Apakah maksud perkataan ‘liberal’? Daripada WordWeb 5.0, ‘liberal’ diertikan mengikut jenis kata: Liberal (kata nama):

  1. A person who favours a political philosophy of progress and reform and the protection of civil liberties
  2. A person who favours an economic theory of laissez-faire and self-regulating markets (tidak berkaitan)

Liberal (kata adjektif):

  1. Showing or characterized by broad-mindedness
  2. Having political or social views favouring reform and progress
  3. Tolerant of change; not bound by authoritarianism, orthodoxy, or tradition
  4. Given or giving freely
  5. Not literal

Bagaimana harus diungkapkan pemahaman pemikiran umat Katolik yang ‘liberal’? Pegangan kepada ciri-ciri liberal diberi istilah sebagai ‘liberalism’. Tetapi apakah ‘liberalism’ dan kaitanya dengan Iman Katolik? Bolehkah umat Katolik berfikiran sedemikian dan pada masa yang sama mengaku dirinya sebagai umat Katolik yang taat? Persoalan ini harus dijawab dengan penuh hati-hati iaitu secara intelek dan bukannya secara beremosi. Tetapi kita tidak pula harus takut kepada Kebenaran kerana hanya melalui Kebenaran seseorang manusia dapat dibebaskan daripada perangkap Iblis dan godaan Duniawi. Daripada tafsiran Kamus WordWeb 5.0, kita dapat katakan bahawa seseorang yang berfikiran ‘liberal’ memiliki ciri-ciri berikut:

  1. menyokong arus kemajuan dan reformasi terutamanya mengutamakan hak-hak awam (atau hak manusia)
  2. berfikiran terbuka
  3. menyenangi kepada perubahan; dan tidak tertakluk kepada pihak berkuasa (yang memegang autoriti) atau peraturan lama (tradisi)
  4. amat senang untuk melepaskan atau memberikan sesuatu yang ‘dimiliki’
  5. corak pemikiran cenderung kepada perkara yang tersirat

Sebagai permulaan, perkataan ‘liberal’ berasal daripada kata Latin ‘liber’ yang bermaksud ‘bebas’. Pegangan atau kepercayaan kepada ‘liberalism’ dikatakan menyalahi Iman Katolik oleh Sri Paus Pius X. Beliau menamakan ‘liberalism’ moden sebagai ‘modernism‘.  Untuk penjelasan lanjut tentang ‘modernism’, sila klik pautan ini: https://katolik.wordpress.com/2007/03/31/apakah-modernism/. Daripada artikel ini, saya berharap para pembaca akan dapat menyelami maksud istilah ‘liberalism’ ataupun ‘modernism’ kerana kedua-dua perkataan ini adalah amat berkait rapat. Mungkinkah umat Katolik yang ‘liberal’ pemikirannya tidak akan menolak apa-apa perubahan (yang dilabelkan sebagai kemajuan) ataupun reformasi ke atas ajaran, doktrin dan dogma Katolik? [Oleh kerana penulis tidak berfikiran liberal, maka amat sukar untuk membayangkan pemikiran seorang Katolik liberal. Diharapkan akan ada komen daripada mereka yang berfikiran ‘liberal’ supaya diskusi ini lebih seimbang.] Pemikiran liberal ini tidak hanya terhad kepada umat biasa sahaja kerana ada sebilangan klerik tertinggi dalam Gereja Roman Katolik (dan memegang jawatan-jawatan tinggi di Vatican, Rom) berfikiran liberal. Hasilnya ialah perubahan-perubahan yang jauh tersimpang daripada pegangan asal (Tradisi Suci) Gereja seperti ajaran-ajaran sesat (heresy’) berikut:

  1. Semua agama sama benar atau mengajar Kebenaran. [heresy]
  2. Semua penganut tanpa mengira agama menyembah Tuhan yang sama. [heresy]
  3. Kebenaran tidak lagi bersifat mutlak tetapi relatif kepada pemikiran manusia. [heresy]
  4. Hak manusia lebih diutamakan daripada hak Pencipta (Tuhan Allah). [heresy]
  5. Kesilapan juga mempunyai hak atau ‘Error’ has rights. [heresy]
  6. Manusia bebas beragama atau mempunyai hak mutlak beragama mengikut pilihan hati. [heresy]
  7. Umat Katolik yang masih berpegang kepada ajaran ‘lama’ atau Tradisi Suci dianggap umat yang kolot atau ketinggalan zaman atau ‘sombong’ dalam dunia yang sempit.
  8. Manusia tidak lagi takut kepada dosa kerana Tuhan Allah Maha Pengasih. Malah mereka yang di Neraka juga akan dibebaskan atas belas kasihan Tuhan Allah [heresy]
  9. Keselamatan jiwa manusia terbuka kepada semua orang tanpa melalui Yesus atau Gereja Roman Katolik. [heresy]
  10. Oleh kerana hak manusia ditingkatkan maka manusia bebas untuk membuat perubahan mengikut arus pemodenan dunia seperti berfesyen yang semakin kurang benangnya.

Banyak lagi yang boleh saya senaraikan di atas tetapi mengikut Catholic Encyclopedia, ‘liberalism’ ditentang kerana sebab-sebab berikut: Liberalism (dalam erti kata yang sebenar) membuat tuntutan bahawa manusia mempunyai autonomi penuh ke atas keintelektualannya, kemoralannya dan susunan masyarakatnya. Itu bermakna, liberalism menolak secara praktikal kewujudan Tuhan Allah atau agama yang ‘supernatural’ (luar alam). Jika diikuti pemikiran liberalism secara logikal, maka secara teorinya mengajar bahawa Allah tidak wujud, dan sebaliknya meletakkan manusia sebagai allah. Pemikiran ‘liberalism’ telah ditegah sekeras-kerasnya dalam pemikiran ‘rationalism’ dan juga ‘naturalism’. Kedua-dua pemikiran songsang Naturalism dan Rationalism telah dilarang dalam dokumen rasmi Gereja berikut:

  1. Constitution “De Fide” of the Vatican Council (1870)
  2. Liberalism by Pius IX in the Encyclical “Quanta cura” of 8 December, 1864 and the attached Syllabus.
  3. Pius X condemned it again in his allocution of 17 April, 1907
  4. Decree of the Congregation of the Inquisition of 3 July, 1907,
  5. Encyclical of Gregory XVI, “Mirari Vos”, of 15 August, 1832

dan banyak lagi. Deo gratias.


  1. Mayjune

    Saya amat tertarik dengan soal jawab saudara dengan saudara semang tentang orang yang berfikiran ‘liberal’. Saya pula tidak tahu dalam ketegori mana cuma apa yang pasti saya tidak pula bermusuhan dengan orang yang tidak seagama dengan Katolik. Sebenarnya saya tidak pasti apakah soalan ini sesuai ditanya disini kerana saya masih tidak faham tentang seorang Nabi yang diberi nama Nabi Elia yang pernah saya baca lama dahulu. Apakah Nabi ini diiktraf oleh agama Katolik, apa yang saya tidak faham dan menganggap beliau ini seorang Nabi yang kejam apabila Nabi tersebut memanggal kepala orang orang yang tidak menyembah Tuhan. Bila saya membaca dan membaca soal jawab dalam blog saudara saya terfikir kadang-kadang kita terpaksa bersikap kejam untuk mempertahankan sesuatu. Tetapi berlainan pula dengan Yesus yang membiarkan tubuh manusianya terseksa demi untuk memperlihatkan kebenaran.

  2. Sebenarnya setiap orang mempunyai pemikiran liberalnya sendiri, cuma yang berbeza adalah sejauh mana tahap liberalnya itu. Jika pemikiran liberal seorang Katolik boleh sampai menggugat imannya, maka perlu mengambil tindakan yang wajar supaya iman seorang Katolik tidak terus digugat. Seperti yang disebut oleh MayJune, Nabi Elia memanggal kepala orang yang tidak menyembah Tuhan (Perjanjian lama selalunya mempunyai cerita ganas)…ianya boleh disama-ertikan dengan seorang Katolik menolak/ mengusir penginjil dari agama jehovah, menjauhkan diri dari teman2 yang kerap berjumpa dukun/ bomoh dan sbgnya. Cuma di zaman moden ini, kita perlu mengambil tindakan yang ‘halus’ apalagi apabila tinggal dinegara yang berbilang kaum dan agama.

    • Setahu saya hanya ada umat Katolik atau bukan umat Katolik. Jika ada yang umat Katolik yang ‘liberal’, saya masih tak pasti maksudnya. Bagaimanakah pemikiran seorang umat Katolik yang sedikit ‘liberal’ atau yang banyak ‘liberal’?

  3. Petikan yang dimaksudkan ialah

    And Elias said to them: Take the prophets of Baal, and let not one of them escape. And when they had taken them, Elias brought them down to the torrent Cison, and killed them there. [3 Kings 18:40]

    Daripada kaca mata manusia, kita berpendapat bahawa Nabi Elias bersikap kejam! Adakah penilaian kita adil dan tepat?

    Nabi-nabi Baal merupakan imam-imam palsu yang menyebarkan agama palsu yang menyembah Baal. Salah satu aktiviti keagamaan mereka ialah korban manusia. Kita tidak tahu berapa ribu manusia termasuk bayi, kanak-kanak, perempuan dara yang dijadikan sebagai korban (dibunuh dengan kejam) oleh imam-imam Baal?

    Adakah kita patut pertahankan hak orang-orang Baal untuk mempraktikkan agama mereka atas dasar ‘hak kebebasan beragama’ seperti yang dilaung-laungkan oleh Vatican II atau umat Katolik yang liberal?

    Adakah Elias bersalah kerana menuruti Hukum Allah? Adakah Allah kejam? Adakah ‘hukuman mati’ tidak patut diamalkan oleh manusia moden? Cara dan pemikiran manusia tidak sama dengan cara dan pemikiran Allah.

  4. Wah ! … menarik topik ni … freethinker suka topik ni … hahaha … freethinker juga liberal … saya bermula dengan konsep freethinker pertama saya : Saya di lahirkan dalam keluarga yang mana ayah saya berpegang kuat pada RC manakala ibu saya dididik dengan SIB sejak kecil … bila saya lahir surat beranak saya didaftarkan sebagai agama kristian (general) tiada perkataan RC atau SIB … sejak kecil ayah saya selalu cakap RC the best dan SIB ajaran sesat … sekarang saya berfikir …. jika dulu saya dilahirkan dalam keluarga islam saya mesti menyatakan islam the best … kristian atau hindu ajaran sesat …. memandangkan semua cakap mereka the best akhirnya mereka bergaduh … ending cerita yang lawak ! … pasal agama manusia bergaduh … freethinker dan liberal seperti saya berpendapat, manusia hanya akan aman jika semuanya bersatu dan berfikiran bahawa manusia adalah sama tidak kira siapa dan dimana anda berada. Jika anda masih berfikiran RC the best dan yang lainnya ajaran sesat … maka anda adalah salah seorang yang menyebabkan manusia bersengketa.

    Respons:
    Apakah agama anda yang sebenarnya? Atau anda adalah free thinker 100%?




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


  • Laman

  • Artikel Terkini

  • Artikel Popular

  • Kategori

  • Sila masukkan alamat e-mel anda untuk melanggan blog ini dan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila ada artikel baru diterbitkan.

    Join 50 other followers


%d bloggers like this: