Konservatif dan Liberal

Saya terbaca artikel ini daripada Herald Malaysia Online yang bertajuk “Konservatif dan liberal — kedua-duanya kita perlukan” yang ditulis oleh Paderi Ron Rolheiser. Saya terkejut besar dan sedih dengan seruan Paderi Ron Rolheiser bahaw Gereja memerlukan kedua-dua umat yang dilabelkan sebagai ‘konservatif’ dan ‘liberal’.

Saya tidak pasti tujuan sebenarnya beliau yang seolah-olah memuji Malcolm X, bekas Kristian tetapi telah murtad. Saya mendapati sukar untuk menyelami pemikiran Fr. Rolheiser kerana beliau tidak mendefinisikan secara jelas istilah ‘konservatif’ dan juga ‘liberal‘. Saya telah menulis artikel tentang Katolik Liberal dan para pembaca dijemput membaca artikel itu terlebih dahulu. Umat konservatif pula saya didefinisikan sebagai umat yang menentang sebarang perubahan.

Adakah saya seorang konservatif? Dalam dunia Katolik, hanya ada umat Katolik sahaja. Tidak sepatutnya ada Katolik Liberal atau Katolik Konservatif. Katolik Traditionalist pun sepatutnya tidak wujud. Tetapi oleh kerana berlaku banyak kekeliruan maka label-label ini perlu diwujudkan supaya kita mudah memahami perkara yang dibincangkan.

Anda boleh katakan bahawa saya Katolik Traditionalist kerana berpegang kepada Tradisi Suci dan Alkitab. Tradisi Suci (termasuk Alkitab) mengajar segala-galanya yang perlu diketahui oleh umat Katolik tentang Kebenaran seperti yang diajar oleh Yesus dan Para Rasul (Gereja) sejak 2000 tahun yang lalu. Saya tidak menolak perubahan sekiranya tidak bertentangan dengan Kebenaran dan bersifat ‘organik’. Tetapi saya menolak sekeras-kerasnya perubahan yang berkontradiktori dengan Kebenaran Katolik.

Oleh itu, berdasarkan definisi di atas, saya menolak ‘konservatif’ dan juga ‘liberal’. Saya percaya, sebagai umat Katolik, saya harus SETIA kepada Tradisi Suci dan Alkitab seperti yang diajar oleh Gereja Roman Katolik sejak 2000 tahun yang lalu. Dan saya adalah umat Katolik. [noktah].

Kucar kacir berlaku dalam dunia Katolik kerana arah tuju penginjilan sekarang tertumpu kepada MANUSIA (humanism) dan bukannya TUHAN. Jika dulu ajaran ‘kebebasan beragama’ merupakan suatu kegilaan (madness) tetapi sekarang Gereja mengajar bahawa semua manusia BERHAK memeluk agama pilihannya. Ini jelas bertentangan dengan Tradisi Suci dan pelanggaran Hukum Sepuluh yang pertama. Konsili Vatican II merupakan satu contoh ‘kegilaan’ apabila rumusan-rumusan yang dikeluarkan hampir semuanya bertentangan dengan ajaran Tradisi Suci dan Alkitab!

Sedih kerana Harold Malaysia Online dijadikan saluran untuk menyembarkan ajaran yang bukan Katolik, malah bersifat amat liberal!

Apakah komen pembaca?


  1. saya amat kesal juga dengan ajaran kristian , memang sering berbalah dengn perkara asas iatu konsep ketuhanan …apa haluan anda sebenar anda telah memeningkan penganut ajaran kristian ..konsep tritunggal n trinity sangat misteri ? APakah ini adakah anda berhalunisasi ….keadaan menyebabkan saya lebih yakin dengn islam kerana alquran itu julas tiada pertentangn dan tida versi …kenyataan jelas n tepat ….insaf lah anda ..anda d jalan salah …

    Respons:
    Siapakah yang datang untuk ‘berbalah’ di dalam blog ini? Penganut ajaran Kristian tidak pening dengan doktrin Allah Tritunggal. Bercakaplah bagi pihak diri sendiri, bukannya bagi pihak orang lain. Benar konsep Tritunggal kekal misteri dan BENAR. Adakah awak beragama Kristian atau Islam? Bagaimana awak tahu bahawa tidak ada pertentangan dengan versi asal? Siapakah yang memiliki versi ASAL Koran? Bagaimanakah awak tahu bahawa versi ASAL itu asal (original)?




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: