Peraturan Berpuasa dan Pantang

Untuk penerangan yang terperinci, sila klik pautan ini (dalam bahasa Inggeris):

http://www.fisheaters.com/fasting.html

Secara ringkasnya, umat Katolik diwajibkan berpuasa dan pantang pada hari Rabu Abu dan Jumaat Agung mengikut peraturan terbaru semasa musim PraPaska (Lent). Tetapi mengikut peraturan lama (Traditional), umat Katolik diwajibkan berpuasa pada hari Rabu Abu dan setiap hari Jumaat sepanjang musim Paska. Saya menggalakkan saudara/saudari seiman agar mengikut peraturan lama.

Pantang bermaksud tidak makan daging termasuk sup yang mengandungi daging. Ikan dibenarkan. Mengikut peraturan lama, umat berumur 7 tahun ke atas diwajibkan mengikuti peraturan ini tetapi peraturan baharu menaikkan umur itu kepada 14 tahun.

Berpuasa bermaksud umat hanya dibenarkan makan hidangan penuh sekali dan dua kali hidangan ringan (jika dicampurkan tidak menyamai satu hidangan penuh) sepanjang satu hari (24 jam). Makanan ringan atau ‘snack’ di antara jamuan tidak dibenarkan.¬† Minuman kopi, teh, jus buah-buahan dan air adalah dibenarkan. Secara tradisi, mereka yang berumur 21 tahun ke atas sehingga 59 adalah wajib mematuhi peraturan ini. Peraturan baharu menurunkan umur kepada 18 dan 59 tahun.

Mengikut peraturan lama, pantang daging ialah setiap Jumaat sepanjang tahun. Tetapi mengikut peraturan baharu, pantang daging boleh digantikan dengan ‘sogit’ lain, berdoa atau kerja-kerja amal. Tetapi daripada pemerhatian saya, ramai umat Katolik tidak lagi pantang daging pada hari Jumaat tetapi pada masa yang sama tidak menggantikannya dengan ‘pantang’ yang lain.

Umat Katolik tidak berpuasa pada hari Minggu sepanjang tahun.

Selamat Berpuasa dan Pantang. Deo gratias.


  1. debra@debs

    kenapa umat kristian harus berpuasa? Adakah berdosa jika kita termakan daging semasa puasa berjalan(tidak disegajakan). Apa itu pantang hari rabu abu?

    • debra@debs

      dalam brapa lama kah puasa itu berlangsung?

      • Untuk tahun 2012, musim Prapaskah (Puasa dan Pantang) bermula pada Hari Rabu Abu iaitu 22 Februari sehingga 8 Mac (Easter/Paska – Kebangkitan Tuhan). Umat digalakkan puasa dan pantang pada setiap hari Jumaat sepanjang musim Prapaskah ini. Pada hari Ahad, umat tidak berpuasa atau berpantang.

    • Kita berpuasa kerana pelbagai sebab. Walaupun kita tidak ada alasan lain untuk berpuasa, kita masih juga berpuasa kerana kepatuhan kepada Tuhan Yesus dan juga para Rasul yang mengajar kita supaya berpuasa. Kita juga berpuasa untuk mendisiplinkan tubuh badan kita supaya kita lebih fokus kepada keperluan rohani. Berpuasa juga merupakan suatu ‘penance’ atau ‘sogit’ atau sebagai satu ‘bayaran’ ke atas segala dosa atau perbuatan kita yang tidak ada cinta kasih.

      Jika termakan daging secara tidak sengaja, tidak berdosa. Jika disedari lebih awal, berhenti makan daging serta merta (ataua diludahkan keluar dari mulut). Pantang Hari Rabu Abu bermaksud umat Katolik tidak makan daging pada hari tersebut iaitu pada 22 Februari 2012, hari permulaan Musim Prapaska (Season of Lent).

  2. ledson

    adakah telur blh dimakan ketika hari jumaat?




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: