Kemerosotan Iman Umat Katolik

Bagaimana ‘membantu’ umat biasa Katolik MENINGKATKAN keimanan? Soalan ini sukar dijawab kerana umat tidak lagi membaca buku Katekismus Katolik. CCC yang ada (walaupun sudah dialihbahasakan ke dalam bahasa Indonesia) sukar dibaca dan sukar difahami. Ada diterbitkan Ringkasan CCC juga dalam bahasa Indonesia tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan ‘meningkatkan keimanan’.

Sebelum saya meneruskannya, terlebih dahulu kita siasat kenapa ‘keimanan’ umat Katolik seolah-olah ‘tidak seberapa’ atau hanya sekadar ‘plain Catholic’ atau Katolik hujung minggu (lukewarm Catholics) atau ‘self-righteous Catholic’? Saya cuba mengupasnya tetapi TIDAK SEMESTINYA TEPAT.

Di Gereja kita dapati kurang penekanan kepada pengajaran Katekismus asas oleh paderi kepada umat semasa sesi khutbah. Kadang kala paderi mengajar tentang hal-hal sosial dan bukan kepada hal-hal kerohanian. Terma-terma yang sukar difahami juga diguna pakai dengan meluas seperti ‘hubungan peribadi’ dengan Tuhan Yesus. Khutbah juga kadang kala diisi dengan pengalaman peribadi seseorang. Tidak kurang juga pernah sekali saya terikut mendengar ceramah seorang paderi luar negeri yang bercerita tentang ‘kehebatan agama Islam’ dalam Gereja!

Di samping itu, aktiviti moden seperti yang dibuat oleh kumpulan Karismatik juga menjejaskan keimanan umat sehingga ada yang percaya bahawa mereka mempunyai hubungan ‘mistik’ dengan Tuhan, boleh ‘mencurahkan Roh Kudus’, bernubuat, berbahasa Roh, bercakap dengan Tuhan dsbnya. Malah, ada juga yang percaya mereka berkuasa menghalau hantu (melakukan exorcism).

Aktiviti kaum muda mudi seperti nyanyian lagu-lagu rohani moden (bercampur dengan alunan lagu moden) dan lirik yang tidak sesuai, yang lebih bersifat ‘hiburan’ dan ‘menyedapkan telinga’. Ada juga lagu yang sungguh sedap didengar sehingga umat menangis dan percaya bahawa (kuasa) Roh Tuhan ada dalam diri mereka sedangkan itu semua hanyalah suatu yang ‘make believe’ (dibuat-buat). Bandingkan dengan lagu Gregorian chants, atau lagu Hymn yang asalnya Katolik, lirik-lirik diisi dengan doktrin Katolik. Doktrin Katolik yang dinyanyikan menguatkan lagi iman kerana ia bersifat mengajar dan mengingatkan umat tentang ajaran utama Katolik.

Begitu juga dengan Misa Kudus yang kurang memberikan penekanan kepada doktrin Katolik. Banyak elemen Katolik yang digugurkan. Malah, umat datang BERSAHAJA ke Gereja. Tidak ada cukup persediaan. Lihat sahaja cara mereka berpakaian. Wanita juga semakin berani berpakaian cara lelaki dan tidak memakai veil. Umat menyambut tanpa ‘risau tentang dosa mortal’. Keperluan untuk berlutut juga langsung tidak diberi penekanan. Malah Communion Rail telah dibuang dan umat menyambut berdiri dan dengan telapak tangan. Umat semakin ‘malas’ untuk berlutut.

Jadi, untuk menangani permasalahan ini, dicadangkan kepada umat supaya membaca buku-buku Katolik atau Katekismus yang lama kerana buku-buku ini lebih mudah difahami walaupun dalam bahasa Inggeris. Lagipun, buku-buku lama ini tidak dicemari dengan ajaran sesat (heresy) terutama disebabkan oleh ajaran Vatican II. Sebagai permulaan anda digalakkan membaca Katekismus Katolik dalam pautan ini: http://www.catholicbook.com/AgredaCD/MyCatholicFaith/Contents.htm

Semoga anda diberkati Tuhan.


  1. Saya hanya mengatakan jika iman Katolik anda ingin dalam jangan pernah dapat dari pejabat gereja tetapi kerja keras untuk cari sendiri.Salah satu buku wajib yang dimiliki oleh umat Katolik adalah Katekismus Katolik, Buku tentang Ekaristi : The Lamb Supper – Dr Scoott Hann dan banyaak seri buku beliau.

  2. Buku lain juga yang perlu anda miliki : Born Fundamentalis,born Catholic Again / Mengapa Saya pinada menjadi Katolik – David Currie. Sedang diterbitkan : Hidup Setelah Kematian”. Bila anda ingin perdalamkan iman Katolik, jangan menunggu..harus aktif mencari dan rajin membaca termasuk buka google

  3. Alahai … apasal artikal ni x komen ? … tak apa … biar freethinker dan liberal memberi sedikit komen. Anda mungkin hebat berceramah tentang ‘IMAN’ tetapi belum tentu anda hebat dalam memancing. Saya syorkan … jika anda ada masa terluang selepas berdoa pergilah memancing … mungkin anda akan belajar sesuatu yang berharga ketika memancing. Terima kasih.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: