang’ merujuk kepada Purgatori kerana jika ia merujuk kepada Surga, tidak mungkin lojik kerana di dalam Surga tidak ada pengampunan kerana mereka yang masuk Surga tidak memiliki dosa!

  2. henry

    Saudara/saudari pengarang, saya ingin berkongsi tentang purgatori yang telah dinyatakan dalam penulisan ini. saya tertarik dengan alam purgotari iaitu tempat api penyucian sebelum insan itu menuju ke sorga. Saya bersetuju dengan pengarang bahawa, ramai warga Katolik kita tidak lagi menitikberatkan tentang api penyucian ini serta apatah lagi mendoakan arwah-arwah yang memerlukan penyelamatan ataupun indulgensi di api penyucian.

    saya pernah terbaca tentang api penyucian yang pernah di alami oleh Maria Simma seorang visioneri berasal dari pergunungan Vorarlberg, Austria. Beliau selalu dikunjungi oleh arwah-arwah dari api pencucian yang memerlukan keselamatan dari Maria Simma dengan cara mendoakan mereka, merayakan misa kudus, doa-doa rosari, melalui jalan salib dan banyak lagi pengalaman yang di alami oleh Maria Simma.

    Dalam wawancara bersama dengan sister Emmanuel dari Medjugorje, menyatakan bahawa api penyucian menurut Maria Simma ialah satu ciptaan luar biasa oleh Tuhan merupakan sebuah penundaan yang diakibatkan oleh ketidaksucian kita sendiri iaitu penundaan sebelum menerima Tuhan, sebuah luka cinta kasih yang menyebabkan penderitaan yang luar biasa, sebuah penungguhan, sebuah nostalgia cintakasih. Menurut Maria lagi dosa-dosa yang menyebabkan manusia masuk dalam api penyucian yang memerlukan pemurnian ialah dosa-dosa terhadap kemurahan hati, terhadap kasih antara sesama, kebekuan hati, permusuhan, fitnah, merosakankan nama baik seseorang dan segala hal tentang seperti ini. Dosa yang memerlukan pemurnian yang lama di api penyucian ialah dosa mengatakan tentang hal-hal yang buruk dan fitnah akan seseorang.

    Untuk keterangan lanjut bolehlah melayari dalam web ini.
    http://www.gerejakatolik.net/artikel/rahasia.htm

    LDU, Sabah.

  3. Deo gratias kerana masih ada umat Katolik yang mempercayai Purgatori.

  4. henry

    Satu lagi maklumat tentang api pencucian (purgatori). Stigmata terkenal Sangti Padre Pio dari Pietrelcina merupakan seorang paderi dan biarawan yang memiliki mukjizat luka-luka yesus, penyembuhan terhadap orang, dan peelbagai lagi mukjizat yang telah dilakukan sepanjang pelayanannya. Beliau juga sentiasa didatangi oleh jiwa-jiwa dari api pencucian. Menurut dalam buku Padre Pio: A Catholic Priest who worked a miracles and bore the wounds of Jesus Christ on his body tulisan oleh Br. Michael Dimond di muka surat 55/56, rujuk dalam web http://www.mostholyfamilymonastery.com/padre_pio.php ada menceritakan seorang jiwa bernama Pietro di Mauro dengan nama samaran Precoco menyatakan kepada Padre Pio bahawa dirinya seorang biarawan dalam biara yang sama mati dalam bilik 4 masih berada dalam Api pencucian dan mohon supaya di rayakan misa kudus agar dia dibebaskan dari api pencucian.jiwa tersebut memberitahu bagaimana dia mendapat kebenaran Tuhan untuk berjumpa Padre Pio untuk memohon doa daripadanya.

    Respons:
    Terima kasih di atas perkongsian itu. Walau bagaimanpun, harus berhati-hati apabila melawati pautan http://www.mostholyfamilymonastery.com kerana mereka berpegang kepada aliran ‘sedevacantist’ iaitu mereka tidak menerima Paus Benedict XVI sebagai Paus Gereja Roman Katolik kerana mendakwa bahawa dia adalah seorang heretik.

  5. henry

    Terima kasih saudara penulis atas maklumat baru itu. Puji Tuhan

  6. Saya selalu menekankan kepada saudara saudari Katolik di kampung saya bahawa ‘Api penyuci itu wujud dan gereja Katolik memang yakin akan perkara itu dan kita mestilah bersyukur kerana adanya api penyuci’. Kebetulan pada pada 5 dan 6/9/2009 yang lepas rombongan gereja Katolik dari Miri telah berkunjung ke paroki kami dan dalam rombongan itu ada seorang saudara kita yang punya pengalaman yang sangat indah.
    Setelah koma 2 hari dan 1 malam maka beliau kembali sedar/hidup setelah beliau disapu oleh cahaya yang maha terang dan putih daripada Jesus Crist.Antara lain beliau mengatakan:
    1. Setelah koma beliau dibawa oleh malaikat ke syurga & api penyuci malaikat tidak membawa beliau ke neraka kerana apabila beliau ke sana belum pasti dia akan kembali lagi.
    2.Malaikat berkata kepada beliau bahawa saudara saudari kita di api penyuci memerlukan doa2 kita yang masih hidup ini,doa-doa itu adalah:
    a) Bapa Kami
    b) Rosari
    c) Jalan Salib
    3.Setiap apa yang diperkatakan oleh Malaikat kepada beliau semuanya ada dalam bible(bila beliau membaca/mencarinya dalam bible)
    Maka marilah kita 100% percaya dan yakin(penuh Iman) bahawa Purgatori itu wujud dan memang ada.
    saudara kita ini dalam proses menyiapkan sebuah artikel/buku untuk menceritakan pengalaman indahnya ini.

  7. henry

    Saudara Semang, jika kawan anda sudah selesai menulis buku tentang pengalamannya itu, tolong maklumkan saya ke email ini henryamboh@yahoo.com

    saya sangat berminat untuk mengetahui pengalamannya itu.

    terima kasih

    LDatu, Sabah.

  8. saudara Henry,
    akan saya maklumkan.

  9. henry

    saudara pengarang,
    saya ingin bertanya tentang seorang penulis buku berjudul Divine Comedy iaitu berkaitan dengan alam purgotari. penulis itu bernama Dante Alighieri. Dalam bukunya itu menceritakan bagaimana dia dibawa ke alam purgatori itu dan banyak lagi tempat-tempat beliau di perlihatkan termasuklah neraka.persoalan saya di sini, adakah gereja mengakui penampakan saudara Dante Alighieri tersebut…saya terbaca dalam artikel di website iaitu

    http://www.conservapedia.com/Purgatorio

    jika ia diakui maka saya akan terus membacanya sebagai pengembangan iman saya…

    terima kasih bantuan saudara dalam hal ini..

    Respons:
    Saya tidak pasti tentang kesahihan laman web tersebut. Tetapi daripada pembacaan ringkas, tulisan Dante merupakan puisi atau cerita karangan beliau berdasarkan doktrin Katolik. Asalkan tidak bertentangan dengan ajaran, doktrin dan dogma Katolik, tulisan beliau boleh dibaca.

  10. adakah semua article d atas btl?saya mushkil dgn semua yg tertlis d atas..adakah benar api penyucian itu wujud atau sekadar rekaan?bagi saya,semuanya rekaan semata-mata.penghapusan dosa kita di adili oleh tuhan.dan bukannya berunsurkan api penyuciaan.api neraka lebih hebat dan panas.roh kudus bagi pendirian saya ianya tdk sama sekali wujud!ia hanya pemikiran manusia yg cetek..bagi saya,apabila kita mati suatu hari nnty,roh kita akan di hantar ke langit..bukan ke neraka,bukan juga ke syurga..ianya ada suatu tmpt di mna akn d perlihatkan segala dosa dan amal baik kita semasa hidup..apabila kiamat,barulah semua umat manusia di kumpulkan d sebuah pdang yg sngt luas..tdk terkira keluasaannya.d sna lah perhitungan dosa d jalankan..jadi bagi pembaca sekalian,harap maaf jika atas tersilap kata..sebab saya juga tdk percaya atas semua ini..maafkan saya..saya harap anda semua juga boleh memikirkan mana yg baik untuk anda,dan renung2kan lah apa yg saya ckap td.

    Respons:
    Saya tertarik dengan pendapat dan kepercayaan peribadi saudara. Saya ingin bertanya, dari mana saudara mendapat tahu semua itu?

  11. drpd ibu saya..waktu saya kecik dahulu,sebelum tidur ibu saya selalu bercerita tentang semua itu..biar pun saya x berapa faham,tetapi saya dpt bayangkn bagaimana seksanya di dlm neraka..ibu saya selalu ckp,walau apa pun yg kita buat,haruslah ingat akn tuhan,dan banyakkan lah ingatkan maut..jadi dari sana lah saya tahu.

    Respons: Dari mana ibu awak mendapat ajaran seperti itu. Adakah ibu awak seorang Katolik?

  12. Irene

    Saudara Semang,

    Melihat kepada kenyataan yang dibuat,saya juga amat berminat untuk mendapatkan artikel tersebut. Jika ianya telah siap kelak tolong emelkan ke alamat berikut irene_7013@yahoo.com.

    sekian, terima kasih.

  13. irene

    Saudara Semang,
    Saya mahu tanya tentang artikel yang saudara maksudkan itu. Adakah ianya sudah disiapkan atau belum. Saya benar-benar berminat untuk mendapatkannya. Terima kasih dengan keperihatinan saudara.

  14. ricky

    apakah purgatory itu??
    dosa kecil??adakah dosa kecil dan adakah dosa besar?
    islam mengajarkan hal itu..dosa kecil dan dosa besar.tetapi kekristenan berbeda.semua manusia berdosa dan telah kehilangan kemuliaan Allah.Dan upah dosa adalah maut(roma 6:23) dosa besar atau dosa kecil akan menghantar kita kepada maut(neraka).TIDAK ADA yg bisa kita lakukan untuk menyucikan dosa kita bahkan perbuatan baik kita.yes 64:6 (Demikianlah kami sekalian seperti seorang najis dan segala kesalehan kami seperti kain kotor; kami sekalian menjadi layu seperti daun dan kami lenyap oleh kejahatan kami seperti daun dilenyapkan oleh angin)hanya ada satu jalan keluar (Sebab di dalam Dia dan oleh darah-Nya kita beroleh penebusan, yaitu pengampunan dosa, menurut kekayaan kasih karunianya)efesus 1:7 DarahNya menyucikan semua dosa.lalu apa itu purgatory??DarahNya saja sudah cukup saudaraku.Dia sudah menanggung semuanya,yang harus kita lakukan adalah menerima karyaNya dan percaya pada DarahNya.itu sudah cukup.Jika darahNya tidak cukup untuk menghapus dosamu maka tidak ada yg bisa melakukannya termasuk purgatory,tidak ada dosa kecil saudaraku ingat upah dosa adalah maut,jikalau engkau hanya melakukan dosa yg engkau anggap kecil maka dosa itu akan membawamu ke pada Maut(neraka),lalu apakah itu purgatory?apakah yang engkau percayai alkitab atau kesaksian tentang purgatory?saat engkau percaya pada DarahNYa.DarahNya akan menghapus semua dosamu baik kecil ataupun besar.walaupun engkau sudah lupa ttg dosa kecil yg pernah engkau lakukan DarahNya tidak akan lupa dan DarahNya akan membersihkanmu(Marilah, baiklah kita berperkara! –firman TUHAN–Sekalipun dosamu merah seperti kirmizi, akan menjadi putih seperti salju; sekalipun berwarna merah seperti kain kesumba, akan menjadi putih seperti bulu domba.)yesaya 1:18.yesus berkata diatas kayu salib “sudah selesai” selesai artinya selesai dan pada saat penjahat yg disebelah kanan bertobat yesus berkata engkau akan bersama2 dengan aku di firdaus.berarti langsung masuk surga jika ada purgatory tentulah yesus mengatakannya atau tercantum dalam alkitab.seperti engkau harus ke purgatory dahulu baru bersama aku di firdaus tetapi yesus berkata SAAT INI juga engkau bersama2 dgn aku difirdaus.saat ini berarti langsung ke surga tidak ada tengah2 (purgatory)seperti di lukas 16:19-31 orang kaya dan lazarus yang miskin begitu mati mereka langsung ketempat yg bernama surga atau neraka tidak ada tertulis ttg purgatory..Tolong jelaskan pada saya dimana ayat ttg purgatory.saya mohon jawabannya dgn kerendahan hati

    Jawapan:
    Saudara Ricky,
    Perlu ditekankan di sini bahawa blog ini dikhaskan untuk umat Kristian terutama Katolik dan bukannya bertujuan menyebarkan ajaran Islam.
    Jika saudara menolak doktrin Purgatori atas alasan bahawa ajaran ini tidak tercatat di dalam Alkitab maka saya membuat kesimpulan awal bahawa saudara umat Protestan dan berpegang kepada doktrin ‘sola scriptura’ kerana saudara menggunakan ayat-ayat suci Alkitab untuk menegakkan kepercayaan peribadi saudara.

    Soalan saudara bukan senang untuk dijawab dengan hanya beberapa ayat sahaja kerana banyak persoalan lain terpaksa dibongkar bersama-sama.

    Sebelum saya bercakap tentang doktrin purgatori, beberapa persoalan harus saudara jawab terlebih dahulu:
    1. Terdapat pelbagai versi Alkitab dan penerbit yang berbeza-beza. Apakah versi atau penerbit Alkitab yang saudara gunakan sekarang?
    2. Siapakah yang berautoriti untuk mentafsir Alkitab dan mengajar interpretasi ini sebagai ajaran Yesus yang benar?
    3. Buktikan bahawa doktrin ‘sola scriptura’ diajar oleh Alkitab.

    “6 And we are all become as one unclean, and all our justices as the rag of a menstruous woman: and we have all fallen as a leaf, and our iniquities, like the wind, have taken us away. [Isaias 64:6]”. Ayat ini menunjukkan bahawa manusia yang lahir ke dunia ini berada di dalam ikatan dosa. Dosa ini yang diakibatkan oleh dosa Adam juga dipanggil dosa asal (original sin).

    “In whom we have redemption through his blood, the remission of sins, according to the riches of his grace,…” [Ephesian 1:7]. Ayat ini menunjukkan bahawa dosa asal yang mengikat manusia telah ditebus oleh darah Yesus. Jika seorang dewasa menerima Sakramen Pembaptisan, maka orang itu bukan sahaja dosa asalnya dibersihkan tetapi juga dosa peribadi (dosa venial dan dosa mortal).

    Penjahat di sebelah kanan telah mengaku dosa (Sakramen Pengakuan) kepada Yesus dan telah diberi pengampunan oleh Yesus sendiri. Segala dosa asal dan dosa peribadi penjahat itu telah dihapuskan dan penjahat itu juga telah melalui ‘tempoh pembersihan atau penyucian’ apabila disalibkan bersama-sama dengan Yesus. Oleh itu, atas kata-kata Yesus, penjahat itu layak untuk memasuki Firdaus.

    “22 And it came to pass, that the beggar died, and was carried by the angels into Abraham’s bosom. And the rich man also died: and he was buried in hell.” [Luke 16:19-31] menunjukkan bahawa Lazarus dinaikkan ke tempat penantian (Abraham’s bosom) dan bukannya di Surga kerana pintu Surga belum lagi dibuka. Pada waktu itu, Yesus belum lagi menebus dosa-dosa manusia.

    Artikel saya sudah cukup untuk mengajar doktrin benar tentang Purgatori. Tidak semua ajaran Yesus tercatat di dalam Alkitab. Perlu diingati bahawa Gereja wujud lebih dahulu daripada Alkitab. Sebelum adanya Alkitab, Gereja mengajar secara lisan. Ajaran lisan ini dipanggil Tradisi Suci. Gereja ialah tubuh mistik Kristus. Menolak Gereja bermaksud menolak Kristus (Mat 16:18). Manusia siapakah yang berautoriti untuk menubuhkan gerejanya sendiri? Doktrin ‘sola sriptura’ juga tidak terdapat di dalam Alkitab! Begitu juga doktrin Triniti.

    Jika saudara layak untuk mentafsir Alkitab, apakah maksud ‘di dunia yang akan datang’ dalam ayat Mat 12:32. Adakah ia merujuk kepada Surga?

    Jika saudara fasih dalam Bahasa Inggeris, saudara bolehlah terus mencari jawapan tentang Purgatori di pautan http://www.fisheaters.com/purgatory.html.]

    • Joy

      Hi,
      Be extra careful. Dlm Alkitab tidak dinyatakan “Penjahat di sebelah kanan telah mengaku dosa.” Tidak di ketahui sebelah kanan atau kiri. Lukas 23:39 “Seorang dari penjahat yang digantung itu menghujat Dia….. ayat 40 “Tetapi yang seorang menegor dia…..
      Apakah erti firdaus?

  15. ricky

    dalam mat 12:32 itu berbicara tentang dosa menghujat Roh kudus.Darah Yesus dapat menghapus semua dosa kecuali dosa yang satu ini Menghujat Roh kudus.Orang yang melakukan ini berbuat dosa yg kekal dan tidak bisa diselamatkan (masuk neraka).markus 3:28-29.Kenapa ini tidak bisa diampuni?Bahkan oleh darah Yesus?
    (1.)Roh kudus adalah Roh kebenaran yoh 14:17 Karena Dia kita mengenal kebenaran..yesus adalah kebenaran(yoh 14:6) otomatis tanpa Roh kudus kita TIDAK mungkin mengenal kebenaran.
    (2).ingat kita bisa mengenal yesus sebagai penebus bukanlah karena kehebatan kita tetapi itu semua karena kasih karunia(grace) Roh kudus adalah Roh kasih karunia (ibrani 10:29)
    Lalu apa hubungannya semua ini dengan dosa kekal
    Jika kita menghujat Roh kudus secara sadar Kita sudah menolak Roh kudus Jika kita menolak Roh kudus kita menolak Kebenaran(1) dan jika kita menolak kebenaran kita menolak yesus dan karyaNya yang adalah kebenaran.Berarti kita menolak bahwa yesus sudah disalib utk dosa kita otomatis kita mendapat hukuman kekal.Dan otomatis kita menolak kasih karunia Allah.dan kita diselamatkan oleh kasih karunia efesus2:8 dan Roh kudus itu adalah Roh kasih karunia kita menghujat Dia berarti kita menolak Kasih karunia,ingat Allah memberikan free will pada manusia Dia tidak memaksakan kehendakNYa.Sehingga jika orang melakukan ini otomatis Dia menolak karya kristus otomatis Dia berbuat Dosa kekal dan Otomatis Dia tidak akan Diampuni didunia yang akan datang(yerusalem baru) artinya jiwanya akan keneraka oleh karena menolak KASIH KARUNIA Allah melalu karya Yesus dan melalui pewahyuan Roh kudus..terima kasih mohon anda menerangkannya kepada saya ,saya senang mendapat pengetahuan tentang Kristus.saya senang berbicara dengan anda..Tuhan memberkati Anda

    Respons:
    ‘di dunia akan datang’ bukannya merujuk kepada Yerusalem Baru. Dalam Yerusalem Baru tidak ada lagi penghakiman dan juga penjatuhan hukuman. Di Surga atau di Neraka, tidak timbul lagi hal pengampunan dosa kerana sudah dibuat sebelum jiwa itu ditempatkan sama ada di Surga atau Neraka. ‘di dunia akan datang’ itu adalah Purgatori. Ini merupakan peluang kedua untuk jiwa seseorang itu dibersihkan dan melayakkan diri untuk masuk ke Surga.

  16. Bagaimana mahu follow blog ini? Saya mahu bertukar link di blog saya.

  17. Hai Stephen,
    Dari Home (Muka Depan), klik pautan “RSS bagi komen-komen” yang terletak di sebelah kanan (Lajur paling tepi di bawah perkataan META). Saya suka blog “Kenapa saya masih Katolik”. Semoga kita saling bantu membantu dalam soal menegakkan Kebenaran Katolik yang sejagat.

  18. Saudara Ricky,
    Maaf kerana saya lewat membalas komen saudara.

    Yesus berkata: Akulah Kebenaran. Menolak Kebenaran bermaksud menolak Yesus. Tetapi apakah ‘kebenaran’? Dari manakah kebenaran itu datang? Adakah Kebenaran itu datang dari Gereja atau Alkitab atau interpretasi peribadi manusiawi? Yang mana satukah wujud dahulu: Gereja atau Alkitab.

    Ternyatakan dalam Mat 12:32, ‘di dunia yang akan datang’ merujuk kepada Purgatori dan bukannya ‘Yerusalem Baru’. Mereka yang telah berada di Yerusalem Baru adalah kalangan yang saleh, yang tidak memerlukan pengampunan kerana proses pengampunan telah berlaku sebelum diterima masuk ke dalam Yerusalem Baru.

    • Joy

      Yesus bilang Akulah kebenaran, So kebenaran ialah YESUS sendiri. Yoh 17:17 “Kuduskanlah mereka dalam kebenaran; firman-Mu adalah kebenaran.” Yoh 18:37 “Maka kata Pilatus kepada-Nya: “Jadi Engkau adalah raja?” Jawab Yesus: “Engkau mengatakan, bahwa Aku adalah raja. Untuk itulah Aku lahir dan untuk itulah Aku datang ke dalam dunia ini, supaya Aku memberi kesaksian tentang kebenaran; setiap orang yang berasal dari kebenaran mendengarkan suara-Ku.” Yoh 18:38 Kata Pilatus kepada-Nya: “Apakah kebenaran itu?” (18-38b) Sesudah mengatakan demikian, keluarlah Pilatus lagi mendapatkan orang-orang Yahudi dan berkata kepada mereka: “Aku tidak mendapati kesalahan apapun pada-Nya.
      Alkitab = Firman Allah Yoh 1:1-18. Alkitab first then Gereja.

      Respons:
      Benar bahawa Yesus adalah Kebenaran dan Firman-Nya adalah Kebenaran tetapi yang menjadi masalah adalah tafsiran peribadi pengasas aliran Protestant yang menyimpang daripada ajaran yang benar seperti yang diajar oleh Gereja. Alitab adalah kebalsalah iaitu tidak ada kesalahan apapun. Ini telah dinyatakan oleh Gereja Katolik, tetapi tafsiran manusia adalah tidak kebalssalah. Tafsiran manusia ke atas Alkitab adalah tidak kebalsalah. Gereja wujud dahulu daripada Alkitab. Hanya pada tahun 1546 Gereja Katolik mengumumkan secara rasmi bahawa Alkitab adalah kebalsalah. Pada zaman Yesus dan para Rasul, Alkitab belum wujud, dan belum diterbitkan lagi seperti mana yang kita miliki sekarang. Malah dalam Alkitab pun tidak disebutkan perkataan Alkitab.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: