Dosa Asal

Apakah yang terjadi kepada Adam dan Eve di atas dosa mereka? Adam dan Eve kehilangan rahmat suci (sanctifying grace), hak untuk ke Surga dan kurnia khas mereka; mereka tertakluk kepada kematian, kesengsaraan, kecenderungan kuat kepada kejahatan, dan mereka dihalau keluar dari Taman Eden.

  1. Adam dan Eve langsung kehilangan rahmat dan persahabatan dengan Allah, kekudusan mereka dan keadaan mereka yang tanpa dosa: mereka kehilangan rahmat yang menguduskan mereka.Ini merupakan hukuman yang paling teruk. Apabila mereka kehilangan rahmat itu, mereka juga kehilangan hak ke Surga, untuk melihat Allah.

  2. Mereka kehilangan anugerah yang dikhaskan untuk mereka: mereka tertakluk kepada kesengsaraan dan kematian.Pemikiran dan kehendak mereka menjadi terlalu lemah dan lebih cenderung kepada kejahatan, mudah terpengaruh kepada godaan. “In the sweat of thy face shalt thou eat bread till thou return to the earth, out of which thou wast taken: for dust thou art, and unto dust thou shalt return” (Gen. 3:16-19).

  3. Allah menghalau Adam dan Eve dari Taman Eden.”And the Lord God sent him out of the paradise of pleasure” (Gen. 3:23,24).

    Kemungkinan kita akan berasa hairan kerana kesalahan memakan buah yang terlarang boleh menjadi suatu jenayah yang teruk. Kita harus ingat bahawa Allah telah menganugerahkan banyak rahmat kepada Adam dan Eve. Allah hanya memerlukan mereka untuk tidak memakan buah yang terlarang sebagai bukti kepada kesetiaan mereka kepada-Nya.

    Tidak diragui bahawa Taman Eden dipenuhi lebih banyak pokok dengan buah yang lazat daripada pokok buah yang terlarang. Kesombongan, ketidaksetiaan dan tidak menghargai telah menyebabkan mereka jatuh ke dalam dosa. Mereka telah menolak Allah, dan menolak tepi amaran-Nya. Mereka ingin menjadi berkuasa dan besar seperti Allah.

Apakah yang terjadi kepada kita akibat dosa Adam? – Disebabkan dosa Adam, kita, warisnya, lahir ke dunia tanpa rahmat yang menguduskan dan mewarisi hukumannya, sama seperti kita yang akan mewarisi anugerahnya jika Adam setia kepada Allah.

Therefore as through one man sin entered into the world and through sin death, and thus death has passed into all men” (Rom. 5:12).

Dosa ini dipanggil sebagai dosa asal. Ia merupakan keadaan setiap generasi Adam yang lahir ke dunia ini, langsung tidak memiliki rahmat yang menguduskan kerana rahmat ini telah digantikan dengan hukuman yang diwarisi bukan kerana dosa peribadi Adam tetapi dosa Adam selaku menjadi kepala seluruh bangsa manusia. Dosa ini ‘asal’ (original) kerana dosa ini datang daripada asal usul kita, iaitu daripada Adam.

Oleh itu, semua manusia lahir dalam dosa, iaitu manusia lahir tanpa persahabatan dengan Allah, dan tidak memiliki hak ke Surga. Dosa asal bukannya datang daripada Eve tetapi dariapda Adam (sahaja) kerana Allah telah menjadikan Adam wakil dan kepala kepada seluruh bangsa manusia. Eve dihukum kerana ketidaksetiaannya, sama seperti Adam, tetapi dosa Eve tidak diwarisi kepada manusia lain. Dosa asal kita datang daripada bapa pertama, Adam.

  1. Atas sebab dosa asal, Surga ditutup kepada semua manusia sehinggalah kematian Tuhan Yesus Kristus. Tuhan Yesus memberikan kita Sakramen Pembaptisan untuk mengembalikan hak kita akan Surga, hak yang telah dihilangkan oleh Adam .Seseorang yang telah dibaptiskan berada dalam keadaan penuh dengan rahmat dan bebas daripada dosa. Jika dia meninggal sejurus selepas dibaptis, walaupun dia telah melakukan dosa sebelum ini, dia akan terus ke Surga. Segala dosa dan hukumannya  telah diampunkan.

Apakah hukuman besar Adam yang kita warisi melalui dosa asal? – Hukuman besar Adam yang kita warisi melalui dosa asal ialah: kematian, kesengsaraan, kejahilan dan kecenderungan kuat kepada dosa.

  1. Kerana dosa asal, kita tertakluk kepada penyakit dan kematian. Ini sebahagian dariapda hukuman yang ditentukan oleh Allah untuk Adam.”In what day soever you shall eat of it, you shall die the death” (Gen. 2:17).
  2. Keseluruhan naluri kita cenderung kepada kejahatan. Akal kita sentiasa berkonflik dengan kehendak nafsu.Even after our souls are cleansed of original sin by baptism, the corruption of our nature and other punishments, such as sickness, evil inclinations, etc., remain. “The imagination and thought of man’s heart are prone to evil” (Gen. 8:21). “The flesh lusts against the spirit, and the spirit against the flesh” (Gal. 5:17)

Adakah Allah bersifat tidak adil kerana menghukumi kita atas dosa Adam? – Allah bukannya bersikap tidak adil kerana menghukumi kita atas dosa Adam, kerana dosa asal tidak menyebabkan kita kehilangan sebarang hak lain sebagai seorang manusia, Allah hanya menarik balik anugerah yang ingin diberikan oleh Allah secara percuma jika Adam tidak berdosa.

  1. Keseluruhan bangsa manusia harus sengsara di atas dosa Adam kerana dia merupakan kepala dan wakil keseluruhan keluarga manusia.Dengan cara yang sama, para pemerintah sesebuah negara mewakili keseluruhan rakyat jelatanya. Jika pemerintah itu membuat deklarasi peperangan atau menghulur perdamaian, rakyat jelata juga terlibat dengan keputusannya. Apabila Alfonso XIII pemerintah Sepanyol diturunkan daripada takhtanya, anak-anaknya juga kehilangan hak untuk mewarisi takhta beliau walaupun anak-anaknya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Begitu juga dengan anak-anak keluarga yang kaya, apabila bapa keluarga itu jatuh bangkrap, anak-anak mereka pun akan kehilangan hak untuk mewarisi harta walaupun anak-anak tidak bersalah.
  2. Kita sepatutnya mewarisi segala rahmat jiwa dan tubuh yang diterima Adam tanpa mengambil kira merit kita sendiri, jika sekiranya Adam tidak jatuh ke dalam dosa. Dengan cara yang sama, kita juga akan berkongsi (mewarisi) dosa Adam.Jika Adam tidak berdosa, kita semua akan lahir dalam keadaan suci dan dipenuhi rahmat. Walaupun begitu, setiap manusia kekal diberi kebebasan untuk melakukan dosa sendiri atau tidak, termasuk menerima hukuman di Neraka. Tetapi dosa itu tidak akan diwariskan kepada keseluruhan bangsa manusia kerana selain Adam, manusia lain bukan kepala kepada bangsa manusia.

Pernah adakah manusia yang dilindungi daripada dosa asal? – Bonda Perawan Maria dilindungi daripada dosa asal atas merit anaknya yang Kudus. Keistimewaan ini dipanggil Immaculate Conception.

And when the angel had come to her, he said, ‘Hail, full of grace, the Lord is with thee. Blessed art thou among women‘” (Luke 1:28).

  1. Sejak konsepsi Bonda Perawan Maria adalah dilindungi daripada dosa asal. Dia dikandungi dan lahir tanpa dosa asal.Allah, setelah memilih Maria menjadi Ibu kepada Anak-Nya, tidak boleh membenarkan jiwa Maria kekurangan walau setitik rahmat yang akan membuatkannya amat menyenangi hati Allah.
  2. Jiwa Bonda Perawan Maria dicipta suci dan kudus seperti jiwa Eve. Manakala Eve melakukan dosa dan kehilangan kesuciannya, Bonda Perawan Maria kekal suci dan kudus sehinggalah akhir hayatnya.
  3. Kita memperingati the Immaculate Conception of the Blessed Virgin Mary pada 8 Disember setiap tahun.
  4. St. John the Baptist disucikan dariapda dosa asal sewaktu dia dikandungi ibunya. Dia dilahirkan bebas daripada dosa, tetapi dia juga seperti kita, dikandungi dalam dosa.

(diterjemahkan daripada My Catholic Faith http://truecatholic.bizland.com/MyCatholicFaith/mcfc020.htm)


  1. AQIDAH

    [deleted]

    Kepada sdr Aqidah/Imran/Insan dll,

    Membuat double posting adalah tidak dibenarkan.
    Copy-paste bahan dari sumber lain tidak dibenarkan.
    Ayat-ayat Koran tidak dibenarkan.
    Komen hendaklah berkaitan langsung dengan isu blog.
    Pertanyaan hendaklah ringkas supaya mudah dijawab.

    Pertanyaan awak tentang ‘dosa asal’ telah dijawab tetapi awak masih lagi bertanya seolah-olah awak langsung tidak membaca jawapan yang telah diberikan. Sebenarnya awak tidak berminat langsung tentang ajaran Kristian. Apakah tujuan awak memberi komen yang disedut-sedut dari sumber lain? Kenapakah awak tidak membaca jawapan kepada soalan yang ditanya? Adakah awak masih tidak faham konsep dosa asal atau awak faham tetapi tidak sanggup menerima kebenaran tersebut? Jika awak tidak menerima doktrin dosa asal, terangkan kenapa secara ringkas.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: