Berpuasa dan berpantang

Mengikut peraturan sekarang, umat hanya diwajibkan berpuasa dan berpantang pada Hari Rabu Abu dan Jumaat Agung.

Berpuasa bukan bermaksud melaparkan diri tetapi mengurangkan makan iaitu umat dibenarkan mengambil tiga hidangan sahaja dalam tempoh 1 hari/24 jam. Mengambil suapan lain seperti ‘snack’ di antara hidangan adalah tidak dibenarkan. Konsep ‘berbuka puasa’ tidak terpakai dalam agama Katolik.

Tiga hidangan yang dimaksudkan ialah 2x hidangan ringan tanpa daging dan 1x hidangan biasa (penuh). Jumlah kuantiti makanan kedua-dua hidangan ringan tidak seharusnya menyamai hidangan biasa. Itu bermaksud hidangan ringan sepatutnya kurang daripada separuh hidangan biasa. Umat dibenarkan mengambil minuman yang tidak berzat seperti air, kopi, teh ataupun minuman ringan pada bila-bila masa.

Contoh 1:
Pagi – Hidangan ringan.
Tengahari – Hidangan ringan.
Malam – Hidangan biasa/penuh.

Contoh 2:
Pagi – Hidangan ringan.
Tengahari – Hidangan biasa/penuh.
Malam – Hidangan ringan.

Berpantang bermaksud tidak makan daging haiwan berdarah panas seperti ayam, kerbau, lembu, dan sebagainya. Sup daging juga tidak dibenarkan termasuk mi segera berperisa ayam. Walau bagaimanapun, umat dibenarkan makan ikan, katak, siput dan telur (ayam).

Sebagai persediaan kita menghadapi Paska (Easter) iaitu kebangkitan Tuhan Yesus daripada kematian, disarankan agar umat berpuasa sepanjang musim  Lent iaitu Isnin hingga Sabtu ATAU hanya berpuasa dan pantang pada setiap hari Jumaat sepanjang Musim Prapaska. [Nota: Umat Katolik wajib pantang daging setiap hari Jumaat setiap tahun].

Pada setiap hari Ahad umat tidak berpuasa/berpantang sepanjang tahun walaupun dalam musim Lent.

Di samping itu, umat juga boleh melakukan penance lain seperti kurangkan menonton tv, tidak membenarkan muzik atau lagu duniawi  dimainkan di dalam rumah, lebih kerap berdoa, berdoa Rosari setiap hari dan jangan lupa menghadiri Jalan Salib setiap hari Jumaat petang. Kita melakukan semua ini bukan kerana mengikut peraturan atau mencabar diri sendiri tetapi kerana kasih kita kepada Tuhan Allah Tritunggal Mahakudus. Semuanya demi kemulian Tuhan.

Dalam musim Lent ini, godaan juga menjadi semakin mencabar. Tetapi ia juga merupakan peluang terbaik untuk kita menerima banyak rahmat daripada Tuhan Allah.

Tuhan memberkati kalian semua.

Untuk keterangan lanjut, sila layari:
http://www.fisheaters.com/fasting.html


  1. hai , Saya akan cuba untuk mengikuti 40 hari puasa . setiap jumaat , puasa daging . bagaiman pula dengan ,ikan , seafood atau telur yang asasnya juga dari haiwan berdarah ? perlu info untuk ini , terima kasih ..

    • Seafood dan telur tidak dianggap sebagai daging. Boleh dimakan. Tentang berpuasa selama 40 hari, ia tidak diwajibkan tetapi atas dasar suka rela tetapi hendaklah jangan sampai menjadi kerosakan kepada kesihatan badan. Mengikut undang-undang Gereja terkini, umat hanya diwajibkan berpuasa dan berpantang dua kali setahun iaitu pada hari Rabu Abu dan Jumaat Agung sahaja. Bagi saya dan sekeluarga, kami akan berpuasa dan berpantang pada hari Jumaat sepanjang musim Prapaska. Manakala berpantang setiap hari Jumaat sepanjang tahun. Tiada puasa dan pantang pada hari Ahad sepanjang tahun. Semoga diberkati selalu.

  2. terima Kasih atas info , Shallom ..happy lent day .Praise the Lord <3

  3. Caecilia Sri Astari

    terima kasih infonya, saya sebetulnya sehari-hari hanya makan sekali tetapi saya akan melengkapi berusaha pantang seperti pantang kesenangan duniawi lainya, spt musik, nonton, jalan2…. menambah doa




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: