Mengasihi Sesama

Seringkali kita membaca ayat bahawa God is LOVE atau Allah itu KASIH. Apakah kasih? Dahulu ‘kasih’ ditulis dalam English sebagai ‘charity’ tetapi kata ‘love’ lebih popular dibandingkan dua kata tersebut. Adakah ‘love’ sama erti dengan ‘charity’? Dari sudut sejarah, Protestant lebih banyak menggunakan kata ‘love’ dibandingkan dengan Katolik lebih kepada ‘charity’. Sekarang, semua orang lebih banyak menggunakan kata ‘love’ daripada ‘charity’. Sama seperti ‘Holy Spirit’ lebih popular daripada ‘Holy Ghost’.

Untuk memahami maksud ‘charity’, kita kembali kepada asas iaitu VIRTUE. Virtue bermaksud ‘amalan’ atau ‘tabiat’. Virtue bermaksud perbuatan yang menjadi amalan (dilakukan selalu).

Dua jenis virtue:
1. Theological virtue
2. Moral virtue.

Saya fokus hanya kepada theological virtue iaitu ada tiga FAITH, HOPE dan CHARITY.

Ketiga-tiga sama PENTING tetapi iman dan pengharapan akan luput setelah kita diadili dan hanya kasih akan kekal.

Kata ‘theological’ merujuk kepada ‘hubungan kita dengan Tuhan’. Sebaliknya ‘moral’ merujuk kepada ‘hubungan sesama’.

Pertama-tama dan terutama, kita MENGASIHI Allah, kemudian mengasihi jiran seperti kita mengasihi diri sendiri.

Kalau kita MENGASIHI Tuhan, maka kita akur dan patuhi segala HUKUM SUCI-NYA seperti yang diajar oleh Gereja sejak 2000 tahun yang lalu. Apabila kita mengasihi orang lain pula, kita sebenarnya INGINKAN AGAR JIWA ORANG ITU SELAMAT seperti mana kita inginkan JIWA KITA SELAMAT. Selamat bermaksud ‘masuk Surga’.

Antara JIWA dan TUBUH FIZIKAL, kita mengutamakan JIWA kerana jiwa kekal sementara tubuh fizikal hanyalah sementara. Tetapi penjagaan tubuh fizikal juga penting demi kesihatan yang baik kerana kita sukar bekerja untuk Tuhan jika kita sakit.

Kasih adalah suatu tindakan atau keputusan yang difikirkan, bukan perasaan atau emosi yang dirasai. Kasih yang terlalu emosi boleh menjadi ‘cinta berahi’ seperti antara pasangan suami isteri.

Ramai daripada kita rasa ‘tidak senang hati’ jika umat non-Katolik dikutuk (condemned) tetapi itulah realitinya kerana ia sudah tertulis dalam Alkitab. Jadi, bagaimana seharusnya kita mengasihi orang lain?

Tujuh Kerja Amal Kasih (The 7 Corporal Works of Mercy)
1 Memberi makan kepada orang yang kebuluran
2 Memberi minum kepada orang yang dahaga
3 Mengenakan pakaian kepada orang yang telanjang
4 Memberi perlindungan kepada mereka yang tidak berumah
5 Melawat orang sakit
6 Melawat banduan di penjara
7 Menguburkan si mati

Tujuan Kerja Amal Kasih (The 7 Spiritual Works of Mercy)
1 Memberi nasihat kepada orang ragu-ragu
2 Memberi tunjuk ajar kepada orang yang jahil
3 Menegur orang yang suka berbuat dosa 
4 Menghiburkan orang yang kesusahan (sedih)
5 Mengampuni semua kesalahan
6 Menanggung penganiayaan dengan sabar
7 Berdoa untuk orang yang hidup dan mati 


  1. Alamak ! … kenapa pula artikel ni tiba-tiba berbau freethinker atau liberal … saya seakan-akan tidak percaya …




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: