Neraka, Surga & Purgatori

Soalan daripada seorang pengunjung blog:

Di dalam bible bagaimanakah di ceritakan rupa bentuk neraka dan syurga? Purgatory itu apa? Bagaimanakah perjalanan di hari pengadilan kelak? Bagaimanakan di ceritakan di dalam bible?

Respons:
Umat Katolik memperoleh pengajaran Iman bukan melalui Alkitab sebagai sumber utama tetapi pengajaran lisan (Tradisi Suci) daripada Gereja. Alkitab hanyalah sebahagian daripada Tradisi Suci. Tafsiran Alkitab adalah menurut Tradisi Suci Gereja. Tidak semua Kebenaran terdapat di dalam Alkitab. Agama Katolik tidak sama dengan agama Protestan yang bergantung sepenuhnya kepada (tafsiran peribadi) Alkitab.

Konsep KEADILAN: Perbuatan baik dan mulia akan dibalas dengan ganjaran (Surga) dan perbuatan jahat (dosa) akan dibalas dengan hukuman yang setimpal (Neraka). Kepada mereka yang bertaubat dengan tulus ikhlas dan jujur, dosa mereka diampunkan tetapi harus juga menjalani hukuman kerana AKIBAT daripada perbuatan jahat yang lampau. Contoh: Seorang anak yang menumpahkan segelas air susu akan mendapatkan pengampunan daripada ibunya jika dia memohon kemaafan tetapi anak itu tidak terlepas daripada ‘hukuman’ membersihkan tumpahan tadi.

Kepada umat Katolik yang setia kepada ajaran Yesus Kristus, mereka akan menerima Kehidupan Kekal di Surga. Mereka menikmati kebahagian yang sempurna dan kekal abadi. Surga merupakan tempat dan juga keadaan (’state’). Contohnya: Apabila Bonda Perawan Santo Maria menjelma kepada manusia, Bonda Maria sebenarnya bukan meninggalkan Surga kerana jiwanya yang suci sentiasa berada di Surga. Surga sentiasa berada bersama-sama dengan Bonda Maria untuk selamanya.

Apabila berada di Surga, umat Katolik akan BERSEMUKA dengan Allah. Segala keinginan mereka akan dipenuhi sepenuhnya. Mereka akan berasa keriangan yang tidak terhingga. Tidak akan berlaku lagi perpisahan. Umat Katolik akan bersama-sama dengan seluruh warga Surga: Allah Tritunggal, Bonda Maria, para sangti, para malaikat dan juga mereka yang kita kasihi. Cinta kasih manusia akan menjadi lengkap. Segala ilmu yang kita inginkan seperti misteri iman dan sains, semuanya boleh dipelajari di Surga. Apabila terjadi kebangkitan badan pada akhir zaman, deria tubuh badan akan dikembalikan kepada umat Katolik dan keriangan mereka akan menjadi berkali lipat ganda. Walau bagaimanapun, ganjaran setiap individu berbeza bergantung kepada perbuatan mereka semasa di bumi.

[Sumber: My Catholic Faith]

Artikel tentang Purgatori (Api Penyucian), sila rujuk: https://katolik.wordpress.com/2007/04/01/wujudkah-purgatory/

Artikel tentang Kebangkitan Badan, sila rujuk: https://katolik.wordpress.com/2008/11/16/kebangkitan-badan/

Kepada mereka yang menolak Yesus (Kebenaran), hukumnya ialah Neraka. Mereka yang menolak Yesus masih dibelenggu dengan dosa, dan menjadi hamba dosa.

Mereka yang meninggal dunia tanpa berkesempatan untuk bertaubat dan menerima pengampunan, akan menerima hukuman di Neraka. Neraka diibaratkan sebagai ‘api tak padam’, ‘liang yang tidak ada dasar’, ‘luar kegelapan’ dan ‘hukuman kekal’.

Allah sentiasa memanggil setiap individu kepada-Nya. Dia sentiasa mencurahkan rahmat kepada setiap mereka yang mencari Dia. Mereka yang kekal hidup dalam dosa kerana kedegilan mereka, akan menerima hukum di Neraka.

Kehendak Allah ialah semua manusia akan ke Surga tetapi Allah tidak boleh memaksa sesiapa kerana manusia bukan robot. Manusia berdosa yang ‘memaksa’ Allah menghantar mereka ke Surga. Jangan kita lupa bahawa Allah juga adalah Mahaadil. Tidak ada siapa dihantar ke Neraka kecuali atas kesilapan diri sendiri.

Mereka yang berada di Neraka kehilangan segala-galanya. Mereka putus harapan, putus hati, susah hati, cemburu, marah, benci, merana kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan mengecapi kebahagian: mereka tidak akan melihat Tuhan Allah. Teman mereka hanya bertemankan penjenayah, orang-orang bengis dan jahat, iblis dan syaitan.

Di dalam Neraka, langsung tidak ada cinta kasih. Mereka membenci diri sendiri, membenci orang lain, membenci Tuhan Allah, dan membenci segala-galanya. Neraka dipenuhi dengan kebencian. Tidak ada kebaikan langsung di dalam Neraka. Neraka sememangnya tempat yang dahsyat sekali. Semua deria mereka berfungsi seperti penglihatan, pendengaran, rasa dan sentuh. Deria-deria ini akan berasa sakit yang teramat sangat. Tubuh badan mereka akan terbakar dan berbau hangus tetapi badan mereka tetap akan terbakar selamanya. Neraka merupakan tempat paling gelap kerana di sana tidak ada Tuhan Allah.

Tidakkah Tuhan Allah berbelas kasihan?
Manusia yang berdosa sebenarnya pengkhianat kepada Penciptanya. Tuhan Allah mencipta segala yang ada di dalam alam semesta ini termasuk manusia. Jadi, Tuhan Allah sebagai Raja segala raja BERHAK PENUH untuk menentukan setiap rakyatnya (umat manusia) taat kepada titah Raja. Jika di bumi, apakah hukuman kepada pengkhianat? Hukuman mati, bukan?

Jika kita masih berpendapat bahawa Allah tidak sekejam itu, lihat sahajalah, Allah telah menurunkan Anak-Nya, Yesus, untuk mati di kayu salib secara paling kejam dan hina. Tidakkah ini menunjukkan belas kasihan Tuhan Allah demi keselamatan manusia? Tetapi kenapakah manusia masih degil? Kedegilan manusialah yang akan menghantar mereka ke Neraka.

Tuhan Allah tidak inginkan sesiapa masuk ke Neraka tetapi atas kesilapan diri sendiri, seseorang manusia menerima hukuman kekal di Neraka.

Kita boleh menolak Yesus Kristus, tetapi Yesus Kristus tidak boleh menolak sesiapa yang benar-benar bertaubat dan memohon belas kasihannya kerana Tuhan Allah penuh kasih.

Kyrie eleison!

[Sumber: http://truecatholic.bizland.com/MyCatholicFaith/mcfc082.htm]


  1. Volvin Irawan

    Anda menulis…
    “Umat Katolik memperoleh pengajaran Iman bukan melalui Alkitab sebagai sumber utama tetapi pengajaran lisan (Tradisi Suci) daripada Gereja. Alkitab hanyalah sebahagian daripada Tradisi Suci. Tafsiran Alkitab adalah menurut Tradisi Suci Gereja. Tidak semua Kebenaran terdapat di dalam Alkitab.”
    –> Humm….tradisi itu buatan manusia bukan? apakah buktinya sebuah tradisi “suci” bisa sepadan dgn kehendak Allah?

    “Tidak semua Kebenaran terdapat di dalam Alkitab” –> bisa tolong referensi dari statement ini? apakah ini opini anda atau bagaimana? Thanks

    Respons:
    Ada dua jenis tradisi: tradisi manusia dan Tradisi Suci. Tradisi Suci bermaksud ajaran lisan yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain oleh Gereja. Ajaran lisan ini ialah doktrin dan dogma seperti yang diajar oleh Yesus kepada para Rasul. Pada zaman Yesus, Alkitab belum wujud lagi. Kitab Perjanjian Lama hanya dimiliki oleh imam dan guru agama sahaja.

    Alkitab sendiri telah menyatakan bahawa ia tidak mempunyai semua kebenaran yang diwahyukan oleh Tuhan Allah. “There are, however, many other things that Jesus did; but if every one of these should be written, not even the world itself, I think, could hold the books that would have to be written” (John 21:25)

    Kebenaran tentang Wahyu Suci yang tidak tertulis dalam Holy Scripture telah datang kepada kita melalui Tradisi Gereja. Santo Paulus berseru kepada orang-orang di Thesalonika: “Hold the teachings that you have learned, whether by word or by letter of ours” (2 Thess. 2:15).

    Para Rasul sendiri berkata bahawa banyak perkara telah diajarkan kepada umat melalui kata-kata mulut (2 John 12; 1 Cor. 11:2). Antara contoh-contoh kebenaran dalam Tradisi, yang tidak tercatat secara jelas dalam Holy Scriptures, ialah: bilangan sakramen, jangka masa sakramen itu dikuatkuasakan, buku-buku yang tersenarai dalam Alkitab, Pembaptisan bayi, dan hari Ahad.

    Rujukan tambahan: https://katolik.wordpress.com/2009/01/27/memahami-tradisi-suci/




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: